Aku wanita bujang, kerja kerajaan. Aku terkejut, pelik tengok ramai isteri orang skandal dengan suami orang dekat pejabat ni.

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Akak ofis tu umur dah 40 tahun tapi cantik macam 20-an. Suami dia plak aku pernah tengok tak handsome, badan besar tapi kaya. Boleh terkantoi dengan aku, berdating, manja – manja dengan pekerja lelaki muda, memang handsome…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku seorang wanita bujang belum berkahwin. Aku baru je bekerja di sebuah pejabat kerajaan. Aku ni memang muda lagi, baru je grad tahun lepas tapi alhamdulillah rezeki dapat kerja awal. Aku tengok sekeliling aku, ramai isteri – isteri orang berskandal dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami.

Aku nampak benda ni dah macam satu kebiasaan. Aku pernah tegur tapi mereka cakap “kawan je”. Yela aku nak tegur lebih – lebih kang kena marah sebab aku paling junior dekat office. First aku nampak bos lelaki selalu keluar makan dengan akak office yang juga bini orang.

Ye akak office tu cantik. Aku assume keluar makan pun sebagai kawan kerja. Takde fikir lain. Tapi nampak kemesraan diorang lain macam. Bila aku tanya akak lain, dia cakap “oh akak tu memang baik dengan boss. Diorang kawan je tu. Bini boss tu lagi cantik, dont worry”.

Tapi bagi aku, benda tu tak normal. Diorang anggap biasa keluar makan berdua dan bermesra, tapi kalau aku jadi bini boss, aku tak suka laki aku keluar bermesra dengan perempuan lain. Pastu haritu boss keluar tengok wayang dengan akak office tu selepas habis meeting.

Mesti wife boss tu m4ti – m4ti ingat laki dia pergi meeting je semata padahal lepas meeting pergi tengok wayang dengan skandal. Pastu another akak office ni bagitau, dia ada skandal yang dia kenal dalam socmed. Aku pun tak tahulah kenapa dia citer kat aku, mungkin sebab muka aku ni macam muka yang pandai simpan rahsia.

Akak tu citer, awal – awal laki tu approach nak berkenalan, akak tu layankan jela sebab suka berkawan. Pastu lama – lama akak tu cakap dia suka kawan dengan laki tu sebab laki tu pandai layan luahan perasaan dia. Laki akak tu pulak PJJ dan jarang kat rumah. Aku macam, this is not normal kak.

Tapi akak tu cakap, jangan risau akak tahu batas. Akak cakap dia takdelah nak pergi jumpa laki tu ke apa. Cuma kawan je, sekadar teman curhat. Tapi for me this is not okay at all. Laki yang dia layan tu pun sama – sama laki orang. Akak tu cakap dia sunyi malam – malam laki takde.

So at least laki tu boleh dengar dia sembang dan bagi respond. Sebab laki dia sendiri kalau balik pun bukan nak dengar sangat dia bercakap. Dia perIukan teman bercerita. Lepas tu hari tu, ada lagi sorang akak office aku yang memang lawa teruk orangnya, terkantoi keluar dengan rakan sekerja bujang yang memang hensem. Kiranya dua orang tu sama cantik sama padan la senang citer.

Cuma bezanya akak tu dah berusia 40 tahun. Laki tu baru pertengahan 20-an. Walaupun akak tu dah 40-an, tapi jujur aku cakap akak tu langsung tak nampak 40. Nampak macam lagi muda dari laki tu. Kes terkantoi tu sebab dorang pergi dating waktu weekend dan masa tu malam.

Diorang dating dalam mall kat negeri lain. Kebetulan aku pun berjalan kat mall tu pastu terserempak dengan diorang yang tengah menggeletis macam boyfriend & girlfriend. Mesti diorang tak expect akan ada officemate pergi situ jugak. Yang aku tahu, laki akak tu memang tak hensem sebab hitam gemuk besar tapi kayalah.

Akak tu tak tahu dia kantoi dengan aku. Tapi aku rahsiakan mende ni sebab aku macam tak tahu nak tegur macam mana. Patutlah selama ni nampak mesra lain macam je akak dengan laki tu. Dalam meeting pun main – main mata. Aku curious, macam mana bini orang boleh dating dengan laki lain tanpa pengetahuan suaminya?

Haritu aku terjumpa anak akak tu. Dia bawa anak kecil dia datang office. Aku saje buat – buat tanya, pada tarikh mak dia dating tu diorang gi mana? Budak tu cakap dia duduk dengan atuk sebab ayah dia kebetulan ada kursus. Mak pula ada kerja katanya kena outstation.

