Bila suami dapat bonus, adik-adik ipar paw suami masuk druugstore, butik. Masalahnya adik beradik dia 13 orang

Kononnya mertua akan bercerita kipas rosak, ingat ayah nak pergi cari baru. Apa lagi, terus suami aku belikan. Mak pulak cerita karpet kat ruang tamu dah h4ncur ingat nak ganti baru. Cepat je suami setelkan masa dapat bonus, adik ipar paw masuk druug store beli make up, masuk butik. Sekelip mata duit bonus suami habis..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Terima kasih kalau confession aku ni berjaya disiarkan. Aku lebih kepada nak meluah perasaan dan nak tahu ramai ke yang hadap situasi macam aku. Kalau ramai aku lega dan aku boleh anggap ini semua normal. Haha!

Aku Sara. Kahwin dengan suami bergaji 3 – 4k dan aku sendiri bekerja. Suami aku anak yang ke-5 daripada 13 beradik. Ramai betol ipar – ipar aku. Huhu. Atas – atas suami aku dah berkahwin. Bawah – bawah suami aku ada yang bujang dan bersekolah.

Suami aku dengan kakak abang dia jarak umur dekat – dekat jer setahun dua camtu. Suami aku ni pemurah lain macam sampai diri sendiri miskin. Suami aku dah bekerja 10 tahun sebelum kahwin dengan aku. Masa bujang ada motor jer.

Gaji + OT + side income masa bujang boleh cecah 8 – 10k sebulan. Tapi sampai sekarang dah berbini, takde kereta dan rumah lagi. Kami kahwin masa PKP. Jadi gaji selepas PKP memang range 3 – 4k dan takde side income dah.

Bonus pun sebulan gaji aje dapat. Berbanding sebelum PKP dia boleh dapat 3 – 8k sebulan gaji. Tapi aku pelik. Kan masa bujang dapat income, bonus banyak tapi kenapa aku tak nampak hasil kerja penat lelah tu. Sekurang – kurangnya kasi laa ada kereta dan rumah sebijik.

Masa awal – awal kahwin aku dengar jer dia cerita income besar dia tu sambil dalam hati aku tertanya – tanya habis mana hasilnya? Tak nampak pun. Satu hari aku beranikan tanya dia duIukan awak income banyak tapi kenapa tak beli kereta atau rumah?

Sedangkan masa nak kahwin dia tangguh punya tangguh tarikh sampai PKP sebab takde duit. Kelakar weh. Nak kahwin tapi takde duit. Akhirnya dia pun buka cerita, duit dia banyak habis pada family dia. Asal balik kampung jer beribu duit habis belanja family dia.

Dia cakap dulu dia kerja, balik kampung mewahkan family dia sebagai bukti dia berjaya. Lebih berjaya daripada kakak – kakak dan abang – abang dia. Dulu ayah dia pandang rendah pada dia sebab tu dia buat semua tu. Tapi bagi aku dia silap.

Cukuplah buktikan kejayaan kita berpada – pada jangan sampai kita dipergunakan. Mak ayah mertua aku kakitangan kerajaan. Should be ada gaji yang cukup untuk 13 orang anak kan. Rumah besar, kereta Malaysia berderet – deret.

Tapi anggapan aku salah. Mertua ada gaji cukup untuk makan minum dan komitmen asas sahaja. Nak bermewah – mewahan tunggu suami aku suap. Mertua aku jenis meminta dengan cara halus. Awal – awal aku tak boleh baca gaya mertua aku lama – lama aku faham cara diorang pergunakan suami aku.

Suami aku kalau dengar jer orang tu, orang ni nak itu ini, terus dia hulur duit lagi – lagi family dia. Asal ‘cerita’ jer, suami aku akan tunaikan. Setiap kali balik kampung, mertua akan bercerita kipas dalam bilik tu rosak, ayah ingat ayah nak pergi cari baru.

Apa lagi, terus suami aku belikan. Mak pulak bercerita karpet kat ruang tamu dah h4ncur ingat nak ganti baru. Terus suami aku belikan. Adik – adik pulak bercerita kat situ sini ada kedai makan baru bukak, tak pernah try lagi.

Terus suami aku bawa semua adik beradik dia makan kat situ. Asal balik kampung, ada sahaja cerita itu ini. Mula – mula aku ingat sekadar cerita rupanya ni helah cara menghabiskan duit suami aku secara halus. Paling teruk bila cuti sekolah dan hari raya.

