Isteri aku songIap duit tempat kerja sebab alasan nak bayar bil hospitaI bapak mertua s4kit

Isteri aku cakap alasan dia songIap duit tu sebab nak bayarkan bil hospitaI bapak dia yang s4kit. Nasib baik dengan ehsan bos isteri aku, dia dilepaskan. Mak aku sangat kecewa bila dapat tahu menantu dia jenis tangan panjang. Mak aku dah tak benarkan isteri aku balik ke rumah dia sebab bagi dia isteri aku dah malukan dia dan keluarga kami.

#Foto sekadar hiasan. Assalam admin yang baik hati. Minta tolong hide kan profile ni sebab aku guna fb kakak aku. Aku nak kongsikan kisah rumah tangga aku dan isteri aku. Kami dah berkahwin dua tahun lebih. Cerita bermula bila isteri aku buat hal benda yang amat memalukan aku dan keluarga aku. Isteri aku bekerja dekat setahun, tapi kejadian yang memalukan aku adalah bila mana dia songIap duit tempat dia bekerja.

Bila dah kant0i, bos tempat isteri aku call dan nyaris – nyaris nak heret isteri aku ke balai. Kami bincang punya bincang, isteri aku cakap alasan dia songIap duit tu sebab nak bayarkan bil hospitaI bapak dia yang s4kit. Nasib baik dengan ehsan bos isteri aku, dia dilepaskan dan duit yang ada tu dalam RM5k macam tu dikembalikan pada mereka balik.

Jenis isteri aku ni dia jenis tak suka nak kongsi masalah dia dengan aku suami dia ni. Kalau dia ada masalah dia lebih memend4m masalah dia seorang diri. Kalau boleh semua benda dia nak selesaikan, buat sendiri. Aku akui isteri aku ni tersangat baik, dia tak pernah curang dengan aku. Tiap hari dia nak pergi kerja, dia mesti masakkan makanan untuk aku siap – siap, sediakan untuk aku makan bila balik kerja tiap petang. Isteri aku biasa kerja pagi dan akan balik waktu malam.

Disebabkan perangai isteri aku yang buat hal, aku terp4ksa menceritakan pada family aku berkenaaan kes dia. Mak aku sangat kecewa bila dapat tahu menantu dia jenis tangan panjang. Untuk selesaikan masalah kami, aku menghantar isteri aku balik ke kampung dia untuk meredakan keadaan. Mak aku cakap dia tak nak masuk campur dalam masalah rumah tangga kami.

Tapi aku perasaan mak aku dah buat isteri aku macam dah tak wujud dan dia dah cakap siap – siap kat aku yang dia tak sukakan isteri aku disebabkan kes isteri aku tu. Untuk pengetahuan korang semua sebelum ni kami memang tinggal sebumbung dengan mak aku. Bagi aku tak perlu menyewa rumah lain, sedangkan rumah mak aku adakan.

Kadang aku kesiankan isteri aku, aku dah buat macam – macam kat dia, sampai turn raya tahun ni pun kami raya asing – asing sedangkan tahun ni turn raya beIah kampung isteri aku. Aku mengaku aku jugak ada silapnya, aku ceritakan segala a1bnya pada family beIah mak ayah aku pasal kes dia songIap duit tu. Mak aku dah tak benarkan isteri aku balik ke rumah dia sebab bagi dia isteri aku dah malukan dia dan family kami.

Dah hampir 3 bulan lebih aku tak bagi nafkah zahir batin pada isteri aku. Aku pernah suarakan hasrat aku nak bercerai dengan isteri aku, tapi isteri aku tak nak dilepaskan katanya dia sangat sayangkan aku dan sangat – sangat menyesal dengan kesalahan dia. Jujurnya perasaan aku berbolak balik adakah aku masih sayangkan isteri aku atau tak, patutkah aku bagi peluang kedua buat isteri aku sebab aku buntu nak pilih antara mak aku dan isteri aku.

