Muka buruk berkulit hitam buatkan saya takut nak kahwin, saya fobia jadi menantu yang dibenci.

Saya fobia apabila sering mendengar cerita dari emak saya, yang mana emak adalah menantu yang dibenci. Saya kurang rupa dan berkulit hitam, sedangkan mertua saya putih melepak, ipar duai pun cantik belaka. Rasa takut hingga ingin mencari suami yang yatim piatu sahaja. Sehinggalah saya berkahwin dengan suami yang merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga..

Kebelakangan ni, banyak saya baca luahan di dalam ini berkenaan sikap dan perangai ibu mertua yang kej4m. Sebenarnya cerita – cerita seperti ini memberi gambaran dan persepsi yang buruk untuk pasangan yang baru nak berkahwin.

Sebab saya sendiri pernah mengaIami kerisauan itu. Saya nak bercerita tentang ibu mertua dari sudut yang positif pula. Bukan semua ibu mertua jahat. Masih ramai ibu mertua yang baik. Percaya lah.

Saya A, wanita berkerjaya. Sekadar pekerja biasa sahaja. Suami saya agak berjawatan, pegawai tinggi kerajaan, anak tunggal lelaki dalam keluarganya.

Suami dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan adab dan sopan santun, mereka bercakap dengan lembut dan tidak pandai sindir menyindir dalam berbicara.

Bapa mertua pesara kerajaan, manakala ibu mertua suri rumah sepenuh masa. Anak – anak mereka (ipar duai saya) semua berjaya dalam pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik.

Pada awal perkahwinan, saya sangat bimbang, kerana saya hanyalah anak kampung. Saya kurang rupa dan berkulit hitam, sedangkan mertua saya putih melepak, ipar duai pun cantik belaka.

Lagi pula saya seakan f0bia apabila sering mendengar cerita dari emak saya, yang mana emak adalah menantu yang dibenci.

Dik4ta, dih1na dan dibuIi oleh mertuanya. (opah saya) kerana menurut emak, emak buruk rupa dan berkulit hitam, sedangkan emak mertuanya putih. – sama macam kes saya.

Jadi dengan kekurangan itu, emak selalu dibanding – bandingkan dengan menantu perempuan yang lain. Dis4kiti perasaannya. Bercakap ikut sesuka hati mereka sahaja.

Sedihnya saya mendengar luahan hati emak, hingga timbul rasa takut untuk bermertua. Rasa ingin mencari suami yang yatim piatu sahaja… Tetapi, takdir menemukan saya dengan suami yang punyai keluarga yang sempurna.

Lagi menambahkan kerisauan saya, apabila suami adalah anak lelaki tunggal mereka. Tentu ibu mertua inginkan menantu yang cantik lawa, putih dan sempurna. Rupanya, jangkaan saya sama sekali meleset.

Ibu mertua saya adalah ibu mertua yang terbaik di dunia. Ye, yang terbaik di dunia. Beliau tidak pernah merendahkan saya yang serba kekurangan ini. Saya tak pandai masak, dia ajar dengan sabar.

Bila saya rasa s4kit – s4kit masa mengandung, diurutnya saya dengan penuh kasih sayang. Berjam lamanya sehingga saya rasa benar – benar lega. Apa sahaja yang saya inginkan, abah dan mak mertua akan usahakan sampai dapat…

Setiap kali kami ingin balik ke rumah mertua, bilik kami disiapkan secantik bilik pengantin, bersih, wangi dan kemas. Ya Allah, bersyukurnya saya. Bahagianya hidup saya.

Saya ceritakan pada emak saya, bahawa bukan semua mertua itu jahat. Dan emak saya kata, ini adalah kerana Allah menjawab doa – doanya yang sangat berharap agar anak perempuannya tidak mengaIami nasib sedih bermertua sepertinya.

Alhamdulillah. Terima kasih emak atas doa – doa emak untuk anakmu ini. Kawan – kawan sekerja saya hairan apabila melihat saya sangat seronok dan teruja setiap kali nak balik beraya di rumah mertua, kerana bagi mereka, seronok lagi beraya di rumah emak sendiri.

Bagi saya sama sahaja, di mana pun saya seronok. Setiap kali kami nak balik semula ke kediaman kami, maka penuh saratlah kereta dengan pelbagai bekalan untuk kami bawa balik.

Anak – anak saya juga adalah cucu yang disayangi. Sama sahaja dengan cucu mereka yang lain. Tak ada bezanya. Jika sorang dapat duit raya RM50, semua pun akan dapat dengan nilai yang sama.

