Suami kant0i ambil ‘barang’ dgn janda 45 tahun. MenggigiI tangan saya ambil gambar bukti, bawa ke mahkamah

Ada sekali suami tengah high masa drive kereta, tak tahu apa benda dia bercakap sebab dah bunyi macam bahasa aIien. Anak sulung saya dah takut dah masa tu. Saya suruh suami berhentikan kereta dekat situ juga..

#Foto sekadar hiasan. Kisah yang dikongsikan kali ini adalah untuk memberi kesed4ran kepada ramai isteri – isteri di luar sana yang mungkin masih takut – takut atau tak yakin untuk keluar dari perkahwinan yang t0ksik.

Malah mungkin boleh meng4ncam keselamatan isteri dan ahli keluarga yang lain. Assalamualaikum admin, saya suka baca post dari group ni. Biasanya saya jadi silent reader je. Cuma kali ni nak share serba sedikit kisah hidup saya.

Saya seorang single mom. Dah 9 tahun dah jadi ibu tunggal. Dulu masa bercinta, masa berkahwin dengan bekas suami, bagi saya itulah segalanya untuk saya. Tak pernah terfikir seumur hidup akan bercerai. Tapi Allah lebih mengetahui.

Saya seorang isteri yang tak pernah curiga kepada suami, tak pernah check hp, tak pernah tanya ke mana dia pergi. Bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan sempurna pada mata saya. Nak dijadikan cerita, masa anak pertama saya berusia setahun, suami saya kant0i mengambil bahan terIarang.

Allah je tahu hati. Sebenarnya saya tak tahu apa bendanya tu, saya jumpa dalam poket seluar dia masa nak basuh baju. Saya google, rupanya itu g4nja mampat. H4ncur hati masa tu. Dia merayu dan minta maaf tak akan buat lagi.

Hati perempuan sekali kena tipu, susah dah nak percaya. Tapi kita buat – buat tak tahu je, was – was tetap ada. Namun sekejap je dia stop, lepas tu dia sambung balik. Dalam tempoh tu dah banyak kali dah berg4duh, saya kena pukuI dan macam – macam lagi.

Jiran – jiran pon dah hadap dah kami tiap hari tak g4duh tak sah. Tapi saya perasan anak sulung saya sangat takut bila kami g4duh, jadi sejak hari tu saya amik pendekatan buat b0doh je. Ada sekali dia tengah high masa drive kereta, tak tahu apa benda dia bercakap sebab dah bunyi macam bahasa aIien.

Anak sulung saya dah takut dah masa tu. Saya dengan tegas suruh dia berhentikan kereta tepi jalan dan mintak dia duduk seat belakang dan biar saya je pandu kereta sampai ke rumah. Dia tidur je masa tu dan bila k3jutkan suruh keluar dari kereta pon tak bangun – bangun.

Saya tinggal je dia sorang – sorang dalam kereta. Tak tau la d4dah jenis apa dia ambik masa tu. Esok pagi bangun je dari tidur, dia buat seolah – olah takde apa – apa. Banyak kali kant0i, g4duh, kant0i, g4duh, lepas tu minta maaf tak buat lagi.

Macam – macam cara dah saya buat. Baik cara moden, tradisional sampai tahap jumpa b0moh pon ada nak ubati dia sebab saya fikir saya tak nak jadi janda masa tu dan tak nak anak takde ayah. Tapi saya percaya Allah sayangkan saya dan anak – anak.

Masa saya mengandung anak kedua, dia kant0i ada perempuan buat pertama kalinya, dengan janda umur 45 tahun dan kant0i main sy4bu dengan perempuan tu. Masa tu saya dah sarat dah mengandung. Gelap rasa dunia.

Menangis saya sorang – sorang masa tu. Tak tahu nak cerita kat siapa. Tapi lepas tu saya fikir, dia dah tahap ambil sy4bu, selepas apa saya dah buat dan k0rbankan untuk dia. Sebelum ni saya bekerja tapi sebab takda orang nak jaga anak, saya berhenti.

Saya rasa sangat tak berbaloi hidup macam ni dan tibalah masanya saya fikir untuk anak – anak dan diri saya sendiri. Senyap – senyap dengan tangan terketar – ketar saya ambil segala gambar sy4bu, alat pembakar dia dan lain – lain untuk jadikan bukti.

Dia balik kerja saya buat seolah – olah tak ada apa – apa. Saya layan dia macam biasa je. Tapi dalam diam, saya dah beli siap – siap tiket flight balik ke kampung. Saya dah kemas – kemas barang dan baju – baju saya nak bawak.

Saya memang sedih sangat dengan apa yang berlaku tapi saya kena fikir masa depan anak – anak saya. Contoh macam mana saya nak bagi pada mereka kalau ayah mereka pon macam tu. Saya mungkin boleh jadi giIa kalau saya masih hidup dengan dia.

Masa dia pergi kerja, saya lari balik rumah keluarga. Dia whatsapp dan call tanya saya kat mana. Saya cuma reply tunjukkan gambar segala perbuatan yang dia buat. Dia cuma bluetick saya. Saya minta dia ceraikan saya lepas bersalin tapi dia tak nak.

Lepas bersalin, saya terp4ksa naik turun mahkamah untuk bercerai. Alhamdulillah dengan segala bukti, hakim jatuhkan taIak satu. Sekarang alhamdulillah, saya dah bekerja di negeri kelahiran saya. Anak – anak pon dah besar dan dah 9 tahun jadi ibu tunggal.

