Tak mampu bangun lepas bersalin Czr, aku telan munt4h banyak kali. Tengok katil sebeIah masing2 ada suami

Aku nak mandi, minta suami tengok baby sekejap, masa mandi, dengar baby melalak. Suami aku tengok je anak nangis katanya tak reti pujuk. Hari ni aku suruh suami balik rumah mak dia, aku tak larat nak jaga dia..


#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Susunan ayat mungkin agak berterabur sebab aku menulis dalam keadaan tengah menangis sambil cuba untuk tidurkan baby. Hari ni adalah hari ke-30 aku bersalin, orang melayu kata, hari ke-30 berpantang.

Aku pilih untuk berpantang di rumah sendiri, disebabkan mak aku dah uzur, jadi aku tak nak menyusahkan dia. Lagipun ini adalah anak kedua, aku yakin aku boleh hadap saat berpantang dengan suami aku kalau aku bersalin normal.

Namun, takdir menentukan aku perlu menjalani em3rgency czer sebab fetaI distr3ss. Lepas aku ditolak ke wad, bermula episod hampir murung aku. Aku perlu baring selama 6 jam akibat dari kesan bius. Nurse cakap waktu melawat nanti suruh suami aku tolong untuk dudukkan aku sebab waktu tu dah cukup 6 jam.

Aku tunggu suami aku datang, dia tak datang. Katanya letih ulang alik hantar anak pertama ke rumah ibunya. Aku pun iyakan saja. Mengalir air mata cuba untuk duduk. Nak munt4h berkali – kali tapi aku telan balik sebab s4kit sangat.


Tengok katil – katil sebeIah ada suami masing – masing melawat, aku buat – buat tidur ja. Lepas discharge wad, suami pilih untuk tidur di bilik lain dengan anak pertama. Katanya takut anak pertama ganggu aku. Maka jaga la aku sorang – sorang.

Baby pulak jenis high demand baby. Kena dukung sentiasa. Letak je menangis, letak je menangis. Bila mak aku call untuk tanya khabar, aku cakap aku ok. Padahal, aku tak ok. MentaI aku hampir collapse. Aku nak mandi, minta suami tengok baby sekejap, masa mandi, dengar baby melalak.

Aku cepat – cepat mandi, aku tengok suami aku boleh pandang ja budak tu, tak reti pujuk dia kata. Sekarang ni suami dah tidur sebilik dengan aku. Itu pun lepas aku menangis berkali – kali sebab letih jaga baby s4kit tempat czer lagi.

Tapi nama je tidur sebilik, tapi aku yang jaga baby sepanjang malam. Ye tahu baby menyusu badan, kalau baby terjaga tengah malam sebab lapar ke ber4k ke, aku saja yang bangun. Suami aku? Tidur seawal 9.30 malam.

Katanya mengantuk bila cuba tidurkan anak pertama. Rutin ni sama saja setiap hari. Dari awal bersalin, aku ada minta suami aku belikan bantal menyusu. Sebab aku memang ada slip disc dan bertambah s4kit bila aku menyusu dalam keadaan duduk.


Tapi sampai ke harini suami aku ‘lupa’. Kelam kabut dia search dalam lazada tadi lepas aku meng4muk. Aku boleh beli sendiri tapi aku berharap suami aku boleh tolong belikan sebagai tanda dia support aku. Dan hari ni, aku cakap kat diri aku, cukuplah anak kita 2 orang.

Aku penat. MentaI aku penat, fizikaI aku penat. Pagi – pagi aku minum air kosong je sebab takde apa untuk dimakan, lepas tu aku masak untuk makan tengahari, itupun ayam goreng atau sup ayam saja. Petang anak balik taska, aku masak kan untuk anak nasi goreng.

Itu pun nasi goreng telur saja. Makanan suami aku? Dia tengah diiet, dia makan makanan yang dia buat saja. Makan malam aku? Aku terlalu letih untuk makan malam, 7.30 malam ā€“ 10 malam lebih baby akan meragam.

Hari – hari macam tu, jadi aku takde masa untuk masak makanan untuk aku. Lepas baby tidur baru aku ke dapur minum air. Suami aku? Macam aku cakap, anak pertama duk lompat – lompat atas katil masa aku tengah struggIe tidurkan baby, suami aku boleh berdengkur.

Bila aku k3jut, dia boleh cakap dia tak tidur, tengah fikir. Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk jaga anak – anak aku. Semoga Allah bagi aku kesihatan yang baik supaya anak – anak aku tak terabai. Semoga Allah bagi aku kesabaran semaksima yang mungkin supaya anak – anak aku dapat kasih sayang aku.


Aku cakap kat suami aku, pergiIah balik rumah mak dia. Aku letih nak jaga dia. Aku nak jaga diri aku juga. ā€“ Puan Murung (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Munirah Mokhtar : Aku memang tak paham manusia takde common sense nie. Bini kau perut kena t0reh tapi kau boleh buat bebaI b0doh macam tu. Takde hati nak tanya pasal makan minum bini kta rumah. Tak reti nak tolong jagakan anak.

Tahap mana b0doh para suami ni sampai tak boleh fikir bini yang baru kena t0reh perut tu kena berjaga malam jaga anak sampai kau tak tolong langsung? Eehh aku memang tak boleh manusia takde common sense macam ni.

Rasa nak jerit je macam mana kau boleh lembab b0doh sangat tak boleh fikir pasal orang lain ni. Haa nasib laki aku sejenis ade common sense. Dapat laki macam tt ni memang bercerai lepas setaun kawen.


NurAz Wan : Cari cara nak dapatkn sesuatu dengan lebih mudah, order dengan grab food dan minta suami bayar. Cakap dekat dia kalau tak nak bayar, suruh dia buat sendiri, masak atau pergi beli sendiri. Begitu juga bahan – bahan lain.

Kadang – kadang pengharapan kita pada pasangan ni, tinggi sangat, harap dia masak untuk kita masa dalam pantang, sedangkan sebelum ini, sekali pun dia tak pernah masak, nak minum air segelas pun, harap kita hantar sampai ke lutut.

Sayang fikir lebih elok, kalau puan berpantang di rumah ibu puan dari awal, walau dia tak kuat untuk buat kerja, tapi dia boleh tegur / tunjuk apa yang boleh kita buat, dari pengalamannya. Hati pun tak s4kit, tengokkan suami yang ada macam tak ada je. Lepas ni, jangan lupa ambil perancang ya.

Izreen Isnaini : Anak saya pun dua orang, dua – dua anak lelaki tapi jarak 6 tahun. Puan buatlah apa saja untuk memudahkan urusan puan menjaga anak, jangan sampai diri terabai, tak makan tak bersiap. Kalau tak masak takpe, order je suruh suami bayar.

Nak beli apa, semua suruh je suami beli, tak perlu minta tolong untuk beli, arah saja untuk beli. Walaupun nak tukar pampers dan mandikan anak, arahkan saja. Jika nampak dia tiada rasa kesian pada diri puan, puan pun jangan kesiankan dia untuk arah dia buat apa yang perlu. Semoga puan diberi ketenangan dan kemudahan untuk menjaga anak – anak dan keluarga puan ya. InsyaAllah..


Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?