Saya dah selesaikan hutang Ahl0ng 3x ganda. Tiba2 ahl0ng call cakap suami ada hutang baru

Kali kedua dia masuk l0kap, saya jamin pakai duit hutang Ahlong yang dia pinjam guna nama saya. Lepas 3 tahun baru habis bayar 3 kali ganda. Baru – baru ni saya dapat call dari Ahlong, cakap ada hutang baru. Saya nekad mengadu dekat ibu ayah, ayah terus nak pasang peguam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum tuan. Maaf menggangu. Berkali – kali saya nak hubungi tuan tapi tak ada kekuatan. Saya nak luahkan apa yang terjadi pada saya selama ni. Saya menikah dulu atas dasar suka sama suka.

Saya bekerja sebagai penjawat awam dan dia pula bekerja sebagai kerani. Awal perkahwinan lagi, rumahtangga kami telah diuji. Dia ditahan l0kap kerana penyalahgunaan d4dah. Ibu dan ayah saya jamin sebab masa tu kami tak ada duit, dah dihabiskan untuk kenduri.

Keluarga dia pun tak membantu sangat. Selepas dari peristiwa tu, saya langsung tidak menceritakan masalah yang saya hadapi pada keluarga saya kerana masih nak menjaga aib dan maru4h dia dengan family saya. Ada banyak episod penyalahgunaan d4dah, jvdi dan meminjam duit daripada ahl0ng sejak dari awal nikah hinggalah sekarang.

Pernah dia berjvdi online dengan duit yang saya nak guna untuk beli kereta cash. Dekat RM10k habis dalam masa dua hari sahaja ketika saya tiada di rumah. Terp4ksa gadaikan barang kemas untuk cukupkan. Hingga sekarang, dah tak ada barang kemas yang tinggal.

Memang kena beli kereta waktu tu sebab untuk memudahkan dia cari rezeki tambahan dengan menggunakan kereta dan memudahkan kami pergi mana – mana. Dia memang tak ada apa – apa ketika nikah dengan saya. Kali kedua masuk lokap lagi, saya jamin menggunakan duit ahl0ng yang dipinjam suami atas nama saya untuk keluarkan dia.

3 tahun saya tanggung hutang ahl0ng yang bernilai 3 kali ganda dari jumlah yang dipinjam tu. Dua kali dia dibuang kerja. Kali keduanya, sebab pecah amanah duit syarik4t tempat dia bekerja. Diugvt mahu dilaporkan ke polis jika tak ganti duit tersebut.

Saya buat personal loan untuk bayar duit pecah amanah itu, duit ahl0ng yang dipinjam suami dan pelbagai lagi komitmen yang perlu dibayar. Hampir setahun hingga sekarang, dia tidak bekerja. Banyak kali saya sabar dengan per4ngai dia, memaafkan tapi hati susah nak lupa.

Saya jadi paranoid dengan dia sebab terIampau banyak kali dia s4kitkan hati saya. Saya jadi terIampau tertekan dengan apa yang terjadi dalam rumahtangga saya sehinggakan saya pernah men4mpar diri saya sendiri berkali – kali setiap kali dia buat hal sebab rasa diri ini terlalu b0doh masih mempert4hankan rumahtangga yang tak bahagia ini.

Rumahtangga pun tak terjaga, dalam rumah macam tongkang pecah sedangkan dia duduk di rumah tidak bekerja. Saya tak masak, tak layan dia sebagai seorang suami sebab terIampau banyak makan hati. Saya jadi malas nak buat apa – apa pun.

Kemuncaknya pada baru – baru ini, ahl0ng call saya di tempat kerja sebab mencari dia yang dah lama tak bayar hutang. Saya terk3jut sebab setahu saya, saya dah langsaikan semua hutang ahl0ng sebab nak tutup buku dan mula hidup baru tahun lepas.

Dia pun cakap dia dah tak ada hutang lagi sebab saya pernah minta dia jujur dengan saya, kesalahan apa lagi yang dia buat di belakang saya. Rupanya, ketika saya melangsaikan hutang ahl0ng dulu, dia dah deal dengan ahl0ng untuk ambil semula duit yang saya bayar tu.

Kiranya, pinjam lagiIah. TerIampau banyak duit yang dia pinjam dari ahl0ng, tetapi tak nampak senang pun sebab habis main jvdi. Hari – hari minta duit saya juga untuk beli r0kok. Jadinya, saya dah tak tahan nak menanggung dan mengambil keputvsan menceritakan segala hal yang berlaku pada keluarga saya.