Apa saya boleh cakap, saya sangat tr4uma untuk berkahwin. Saya ada anak perempuan, saya ada anak lelaki. Saya tak rasa ada orang nak terima saya dengan ikhlas dengan pakej anak – anak ni. Namun alhamdulillah saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.

Saya tidak menolak jika adanya jodoh, tapi saya tidak mencari. Anak – anak pon tak pernah tanya pasal ayah dia dan ayah dia pon jarang – jarang datang jenguk. Namun alhamdulillah dia tetap bagi duit nafkah belanja bulanan.

Itu pon lepas dia dah meng4mok marah – marah pasal saya pergi minta cerai. Hmm, apa dia fikir sebab kita lembut, kita akan redha je ke dengan apa dia buat kat kita? Bukan itu sepatutnya. Jadi pada kawan – kawan saya dalam group ni yang ada masalah macam saya dulu, apa saya boleh cakap ialah carilah kebahagiaan kita sendiri.

Susah dia nak berubah sekali dah ket4gih dengan benda tu. Mungkin masa tu kita akan rasa dunia dah ki4mat tapi sebenarnya itu adalah permulaan dunia yang lebih indah untuk kita dan anak – anak biarpon tanpa seorang bergelar suami dan ayah. InshaAllah ramai lagi yang sayangkan kita dan anak – anak. Kita serahkan saja segalanya pada Allah S.W.T

Nota tambahan: MasyaAllah, saya sangat terharu dengan semua komen – komen dekat post ni. Terima kasih banyak – banyak. Doakan semoga saya sentiasa kuat untuk menjalani ranjau kehidupan sebagai ibu tunggal yang tidak mudah tapi selagi kita pandai bawa diri inshaAllah, semua baik – baik sahaja.

Kalau tanya pendapat orang, macam – macam nasihat. Takpelah nanti dia akan berubah. Susah jadi ibu tunggal ni, dalam famili saya takda yang jadi janda. Malu kat orang tapi pokok pangkalnya kita sendiri. Kenapa nak malu jadi ibu tunggal?

Walhal kita dah cuba jadi isteri terbaik, kita tak curang, kita sediakan makan minum dia, kita jaga anak – anak dia, kita jaga solat tapi kalau dah takdir tertulis macam tu. Apa lagi kita boleh buat? Bukan kita minta pon nak jadi macam ni. Takda siapa pon berkahwin untuk bercerai.

Proses penceraian, kalau ada duit tak lama. Saya agak lama sebab saya kena kerja dulu kumpul duit dan buat loan untuk bayar lawyer. Bila dah ada duit dan bukti dalam masa tak sampai tiga bulan pon dah selesai. Masa selesai tu orang lain biasanya menangis kena lafaz taIak, saya dalam hati menjerit kegembiraan sebab dah bebas dari siksa dunia.

Azab Allah sahaja tahu, sebab kita tak tahu apa dalam fikiran orang macam ni. Kalau saya meIawan mungkin saya dan anak – anak dah tak da kat dunia ni. Bekas suami saya selalu whatsapp minta gambar dan video anak – anak tapi tidak pernah call atau video call budak – budak.

Saya cuma bercakap dengan dia hal anak – anak sahaja dan tidak tahu serta tidak mahu ambil tahu dia sudah berkahwin atau dia kerja di mana selagi setiap bulan saya dapat nafkah anak – anak itu sudah memadai. Dulu mungkinlah dia segala – galanya untuk saya, tapi bila dah jadi macam gitu, sudah sampai masanya kita dahuIukan anak – anak dan sayang diri kita terlebih dahulu.

Saya berjanji dengan diri saya sendiri, tak akan ada orang boleh buat macam tu lagi kat saya dan anak – anak. Cukuplah sekali, kerana jika dia tergamak buat begitu, dia takdelah sayang mana pon kat kita.

Komen Warganet :

Danisya Aisyah : Alhamdulillah.. awak hebat sis. Salute dengan keberanian dan semangat awak. Tahniah sebab jadi wanita bijak. Saya suka sangat. Respect!! Macam ni lah yang kita nak.. tak salah bersedih, tapi jangan sampai kita lemah, lebih – lebih lagi bila dah ada anak.

Wake up and move on. Dunia belum berakhir, saya percaya bila dah bebas dari suami macam tu, baru kita akan nampak betapa luasnya dunia untuk kita explore kan? Betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan buat kita, termasuklah berbahagia di samping orang – orang yang tahu hargai kita.. InsyaAllah, suatu masa nanti, Allah akan hadirkan insan yang tepat buat sis.

FarraFeliz Osman : Taktau nk cakap apa, just nak cakap. Sis memang bijak mengatur langkah, punya harga diri yang tinggi dan sangat kuat. Hebat. Penuh tawakal pada Allah. Susah nak jumpa perempuan tabah macam ni. Impressed sangat. Semoga bahagia dengan anak – anak di dunia dan akhir4t.

Ros Aina : Allahhu.. saya baca kisah sis sampai habis. Sis memang seorang yang kuat dan tabah dengan ujian Allah. Sis benar – benar wanita yang hebat. Nasihat saya didik la anak itu sebaik mungkin sama ada ilmu dunia mahu pun ilmu akhir4t.

Siapa tahu suatu hari nnti anak – anak itu akan membanggakan sis dan akan terpadam segala kepahitan yang sis lalui. Saya doakn semoga sis terus tabah, dipermudahkn urusan dan akan menemui kebahagian yang selayaknye. Amin ya rabbal alamin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?