Saya terp4ksa bersalin awal pada tujuh bulan sebab mengalami tekanan d4rah tinggi. Saya merayu – rayu kepada doktor, menangis minta supaya tidak perlu bersalin secara pembedahan. Sebab saya tahu, kalau saya bersalin Czer..
#Foto sekadar hiasan. Mohon admin sembunyikan profil saya ya. Terima kasih. Catatan saya agak panjang, jadi saya minta maaf lebih awal. Masuk tahun ini kira – kira lima tahun saya sudah berkahwin. Saya berumur 25 tahun dan suami pula berumur 30 tahun. Anak pun sudah tiga orang. Seorang perempuan (4 tahun) dan dua lagi adalah lelaki, kembar (2 tahun).
Sejak anak pertama lagi, saya rasa serik hendak mengandung lagi. Bukan kerana perit semasa mengandung tetapi semasa berpantang. Sebab boleh dik4takan 100% saya lakukan seorang diri. Dengan lepas bersalin, selang lima hari saya dijangkiti denggi. Saya dimasukkan ke hospitaI selama lima hari, terpisah dengan anak.
Masa itu semua orang mem4ksa saya untuk bangun dan melihat anak. Memang 50/50 sahaja keadaannya waktu itu. Bila sudah keluar hospitaI, masih lagi saya yang mengurus anak 100%. Daripada memandikan, memberi susu, berjaga malam, semuanya saya yang lakukan.
Sampailah saya mengandung anak yang kembar, ujian saya sem4kin bertambah. Awal kehamilan saya mengalami alahan yang sangat teruk. Tetapi suami tetap mem4ksa saya bangun untuk memasak. Kalau tidak memasak, dia tidak akan membantu satu apa pun kerja rumah.
Kalau saya tidak bergerak, dia pun tidak akan bergerak. Saya perlu bergerak lebih daripada dia. Alahan saya sampai membuatkan tangan saya menggeletar ketika memasak di dapur, sedangkan dia di depan ruang tamu seronok berehat sambil menonton filem.
Saya jatuh seperti nangka busuk pun di dapur, dia buat – buat tidak dengar. (Dia selalu buat – buat tidak dengar kalau saya beri arahan atau minta tolong apa – apa. Saya kena ulang lima, enam kali baru dia dengar. Itu pun belum tentu dia akan buat).
Akhirnya saya terp4ksa bersalin awal pada tujuh bulan sebab saya mengalami tekanan d4rah tinggi. Saya merayu – rayu kepada doktor, menangis minta supaya tidak perlu bersalin secara pembedahan. Doktor kata kandungan terlalu berisiko.
Saya masih menangis dan merayu – rayu berkata saya tidak mahu pembedahan. Alasan saya ialah nanti semasa berpantang, saya yang perlu menjaga anak – anak itu seorang diri. Saya ada seorang anak kecil berumur tiga tahun di rumah, nanti tambah dua orang lagi, m4kin susah saya hendak mengurus kalau saya menjalani pembedahan dan tidak boleh bergerak.
Akhirnya doktor menerima rayuan saya cuma risikonya 100% ditanggung oleh saya. Alhamdulillah, anak kembar lahir dengan selamat secara normal. Saya gembira dapat melahirkan secara normal dan memang betul hakik4tnya.
Bila balik, 100% juga saya yang mengurus anak – anak. Ibu mentua pun tidak ada membantu memandikan atau memakaikan baju mereka. Memang saya sahaja yang menjaga kedua – duanya. Ya, saya sangat makan hati dengan suami kerana dia memberi alasan penat bekerja untuk melepaskan tanggungjawabnya.
Bila saya ungkit isu ini, dia akan berkata, “Siapa suruh mengandung kembar? Nasiblah.” Sebab genetik kembar memang dari genetik keluarga saya. H4ncur luluh hati ini. Bila saya tidak puas hati, saya berkata yang saya penat menjaga anak, mengurus rumah, dan belajar lagi (hakik4tnya saya tidak pernah belajar. Buat tugasan pun ala kadar dan kadang – kadang cuai sebab keletihan).
Saya memang betul – betul penat. Saya tiada kehidupan di rumah ini. Kalau dia kata dia penat bekerja mencari duit untuk keluarga, saya pun melakukan perkara yang sama. Selepas itu dia merendahkan saya. Dia berkata, “Kerja apa yang awak boleh buat yang boleh menampung bayaran komitmen keluarga kita? Kalau gaji SPM setakat RM1,500 tidak payahlah. Duduk sahaja di rumah. Biar abang kerja seorang.”
Luluh hati saya bila dia merendahkan kelulusan saya begitu sahaja. Di rumah pula susah hendak menolong. Jaga anak pun malas. Bangun tidur hendak semua makanan sedia lengkap di depan mata. Tidur, main permainan video dekat handphone, kemudian layan anak sekejap, selepas itu terus pergi kerja.
Mental saya memang sudah tidak kuat. Rasa seperti dah taknak hidup pun ada. Biar dia tahu siksanya bagaimana membesarkan anak – anak seorang diri di rumah dan dalam masa yang sama mengurus rumah. Saya betul – betul sedih dengan sikap suami yang sama seperti bapanya. Semua isteri yang lakukan.
Suami cuma kerja sahaja, balik buat anak, makan minum tidur dan sambung kerja balik esoknya. Lama – lama rasa menyampah. Hati ini sangat s4kit. Bila setiap kali hendak berbincang secara baik terus jadi pergaduhan. Tidak boleh bertolak ansur langsung, selepas itu dia akan lari meninggaIkan kita seorang diri. Sedangkan saya tetap terper4ngkap dalam rumah bersama anak – anak.
Pujuk? Memang sampai bila – bila pun tidak akan dipujuknya. K3jutan atau tindakan romantik juga tidak ada, katanya membuang duit dan tenaga. Saya sudah bosan dan penat melayan suami seperti ini.
Komen W4rganet :
Wn Maidah : Ni aku geram ni dengan per4ngai laki yang tak pandai nak hargai isteri, semua nak ikut kepala otak dia je. Kalau sis berlembut je dengan dia m4kin suka la dia pijak kepala, jantan macam ni fikir nak sedap je, padahal isteri dan anak tu amanah tuk dia jaga bukan buat sesuka hati macam tu. Sis solat istikarah je la sis mintak petunjuk dari Allah, nak cakap lebih – lebih tak boleh jugak hm..
Syafiqah Hamizah : Sis boleh meniaga dari rumah, contoh jual kuih muih hantar di vendor – vendor.. jual dessert / lunch box.. insyaallah boleh simpan duit sikit. Sis buatlah keputusan yang tepat untuk diri dan anak – anak sis.. Semoga dipermudahkan urusan sis.. amin..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.