Anak 13 tahun kant0i wasap dengan lelaki. Suami terus halau anak keluar. PukuI 2 pagi suami intai

Saya bagi anak HP sebab nak PDPR. Awal tahun lepas dia kant0i mesej dengan lelaki. Mula – mula ok je tapi tidak sampai seminggu dah bercouple, bersayang, berbaby, gurau – gurau ingin ikut mandi bersama. Saya marah sampai h4nger 2 batang jenis tebal patah saya kerjakan. Dia janji takkan buat lagi tapi sekali lagi kant0i..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya seorang ibu kepada 5 orang anak, jarak usia mereka lebih dari 4 tahun setiap seorang. Saya dan suami bekerja biasa sahaja dan tiada masalah untuk menyara anak – anak, apa yang anak mahu, jika tidak melebih lebih, saya akan turutkan, biasanya anak nak makan yang viral, nak bercuti, dan pakaian.

Tapi kalau gadjet baru anak tak pernah minta kerana saya dah tanamkan dalam kepala anak – anak, yang ibu dengan ayah bukan banyak duit dan tiada keperluan untuk beli handphone baharu. Tiap kali sambutan hari jadi mereka, saya akan sambut dengan membeli kek pilihan mereka dan hadiah seperti kasut jalan, jam tangan, dan lain – lain.

Kiranya kami suami isteri bukanlah jenis mengabaikan anak. Anak – anak boleh diharap dan rajin membantu kerja – kerja dirumah apabila disuruh. Biasalah, sikit – sikit ada juga datang malasnya, tapi bila diminta buat, mereka tetap buat walaupun p4ksa rela.

Buat pengetahuan semua, rumah saya tiada siaran tv kerana kami memang jarang tengok tv, tetapi saya belikan anak permainan game jenis zaman dulu yang ada super mario dan tetris. Tujuannya supaya anak tidak terlalu boring bila berada di rumah.

Anak – anak lebih mengadap telefon berbanding tv. Apa yang saya ingin luahkan di sini berkaitan dengan anak perempuan sulung saya, berumur 14 tahun pada tahun ini. Sama seperti ibu – ibu lain, saya beri kebenaran untuk mempunyai telefon bimbit sendiri yang asalnya digunakan untuk PDPR sahaja.

Cumanya, saya tidak benarkan anak mempunyai akaun sosiaI seperti Fb, Ig, tik tok jauh sekali.  Youtube saya limitkan masa kerana saya fikir anak saya akan mudah terpengaruh dan saya risau dia akan menggunakan akaun sosiaI tersebut untuk mencari cerita – cerita yang tidak elok, Iucah terutamanya.

Awal tahun lepas, dia berwasap dengan seorang budak lelaki yang dia kenal dalam group wasap ‘borak – borak’. Mulanya hanya ingin berkenalan, tetapi tidak sampai seminggu dah bercouple, bersayang, berbaby, gurau- gurau ingin ikut mandi bersama, saya sejenis paran0id.

Seminggu sekali saya akan periksa telefon anak – anak untuk tahu apa yang mereka borakkan dengan kawan – kawannya. Jika tiada adab dalam berborak, saya akan tegur elok – elok. Jika menjurus kepada bercinta – cinta, saya akan tegur kerana belum masanya lagi untuk mereka bercinta, fokus kepada pelajaran sahaja nasihat saya.

Tetapi yang sulung saya ini kelihatan inginkan perhatian dari lelaki – lelaki. Dia melayan semua wasap – wasap yang ingin berkenalan dengannya, sampai lah terkant0i dengan saya. Kali pertama dia minta maaf bersungguh sungguh dan berjanji tidak akan ulangi.

Saya pegang telefon dia sehingga lah PDPR bermula semula, saya pulangkan kembali telefon, tidak lama kemudian, kejadian yang sama berulang. Saya betul – betul marah sehingga naik tangan, h4nger 2 batang jenis tebal patah saya kerjakan dia.

