Aku wanita yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai pendidik tapi rupanya perosak rumahtangga orang

Yusuf suami orang, tapi hati aku kata apa salahnya mencuba. Aku tengok IG isteri Yusuf, aku bayangkan akulah isteri dan ibu kepada anak – anak Yusuf. Aku cuba mulakan langkah, hinggalah satu hari Yusuf menghantar WhatsApp…

#Foto sekadar hiasa.. Oh, aku Ida. Pertengahan 30an. Ini kisah aku yang jadi orang ketiga dalam rumahtangga Yusuf dan Zulaikha, Januari hingga Februari 2019. Masih tak boleh move on. Sampai sekarang. Allahu.

Memang cuma 2 bulan. Tapi aku dah suka Yusuf dari tahun 2012. Pertama kali kami berjumpa dalam majlis sekolah peringkat daerah. Redup mata Yusuf tu memang buat aku teringat – ingat. Sejenis mata layu macam mengantuk 24 jam.

Punyalah ramai umat manusia di majlis tu, tapi mata aku tertumpu pada Yusuf dan sungguh aku tak boleh lupakan wajah dia.

Tapi dengan status seorang perempuan bergelar guru, berpenampilan Islamik pula, aku rasa malu nak menegur. Takkan aku nak mulakan dulu? Takkan aku nak minta nombor telefon? Akhirnya semua berlalu hinggalah akhir tahun 2018.

2018 – Disember, permulaan segala penantian. Aku bertemu semula dengan Yusuf. Sama – sama bertugas sebagai pengawas SPM. Berbunganya hati aku masa tu, Tuhan sahaja yang tahu. Tapi aku cuba profesional. Aku jalankan tugas sebagai pengawas SPM dengan berdedikasi.

Aku nak tunjuk pada Yusuf yang aku seorang yang bagus dalam bekerja. Aku seorang guru yang berkaIiber. Sebab aku nampak Yusuf pun orangnya begitu.

Bila buat kerja, memang serius. Tak ada masa nak bergurau atau berbual mesra. Semua kena ikut SOP, tak boleh main – main. Walaupun dah 6 tahun berlalu sejak pertemuan pertama, aku masih ingat wajah ini. Masih sama. Masih jadi wajah kegemaran aku.

Setelah tamat tugas sebagai pengawas SPM, masing – masing bawa haluan. Tak ada contact apa – apa. Aku beranikan diri ‘add’ Yusuf di Facebook dan Instagram.

Yusuf ‘approved’. Waaa.. mak1n berbunga hati aku. Aku scroll satu persatu gambar Yusuf di Instagram. Dia sudah beristeri dan anak 1. Isteri Yusuf cantik dan bergaya kalau nak dibanding dengan aku.

Aku ‘stalk’ pula Instagram Zulaikha (isteri Yusuf) sebab dia set ‘public’. Bila aku scroll gambar – gambar mereka, aku dapat rasakan yang mereka bahagia sangat – sangat. Keluarga sederhana tapi sempurna.

Entah kenapa, aku berharap akulah wanita yang berada di sisi Yusuf sekarang. Aku nak bahagia sebegitu. Aku nak jadi isteri Yusuf. Aku nak jadi ibu untuk anak – anak dia. ‘Desp3rate’nya aku.

Aku tak tahu apa yang merasuk aku. Tapi hati aku fikir, kenapa aku jumpa Yusuf semula selepas 6 tahun? Adakah ini jod0h yang tertangguh? Adakah kali ni aku kena buat sesuatu agar aku tak jadi bo**h seperti 6 tahun yang lalu?

Yusuf suami orang, tapi hati aku kata apa salahnya mencuba.

Jadi kawan pun jadilah. Bermulalah episod aku memberi ‘reaction’ di setiap Instagram ‘story’ Yusuf dengan harapan dia perasan kewujudan aku.

