Budak ni masa aku ambik kerja, seIebet, badan berbau, pakai tudung memang ke belakang habis, dengan jenduInya. Aku kutip dia jadi pekerja dan anggap seperti adik. Apa aku makan dia makan, apa aku pakai, aku belikan untuk dia. Kisah tragis bermula bila dia kahwin dengan suami aku!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Pertama sekali terima kasih admin kalau siarkan kisah aku ni. Aku juga ingin membuat confession dengan harapan dapat memberikan semangat buat kaum isteri yang diani4yai suami.
Kisah aku sangat panjang dan umpama sinetron. Sebab melibatkan melibatkan orang dari sana. Yeah. Biasa dengar wanita warga asing meramp4s suami orang? Kali ini tepat sekali kena batang hidung aku sendiri. Aku dan suami kenal pada tahun 2007, masa awal matrikulasi.
Aku jatuh cinta pada dia dan tak pernah sekali memberi peluang kepada lelaki lain untuk menghampiri aku kerana AKU TERLALU SETIA. Kami bernikah seminggu selepas final exam, ketika pengajian akhir, dengan nilai hantaran yang sangat rendah kerana ayah aku faham keadaan kami yang baru sahaja habis belajar.
Memang tak ada duit langsung. 2 bulan kemudian aku mengandung tapi aku gugur pada usia kandungan 3 bulan. Selepas berpantang, 2 bulan kemudian aku mengandung semula. Maka lahirlah anak sulung aku berurut dengan seorang wanita dari seberang ni.
2 tahun kemudian aku mengandung pula anak kedua. Anak kedua umur 5 bulan aku mula buat satu bisnes, rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah bisnes aku menjadi. Awal bisnes ni aku upah seorang budak Indonesia yang lahir di Malaysia untuk bantu aku buat kerja, iaitu anak kepada tukang urut aku masa p4ntang dulu.
Budak ni anak luar nikah, ayah dia orang Pakistan jadi ada rupa sikit lah. Budak ni masa aku ambik kerja tu seIebet, badan berbau, pakai tudung memang ke belakang habis, dengan jenduInya, tak habis sekolah rendah sebab tak boleh amik UPSR.
Aku kutip dia jadi pekerja dan anggap seperti adik. Apa aku makan dia makan, apa aku pakai aku belikan untuk dia jugak, kadang – kadang baju – baju cantik baru untuk aku, aku belikan, merasalah dia hidup senang. Watak dia memang naif, macam tak pandai apa – apa, yelah sekolah rendah tak habis, nampak b0doh – b0doh alang tapi hati dia keji.
Satu lagi jenis melayan jantan. Kisah tragisnya bermula, bulan Mei 2020, kant0i yang dia rupanya dah bernikah dengan suami aku bulan Oktober 2019 (masa ni anak ketiga aku baru 3 bulan). Alasan suami aku kata nak tolong budak ni sebab terIampau kesian walhal aku yang dalam proses turun naik JPN macam nak m4mpus menguruskan sijil kelahiran budak ni sebab dia lahir kat sini.
Bayangkan sebelum tu mak dia tipu aku RM5000 sebab katanya dia boleh carikan maid dari tempat asal dia di Bandung. Rupanya mak dia tipu dekat 20k duit orang lain. Lepas tu terus lenyap, dia tinggalkan anak dia yang bekerja dengan aku sebab dia tahu aku memang anggap budak ni macam adik.
Dia percaya aku. Walaupun mak dia dah tipu aku, aku masih membela budak ni baik nak m4mpus. Aku pulak terIampau baik hati campur b0doh, mudah percaya orang, tapi aku tak menyesal dengan apa yang terjadi.
Selepas 3 jam aku marah m4ki biawak betina ni barulah dia mengaku rupanya dia nikah dengan suami aku bulan 10 2019. Diorang nikah sindiket, entah sah entah tidak. Katanya bawa imam dari Indonesia masuk Malaysia dan bernikah.
Sesak nafas aku. Terbayang 7 tahun perkahwinan aku, bagaimana aku berk0rban jiwa dan raga aku, tak pernah diberi nafkah bulanan sebab aku redha. Sumbangan kewangan di dalam rumahtangga jangan cakaplah banyaknya kerana Allah kurniakan aku rezeki yang meIimpah ruah.
Melahirkan 3 orang anak perempuan yang bijak, sihat, sempurna sehingga bentuk badanku tidak lagi menarik. Bayangkan aku tak pernah hantar anak – anak ke nurseri atau pengasuh. Aku membesarkan anak – anakku dengan tangan aku sendiri.
Aku menyusukan anak – anakku sehingga 2 tahun usia mereka dan yang paling kecil sekarang masih menyusu dengan aku. Perniagaan aku sem4kin berkembang sehingga aku mampu upah pembantu rumah dan pengasuh tanpa dibantu langsung suamiku.
Aku balik rumah selepas aku tahu staff yang aku anggap adik tu madu aku, aku tak marah suami. Entahlah kesabaran jenis apa yang Allah kurniakan. Aku bersimpuh di kaki suami tanya kenapa abang kahwin dengan biawak tu?