Bila aku str3ss aku akan chat dengan perempuan – perempuan ex crush aku untuk menghilangkan rasa bosan aku. Aku tahu tujuan aku kahwin dengan isteri aku dulu pun hanya untuk kepuasan nafsu aku semata saja. Bagi aku untuk ada anak adalah masih awal dan jika ditakdirkan kami tak ada anak pun aku tak kisah, walaupun isu tu sering jadi perbaIahan antara aku dan isteri aku. (sebab aku buang luar) korang paham paham lah.

Tolonglah para pembaca bagi komen – komen yang positif buat aku insan buntu.

Komen Warganet :

Rozanalita Kamis : Sedihnya jadi isteri awak. Masalah yang curi tu pun dah selesai. Dia curi sebab nak bayar bil hospitaI ayah dia yang s4kit. Dan akibat a1b dia yang awak dah cerita pada Mak awak dan family, jadi maru4h dia dah tercaIar.. Lebih baik korang pisah je sebab tak baik ani4ya isteri tu. Nafkah dah 3 bulan tak bagi, tunggu 4 bulan suruh isteri tu buat aduan kepada pejabat agama yang terdekat. Berpisah baik – baik sebab Mak awak pun dah tak suka dia.

Buat apa nak SIKSA dia? Awak move on je lah cari isteri baru. Belajar! Rahsia suami isteri, buruk baik a1b rumahtangga jangan cerita kepada ibubapa. Melainkan memang dah nak berpisah boleh cerita agar mereka faham. TerIajak perahu boleh diundur. TerIajak kata bin4sa rumahtangga.. Kadang – kadang isteri diuji Allah SWT bukan untuk dia jer tapi Ujian itu juga untuk suami.

Wan Kamarul Bariah Bariah : Patutnya suami jaga maru4h isteri, tiada orang yang terlepas dari buat salah. Cara kamu bercerita cam h1na sangat bini. Ingat, orang yang bertaubat lebih mulia dari orang yang rasa diri alim sangat. Sepatutnya kamu bimbing isteri kamu bukan buang dia dari hidup kamu.

Has Mariah : Macam mana wife nak cerita, nafkah zahir batin pun culas, ada ke pernah sembang bersemuka dengan bini? Selalunya bini bila tengok laki tak boleh harap macam tu, macam tak ada guna nak cerita problem. Lagi satu, memang la itu mak tapi kalau dah bab a1b tu boleh mengeruhkan keadaan, ko dah kenapa yang nak cerita semua tu. Bila tersedar sendiri cerita pun tak guna.

Lagi satu, walaupun mak tu yang lahirkan dan jaga makan minum kita, kadang – kadang ada part yang mana mak ni tak tahu anak tu sebenarnya suka macam ni, tak suka macam tu. Percayalah isteri yang lagi tahu daripada mak dan isteri ni macam mana sekali pun dia ikut acuan ko. Bagus dan baik ko pada dia, bagusla cara isteri tu. Esok – esok bila mak kita dah tak ada, pasangan tu la yang akan jaga kita jika panjang umur dan hidup aman damai.

NurAz Wan : Tuhan sedang menguji kalian berdua, dia buat silap tapi dia dah mengaku dan sudah dimaafkan. Silap awak mengabaikn dia, sampai tak tahu masalah dia, membuka a1b dia, dan dari awal kahwin sebab nafsu, awak tak nampak. Inilah yang orang kata, satu jari menuding orang lain, empat jari menunjuk pada diri sendiri. Awak dan ibu awak patut muhasabah diri. Jangan rasa suci sangat, kita semua ni ada silap di mana – mana.

Kalau Allah nak buka a1b kita, sepuluh tahun pun belum tentu berani nak keluar rumah. Esok – esok bila awak dah kahwin lain, kalau awak ceraikan dia, jangan tanya kenapa isteri ini macam tu, macam ni, sebab awk dah sia – siakan yang baik, yang Tuhan beri. Awak tak layak untuk dia pun. Awak cuma seorang suami yang gagal meIindungi dan membimbing isteri.

Apa kata anda?