Mula – mula Yusuf hanya ‘seen’ kan ‘reaction’ aku. Hinggalah 1 hari aku dapat mesej di WhatsApp dari Yusuf. Gembiranya aku! Bermula dengan urusan tuntutan pembayaran elaun pengawas SPM, meleret – leret ke cerita peribadi.

Aku lebih tua dari Yusuf. Jadi dia selalu bertanya kenapa aku masih belum berkahwin di kala usiaku dah menginjak 35 tahun.

Entah kenapa, aku senang berkongsi segala kisah pahit cinta tak kesampaian yang aku lalui. Aku jadi selesa berbual dengan Yusuf. Hinggakan bila aku sedih, dia akan ‘call’ aku bertanyakan keadaan aku.

Adakah aku ‘okay’ atau tidak. Semuanya berjalan bahagia seperti biasa hingga Januari 2019. Yusuf seolah sedar yang kami tak sepatutnya ada hubungan sebegini.

Dia bagi kami 3 hari untuk tak ‘contact’ satu sama lain dan cuba melupakan. Sumpah aku tak mampu! Aku mesej Yusuf bagitahu yang aku tak mampu tanpa dia. Aku nak Yusuf dalam hidup aku.

Bila berbicara tentang perkahwinan, Yusuf sedari awal bagitau aku yang dia sayangkan Zulaikha dan anaknya sangat – sangat. Mereka bahagia. Tak ada apa yang boleh jadi alasan untuk Yusuf tinggalkan Zulaikha. Dia tak akan sekali – kali menceraikan isterinya.

Yusuf kata kalau aku ingin jadi isteri ke-2, dia minta aku berjumpa sendiri dengan Zulaikha dan bagitahu hasrat aku.

Mampu ke aku? MeIukakan hati wanita sebaik Zulaikha? Yang setia, sedangkan suaminya punya aku di belakangnya. Memalukan diri sendiri dengan menawarkan diri sebagai madu? Sedangkan keluarga mereka dah cukup bahagia dan sempurna tanpa aku.

Akal aku mengajak aku tinggalkan jalan ini, tapi hati aku tidak. Setiap kali Yusuf suarakan hasrat untuk tamatkan, aku akan pujuk dia.

Aku percaya, tak salah untuk mencuba. Sekurang – kurangnya aku tahu aku dah cuba, tapi jod0h kami tiada. Sekurang – kurangnya aku bertindak walaupun dah dikira sebagai terlewat.

Bermula awal bulan Februari 2019, Yusuf dah mula menjauhkan diri. Kalau biasanya dia akan cuba untuk ‘call’ aku setiap petang semasa dia keluar ‘jogging’, sekarang tak lagi.

Aku dah serupa orang m4ti laki. Mer0yan sebab aku tak mampu kehilangan Yusuf. Macam mana aku nak memiliki orang yang tak mampu aku miliki?

Sepanjang cuti sekolah di bulan Februari, Yusuf sepi. Hanya post di Instagram isterinya yang jadi petunjuk untuk aku tahu ke mana jejaknya.

Oh, pergi bercuti sekeluarga. Bahagianya tengok post Zulaikha. Aku tengok Yusuf pun senyum memanjang dalam gambar mereka. Sedangkan hati aku dir0bek – r0bek. Aku pun mulalah ‘post’ ayat – ayat patah hati di Instagram ‘story’.

Aku hanya nak Yusuf tengok. Bila aku tengok Yusuf ‘seen’, aku padam IGstory tu. Aku post ayat lain pulak. Aku nak tarik perhatian Yusuf. Aku nak Yusuf ingat aku walaupun dia sedang gembira dengan Zulaikha. GiIa ke aku?

Hingga akhirnya aku post satu ayat tersirat sepertinya aku redha jika kehilangannya. Tak lama kemudian, Yusuf ‘call’ untuk penjelasan. Yes! Dia masih ingat pada aku. Yes! Aku berjaya tarik perhatian dia.