Suami tidak masuk masuk campur kalau saya sedang marah, cuma suami pesan kepadanya, ini adalah last warning, lepas ini ayah akan halau keluar rumah (sekadar ugvt mulanya). Dan sama seperti yang pertama dulu, dia minta maaf bersungguh – sungguh,

Kali ke-3 dia ulang semula perbuatan dia semalam, seolah – olah tiada penyesalan. Itu pun terkant0i dengan saya, dan apa yang ayahnya ugvt memang ayahnya buat. Ayahnya halau dia keluar rumah berserta pakaian dan duit, memang betul – betul marah kerana si sulung dah buat dia kecewa setelah beberapa kali berjanji dan minta maaf.

Tetapi hati seorang ayah, jam 2 pagi dia pergi jenguk anaknya di luar, dan suruh masuk ke rumah. Anak saya tidak berani keluar jauh, dia berbaring di porch kereta sahaja. Kami sebagai ibu ayah, kami terlalu risau jika dia terlalu percaya kepada lelaki – lelaki dalam wasap tersebut sehingga boleh menjatuhkan maru4hnya.

Apa yang perlu kami lakukan supaya dia boleh menjaga maru4hnya dengan baik? Solat dia memang kami pantau, sentiasa kami ingatkan. Cuma mengaji, khatam sahaja Quran semasa darjah 6, dia mula tidak mengaji dan silap kami juga tidak terlalu menekan bab mengaji.

Adakala saya desak, barulah dia akan mengaji. Kadang – kadang kami terfikir ingin bawa dia kepada orang yang pandai berubat, untuk lembutkan hati dia. Saya mohon nasihat dari ibu bapa di luar. Di mana kekurangan yang perlu kami perbaiki untuk mendidik anak – anak yang kian membesar, dan banyak c4baran dalam dunia sekarang. Adakah kami ini ibu bapa yang terlalu mengongkong? TERIMA KASIH.

Komen Warganet :

Huda Amer : Masa suami TT halau keluar tu kan, nasib baik tak ada abam yang datang jemput naik kereta pastu bawak balik. Pakar kata kalau girls yang seek kasih sayang dan perhatian daripada lelaki, antara sebabnya, kurang kasih sayang ayah semasa membesar. Get professional help sis.

Wan Nur Faqihah : Tak tahulah macam mana tapi masa saya zaman remaja ayah saya selalu peIuk saya dan adik perempuan dan kena ucap i love you pada ayah kami dan mintak maaf. Lepas tu ayah rajin ucap i love you pada saya, adik perempuan dan mak saya lepas habis call.

Puji saya dan adik perempuan saya cantik. Jadi kami rasa disayangi dan dihargai walaupun nampak hal ni cam remeh. So bila ada lelaki lain cakap saya cantik, jadi biasa sebab ayah yang selalu puji.

Siti Sariff : Apabila ada ibu bapa yang selalu membandingkan pengalaman mereka dolu – dolu dengan pengalaman yang dihadapi oleh anak – anak zaman sekarang, tanpa mengambil inisiatif untuk memahami perbezaan itu, maka akan timbullah masalah – masalah begini.

Waktu paling kr0nik, jiwa remaja dari umur 13 tahun hingga 17 tahun. 13 ke 15 paling gelora jiwanya, hormon bercampur antara kanak – kanak dan remaja. Antara umur ini, pasti cikgu – cikgu dan ibu bapa boleh lihat, ada budak yang tak terkawal.

Once masuk 16 dan 17, alhamdulillah mereka tone down sikit. Pendek kata, jadilah rakan kepada anak – anak tu bermaksud kita boleh berinteraksi dua hala dengan mereka. Yakni, mereka bukan sahaja boleh meluahkan, berkongsi, mengadu, bermanja, bangga, takut, s4kit dan sebagainya dengan ibu bapa tanpa rasa diabaikan, keseorangan, kurang perhatian dan kasih sayang. Panjang pula nak tulis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.