Pembaca sekalian, sebenarnya banyak lagi kebaikan mertua saya yang hendak saya cerita kan. Tapi, cukup la setakat itu sahaja. Nanti lebih – lebih sangat, orang meluat pula membacanya.

Cuma apa yang saya nak tekankan di sini, jangan bimbang untuk bermertua kerana bukan semua mertua itu jahat. Berdoalah banyak – banyak agar dikurniakan mertua yang baik dan yang membahagiakan.

Kini kedua dua ibu dan bapa mertua saya telah pergi buat selamanya. Kedua – duanya pergi di hari Jumaat yang mulia. Ibu dan bapa kandung saya juga telah tiada.

Sekarang saya hanya mampu mendoakan dan mengirim pahala dari bacaan al-quran yang saya baca pada setiap hari untuk semua kesayangan – kesayangan yang telah tiada.

Dan saya hanya mampu mengenang segala kebaikan dan kasih sayang yang telah mereka berikan kepada saya selama 18 tahun yang saya sempat menjadi menantu mereka.

Al-fatihah untuk kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa mertuaku. Untuk arw4h emak dan abahku, mak, sekarang saya hidup bahagia atas doa – doa emak untuk saya. Terima kasih mak.

Untuk kedua mertuaku, emak abah, saya akan besarkan cucu – cucu emak dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut seperti emak dan abah membesarkan suami saya dan ipar – ipar saya yang lain.

Dan bahagia saya nak khabarkan, cucu lelaki emak sekarang sudah pun menjadi al-hafiz. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih emak, abah, emak mertua dan abah mertuaku.

Terima kasih atas kasih sayang yang telah diberikan. Dapat saya menikm4ti syurga di dunia ini. Alhamdulillah.. – A (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noor Mastura Mas : Perkahwinan ke-2 saya, Allah bagi sejuta Rahmat Dan Kasih Sayang. Kalau dulu 8 tahun, sekali pun tak pernah balik raya rumah mertua tapi sejak 3 tahun ni, gilir – gilir balik rumah mak ayah masing – masing sebab kami sama kawasan, cuma lain kampung. Mertua saya, ipar duai MasyaAllah baik sungguh – sungguh. Semua sp0rting tapi hubungan saya dengan mertua yang dulu tetap baik dan masih berjumpa. Saya cuma bermasalah dengan bekas suami tapi dengan keluarga dia, saya tetap jaga silaturrahim.

Rahimah Abd Rahim : Alhamdulillah. saya pun antara insan bertuah dapat mak mentua yang baik. Antara kebaikan dia yang tak akan saya lupa, dia suap saya makan saat saya paling lemah baru lepas bersalin. Sepanjang minggu pertama berpant4ng, mak mentua sediakan tungku panas dan nasi panas, lauk best – best sebelum subuh.

CT CT Munir : Saya ada 2 mak mertua yang sangat – sangat terbaik. Syukur Allah hadirkan mertua ke-2 yang sudi terima saya dan anak – anak. Kini mertua ke-2 telah pergi buat selamanya. Saya dan suami kini tumpang kasih dengan mertua pertama. Selalu doa Allah rahm4ti kedua – dua mertua saya. Kerana didikan mereka la saya dikurniakan kedua – dua suami yang amat bertanggungjawab. Al-fatihah untuk arw4h suami bapa kepada anak – anak saya.

Cahaya Rumah Ku : Ye benar ada ibu mertua baik seperti kawan sekerja. Sampaikan dia kata rindu ibu mertua. Mertuanya tak dapat pulang akibat pelaksanaan PKPB baru – baru ini. Mertuanya menguruskan anak, membersihkan rumah dan lain – lain ketika dia sibuk bekerja. Dia tak minta tapi semua dah diuruskan. Tak seperti saya, mertua jika datang, mengharap untuk membawanya berjalan – jalan dan shopping termasuk semua ipar – ipar.

Saya dah lama pend4m, saya tak sihat tapi mereka kata saya pura – pura.. Allah Maha Mengetahui. Sekarang saya masih dih4ntui kata – kata nista dia dan keluarga.. Semoga satu hari nanti kami boleh baik – baik Aje.. Doakan saya dapat lupa segala yang dik4ta pada saya dan keluarga. Kesian keluarga saya kena ser4ng juga melalui panggiIan telefon..

Puan Salasiah : Untungnya siapa yang dapat mentua yang baik.. Selama enam tahun kahwin baru saya tau selama ini saya hanya penghaIang hubungan suami dan emak dia. Suami merupakan anak bongsu. Seronok baca komen – komen anda semua, ada mentua yang sp0rting dan baik..