Ali Puteh ambil keputusan saman bekas kakak ipar, Hidayah dan Datuk Aliff Syukri

Mahu bersihkan maru4h keluarga dan ibunya, Ali Puteh mengaku saman balas bekas kakak ipar, Hidayah dan Datuk Aliff Syukri.

Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam (Rabu).

Ali ketika dihubungi berkata, dia mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan baIas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan em0si kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hin4an masyarakat,” katanya.

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

Malah Hidayah juga tidak bertanggung jawab terhadap semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

Sumber : Gem pak

Dayah Kecewa Lagi.. Ali Puteh Senyap Senyap Letak Batu Nisan di P’sara Abam

SELEPAS lima bulan pergi buat selamanya, tempat persemadian Abam Bocey yang terletak di Tanah Persemadian Islam Sungai Pusu, Gombak selamat dinaikkan batu dan binaan persemadian. Pada entri yang dikongsikan di Instagram, Ali meminta pengikutnya yang ingin menziarahi tempat persemadian Abam untuk mendoakan kesejahteraannya.

Namun tindakan itu kurang disenangi balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali kerana dia tidak dimaklumkan mengenainya. Nor Hidayah ketika ditemui bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai perkara berkenaan bagi mengelakkan sengketa berpanjangan.

“Saya pun tak tahu yang dia buat batu ni. Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram. Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja,” katanya dalam nada kecewa. Dalam pada itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali Bahtin turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas tempat persemadian Abam.

“Memang kami tak tahu ahli keluarga Abam bina kepok di tempat persemadian Abam hari ini,” kata Mohd Ali. Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan. Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi buat selamanya pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Berikut pula reaksi dari warganet..

“Laaa. Letak batu pun jadi problem patutnya terima kasih. Tah2 selama ni masalah memang dngan bini dia.. Bak kata Achey ngan Fad pun.. Ali puteh memang silap bagi status wasap macam tu. Tapi bini dia pun silap bukak cerita keluarga kat orang luar.

”Jasad pun dah kene makan ulat, hanya amal dan taqwa bekalan Abam kat sana. Tempat persemadian tu sebagai peringatan je untuk kita yang hidup ni. Tak perlu kecewa. Doakan yang baik2 untuk suamimu. Berlapang dad4lah. Moga hidupmu Dan anakmu tenang selalu. X perlu nak berbaIah dengan bekas keluarga mertua… ” Mana la nak tau bini dia xsuka, yala kan ada satu hadis ka apa entah sy terbaca, nabi meIarang membuat binaan di situ. Correct me if i am wrong..

Sumber: mstar