Aku tumpang rumah kakak dan abang ipar. 1 hari masa aku mandi terdengar bunyi nafas kuat, nafas laju abang ipar

Dari bujang sampai dah kahwin aku duduk dengan kakak dan abang ipar. Setiap bulan aku hulur duit, kalau abang ipar takde duit pun aku bagi je pinjam. Satu hari tu, kakak aku bersalin, anak no 4, abang ipar punya gembira tak terkata sebab dapat anak perempuan. Aku sindir dia..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku di sini lagi. Tetapi bukan perihal diri aku, tetapi arw4h abang ipar aku. Abang ipar aku sudah aku anggap seperti abang sendiri. Dulu dia bekerja di kuala lumpur, sementara kakak aku di pantai timur.

Masa tu mereka belum berkahwin lagi. Kami duduk satu kampung. Bila arw4h abang ipar aku balik kampung, mula la datang rumah usik – usik kakak aku. Kakak aku tu pulak memang pemalu. Abang ipar aku memang berani sebab dia masuk meminang kakak aku seorang diri disebabkan abah aku dikenali sebagai orang yang agak baran aku kira.

Long short story, disebabkan keberanian abang ipar mereka pun disatukan. Mereka pun berpindah ke kuala lumpur. Dulu masa cuti study week, aku selalu pergi rumah diorang kerana suka bermain dengan anak buah aku.

Setiap kali aku ada temuduga, dialah antara orang yang akan hantar aku ke tempat temuduga. Kalau tak dapat hantar, aku naik teksi, dia pesan siap – siap, jangan lupa catat no plat teksi tersebut. Aku memang happy bila pergi rumah diorang sebab mereka berdua macam loving couple, jarang berg4duh.

Sampaikan aku bekerja pun, aku stay rumah diorang. Aku tahu aku menyusahkan diorang, tetapi duit bulanan tetap aku hulur. Kalau abang ipar aku memerIukan duit pun, aku dengan rela hati hulurkan dulu. Selepas dua tahun bekerja, aku pun berkahwin.

Masih aku menetap bersama kakak aku, kiranya aku pjj bersama suami aku. Tetapi sekejap jela. Satu hari tu, kakak aku bersalin, anak no 4, dia punya gembira tak terkata sebab dapat anak perempuan. Aku pun sindir la dia “abang, dah dapat anak perempuan ni, boleh la berenti r0kok kan, hari tu dah bernazar”.

Dia hanya senyum, aku pun macam dah rasa lain. Dalam seminggu kakak aku berpantang, masa tu ibu aku datang, abang ipar aku tiba – tiba s4kit g4strik. Dia kena cucuk malam tu. Lepas tu, dia rasa ok sikit, dia balik rumah dia makan. So aku kira dia ok la.

Subuh esoknya, masa aku nak mandi, aku terdengar nafas yang sangat laju dari abang aku. Aku terk3jut aku keluar bilik air, aku nampak kakak aku yang berpantang berlari dapatkan abang ipar aku. Dia tengah tercungap – cungap.

Aku call ambulans untuk langkah yang lanjut, tetapi bila disoal dengar pertanyaan bertalu – talu aku offkan telefon. Kemudian aku pergi panggil jiran – jiran aku. Kebetulan ada seorang pakcik nak pergi surau, dia yang tolong.

Jadi abang aku dibawa ke hospitaI bertemankan adik dia yang baru tiba masa tu. Aku pun tetap kena pergi kerja, aku kira keadaan abang ipar aku biasa saja. Selang beberapa minit aku menaiki motosikal, ibu aku call aku mengatakan abang ipar aku dah meninggaI dunia.

Aku speechless, buntu sampaikan tak terkeluar air mata aku. Aku balik rumah aku tengok anak – anak dia menangis, kakak aku menangis. Dah aku tak sanggup tengok, aku memang turut menangis. Bayangkan, kakak aku tengah berpantang dengan anak perempuannya yang dinanti – nantikan, papanya meninggaIkan mereka selama – lamanya.

Kakak aku fulltime housewife. Jadi dia memang buntu untuk next step, untuk teruskan kehidupannya. Malam tu jugak kami bertolak balik ke pantai timur, selepas post mortem dibuat. Aku dah tak sanggup tengok kakak aku.

Dengan anak – anak dia meraung – raung. Pedih hati aku. Aku bantu kakak aku apa yang patut. Uruskan kwsp, perkeso, insurans dan segala hal. Kakak aku buat keputvsan untuk hidup bersama ibu ayah aku di kampung. Too hard to start new life.

Hasil post morterm mengesahkan abang ipar aku chr0nic sm0ker. Sekarang, anak perempuan dia dah umur 8 tahun. Dah 8 tahun papanya meninggaIkan kakak aku dan anak – anaknya. Selepas sebulan abang ipar aku pergi, aku disahkan mengandung.

Dengan alahan teruk dan aku rasa kosong hidup di kl, aku nekad berhenti kerja dan duduk bersama suami aku. Tragedi abang iparku buat aku tr4uma. Aku selalu tengok suami aku tidur, kalau bunyi nafas yang kuat, aku tak senang duduk.

Rindunya aku pada abang ipar aku. Apetah lagi kakak dan anak buah aku. Sesungguhnya Allah menguji h4mbanya mengikut kemampuannya kan. Kepada per0kok di luar sana, sayangi diri anda, keluarga anda. – Nisa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sherri Hazmi : Sedihnya. Kesian kakak awak. Semoga di tempatkan abang ipar awak di kalangan orang beriman. Nampaknya dia orang baik – baik. Arw4h abang ipar saya pun orang baik juga.

Shazwan Azman : Kalau dah call talian kec3masan. Ikut je lah apa yg ditanya. Bukan dia saja – saja tanya. Untuk orang awam dia akan guide. Pada di luar sana, kalau rase d4da menyucuk tu jangan dok sapu ubat lah. Terus ke hospitaI secepat mungkin. Tanda – tanda ser4ngan jantung. Tak payah tunggu esok lah, tunggu cerah lah, tunggu anak bangun lah. Terus je ke spitaI.

Sha Elsha : Salam takziah. Emmm abang ipar saya pun heavy sm0ker. Masa kecil kalau naik kereta dengan dia memang agak tak tahan saya hirup asap. Mungkin salah satu punca dia kena str0k dan arw4h kakak saya meninggaI kerana k4nser. Jika masih belum terlambat tolonglah berhenti la mer0kok ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.