Setelah sesi drama tarik tali ke sana ke sini, kami berbaik semula. Aku bagai dapat kembali semangat aku. Memulakan hari persekolahan selepas cuti sekolah dengan lebih bersemangat tanpa menyangka ada perkara besar akan berlaku.

14 Februari – kosong. Kosong hati dan fikiran bila Zulaikha menghubungi aku dan ajak kami bertemu 4 mata untuk berbincang. Pada mulanya hanya kami berdua, tapi aku minta Yusuf ikut sekali untuk dengar sendiri penjelasan dari mulutnya.

Zulaikha tanya aku nak kahwin dengan Yusuf ke? Aku diam. Aku cakap, kalau ada jod0h. Zulaikha bersungguh tak nak bermadu. Jika aku nak Yusuf, Zulaikha minta Yusuf lepaskan dia.

Aku diam. Yusuf bersungguh tak nak. Yusuf kata, aku adalah perkara paling bo**h yang pernah jadi dalam hidup dia. Dia pilih Zulaikha, bukan aku.

BEDEBUK! Aku diam. Aku perkara paling bo**h? Terasa gugur maru4h seorang aku. Wanita yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai pendidik tapi rupanya per0sak rumahtangga orang. Wanita yang dipandang mulia kerana berhijab labuh tapi rupanya berniat meramp4s suami orang.

Aku hanya seorang yang bo**h. Patutlah aku jadi perkara paling bo**h dalam hidup Yusuf. Dari seawal perhubungan aku yang berusaha untuk Yusuf merasai kewujudan aku. Aku yang berusaha mencipta keadaan agar dia simpati dengan cerita hidupku.

Ya, semua aku. bo**h hanya aku. Cuma aku yang bertahan dan bertahan. Sedangkan Yusuf dah lama cuba nak melupakan. Aku yang tak mampu terima kenyataan.

Petang itu kami bertiga berpisah dengan janji aku tak akan ganggu Yusuf lagi. Dan aku berjanji kalau Yusuf ganggu aku, aku akan bagitahu Zulaikha. Kini mengertilah aku, Yusuf memang bukan untuk aku. 2012 hingga 2019, masih tak mampu memadam segalanya.

Disember 2018 hingga 14 Februari 2019 selalu menghantui aku. Demi Tuhan, aku tak mampu lupakan Yusuf. Dia ‘bIock’ aku di semua ‘socmed’. Zulaikha set ‘private’ Instagram dia. Aku dah tak boleh tengok gambar Yusuf.

Aku merintih setiap hari meminta jawapan dari Tuhan. Kenapa mesti aku bertemu orang yang salah? Kenapa mesti aku jatuh cinta pada orang yang salah? Kenapa bukan aku jod0h Yusuf? Kenapa? Kenapa?

Allahu. Sebahagian diri aku rasa malu dengan kelaku sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang pendidik. Tapi sebahagian diri aku sangat rindukan momen aku dan Yusuf. Dia lelaki lengkap. Ada rupa. Baik. Hormat wanita. Pandai berbual apa jua topik. Pendengar yang bagus.

Suka bagi semangat. Tak ambil kesempatan. Semua Yusuf ada. Kecuali dia bukan bujang. Dia suami orang! Terkadang aku rasa puas, kerana sekurang – kurangnya aku telah mencuba. Tapi nampaknya Tuhan tak izinkan.

Terkadang aku rasa seperti ‘Ioser’. Lagi – lagi bila Zulaikha dah kembali set IG ke ‘public’. Dia dah ‘bIock’ Instagram peribadi aku, tapi aku ada 1 lagi Instagram untuk ‘business’ jualan ‘handsock’ muslimah. Jadi aku guna untuk aku stalk mereka. GiIa kan?

Mereka mak1n bahagia. Aku juga yang mak1n giIa. Walhal dulu Yusuf dah bagitahu yang hubungan kami tak akan ke mana. Aku juga yang berdegil nak teruskan. Kononnya aku akan akur dengan apa jua takdir yang tertulis untuk kami.

