Alif ajak aku sembang dekat lobi hotel dengan kawan2 dia, tiba2 aku rasa sesuatu macam nak giIa

Pagi tu aku sedar aku rasa s4kit. S4kit yang amat yang tak pernah aku rasa. Masa aku drive mulut aku tak berhenti sebut Allah tak berhenti sebut nama babah. Terdetik hati aku nak lapor polis tapi aku nak cakap apa? Bagitau yang aku ikut orang yang aku tak kenal masuk hotel?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai. Nama aku Syasya umur lewat 20-an. Aku bekerja dalam bidang human resources. Aku start kerja sejak awal tahun 2017 dapat tempat jauh dari kampung aku. Sangat jauh kalau nak balik pun kena ambik cuti panjang huhu.

Aku sewa rumah kecik saja. Jadi masa tu bermulalah rutin aku sorang – sorang. Memamg kebanyakan masa aku sorang diri, sebatang kara. Aku jenis yang duduk rumah saja. Tak suka keluar tak suka tempat yang ramai orang.

Aku rasa sangat sunyi mak aku dah meninggaI lama dari aku kecik. Aku anak bongsu dari 4 beradik. Aku ada je 3 orang abang dan seorang kekasih hati (my babah). Nak kata manja tu taklah hehe. Sebenarnya aku tak tau nak mulakan cerita.

Macam ni kisahnya. Kerja aku sangat str3ss, serius str3ss giIer, kadang – kadang aku balik lewat nak settlekan kerja sampai jam 9pm, dahla aku balik tu takde orang dekat rumah. Nak cerita str3ss aku tu memang takde orang.

Aku selalu share masalah dengan bestfriend aku tapi dia takde kat sini. Dia dekat brunei study sana. Tu pun kitorang jarang call. Aku rasa sunyi, hati aku sangat perIukan orang untuk bercerita. Aku tak suka bercerita masalah kerja dengan family.

Bulan 12 2017, company branch aku ada buatlah parti tahun baru, kecik saja untuk staff – staff. Aku ni dahla jenis lone ranger, takde partner untuk berbual dekat situ. Apa maksud aku dekat sini, aku staff paling muda kebanyakkan staff dekat situ semua dah kahwin dan bawak family dorang.

Masa aku nak balik tu aku macam bosan kalau balik rumah pun bukan ada apa pun jadi aku buat keputvsan nak pergi lepak dekat pantai sorang – sorang. Malam tu tergerak hati aku nak keluar bersiar sorang – sorang. Aku duduklah main phone buat IG story.

Elok saja aku duk situ ada lah seorang lelaki ni sapa aku. Nama dia Alif. Dia tanya aku, “u okay ke? Dari tadi i tengok u sorang – sorang saja. Tempat ni ada bah4ya sikit.”  Dia tanyalah aku dari mana? Kerja mana? Buat apa kat sini?

Aku pun bercerita serba sikit pasal life aku and same goes with him. Alif ni “baik” aku suka tengok dia sebab kalau bercerita dia ni tak ingat dunia kalah aku sebagai perempuan. Tapi aku takde lah terus jatuh hati. Sebab aku ni dengan lelaki takde nak control sopan bagai sebab dekat rumah aku semua lelaki, aku layan sama macam kawan saja.

Elok saja kitorang terbahak – bahak ketawa, geng Alif panggil bagitau nak balik hotel. Jadi, Alif bagitau kawan dia, yang dia stay lewat sikit nak teman aku lepak. Jujur aku bagitau memang Alif ni baik sangat baik sampai aku terfikir boleh ke kalau aku dengan dia ni? Nak kenal lebih lah.

Sampai jam 12 pagi, aku bagitau dia aku nak balik dah sebab lewat. Dia minta tolong aku untuk hantar dia balik hotel. Aku dah pelik dah kau ni kenapa nak suruh perempuan hantar kau balik tapi takpela sebab kawan dia dah balik dulu, jadi aku kesian dan okay saja hantar dia balik.

Sampai hotel Alif pelawa aku untuk join dia lepak dengan geng dia tu tapi aku cakap tak nak sebab lewat, lagipun aku tak kenal dia. Dia ajak lagi bagitau, “alaa bukan lepak dalam bilik dekat lobby hotel saja, lagipun kalau i nak buat benda tak elok dekat u tadi dah i dah buat”

Start sini aku dah rasa takut tapi aku kuatkan hati sebab masa tu ramai orang dekat hotel tu jadi aku fikir kalau jadi apa – apa pun aku boleh lari aku boleh jerit. Dipendekkan cerita, aku follow Alif ke lobby hotel. Aku tengok geng dia tadi dekat situ.

Aku rasa lega sebab aku tengok ada salah seorang kawan dia bawak isteri. Maksudnya bukan aku seorang saja perempuan situ. Kitorang lepak entah apa pun aku tak ingat sembang pasal apa. Aku rasa penat yela sebab seharian di luar.

Lepas tu demi Allah dekat sini aku tak ingat apa yang jadi. Aku tahu Alif bagi aku sesuatu yang buat aku rasa nak giIa. Aku sedar saja aku dah dalam bilik dengan Alif. Aku merayu dekat Alif. Aku merayu nangis tolong lepaskan aku.

Tapi kudrat seorang perempuan. Pagi tu aku sedar aku rasa s4kit. S4kit yang amat yang tak pernah aku rasa. Aku kuatkan diri aku, aku pakai balik baju aku dan aku terus keluar. Aku tak tahu mana Alif. Yang aku nak masa tu aku nak balik.