Dalam hati aku, mak kau bukan pergi kerja tapi menyundal dengan laki lain. Sejak kejadian tu, aku selalu perhati pasangan skandal ni dalam meeting. Sekarang baru aku nampak, oh dua orang tu memang lain macam tapi pandai cover. Aku percaya orang lain takde sorang pun tahu kecuali aku.

Aku ni curious. Aku tak kahwin lagi dan tak pernah ada boyfriend. Jadi aku tak faham sangat keperluan nafsu dan keinginan orang dah berkahwin ni macam mana. Kenapa dah ada suami, tapi masih nak cari laki lain untuk berkongsi rasa?

Walaupun diorang just berkawan tapi mesra je, tapi bagi aku benda ni sangatlah salah di sisi agama. Memang sepatutnya seorang isteri tak boleh nak bermesra dan berkawan dengan lelaki lain sebab kawan lelaki dia sepatutnya hanyalah suami.

Suami je yang patut jadi tempat meluah perasaan dan sebagainya. Atau, adakah suami tak dapat memenuhi keinginan mereka? Aku saje la assume, aku fikir mungkin akak 40 tahun yang cantik tu sebenarnya memang taste lelaki hensem, tapi dia dapat suami tak hensem tapi sebab laki dia kaya, so dia terima je? Ni apa yang aku assume jela. Realitinya wallahualam.

Apabila melihat kejadian skandal yang dinormalisasikan sebegini, aku jadi takut. Aku takut aku diuji sebegitu jua kalau dah kahwin. Nauzubillah. Sekarang aku tak mengerti sebab aku belum kahwin. Tapi mesti ada sebab kenapa mereka pasang skandal sebegitu kan?

Aku pernah try sembang dengan akak office yang lain. Aku saje nak tanya. Aku tanya, “kak.. kak rasa kenapa ada bini orang masih nak berskandal dengan lelaki lain?”. Akak tu jawab,.. “kalau suami pjj atau berjauhan lama.. perempuan dah kahwin ni akan rasa lonely.. kau tak faham sebab kau tak kahwin lagi”.

Arghh sudah.. akak tu tinggal aku h4nging macam tu je. Jadi aku takut pula nak kahwin. Aku jadi sangsi dengan kesetiaan manusia. Yang aku nampak, ramainya wanita tak setia. Ni baru sisi wanita, kalau sisi lelaki pula? Camne kalau aku kahwin nanti, laki aku pula makan luar? Arghh i cant imagine

Aku nak tegur kang, aku takut aku je overthinking. Mungkin diorang keluar berdua tapi aku je fikir dating. Mungkin diorang takde buat pape dan keluar sebagai kawan je? Arghh aku overthinking. Aku je ke fikir keluar berdua tu macam skandal?

Ke benda ni tak semestinya skandal tapi boleh jadi macam bestie keluar bersama untuk have fun? Korang ok ke kalau isteri atau suami korang hangout dengan kawan lain jantina? Boleh tak korang komen sikit. Kenapa isu skandal ni wujud? Aku sekarang tengah jadi observer lagi. Aku perati je boss dengan skandal dia tu dan akak 40-an dengan skandal bujang dia tu.

Yang berskandal dengan kawan maya tu aku malas nak masuk campur sebab diorang lebih kepada curhat. Tapi yang selalu dating ni aku risau. Patut ke aku risau? Aku takut aku macam membenarkan maksiat kalau tak tegur. Tapi aku malas nak masuk campur hal orang. Lagipun aku ni baru je kerja. Kang tak masal jadi masalah. Arghh str3sss. Bantu aku. Apa patut aku buat?? – Rapunzel (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Omar Mukhtar II : Anak perempuan saya melaporkan diri untuk jadi protege di sebuah GLC kerajaan. Pada hari pertamanya, ibunya dah berpesan panjang lebar agar menjaga diri sebaik – baiknya. Jangan sesekali terima pelawaan dari mana – mana lelaki baik tua atau muda untuk ajak minum – minum.

Balik petang itu dari kerjanya pada hari pertama, anak saya bercerita tentang seorang lelaki separuh umur mungkin muda sedikit dari ayahnya sendiri telah mempelawanya untuk minum. Dia terus teringat pesan ibunya sampai terfikir ibunya hebat dapat membaca tentang per4ngai manusia.

Walhal sebenarnya memang begitulah situasi sosiaI orang pejabat. Lepas hampir 5 bulan menjadi protege di situ, anak saya mohon undur diri kerana tak mampu lagi untuk menangkis segala godaan dari lelaki – lelaki tua yang tak sedar diri dan tak ingat m4ti.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.