Nah, bila jadi macam ni, aku juga yang mer0yan sendiri sedangkan mereka akan menimang cahaya mata ke-2 tak lama lagi. Apa ni? Mana bahagia milik aku? Bila aku boleh ‘move on’ sedangkan dah lebih setahun berlalu?

Aku rasa Yusuf dan Zulaikha dah lupakan aku. Aku juga yang terkapai – kapai merindu. Dan aku tak boleh tipu diri sendiri yang rasa dalam hati ni pada Yusuf tak pernah berubah sejak 2012. Bo**h ke aku?

Aku masih berharap akulah wanita di sisi Yusuf bila aku ‘scroll’ Instagram Zulaikha. GiIa ke aku? Aku mohon pendapat untuk aku mengatasi rasa ini dari semua pembaca. Terima kasih. – Ida (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Eimaisma Ismail : Itulah namanya cinta itu buta. Membutakan mata hati kita untuk berfikiran rasi0nal sebab akal akan bersaing dengan perasaan untuk mempengaruhi tindakan. Sebelum Iuka lebih dalam, baik undur diri. Inshaallah jika dia itu jod0h, pasti bertemu seperti kisah nabi yusuf dan siti zulaikha. Diakhir cerita, maru4h kedua2nya terbeIa dan bersatu atas nama takdir perjod0han.

Farah Pai : Sis, dah dah la tu. Move on lah. Sis yakin ke kalau Yusuf tu single, dan korang kahwin korang akan bahagia? Sebab tu kan dalam islam suruh jaga ikhtilat? Sebab tak nak kita membayangkan yang kita akan hidup dengan orang tu. Kemudian kalau tak dapat, mer0yan macam ni. kALAU Yusuf single pun, belum tentu korANg akan bahagia. Faham tak dia memang bukan untuk kau. Kita semua ada buat silap, kita kena akui, dan patutnya kita bertaubat. Saya doakan semoga sis berjaya dalam j1had sis ni aminn.

MayMay Tamashī : Pendapat saya sebagai seorang perempuan, confessor perlukan kaunseIing, bukan semua orang kuat untuk menolak rasa hati, orang yang mengecam, mengatakan yang bukan bukan, sebab hati mereka belum diuji dengan menyintai dan merindui orang yang tidak sepatutnya. Mereka bertuah kerana hati mereka diberikan kepada yg bujang, dan mereka juga bertuah kerana ada hati yang kuat untuk menepis perasaan suka kepada yang berpunya.

Tapi bukan semua mampu macam tu. Saya sarankan, cik jumpa dengan kaunselor sebelum cik merosakkan diri sendiri. Saya tak judge tudung labuh atau pekerjaan cik, tapi nasihat saya ni base on penceritaan cik, yang mana hujungnya nnt, saya takut akan lead kepada masalah yang lebih besar. It’s okay not to be okay. Dam4ge has done. Tak ada apa yang kita boleh lakukan untuk perbaiki. Dorang dah move on, cik kena rawat diri sendiri. Abaikan t0xic people yang rasa diri bagus dalam media sosiaI ni.

Munirah Raman : Pergi jumpa kaunselor lah, sis. Kesilapan besar yang awak buat ialah stalk life dia. Patutnya awak pun block dia. Jangan stalk. Kasihanlah kat diri tu. Tutup sosiaI media dan ambil masa untuk move on. Jatuh cinta tak salah. The next action tu yang detemine kita salah ke betul. Hormatilah keputusan individu tersebut. Jadilah perempuan yang mempunyai nilai dan standard yang tinggi.

Laila Zainal Abidin : Jangan jadi wanita per4mpas suami orang. Selalunya lelaki yang goda perempuan ini awak pulak seorang pendidik tetapi perangai tak baik. Lupakanlah suami orang kerana hidup bermadu tidaklah seindah mimpi. Tinggikan martabat seorang wanita walaupun sudah terdesak.