Masa aku drive mulut aku tak berhenti sebut Allah tak berhenti sebut nama babah. Sampai saja aku rumah aku terus mandi aku terus nak tido. Aku rasa b0doh aku rasa h1na. Aku dah tak boleh nak fikir apa. Terdetik hati aku nak lapor polis tapi aku nak cakap apa?

Bagitau yang aku ikut orang yang aku take kenal masuk hotel? H4ncurkan hati babah? MaIukan nama aku? Aku tahu aku salah. Aku menyesal. Ini penyesalan terbesar aku. Mula dari sini hidup aku kucar kacir. Aku dah hilang makna untuk hidup.

Aku ced3rakan diri aku sendiri. Hati aku kosong aku rasa s4kit. Setiap masa aku rasa aku manusia paling h1na. Masa tu aku kuatkan hati, dekat tempat kerja aku macam biasa. Rakan pejabat aku tak perasan pun perubahan dekat aku.

Sangat s4kit bila aku terp4ksa pura – pura dengan semua orang. Aku benci semua orang. Apa aku dah buat sampai Allah hukvm aku. Aku s4kit hati dengan semua. Aku tak boleh tengok cermin. Aku benci tengok diri aku.

Sampai seminggu lepas tu aku pengsan dekat tempat kerja. Aku sedar saja aku dah dekat kIinik, aku nangis kenapa Allah masih biar aku buka mata kenapa Allah tak tarik saja nafas aku? Kenapa aku susah sangat nak m4ti?

Masa tu kak Fara ketuk pintu. Kak Fara ni senior aku. Dia masuk terus peIuk aku dan pegang tangan aku. Dia bisik, “nangis saja sya, kak tau sya tak kuat” aku betul – betul lost masa tu. Apa yang aku nak cuma orang peIuk aku bagitau yang aku akan okay.

Doktor masa tu tahu yang aku ada keinginan untuk bunvh diri, kak Fara yang bawa aku pergi kIinik. Doktor cadangkan aku pergi ther4pist, aku pun ikut je apa yang doktor sarankan. Kak Fara yang sentiasa dengan aku masa tu. Thank u kak.

Sampai hari ni aku tak pernah cerita pun dengan sesiapa walaupun dekat aku punya ther4pist. Dr cuma tau yang aku diagnosed with social anx1ety. Aku kesal. Sangat menyesal dengan diri aku. Dear Alif, u know who u are. Kau r4gut kehormatan aku, musn4hkan hidup aku.

Aku tak kenal pun siapa kau. Coretan hidup yang kau cerita masa tu aku tak pasti adakah cuma umpan untuk aku. Tak mengapa, aku maafkan. Aku dan kau cuma manusia h1na dan lemah. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah.

Ini adalah ujian terbesar aku. Aku ikhlas sebab dengan ujian ini aku rasa aku m4kin dekat dan tunduk pada Dia. Aku berg4ntung sepenuhnya pada Dia. Setiap gerak geri yang aku lakukan kini adalah untuk Dia. Setiap sujud aku untuk Dia.

Walaupun peristiwa ni dah bertahun berlalu aku masih tr4uma. Setiap manusia ada kesalahan. Kepada sesiapa yang pernah melalui fasa ini percayalah. Korang akan bahagia mungkin bukan dekat dunia. Tapi dekat akhir4t Allah. It takes time to heal. Just. Stay strong dear. – Syasya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Kenapa anak – anak gadis berani bersendirian, malam – malam buta. Kalau dah takde kawan, duduk di rumah adalah lebih selamat. Sebagai ibu, saya sangat curiga dan selalu berpesan macam – macam pada anak perempuan saya, lebih – lebih masa mereka masih study kat u, pergi balik naik bas.

Tapi sebagai ibu doa – doa pendinding tidak pernah putvs saya kirimkn sepanjang anak di luar. Ambil perhatian anak – anak gadis semua. Jangan dedahkn diri pada sebarang kemungkinan. Tak pe lah sunyi ke, sepi ke. Tengok tv, main hanset, apa saja. Asal jangan bersendirian di luar. Lebih – lebih lagi tempat sunyi. Lebih baik jadi penakut dari berani tak kena pada tempat.

Fatimah Lee Abdullah : Ya Allah sedihnya.. menyirap d4rah naik ke muka bila baca. Selalu dengar perempuan kene kalau naik kete lelaki masa first time jumpa. Ni lain pula ceritanya.. Doa orang yang terani4ya dimakbulkan Tuhan dik. Jangan berhenti berdoa ye. Hugs for u.. Doa akak bersama u.

Amiratul Balqis : Perempuan sentiasa naif, kadang – kadang simpati dengan sesetengah perempuan yang sangat naif dan tak berfikiran jauh. Apapun semoga tabah. Macamane untuk elakkan diri daripada bersikap naif, banyakkan membaca, memerhati, mendengar majlis ilmu.

Dengan ilmu, insyaallah kita dapat elak sifat naif ni. Ilmu agama tau. Kalau ada phd melangit sekalipun, ada je yang tersasar jugak. Tapi takdela saya nak kata yang berilmu pasti selamat, ada je yang tewas juga.

Cumanya, dengan ilmu kita akan lebih tahu, dan mampu berfikir apa tindakan sewajarnya kita buat. Cegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi apapun, bersabarlah, Allah uji. Kamu mampu dan kamu orang kuat. Semoga dipermudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?