Aku pelik malam tu ayah asah p4rang sambil pandang aku dan adik2 lain macam

Mak aku sangat kuat. Dia kuat sebab anak – anak dia masih perIukan dia walaupun suami dia dah d3ra dia separuh nyawa. Sampailah aku dah masuk 13 tahun, baru ‘ayah’ aku berubah. Kami ingat dia berubah betul – betul, sehinggalah satu hari aku jumpa surat dan kertas – kertas..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejatera buat pembaca. Nama aku Zara (bukan nama sebenar) Kalau admin post confess aku ni, aku mengharapkan pendapat dari semua. Bukan h1naan dari orang lain. Ingin aku tegaskan, apa yang aku tulis ni bukan nak h1na orang yang paling aku sayang.

Aku cuma taktau dah nak luahkan kat siapa apa yang aku rasa. Harap – harap korang faham lah yea. Dan cerita ni panjang sangat. Harap korang sabar jelah baca luahan aku ni. Aku bukan student di mana mana universiti dan sewaktu dengan nya.

Cuma aku suka jadi silent reader kat page ni. For starting, aku cuma perempuan biasa yang takde apa apa harta kecuali mak, adik beradik dan seorang suami. Kenapa aku tak mention ‘ayah’? Sebab aku takde ayah yang sah.

Nak bagi korang faham, aku dilahirkan secara tidak sah. Maksudnya, masa aku dilahirkan dulu, mak ‘ayah’ aku tak kahwin lagi. Lepas aku dah masuk 7 bulan (baby lagi) baru mak ‘ayah’ aku kahwin. Dan yang buat aku pelik, nama aku dalam surat beranak di binti kan nama ‘ayah’ aku.

Aku tahu patutnya tak boleh tapi dalam kes aku ni, aku pun tak faham macam mana boleh terlepas di bintikan nama ‘ayah’ aku. Hidup aku macam biasa. Bahagia sebab aku dibesarkan dengan nenek dan makcik pakcik yang sayang dan manjakan aku.

Mak aku sibuk kerja 24 jam, jadi aku kurang rapat dengan dia masa kecil. Ada satu hari, masa umur aku 8 tahun, aku ingat lagi pagi tu mak aku menangis macam orang giIa sampai ambik pis4u nak bunvh diri. Nenek, atuk dan makcik aku tenangkan dia.

Aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Bila ditanya, baru aku tahu rupanya mak aku meng4muk sebab dia dapat tahu ‘ayah’ aku ni ada perempuan simpanan even masa tu family kitorang tak kaya mana pun. Lepas dah tenang semua dan masa tu aku pun tak berapa faham apa yang jadi, semuanya kembali normal.

Tapi, beberapa bulan lepas tu, aku tengok dengan mata aku sendiri. ‘Ayah’ aku pukuI, t4mpar, pijak badan, tarik rambut mak aku dari tingkat atas sampai bawah. Alasan nya, mak aku tak bagi dia kahwin dengan betina murahan tu sebab masa tu, ‘ayah’ aku langsung tak bagi nafkah kat kitorang anak beranak.

Dia banyak habiskan duit kat betina tu. Dan kejadian tu di rumah nenek aku. Bila aku nampak, aku jerit. Aku merayu kat ‘ayah’ aku jangan buat mak aku macam tu. Dan tiba – tiba, dia datang dan aku dan cakap, “Kau jangan masuk campur lah, anak binatang!”

Sampai sekarang, aku terbayang – bayang cara dia jerkah aku dan cara dia d3ra mak aku. Aku terdiam dan nenek aku mula masuk campur. Tapi, dengan nenek aku sekali kena m4ki seranah dari dia. Mak aku dah lembik lepas dibeIasah dengan suami dia tu.

Benda tu jadi masa aku masa kecil and what do you think? Yes. Aku d3ndam dengan dia sampai sekarang. Hidup aku mula berubah. Dari jadi seorang kanak – kanak yang periang, mudah mesra dengan semua orang. Aku jadi seorang pend3ndam dalam diam.

Aku jadi manusia yang suka perhatikan apa yang orang lain buat dan aku suka kumpul segala bukti kesalahan orang – orang yang aku tak suka. Pelik tapi tu kenyataannya. Lepas kejadian tu, dia nekad nak kahwin jugak dengan betina murahan tu sampai sanggup buat IC palsu dan diorang kahwin kat area Perlis.

Tak silap aku lah. Hidupan aku, adik – adik aku dan mak aku mula berubah. Dari kitorang hidup sederhana sampai kitorang rasa susah. Aku yang masa tu baru berumur 9 tahun, kena mula berdikari. Belajar memasak, kemas rumah walaupun tak sempurna.

Aku p4ksa diri aku sebab aku taknak mak aku bertambah letih. ‘Ayah’ aku? Dia seronok gembira dengan betina tu kat rumah lain. Bila balik rumah, dia asyik meng4muk jah4namkan barang – barang kat rumah dan pukuI – pukuI mak aku.

Mak aku sangat kuat. Dia kuat sebab anak – anak dia masih perIukan dia walaupun suami dia dah d3ra dia separuh nyawa. Sampai lah aku dah masuk 13 tahun, baru ‘ayah’ aku berubah. Dia cuba nak dapatkan balik perhatian dari kitorang adik beradik.

So far, dia dapat dari adik – adik aku tu pun makan masa sampai aku 15 tahun. Tapi dia tak dapat perhatian dari aku sebab aku masih tak maafkan kesalahan dia. Bila mak aku dan adik – adik aku terima dia, dia buat hal lagi.