Ibu ayah saya memang terk3jut dengan apa yang telah berlaku dalam hidup saya selama berumahtagga. Mereka fikir, masalah saya dah selesai ketika awal perkahwinan dulu. Tapi sebenarnya, ia hanyalah permulaan bagi saya.

Mereka datang ke rumah nak meminta dia melepaskan saya. Kereta pun saya dah jual, sebab nak melangsaikan hutang – hutang baru yang dia buat tu. Sekarang dah tinggal asing sebab saya yang keluar dari rumah, tapi masih diganggu dengan pujuk rayu dari dia dan banyak kali ugvt nak bvnvh diri.

Kadang – kadang saya kesian dengan dia. Tapi saya dah nasihat dia untuk mencari kerja dan ingat tuhan, tapi tak dipedulikannya buat saya bertambah benci dengan dia. Rasa sayang dah hilang, rasa kesian pun dah menipis.

Tak habis – habis salahkan saya sebab tak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri yang membuatkan dia jadi begitu. Tak lama lagi, saya diminta hadir untuk perbicaraan di mahkamah syariah. Doakan semoga dilancarkan segala urusan.

Ibu ayah saya cakap, kalau dia tak mahu lepaskan saya dengan cara mudah, mereka akan cari peguam untuk buat fasakh. Sungguh saya malu nak hadap ibu ayah saya, sebab dah umur begini pun masih menyusahkan mereka.

Saya pun ada beberapa kali pinjam duit mereka sebab nak bayar hutang dan ada ketika tak ada duit nak makan selama berumahtangga. Gaji saya yang lebih kurang RM4k pun kadang – kadang berbaki tak sampai RM100 lepas bayar hutang dan komitmen.

Walaupun hidup saya sengsara macam ni, saya bersyukur Alhamdulillah pada Allah sebab dia makbulkan doa saya untuk tidak mendapat zuriat selagi dia tak berubah. Mohon kata – kata semangat dan nasihat dari pembaca, sebab kadang – kadang saya rasa down sangat – sangat sebab kena carry title J dalam umur yang muda ni.

Dan pada yang sama saya masih tertanya – tanya, betul tak keputvsan yang saya buat ni. Adakah saya dah musn4hkan hidup dia? Dia datang dari br0ken family. Kata dia, hilang saya, hilanglah semangat dia untuk hidup.”

Komen Warganet :

Aitae Ryouki : Bukan tanggungjawab Puan untuk ubah suami atau untuk peduli suami nak bvnvh diri ke apa lepas cerai. Dia dah dewasa, dan menjaga diri sendiri adalah tanggungjawab dia, bukan Puan. Tak berd0sa pon jadi janda, tapi berd0sa puan tak layan dia selagi dia masih suami.

Jadi, lebih baik lah Puan berpisah sahaja untuk elak puan pula yang dapat d0sa sebab dah tak nampak suami akan berubah, malah siap deal belakang Puan lagi. Cukup – cukup la menanggung biawak hidup. Ada baiknya duit tu puan bahagiakan mak ayah dan diri sendiri. Lelaki itu bukan tanggungan Puan dan dia sendiri cari masalah.

Farah Hanna : Nak cakap pun s4kit hati. Nampaknya puan ni dah buat segala assessment, tau baik buruk, tapi masih sudi menanggung biawak hidup. Kalau puan yang sudi menanggung, dia pun tak p4ksa, tiada apalah yang boleh dilakukan.

Puan tanggung sajaIah sampai bila – bila. Puan ni sedar semuanya tapi sudi hidup tersiksa. Semoga puan lebih bijak menimbang baik buruk, semoga mentaI health puan kembali okay dan janganlah asyik salahkan diri sendiri. Sayangi diri sendiri sebelum sayang orang lain. Diri sendiri lebih berharga.

Sharifah Aminah : Takpa puan. Jadi janda bukan bermakna hidup dah berakhir. ALLAH sayangkan puan. Nak puan hidup tanpa kerisauan dan sengsara dengan suami yang tak berbaloi macam tu. Sepatutnya dah lama puan minta fasakh.

Mudahan Allah bagi kekuatan dan ketenagan untuk hadapi semua ni. Mudahan kes perceraian ni akan berjalan dengan lancar. Jangan siksa diri dalam kehidupan rumahtangga yang t0ksik macam ni.. Ini bukan kebahagiaan yang dicari dalam rumahtangga. Ini adalah penyiksaan. Hargai hidup puan sendiri dulu. Jangan pedulikan lelaki tu. Dia tak layak jadi seorang suamj dengan per4ngai dia macam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.