Aku yatim piatu, makcik langsung tak bagi duit nak beli pad. Sampai dekat perhimpunan sekolah bocor baju penuh merah

Kami juga hanya diberi makan makanan dari sisa makcik, kalau dia hanya masak sedikit saja. Duit belanja sekolah pun jarang di beri. Orang kampung pun takutkan makcik saya kerana per4ngai dia. Masuk sekolah menengah saya buat keptvsan tinggal dengan makcik yang lain..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya nak bercerita sambil bertanya pendapat. Saya mempunyai 3 adik beradik dan ibu bapak kami sudah meninggaI sejak kami kecil. Jarak umur kami pun tidak jauh beza. Saya ada mak tiri tapi lepas ayah saya meninggaI mak tiri saya kahwin lain. Jadi kami tinggal bersama mak cik (adik ayah).

Mak tiri saya bukan tak nak jaga kami tapi akibat dari hasutan makcik kami duduk dengan dia dan rumah kami pun dekat sekampung. Selepas kami menjadi yatim piatu kami duduk dengan dia dan dilayan dengan sangat tidak baik, maklumlah kami hanya menumpang.

Kami juga hanya dia beri makanan sisa dia juga kalau masak hanya sedikit saja, duit belanja sekolah pun jarang diberi. Pernah juga saya diberi RM5 untuk sebulan. Adik bongsu saya pula tidak bersekolah dia special sikit jadi makcik saya taknak sekolahkan di sekolah khas kerana alasan tidak mampu.

Ada kejadian yang buat saya ingat sampai harini, waktu umur saya 12 tahun saya sudah datang ‘bulan’ dan tidak diberikan duit pun untuk membeli pads. Jadi waktu sekolah ngam – ngam waktu perhimpunan period datang, habis kotor baju sekolah saya.

Allah malunya tu sampai harini bila teringat kenapa lah k3jam sangat dan baju – baju saya pakai apa yang ada saja sampai dah koyak – koyak seluar semua. Pernah juga waktu sukan saya pakai seluar tiba – tiba koyak habis 1 kelas maIukan saya malu sangat.

Tapi itulah tak ada siapa yang boleh saya mengadu. Orang kampung pun takutkan makcik saya kerana per4ngai dia. Kami mencuci pakaian sendiri menggunakan tangan. Ya.. semua kami buat sendiri ada apa – apa yang koyak kami ikhtiar jahit sendiri walhal waktu itu saya baru berumur 10 tahun.

Semasa masuk sekolah menengah saya buat keputvsan untuk tinggal dengan makcik yang lain, panggil saja Cik Pua saya yang jauh dan berpisah dengan adik – adik untuk sekolah di sana. Alhamdulillah Cik Pua tu baik sangat. Perjanjiannya habis SPM wajib balik ke kampung lagi.

Habis SPM saya dapat keputvsan yang baik tapi saya tidak diizinkan untuk sambung belajar kerana fikiran kolot makcik saya tu. Saya redha dan akur saja. Jadi saya bekerja mengumpul duit sedikit demi sedikit dan adik saja juga bekerja selepas habis sekolah dan kami buat keputvsan untuk duduk di rumah peninggalan ibu bapak kami.

Alhamdulillah sangat dimudahkan.. rezeki Allah bagi melimpah ruah. Tapi hari demi hari orang kampung mula buka mulut ceritakan hal sebenarnya banyak yang saya tidak tahu. Makcik saya bercerita buruk dan macam – macam tentang kami padahal kami sangat hormat pada dia.

Dulu waktu kami kecil dia selalu burukkan arw4h ibu ayah kami, dia selalu cakap ayah kami kedekut sebab tak beri dia duit macam – macam lagi lah yang buruk – buruk. Dia kata mak kami sombong jahat. Orang yang dah meninggaI pun dia kutuk mengata macam tu saja.

