Aku tersuka dekat bini orang, setiap hari aku intip dia balik rumah. Tak pernah nampak suami dia. Dia pergi bercuti, aku booked hotel sama

Aku pura – pura tanya dia nak pergi hotel mana? Aku teruk check in hotel yang sama, aku nak siasata siapa suami dia. Hari dekat hotel tiba, aku nampak dia dengan anak – anak. Suami??

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Korang boleh tolong aku tak? Aku purposely create account FB sebab kawan aku suggest hantar confession kat sini. Aku dah cuba tanya chatgpt, cuma jawapan aku nak dari POV manusia pula. Sebab aku buntu dan macam orang tak betul.

Tahun lepas aku ada join new company, lepastu team aku ada 1 perempuan (dah berkahwin dan anak 2). Kitorang 1 team for sales & marketing. So mostly kami berhubung berkenaan kerja sahaja. M4kin lama kan, aku tak tahu la kenapa aku m4kin suka kat dia.

Nanti aku cerita kenapa aku suka kat dia. Tapi aku tahu dia dah berkahwin, cumanya dia bukan macam perempuan lain yang suka update banyak benda. Dia dengan hidup dia. Dia memang lain. Kalau orang tak kenal dia, orang ingat dia anak d4ra baru umur 20-an, tapi actually dia lagi tua dari aku dah, nak dekat 40.

Tapi kalau kau compare dia dengan perempuan umur dia kat office tu, dia memang jauh beza comel. Kau bayang dia buat sales, bosses cina pun suka dia. Tapi dia tak gedik, bukan jenis lentok – lentok. Tapi dia ada aura. Kenapa aku suka dia, sebab dia always positive, dia tak ada follow cerita rumah tangga orang, dia tak tengok drama kat tv, aku tanya dia balik kerja buat apa, dia cakap layan family.

Tapi dia modern mom, sebab aku pernah tengok gambar dia dalam satu akaun IG yang perempuan sekarang dok buat pillates tu, ha dia buat benda tu. Tapi bukan dia yang upload, pillates tu yang upload gambar dia. Masa tu aku rasa aku ni macam da tak betul sebab stalk dia punya aktiviti.

Ada lagi benda giIa aku buat, aku follow dia setiap hari sampai kat guardhouse tanpa pengetahuan dia. Tak tahu kenapa aku buat benda tu. Sebab aku nak rasa dia selamat. Tapi mesti korang nak cakap suami dia kan ada? Surprisingly, aku tak pernah nampak laki dia.

Cuma dia cakap laki dia ada je. Dandia tak pernah burukkan atau aibkan laki dia. Contoh kalau ada potluck company, orang puji la dia masak sedap, nanti dia cakap “Oh my husband masak, I tolong sikit – sikit je”. Ada lagi benda b0doh aku buat, masa tu aku tanya dia “eh cuti u pergi  mana?”

Dia cakap nak staycation dengan family dia. Bawak anak – anak tengok pantai. Aku pura – pura tanya “eh hotel mana”. Pastu dia cakap ala dekat – dekat sini dan dia cakap la nama hotel tu. Dan aku punya tr1gger nak stalk hidup dia, aku pergi book the same hotel sebab aku nak stalk hidup dia dan nak tahu suami dia.

Pastu kan, masa hari kat hotel, aku nampak dia dengan anak – anak dia je. Husband dia tak ada pun. Pergi swimming pool pun dengan anak – anak. Pergi pantai pun dengan anak – anak. Tapi dia tak tau aku ada kat situ tengah stalk dia. Hari tu aku macam fikir mana laki dia ni.

Pastu hari nak checkout, dia pulangkan kunci, sorang – sorang ye. Anak – anak dia elok je kat lobby. Dia angkat luggage, angkat stroller, memang independent dan aku salute. Sebab dia masih cantik, bukan pakai tudung sarung, anak – anak elok, dia pun comel je.

Hari tu ada few families checkout juga. Compare dengan wife orang lain, memang jauh beza. Dia tak perlu bantuan orang, tak perlu princess treatment tapi dia cantik. So aku pun ingatkan dia ni single mom ke kan. Aku tanya dia “husband u mana”.

Then dia cakap “oh ada je”. That’s it. Dan aku cuba korek lagi. Then dia banyak cerita yang show kebaikan husband dia. Tak tahu kenapa aku rasa macam jealous. Hahahaha. Ok habis cerita pasal part dia, aku nak cerita satu lagi benda paling b0doh dan tak bermaruah yang aku buat.

Aku confess kat dia aku suka dia. Ye aku confess. Dia cakap dia wife orang dan tak minat aku. Lepas tu dia macam start ada gap dengan aku. Dulu as team mate yang selalu brainstorm ideas sama – sama. Pastu lepas aku confess terus macam strangers. Hmm…

Dan cerita aku confess kat dia tak ada orang tahu. Dia remain dia, tak akan cerita banyak, tak suka cerita hal orang. Tapi aku macam terasa giIa dan aku resign. Aku cuba delete dia dalam memori aku. Tapi susah. Sebab dia lain. Aku cuba cari gf. Tapi tak macam dia.

Aku macam orang b0doh sekarang ni berharap update hal hidup dia. Tapi dia bukan kaki update. Dia pun dah block aku. Aku keep tanya ex colleagues aku pasal dia. Sampai ex colleagues aku syak aku ni ada apa – apa perasaan ke kat dia. Sebab aku rasa macam hari – hari meratap.

Tak pernah aku seb0doh ni sebab perempuan. Padahal dia tak ada buat apa – apa pun kat aku, batas pun dia jaga. Tak ada act of service bagi aku apa – apa. Tapi aku je macam tak nak move on. Korang ada suggestion tak nak move on? Aku nak lapangkan hati aku dengar nasihat korang. Please.. – Abang Salesman (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Zachary Rafael : Dik bawak ngucap panjang dan taubat nasuha. Memang ada ye perempuan yang bini orang beranak pinak independent urus hal diri dan anak aje. Yang jenis tak show off pun laki dia. Bukan sebab janda atau balu, tapi sebab hubungan jarak jauh.

Kadang – kadang memang susah nak vacation sama tetapi hubungan mereka tetaplah utuh loving couple. Anyway, terima kasih atas confession adik. Beginilah agaknya reason stalker akak dedulu kot. Apa pun jangan lah stalk bini orang dan tak perlu confess pun kalau suka.

Bini orang tu tak mau kat adik pun, laki dia sure la 100% terbaik untuk dia. Silap – silap, setiap bulan 5k laki dia bagi belanja, kereta pun laki beli sekali pakej rumah. Siap maid sekali. Bini orang tu takkan pandang adik pun. Insaf lah dik. Jangan kacau rumah tangga orang, jangan runtuhkan masjid.

Adam Farm : Itulah sy4itan, musvh kau yang utama dari zaman nabi adam pun kau tak kenal, sebab tu Allah kata sy4itan tu musvh nyata, walaupun dia tak nampak itulah MUSVH SETIAP MANUSIA, banyak – banyak masuk kelas tafsir Alquran biar hidup kau sibuk dengar wahyu tuhan berbanding dengar bisikan S3TAN.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :