Masa sarat mengandung, kawan – kawan suami ‘ajar’ suami untuk curang

Waktu saya mengandung, saya duduk di kampung kerana kandungan ada masalah. Jadi bermulalah, kawan – kawan ajak suami pergi ke karaoke, studio dan mereka install apps beetalk dan wechat. Kemudian saya dapat tahu yang kawan – kawan suami, kenalkan janda pada suami. Ketika pant4ng, perempuan terbabit merayu agar kami bermadu..

#Foto sekadar hiasan. Suatu ketika dulu saya pernah dicurangi kerana kawan – kawan suami.. Masa tu saya sarat mengandung dan kebetulan tempat yang saya duduk jauh dengan hospitaI. Kandungan saya pula bermasalah jadi saya dan suami sepakat untuk saya duduk dengan mak ayah saya memandangkan hospitaI lebih dekat.

Pada mulanya suami memang selalu telefon menyatakan kebosanan tinggal seorang dan akhirnya untuk atasi kebosanannya jadi suami melepak dengan kawan – kawan yang masih bujang. Di sini bermula segalanya, kawan – kawan ajak suami pergi ke karaoke dan pergi studio. Malah mereka siap tolong install apps yang bang4ng macam beetalk dan wechat.

Di sini suami dah mula jarang call dan whatsapp saya. Walaupun last seen pukuI 3 pagi, saya sikit pun tak curiga. Sehingga ada kawan yang bagitahu suami dikenalkan dengan janda oleh kawan – kawan bujangnya. Bila tanya suami tak nak mengaku, katanya dari cari janda baik anak d4ra. Hinggalah la pada hari saya bersalin suami kena bertugas malam tu tapi dia macam tak hiraukan saya yang nak lahirkan zuriatnya. Saya mengaIami kompIikasi waktu bersalin. Mungkin sebab sedang hangat dilamun cinta sikit pun kes4kitan saya tak menjadi keinsafan buat suami.

Hingga suatu hari suami terkant0i berkenalan dengan seorang wanita dalam beetalk. Hati saya pedih, s4kit tapi suami cakap sekadar kenalan biasa. Semasa saya sedang berehat waktu saya masih dalam pant4ng, telefon suami berbunyi, ada video call dari no yang tak disimpan. Memandangkan suami baring saya yang angkat dan masa tu semuanya terbukti suami curang kerana beetalk yang di install oleh kawannya untuk perkenalkan perempuan ni pada suami. Wahai si kawan, semoga semua ini akan terbaIas untukmu. Sekalung tahniah saya ucapkan.

Masih berpant4ng saya dihujani panggiIan telefon dari perempuan terbabit merayu agar kami bermadu. Merayu agar dibenarkan melayan suami, malah diugvt untuk bom0hkan saya sepertimana beliau menyeru semangat suami saya agar menyintai beliau. Biarlah saya namakan perempuan ini Nurul.

Tidak cukup, ibu kepada Nurul pun menasihati saya agar menerima anaknya sebagai madu kerana suami saya mampu malah mereka saling menyintai. Lagipun suami tak akan tinggalkan anaknya sebab hati suami dah terik4t jadi kalau saya masih sayangkan suami saya kena redha terima Nurul sebagai madu.

Alhamdullilah, akibat gangguan mereka ni saya demam bent4n dan kes4kitan ini sehingga SEKARANG. Cuma syukur saya tak mer0yan sebab saya tak pernah sunyi. Setiap kali saya tak jawab call ataupun whatapps, suami akan terus balik rumah, selepas dari kejadian kant0i tempoh hari, suami bawak saya balik rumah kami.

Akhirnya saya akur, hati saya h4ncur. Saya rawat hati sendiri, saya call bos tempat kerja lama saya tengok masih ada tak peluang kerja untuk saya. Saya cari kekuatan untuk anak – anak dan saya minta tempoh hingga habis 100 hari berpant4ng saya mohon agar suami lepaskan saya dan teruskan kisah cinta suami dan Nurul. Masa tu suami bertegas Nurul dah pun suami tinggalkan sebab Nurul hanya kawan. Lagipun kata suami Nurul ni bahan dalam group kerja je.

