Rumah mak mertua aku daif, letrik pun pakai generator sedangkan semua kerja hebat. Kipas rosak sorang pun tak keluar duit, sedih tengok sikap anak berkira dengan mak sendiri

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

anak berkira dengan mak

Memang sedih apabila melihat sikap anak berkira dengan mak sendiri walaupun masing-masing sudah berjaya dan berkerjaya hebat. Tiada seorang pun yang sanggup kumpulkan dana untuk baiki rumah mak mertua dekat kampung yang serba daif. Aku sayu tengok keadaannya yang sudah tua, apatah lagi lantai bilik air berlubang sana sini sampai mak mertua pernah terjatuh ke bawah..

#Foto sekadar hiasan / AI. Admin mohon hide profile aku, ni cerita benar. Kisah tentang mak mertua yang agak kedaifan. Dia orang susah, tapi anak – anak Alhamdulillah dah berjaya semuanya. Ada jadi pegawai, kerja luar negara, cikgu, bomba la. 7 orang anak, perempuan 3, 4 anak lelaki, jadi aku banyak biras.

Alhamdulillah biras semua baik – baik dan tak suka gosip – gosip, cuma mengadu penat balik rumah mak mertua tu biasa. Sebab rumah mak mertua ni macam zaman 80an lagi, still pakai perigi, air kena masak, dan rumah pun pakai generator, tak nak sambung api TNB katanya mahal nanti.

Dia punya seksa balik rumah mak mertua, dengan airnya kadang – kadang ada kadang – kadang takde, api elektrik short sebab generator ni bukan boleh on 24/7, limit 16 jam je sehari. Aku berkahwin dengan anak lelaki no. 2 dan tinggal dekat negeri lain.

Jadi tiap kali raya baliklah rumah mak mertua, sekali setahun tapi suami suka duduk lama, kadang – kadang sampai seminggu. Dekat rumah mak mertua ada abang ipar sulung dan biras yang tinggal bersama mak mertua. Oh, mak mertua aku takde suami, suami meninggal.

Tapi yang menjadi persoalan kan, anak – anak walaupun dah berjaya masing – masing takde pun seorang yang willing nak kumpulkan dana untuk beri kemudahan kepada orang tua tu dekat kampung. Aku sedih tengok sebab dia dah tua. Bilik air pula berlubang sana sini, kadang – kadang dia ada terjatuh, kaki masuk lubang jatuh ke bawah, abang ipar tak baiki pun, duduk macam tu je bertahun lama. Maybe dia tak nak baik pulih rumah tu sebab takut difaraid.

Kalau aku tak kisah, aku lebih rela suruh suami cari harta sendiri selagi masih muda. Tak kisah pun kalau dia dapat rumah mak mertua, tapi sepatutnya dah kau duduk kampung, kononnya jaga mak, sebenarnya nak suruh orang tua tu jadi bibik jaga anak-anak kau. Kau baiki lah sikit – sikit yang lohong – lohong tu.

Tahun lepas aku balik raya rumah mak mertua, kipas rosak. Aku tanya kenapa mak tidur tak pasang kipas, dia kata dah rosak, takde orang nak baiki. Even anak anak perempuan dia yang berkerjaya semua tu pun tak belikan kipas untuk mak mertua.

Aku pernah PM salah seorang daripada 3 adik ipar perempuan untuk belikan mak mereka kipas tu. Salah satu tu balas, “Okay baik, nanti beli”, tapi bila aku dan suami balik jenguk beberapa bulan kemudian, kipas baru takde pun. Aku tanya mak mertua, aku cakap aku ada suruh (dot… dot… dot…) belikan, dia tak beli ke?

Mak mertua senyap dan asyik alih topik. Bila aku PM balik adik ipar aku kenapa tak beli, dia cakap mak dia tak nak, dia kata kipas okay je. Dia tahu kipas mak dia rosak, but still tak beli even mak dia kata “tak payah”. Well hello, memanglah orang tua akan cakap tak nak, sebab tu aku yang PM kau suruh beli je, tak perlu pun kau nak PM PM call – call mak kau nak ke tak ke? Allahuu, geramnya.

