Aku terperangkap dengan suami. Setiap kali suami pergi kerja aku harap dia kemalangan dan habis nyawa terus. Baru aku akan bebas

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku banyak menangis dalam hati atau menangis bawah shower masa mandi. Suami dah tak bagi aku contact dengan family aku sebab dah gaduh. Tapi gaduh tu bukan salah family aku. Untuk family, maafkanlah adik. Adik rindu korang semua.

Assalam semua. Aku kat sini cuma nak luahkan segala yang terpendam je. Aku meluah kat sini ibarat aku tengah bercerita masalah aku kat keluarga aku walaupun diorang taknak dengar masalah aku. Aku dah penat sangat, emosi fizikal mental aku terlampau penat dengan semua ni. Sekarang ni baru aku sedar yang suami aku memang tak akan berubah sampai bila bila. Hampir setiap hari aku akan doakan untuk Allah tarik nyawa suami aku. Bila suami aku dah takde baru aku akan lega lepas dari semua ni.

Aku tak boleh lari rumah bawak anak anak sebab aku takde tempat nak pergi. Keluarga aku dah malas nak mabik tahu hal aku disebabkan aku terlampau dengar apa yang suami suruh aku buat. Aku tak salahkan family aku pun sebab memang semua silapnya datang dari aku.

Aku ni penat uruskan dua orang anak aku umur 2 dan 1 tahun. Anak yang umur setahun belum boleh jalan. Sepanjang tempoh ada anak ni, suami aku nak buat susu anak tak sampai 10 kali pun, tukar pampers anak tak sampai 10 kali. Apatah lagi tolong suapkan anak makan dan sebagainya.

Bila aku mintak tolong buatkan dia akan cakap tak reti. Habis tu ingat dulu aku ni reti ke? Aku pun tak reti buat semua tu. Tapi bila dah ada anak, wajiblah belajar. Takkan semua nak lepas atas kepala aku. Dengan kerja rumah satu haprak pun takde nak bantu.

Balik kerja makan pun aku siap hidang depan mata tau. Dah lepas makan isap rokok kat luar sambil call member member borak. Dah lepas isap rokok masuk rumah scroll FB sampai ke bilik sampai tidur. Yang aku terkontang kanting uruskan everything sorang sorang.

Bila mintak tolong benda yang simple contoh angkat baju atau sidai baju dia akan cakap dia penat tak cukup tidur. Tapi masa yang ada tu bukan dia tidur tapi main fon dan borak borak dengan member dalam fon. Mungkin bagi orang lain ni benda kecil ikhlaskan je. Tapi bila dah hari hari hadap benda yang sama, masa aku buat kerja dia sedap duduk goyang kaki siapa je tak sakit hati? Pastu bila dalam 3 bulan sekali tu dia ada tetiba rajin buat kerja rumah atau masak ke apa dia akan ungkit macam hari hari dia buat benda tu. Maki dan malukan aku sesuka hati. Perkataan maaf pun takde tiba tiba nak buat baik dengan aku. Haih entahlah.

Tu baru kerja kerja aku yang dia berat tulang nak buat. Belum kerja dia yang aku kena buat. Bila aku taknak buat dia akan cakap aku tak kenang jasa bagai dia jaga aku apa semua. Bagi dia, dia dah kerja cari duit so kerja dia yang terpaling penat. Dia pernah banyak kali cakap aku kat rumah tak buat apa apa, tak reti jaga anak, goyang kaki cukup bulan duit masuk. Duit yang dia bagi aku tiap bulan tu, RM1000 bukan duit aku ye. Tu duit tanggungan rumah. Dia ada bagi aku duit tepi khas untuk aku RM200, tapi tak sampai seminggu suruh beli rokok pakai duit tu. Rokok pun sehari 2 kotak dah tu sibuk cakap aku boros duit yang dia bagi?

Aku banyak menangis dalam hati atau menangis bawah shower masa mandi. Dia dah tak bagi aku contact dengan family aku sebab dah gaduh. Tapi gaduh tu bukan salah family aku. Suami aku jenis mulut takde insurans. Dia cakap sesuka hati dia. Aku bertahan sejujurnya bukanlah sebab masih sayang. Tapi aku kenangkan dua orang anak aku.

Aku taknak suami aku cerita buruk pasal aku kat anak aku kalau kami berpisah. Sebab tu aku cakap, aku hanya akan tenang kalau suami aku meninggal. Bila suami keluar pergi kerja dalam hati selalu aku harap suami eksiden. Perasaan sayang, rindu dah takde. Dah lama hilang.

Hubungan suami isteri pun aku akan elak. Aku pura pura tidur awal dengan anak anak sebab taknak dia ajak aku berhubungan. Aku tahu berdosa, tapi hati aku remuk dan dah kosong. Dia selalu lebihkan family dia. Setiap minggu mesti pergi rumah adik beradik dia lepak sampai pukul 1 atau 2 pagi. Bila anak meragam dia buat bodoh. Faham tak situasi aku macam mana? Hmm kalau apa yang dia suruh aku tak buat, dia halau aku suruh berambus.

Dia selalu cakap kat aku apa yang dia ada sekarang ni macam rumah, kereta, atas usaha dia sendiri tanpa harap bantuan orang lain. Tapi dia tak sedar yang uruskan nak ambil geran dia hantar isi borang semua tu aku buat. Dia tak sedar dalam rezeki dia ada terselit rezeki aku. Tapi dia menidakkan apa yang aku cakap. Terima kasih sudi baca luahan panjang. Kepala aku macam nak pecah sebab tanggung sorang sorang. Untuk family, maafkanlah adik. Adik rindu korang semua.

Komen Warganet :

Cindy CA

Tinggalkan je suami tu kak, akak akan lebih bahagia bila sendiri nanti dengan anak anak. Sampai bila akak nak hidup menderita macam tu? Yakin Allah ada. Biarlah menderita hidup tanpa suami, berbanding menderita hidup dengan suami yang macam tu.

Lizz Rahim

Aku dah lalui situasi ni. Bezanya aku sering kena maki hamun, pukul terajang. Dengan anak anak 4 semua urus sendiri. Bagi duit pun macam ni lah, kena bayar rumah, api air, lebih beli keperluan anak. Family tak pernah ambil tahu sebab tak suka bekas suami dulu, mulut jahat, baran. Aku buat keputusan senyap senyap. Simpan duit daripada dia bagi tu sikit sikit tanpa pengetahuan dia. Kalau sanggup bercerai, simpan kewangan sedikit, buat bisnes online pastu cari hidup baru.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.