Tolonglah, itu skandaI awak jangan banyak alasan. Saya tau Nurul bukan nak suami saya seorang sebab Nurul nak banyak lelaki. Dalam berkawan dengan suami pun Nurul boleh tido dengan lelaki lain. Ini cerita kawan sekampung Nurul, cuma Nurul dan suami saya tak sempat nak panjat tangga hotel sebab masing – masing duduk jauh. Seorang barat seorang selatan tapi apa pun penjelasan suami keputvsan saya muktamad. Lepaskan saya setelah 100 hari.

Hati saya rapuh, hati saya Iuka, saya hidup dalam dunia saya. Sepuluh patah cerita suami sepatah saya jawab, sepuluh patah gurau suami, sepatah ketawa saya. Dalam kereta di mana dulu sentiasa dipenuhi borak tawa saya dan suami akhirnya hanya mata melayan skrin telefon dan melayan karenah baby. Layanan suami yang baik bagaikan air yang mengalir lesu, hidangkanlah kehidupan saya dengan ape pun semua tu dah tak ade ertinya lagi.

Dan selepas 100 hari saya minta izin hantar saya ke rumah mak ayah saya. Saya akan uruskan segalanya cuma datang untuk lepaskan saya secara elok. Dan hari itulah suami menangis supaya kembalikan saya yang dulu dalam hidupnya, bukan saya yang tanpa perasaan.

Hari itu diluahkan segalanya betapa sepi dan sunyi kehidupan suami dengan kebisuan saya. Saya mohon agar lepaskan saya sebab saya tak boleh nak teruskan kehidupan kat tempat yang kami tinggal sebab nampak orang – orang yang menjadi punca keh4ncuran buat kami.

Dan suami pun ambil keputvsan untuk berhenti kerja dan cuba untuk rawat hati saya. Bertahun suami bersabar agar saya menerimanya kembali, pelbagai cara untuk takIuki hati saya. Kini saya rasa bahagia kembali sebab ape yang saya buat berbaloi, suami pulak yang risau takut saya patah hati lagi.

Buat wanita di luar sana, kalau dicurangi menangislah pada awalnya kemudian bangun dan persiapkan diri. Cantikkan diri bagi suami bukak mata balik. Cuma pada sang kawan tersebut semoga nanti kamu rasa apa yang pernah kamu buat pada saya. Tahniah ye sebab saya tau kamu juga dah terima baIasan atas perbuatan kamu…

Komen Warganet :

Intan Ashafina : Percayalah, kebanyakan kawan – kawan suami ni perangai macam ceIaka, kawan jenis ni boleh jadi virus dalam rumahtangga. Jadi berhati hatilah kepada puan, saya bangga dengan apa yang telah puan lakukan. Sesekali lelaki yang tak menghargai ni harus di ajar.

Nadhirah Sarpin : Tahniah sis, saya doakan rumahtangga sis sem4kin kukuh dan bahagia. Tak ramai wanita secekal sis. Buat kawan – kawan si suami sila pergi mereput. Kawan apa namanya kalau mer0sakkan kebahagiaan kawan sendiri…

Fizul Razalan : Memang laki yang dah berkahwin ni, bila isteri tengah sarat mengandung akan buat hal macam ni ke? Sorry  kalau saya bertanya ni macam sensitif, sebab saya tak kahwin lagi. Sekadar nak tau je.

Dak Anoy : Saya pun pernah aIami apa yang sis aIami. Disebabkan kawan jugak, tapi kawan bukan bujang tapi dah kahwin pun sama bang4ng. Memang sampai sekarang agak benci tengok muka dia, tapi saya tetap kawan jugak dengan wife dia. Saya pun buat perkara sama yang sis buat cuma saya tak minta cerai, memang buat dia tak wujud. Buat dia rasa sunyi, tak lama lepas tu dia nangis jugak merayu cakap tak nak buat lagi. Sekarang Alhamdulillah, tak pernah lagi la, hari – hari mendatang wallahualam, tapi saya bersedia dengan apa jua yang datang, saya redha.

Siti Noor Asliana : Saya pon risau jugak bila husband keluar lepak dengan kawan – kawan dia. Takut jadi macam ni la. Nak Iarang dia pon ada kawan – kawan. Mesti kadang – kadang nak lepak sama – sama. Semoga ALLAH Iindungi la rumah tangga kami. Aminn…

Apa kata anda?