Lastly aku guna duit aku sendiri beli kipas tu untuk mak mertua. Eh eh, sekejap – sekejap on, sekejap – sekejap on je kipas. Nak je rupanya. Dekat anak dia, reply tak nak. Memang mak mertua ni memang perangai macam ni ke? Dekat anak – anak dia dia tak nak susahkan, dengan menantu ni Allahuu semua nak bagitahu, nak mengadu. Dengan anak fake!

Aku pula cuma menantu, ada lah aku beli perkakas sikit – sikit letak rumah mak mertua. Suami marah cakap jangan lebih – lebih, kita bukan tinggal situ, lagipun aku kena hormat biras yang ada di rumah mak mertua, nanti apa pula dia rasa.

Untuk pengetahuan, biras yang duduk dengan mak mertua dekat kampung tu kerja juga ya, 8 sampai 5, kerja kerajaan. Lepas tu kau dah suruh orang tua tu jaga anak kau, lepas tu kau sepatutnya ambil lah hati beli kipas ke, kuali auto masak ke, macam tu.

Kalau kau beli apa – apa pun bukan kita orang nak angkut balik pun, itu kemudahan rumah kau. Ni tak, dia yang duduk rumah mak mertua macam dia bukan duduk situ tau korang. Barang – barang dapur pun tak tahu letak dekat mana – mana, bawang takde, telur takde. Kau bayang kita orang balik malam raya, letih, lapar, nak masak esoknya bahan tak ada. Raya ni! Pagi raya tau!

Setiap tahun aku kena bawa balik bahan kering dalam kereta sebab diorang, abang ipar dan biras dekat kampung ni tak standby pun lauk, bahan – bahan sikit pun jadilah, atau at least boleh makan sehari dua, lepas tu kita orang pandai – pandailah pergi beli lagi.

Bila ada makanan pandai turun makan, dan aku tak susahkan pun untuk masakkan makanan untuk kami. Aku larat je nak masak sendiri, tapi biarlah jangan kering bawang ke telur ke. Nak kata kedekut, mak mertua dapat duit daripada anak – anak lain ratus per month, lagi kaya daripada aku tau, tapi tak keluar belanja pun, asyik nak susahkan biras aku dekat kampung tu.

Dia pula suka masak macam – macam kalau bahan ada lebih. Aku pernah duduk dengan mak mertua, aku tahu perangai dia. Jenis tak boleh tengok stok bahan makan banyak dekat rumah, asyik nak buat makan apa – apa bagi jiran. Maybe sebab tu biras aku tak beli bahan banyak, tapi hari raya kot.

Sedih gila, aku punya lah mewah kalau pagi raya sebelah aku, siap buffet lagi parents aku buat makan. Balik rumah suami kelaparan aku, kena tunggu pergi beraya rumah orang baru dapat makan. Serius tak faham. Aku cuma mampu diam je sebab suami tak suka gosip – gosip atau bercakap tentang family dia.

Bila aku bawa balik bahan kering, weii memanglah sebab aku ada anak – anak, anak – anak aku pula jenis makan on time, tak makan jajan, biskut – biskut, roti. Nak bagi alas alas diorang memang tak makan sebab aku dekat rumah memang buat makan jajan sihat, cokodok ke, kek lapis ke, so anak – anak aku tak makan roti cicah.

Nak tak nak aku kena tebal muka bawa balik bahan masak sendiri. Tak kisahlah biras aku nak cakap apa pun. Janji anak – anak aku tak lapar. Dah tu, anak – anak diorang pun macam kebuluran, kau faham je lah orang tua yang jagakan. Kadang – kadang pampers plus poo dah penuh, tetap mak mertua aku cakap nanti dulu. Kesian anak saudara aku.

Ada salah seorang tu suka gila kalau aku balik dan selalu minta nak makan Nutella coklat dalam jar tu. Kadang – kadang sengaja aku beli 2 jar, biar dia dapat ratah je satu jar lagi nanti aku balik. Sebab aku pernah dekat position anak saudara aku, masa mak aku busy kerja, kita orang lapar, bila raya mak saudara aku yang paling aku sayang selalu bawa balik pau kacang favourite aku. Sampai hari ni aku ingat dia dan sayang dekat dia.

Aku harap, kalau aku tak mampu ada kerjaya hebat sekali pun, biarlah aku jadi orang yang baik untuk manusia lain. Semoga Allah je balas, tak harap manusia balas pun. Tq korang sudi baca. Boleh bagi kata – kata semangat tak?

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5138 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.