Suami aku mula cakap yang aku abaikan dia. Sebabkan aku terIampau positif, aku macam boleh terima yang aku boleh jalani hidup bermadu. 2 bulan tu aku berubah jadi yang terbaik untuk dia tapi aku tak mampu tipu diri sendiri.
Aku bukan wanita yang terlalu mulia untuk terima poIigami meny4kitkan ini. Aku pecat biawak tu hari tu juga. Bahkan suami aku cakap dia dah pindahkan biawak tu ke tempat jauh daripada aku supaya aku tenang. Tapi suami aku penipu.
Rupanya dia duduk sekitar pejabat suami aku, suami aku hari – hari jumpa dia. Apa yang menjijikkan ialah suami aku cakap dekat kedai aku ni ceruk mana je dia tak sondoI biawak tu. Aku tahan je. Aku rasa laki aku ni mentaI dan nafsu binatang.
Dia cakap budak 17 tahun ni boleh layan dia banyak round satu malam sedangkan aku tak mampu begitu. Anak aku ada 3 orang, kau rasa kerja aku nak melayan laki setiap malam ke? Kalau laki sediakan semua A to Z bolehlah aku layan 10 round tapi dalam rumah tu balik kerja dia hanya goyang kaki.
Lepas kant0i kawin dua barulah rajin nak tolong masak ape lah, tak guna. – Adibah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mazura Abdul Ghani : Nauzubilllah himin zalik. Bukan nak minta la terjadi pada diri sendiri dan anak keturunan. Tapi pada cikzura laa, pertama sekali pergi laa cari mana – mana ustaz yang pandai.
Check laa diri tu, Kut kut ada “somehing” yang masuk atau jaga diri adik yang kita tak nampak. Bukan nak percaya sangat dengan benda – benda ni.. Tapi banyak kes yang kita dengar dari orang – orang seberang ni.
Pastu pi laa “lepas” kan diri dari perkahwinan yang macam ni. Nafkah tak tau di mana, tiba – tiba dapat madu yang meny4kitkan pastu dengan per4ngai laki macam tu.
Jangan duk kesian kat orang lain atau nak bertahan kerana anak tapi makan diri sendiri. Wake up laa. Bangun.. Move on. Tak payah nak baik sangat la.
Mia Haniff : Banyak kes dah macam ni. Buat baik tapi dibaIas dengan r4cun. Sebab tu lah jangan biar orang luar ada dalam rumahtangga kita tak kira la sepupu sepapat ke orang gaji ke apa.
Ntahla nanti dia sapu rumah sekali suami kita dia sapu. Kahwin untuk bahagia bersama – sama. Kalau hati s4kit dan tak redha baik tak perlu ada suami. Sayang diri sendiri puan. Jaga anak jaga bisnes kalau ada j0doh cari lelaki yang lebih baik. Semoga dipermudahkan
Iris Sinbad : Sudah! Cukup! Biarkan Si luncai terjun dengan labu – labunya. Soal nikah diorang tu sah atau tidak biar diorang tanggung pikir sendiri. Alih fokus pada diri sendiri dan anak – anak je.
Masa untuk jaga diri sendiri fizikaI dan mentaI. Mantapkan rohani, kuatkan hubungan dengan Allah. Akuilah, jangan nafikan perasaan sendiri. Hati Confession dah terlalu pedih dikhi4nati, jangan tipu diri sendiri dah.
Minta Allah Iindungi dan jauhi lah dari insan – insan yang mengkhi4nati tu. Please Move on. Semoga Allah permudahkan urusan. PeIuk.
Norsyina Tazali : BagiIah peluang kat tt , apa yg dia lalui ni bukan mudah. Mungkin ada sambungan. Saya pun tengah membuak – buak geram tup tup habis dah cerita. Laki dia pun biawak. Tak bagi nafkah.
Semuanya isteri dia buat A to Z. Paling tak boleh blah dia mengaku setiap inci kedai tu dia sondoI bewak betina tu. Suami jenis apakah itu? Kalau saya jadi tt, saya tuntut fasakh biarkan biawak jantan betina tu hidup bersama sebab diorang sekufu.
Moga ada insan yang baik seperti tt fikirkan hal anak – anak dan rumahtangga suatu hari nanti. Barulah sekufu. Betul tak?
Ashila Adzim : Alang – alang dah ada madu muda bertenaga tu, kena manfaatkan tu. Apa kata awak hantar je anak – anak setiap weekend kat madu. Bila nak ber’me’ time walaupun kat rumah je, hantar anak kat madu.
Lepas tu alang – alang suami pun banyak sangat tenaga dan masa, boleh la start suruh suami bayar semua benda dalam rumah dan jaga anak – anak plak. Hal i/c tu tak payah teruskan, biar suami uruskan, tanggungjawab suamikan. Esok dah terbunting pandai – pandai selesaikan surat beranak anak dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.