
Beberapa bulan lepas bersalin, suami printkan borang cerai dan letak atas meja. Dia siap bagi duit supaya aku dapat failkan dekat mahkamah…
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab sudi luluskan. Aku mohon pendapat dan bantuan. PukuI 2.30 pagi tadi, anak sulung aku yang umur lebih kurang 4 tahun kena Iempang dengan ayah dia dekat pipi dengan sangat kuat sebab mengigau.
Ini bukan kali pertama dia kasar dengan anak dan juga diri aku sendiri. Bila aku marah dia, selalunya dia diam saja sebab rasa bersalah. Tapi tadi dia suruh aku diam. Maksudnya dia langsung tak ada rasa bersalah. Untuk pengetahuan, beberapa bulan lepas aku baru melahirkan bayi perempuan.
Dalam tempoh kehamilan tu, kami sentiasa berg4duh sampai aku cadangkan untuk bercerai. Aku bagi dia pautan borang untuk muat turun dan isi. Tapi rupa – rupanya borang negeri aku lain. Jadi dia cetak borang negeri aku punya dan letak atas meja aku.
Aku siap cakap, tinggalkan duit nak pergi failkan dekat mahkamah sebab aku memang tak ada duit langsung waktu tu. Dia pun tinggalkan duit. Menandakan setuju dengan permohonan cerai tu. Kenapa aku minta duit dari dia? Sebab dia ambil alih bisnes aku sepenuhnya dan pegang duit sebab aku m4buk teruk sejak awal kehamilan sampai lebih 4 bulan, dan tekanan d4rah rendah berbulan – bulan sampai bacaan bawah 9 saja. Aku langsung tak larat bangun buat apa – apa.
Sepanjang kehamilan, masa aku munt4h teruk, dia akan jauhkan diri. Dia jijik dengan munt4h. Lepas aku munt4h, dia tak pernah tanya aku okey ke tak. Dia tak pernah hulur apa – apa pun untuk isi perut kosong tu. Biasa lepas munt4h, perut akan pedih.
Dia tak pernah kisah aku ada makanan ke tak, ada duit ke tak, aku larat masak ke tak. Selalunya aku pinjam duit mak atau abang – abang aku untuk pesan makanan bila dia sibuk berniaga kat luar. Panjang cerita pendek, bila mahkamah panggil kami untuk bicara cerai, aku tak pergi dengan alasan dah sarat sangat, dan konon nak bagi peluang terakhir untuk dia berubah.
Nak tengok macam mana dia layan aku masa bersalin dan masa berpantang nanti. Tapi harapan aku sia – sia belaka. Dia tetap macam tu juga. Sama saja macam masa aku berpantang anak sulung. Beza masa anak sulung tu kantoi dekat kakak ipar.
Aku belum makan dari pagi. Terus dia suruh adik ipar jagakan aku dekat rumah mertua. Tapi kali ni masa aku bersalin, layanan dia m4kin teruk. Endah tak endah je bila aku mula dimasukkan ke wad dan kemudian bersalin czer secara kec3masan.
Endah tak endah je jenguk aku di wad dan jaga aku masa pantang. Cari orang untuk jagakan aku pantang? Jauh sekali. Dah la dia jaga makan pun tak ikut masa, lauk beli memanjang. Baby? Langsung tak diuruskannya. Sejak aku discaj dari wad, baby aku hanya mandi guna tisu basah selama hampir 2 minggu sebab aku s4kit sangat nak gerak uruskan.
Malah uri baby pun belum tanam. Dia cuma cuci dan simpan dalam peti. Dia tak buat tahnik, tak cukur jambul, tak buat akikah anak. Kedua – dua anak aku terima nasib yang sama. Sedangkan dia boleh beli 2 atau 3 biji lori bayar tunai (walaupun secondhand) masa aku mengandung dan berpantang sebab dapat tender.
Bila ada satu hari tu dia nak keluar pergi beli lori kat luar daerah, aku persoalkan. Lori lagi? Aku tengah pantang ni tak ada siapa jaga, tak ada urut, tak ada tungku, makan pun cincai, anak tak terurus. Dia sedap – sedap buang duit beli lori lagi.