Terlalu banyak yang buruk dia cerita tentang kami dan saya tergamam makcik saya ni orangnya sombong kuat sangat buruk sangka suka menuduh dan terlalu merasa dirinya yang paling betul. Waktu kami masih dengan dia makan pakai semua tidak diberi dengan baik hanya sekadarnya saja.

Rumah arw4h ayah kami disewakan dan semua duit sewa dia ambik begitu saja tapi kami anak – anaknya tak dapat merasa langsung bahkan duit sekolah pun tidak diberi. Bukan itu saja semua barang rumah arw4h mak saya untuk kenduri kend4ra semua dia ambik walaupun saya dah duduk rumah sendiri tidak ada yang dipulangkan.

Dan baru – baru ni mak tiri saya beri tahu dulu arw4h ayah ada buat insuran lepas meninggaI dapat dalam 35k mak hanya ambil 15k dan dimasukkan dalam akaun kami 5k sorang. Tapi makcik saya tiap kenduri tahliI arw4h ayah akan minta 4-5k walhal kenduri kecil saja tak habis sampai 1k pun.

Waktu dulu banyak sangat yang dia ambik hak kami, dari kecil kami disiksa sehingga tr4uma dan sering kali dia kata kami ini menyusahkan saja habiskan duit dia tak ada untung pun jaga anak yatim. Allah s4kit sangat bila ingat apa dia buat tapi kami sampai sekarang tetap sabar dengan dia.

Bila dia susah sekarang cari kami, dia tak cari pun anak – anak dia. Dia taknak susahkan anak dia. Anak – anak dia pun sama buat kami macam pengemis, dicari bila susah bila tengah senang dipandang pun tidak. Kadang – kadang saya rasa malas dah nak baik – baik dengan mereka tapi tula hati saya mulut saya masih tetap sabar je tahan je dengan perbuatan mereka.

Asal kami ada rezeki lebih sikit mesti mereka mula cemburu mula la bercerita bukan – bukan. Apa patut saya buat? Bersabar dan bertahan? Sampai bila? Jadi bagaimana dengan duit – duit dan barang – barang mak ayah kamu yang diambil?

Ada juga barang kemas mak kami yang tidak dipulangkan? Apa patut kami buat? Tak kan nak tuntut sampai ke mahkamah? Kami tidak mempunyai bukti, perIukah kami ikhlaskan saja? Dan teruskan bersabar? Terima kasih sudi membaca.

Kalau ada sambutan saya nak luahkan apa yang jadi yang lebih details yang kami kena, maaf saya hanya cari tempat mengadu. Assalamualaikum. – CIK NZ (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nor Ain Shahajar Ahmad : Ya Allah.. sedihnya. Dalam masa yang sama saya marah sangat dengan si pend3ra dan makan harta. Adik, akak ada kenal dengan anak – anak yang depr3ssion disebabkan oleh ibubapa kandung. Itu pun doktor psy dan ustaz suruh block dan lari dari family kandung yang giIa macam tu.

Sebab tu akak harap. Adik tak perlulah jumpa lagi mereka. Apa sahaja mereka cakap kata adik putvskan silaturahim semua tu. Abaikan. Silaturahim tu kita jaga dengan orang – orang yang baik sahaja. Bukan dengan orang – orang yang zaIim dan bawak mud4rat. Setelah puas dia kikis harta adik, d3ra adik. Aduhai… Dia tetap nak menyusahkan adik juga ya. Jaga mentaI. Sebab adik – adik perIukan kakak.

Nor Hayati Alwi : Biarkan mereka akan dapat baIasan dari Allah akibat perbuatan mereka, kalau mampu minta balik hak anda, jika tak dapat serahkan mereka pada Allah. Allah akan mengadili mereka. Jauhkan diri dari mereka dan buat kehidupan baru tanpa mereka.

Jangan niat memutus hubungan, cuma jauhkan diri dari mereka. Usaha untuk mencari rezeki yang baru, insya allah Allah ada. Kalau boleh cari orang – orang yang pakar dalam memperoleh balik hak anda.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.