Bila dia tengok mak aku kerja dan tolong dia bayarkan bil air, bil api dan astro, dia lepas tangan. Dia tak kerja almost 3 years. Mak aku yang kena kerja separuh m4ti untuk bayar rumah sewa, bil – bil semua, barang dapur dan duit belanja sekolah untuk aku dan adik – adik aku.

Dia bagi alasan, dia tak boleh kerja sebab mata dia kabur tapi tiap – tiap malam minta duit kat mak aku sebab dia nak lepak dengan kawan – kawan dia. Bila tak dapat, dia akan ambik kad bank mak aku dan keluarkan duit ikut suka hati dia.

Macam mana aku tahu? Yes sekali lagi dia buat depan mata aku. Sampai lah aku dah masuk 17 tahun dan aku jadi heartless dengan dia. Aku belajar betul – betul dan alhamdulillah keputvsan SPM aku lulus dengan cemerlang.

Aku bawak diri ke KL sebab aku tak sanggup dah tengok betapa hip0kritnya dia. Aku dapat kerja yang aku suka dan alhamdulillah gaji aku dalam 1k ke atas. Duit yang aku dapat hasil usaha aku, aku hulur kat mak aku dan adik – adik aku.

Lelaki tu? Masih tak kerja dan harapkan duit mak aku. One day, aku cakap dengan mak aku, pakwe aku nak masuk meminang dan nak kahwin dengan aku. Aku nampak mak aku gembira sangat sebab dia risaukan aku duduk berdua dengan kawan baik aku kat KL.

Semuanya berjalan dengan lancar sampai satu hari masa aku kat office, mak aku tiba – tiba whatsApp aku dan dia minta maaf. Aku tanya kenapa dan mak aku b0ngkarkan rahsia. Rupanya aku anak tidak sah taraf. Aku terduduk, tak boleh fikir apa – apa sampai aku tak sedar aku menangis teresak – esak kat meja aku.

Officemate semua risaukan aku sampai manager izinkan aku balik untuk tenangkan fikiran. Aku ajak pakwe aku jumpa. Kitorang pergi makan kat satu mall. Masa ni aku berlakon macam takde apa yang jadi tapi dia dapat tangkap cara aku bercakap lain dari sebelum tu.

Aku luahkan semua dan aku tanya dia. Dia sanggup ke nak kahwin dengan anak yang tak sah taraf macam aku ni? Sedangkan dia dari keturunan yang baik – baik dan berada. Aku nampak muka dia berubah tapi alhamdulillah dia terima aku seadanya.

Alhamdulillah, aku dah jadi isteri orang. Aku ingat lepas aku kahwin, semua akan okay dan ‘ayah’ aku tu akan jadi suami bertanggungjawab lepas dia tak tunaikan nafkah dan tanggungjawab dia sebagai ayah dan suami selama 6 tahun.

Tapi rupanya tak. Dia mula kawal hidup mak aku dan aku sedangkan selayaknya suami aku yang kawal hidup aku. Dia tak bagi mak aku kerja, tak bagi mak aku whatsapp dengan kawan – kawan dan macam – macam lagi dia buat.

Kat aku pulak, dia suruh aku buat loan then duit loan tu bagi kat dia. So dari duit tu, dia akan buat satu business untuk aku. Tapi, aku tak buat pun sebab aku tahu nanti duit tu ke arah lain. Satu hari, masa aku kat rumah mak aku, aku tengah kemas rumah dan aku terjumpa resit dari kedai judi, resit hotel murah, dan beberapa kertas atas tulisan dia dekat almari ruang tamu.

Aku tunjuk kat mak aku dan mak aku nangis. Patut lah selama ni duit tak cukup kat dia. Rupanya buat benda lain. Aku suruh mak aku buat tindakan sebab dia dib0dohkan bertahun – tahun dengan suami dia tu. Dua minggu lepas, mak aku terus terang dengan dia yang mak aku nak bercerai sebab dah taknak sama sama berd0sa dengan apa suami dia dah buat.

Mak aku dah lama tawar hati dengan dia cuma taknak buat tindakan je. Aku ingat lelaki tu akan insaf atau minta maaf, tapi dia ugvt mak aku, nak buat kecoh kat sini. Patut lah semalam dia asah p4rang pastu pandang aku dan adik – adik aku lain macam.

Mak aku takut dia akan apa – apakan kitorang. So mak aku terp4ksa cakap lembut – lembut dengan dia dan mak aku terp4ksa tipu sampai kena cakap yang mak aku sayangkan dia lagi. Baru lelaki tu tenang dan simpan p4rang yang dia asah tu.

Sekarang ni, aku tak boleh terima bila aku dapat tahu dia ugvt kat mak aku macam – macam. Aku penat, aku bosan dan aku dah muak dengan semua ni. Mak aku tersiksa dengan dia. Suami aku nasihatkan lelaki tu tapi lelaki tu ugvt macam – macam pulak.

Aku takut kalau aku yang tak boleh sabar dan aku buat sesuatu kat dia atas sebab d3ndam yang m4kin teruk ni. Apa aku kena buat supaya mak aku boleh buat tindakan dan mak aku bebas dari lelaki tak guna tu? Tolong lah bagi pendapat bernas.

Terima kasih sudi luangkan masa baca confess aku. Harap ada yang bagi pendapat yang membolehkan aku buat tindakan kat dia. – Zara

Komen Warganet :

Siti Maryam : Awak boleh buat report bila ayah awak mula buat macam – macam. Kalau boleh rekod setiap apa yang berlaku bila berg4duh. Ambik segala bukti kerja jahat, jvdi yang dia buat. Jadi mak awak boleh diam – diam ambik tindakan untuk minta fasakh di pejabat agama. Dah la tak bekerja, buat benda h4ram lagi. Semoga dipermudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.