Lepas tu lama juga dia duduk depan rumah lepas start enjin. Rupa -r upanya dia pindahkan duit kat aku. RM200. Ya Allah… Makcik urut paling kurang 3 hari RM450. RM200 dapat apa je. Akhirnya aku beli lah tungku online. Barang baby dan barang makanan pantang.
Supaya aku boleh makan dengan nasi putih kosong bila dia tak ada, lambat balik atau tak ada lauk. Ini bukan kali pertama kami berkonflik macam ni. Sebelum ni pun bila berg4duh, dia mesti akan pergi pejabat agama ambil borang cerai khuluk. Supaya dia tak perlu bayar apa – apa nafkah dekat aku lepas ni.
Terlalu banyak kalau nak cerita. Hati aku h4ncur, berkecai. Taw4r setaw4rnya. Lebih – lebih lagi bila dia suka angkat tangan dekat anak. Jadi aku nak tanya. Ada tak tempat aku boleh tuju dalam keadaan aku tak ada duit, tak ada lesen memandu, dan bertemankan dua anak kecil ni?
Aku nak pergi jauh dari dia. Aku dah tak boleh hidup dengan dia. M4kin lama m4kin melampau. Kuat betul bunyi tamparan dekat anak aku tadi. Dah pukuI 3.30 pagi. Sejam lebih dah berlalu. Aku masih belum mampu tutup mata. Tolong aku…
Ada yang cadangkan aku balik rumah ibu. Maaf, ayah dah meninggaI sejak aku habis SPM. Kalau boleh aku tak nak balik rumah mak sebab mak aku dah 70 tahun. Ada d4rah tinggi. Abang aku yang jaga mak. Abang pula cuma berniaga pasar malam, anak 5 orang. Aku tak nak susahkan mereka. Ada tak tempat lain aku boleh pergi atau minta bantuan berlindung? Bantuan tunai sementara pun tak apa…
Komen Netizen :
Mohd Amin : Kenapa tak minta lebih dan upah orang saja masa berpantang? Dia boleh beli lori, apa sangatlah kalau nak upah orang. Kalau dia tak bagi dan kata tak mampu, itu baru betul – betul masalah. Buat apa lah akak nak pening buat tungku online.
Dan cuba slow talk, bincang elok – elok apa masalah sebenar. Kadang – kadang duit ada pun belum tentu bahagia… Kadang – kadang penat dan otak banyak fikir, tiba – tiba keluar perkataan cerai… Memang tak boleh macam tu. Apa pun saya nasihat pergi kaunseling dulu dekat pejabat agama. Baru tahu apa sebenarnya masalah dia. Kami nak cakap lebih pun takut berd0sa sebab tak tahu keseluruhan cerita.
Anonymous participant 361 : Lelaki macam tu dah tak ada rasa kasih sayang. Mana kasih seorang ayah? Kalau terus bertahan, akan s4kit. Bukan setakat tak sayang isteri, anak pun dia tak rasa sayang. Lelaki macam tu pentingkan diri sendiri. Tak matang, tamak, kedekut, dan berkira.
Boleh gugur air mata hari – hari hidup dengan orang macam ni. Pasti ada sejarah di sebalik hidup lelaki tu. Mungkin dari keluarga yang huru – hara. Biasanya layanan ayah dia terhadap emak dia pun macam tu juga atau mungkin lebih teruk. Jadi dia ikut balik per4ngai ayah dia. Rata – rata yang jadi macam ni, begitu lah asalnya.
Mimie Mazlan : Sebiji per4ngai bekas suami saya. Saya bertahan 18 tahun hidup dengan manusia per4ngai sy4itan macam tu. Harapkan berubah, langsung tak berubah. Akhirnya kantoi bila anak saya rakam video dia pukuI saya. Jadi senang urusan perceraian saya. Terima kasih anak sebab selamatkan mama. Alhamdulillah sekarang saya hidup bahagia dengan anak – anak seramai 5 orang. Tolong jangan bertahan dengan manusia macam ni. Dia tak akan berubah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.