Kami berkumpul ramai – ramai kat kampung dan ada buat makan – makan. Yang cadangkan untuk buat makan – makan ni orang lain, tapi suami aku yang berhabis duit. Bukan ratus – ratus ya. Ribu – ribu habis. Dah la ramai.

Ipar duai anak, mak, pak saud4ra lagi. Sepatutnya bila ramai camtu kongsilaa dengan adik beradik yang lain jugak. Tapi tak diorang semua gunakan suami aku. Belum cerita pasal ipar. Adik – adik ipar aku yang masih belajar nak apa – apa ‘cerita’ kat suami aku.

Nak kena beli kasut la, baju la, laptop rosak la, kena buat assignment kat luar nak pakai duit tambang itu ini. Sebagai abang yang baik suami aku hulurkan duit dia. Masa dapat bonus, adik – adik perempuan paw masuk druug store beli semua make up yang dia nak.

Masuk butik beli baju – baju yang diorang nak. Aku hanya memerhati dan menghitung berapa ribu dah habis. Bonus masa tu dalam 5k sekelip mata lesap. Allahu. Paling sedih, abang kakak suami aku ni sentiasa cakap diorang takde duit.

Jadi adik – adik, mak, ayah nak apa – apa lebih suka ‘cerita’ kat suami aku. Sebab diorang tahu suami aku akan tunaikan. Sedangkan abang – abang, kakak – kakak suami boleh pakai 2, 3 biji kereta dan masing – masing dah ada rumah.

Adik ipar aku pun dah ada yang beli kereta walau gaji kecik. Tapi suami aku? Kereta takde apatah lagi rumah. Suami siap standby kad kredit. Kot – kot cash habis dia boleh guna credit card untuk belanja balik kampung. Ada satu masa tu ayah mertua minta kitorang balik saja – saja.

Masa tu suami aku tak de cash dah. Sampai je kampung macam – macam ‘cerita’ keluar. Itu ini rosak, nak makan itu ini, nak itu ini, apa lagi suami aku swipe jer credit card tunaikan semua ‘cerita’ mereka. Aku yang tahu suami aku takde duit hanya diam jer.

Sebab apa? Pernah laa satu masa dulu aku tegur dan nasihatkan suami untuk berjimat dan buat saving. Korang tahu apa dia cakap? Awak tu patut bersyukur saya dah sediakan semuanya pada awak. Makan, minum, tempat tinggal, nafkah dan lain – lain.

Jadi jangan sentuh hak saya untuk berbelanja pada keluarga saya. Apa yang saya makan, saya nak family saya makan. Apa yang saya ada, saya nak family saya ada. Pernah juga aku bantu dia simpan duit. Alih – alih ada jer ‘cerita’ family dia nak itu ini, dia korek gais simpanan tu sampai zero.

Aku dah putvs asa dah. Aku nak lihat suami aku juga punyai kereta dan rumah hasil penat lelah dia bekerja. Tapi bayangnya aku belum nampak. Sampai bila? Takkan nak tunggu umur 40 / 50 baru nak ada semua tu walhal suami aku mampu.

Mampu dari dulu lagi sewaktu dia bujang lagi. Dan kadang – kadang aku teringin bercuti sana sini, tapi mengenangkan duit yang tiap – tiap bulan habis terus p0tong mood. Kalau sekadar gaji tu untuk keluarga kecil kami, memang cukup sangat siap boleh simpan lagi.

Tapi masalahnya dia juga menanggung kemahuan family dia. Owh kemahuan family dia boleh pulak ditunaikan. Kemahuan aku, aku berkira – kira nak luahkan. Sebab aku tahu keadaan kewangan dia. Kadang – kadang dah ada duit untuk holiday, dah plan dah.

Alih – alih family dia minta itu ini. Kalau bukan mak mesti ayah. Kalau bukan mak ayah mesti adik beradik. Str3ss lah! Ya aku bekerja. Tapi aku tak nak dan tak akan ajar suami guna duit aku. No! Aku risau dia selesa. Gaji dihabiskan untuk orang lain, rumahtangga aku tanggung? Memang taklah!

Family dia pun macam buta. Jenis ambil kesempatan. Mak ayah dia takde pun nasihatkan dia simpan laa duit tu beli rumah / kereta. Adik – adikpun buta tak nampak ke abang korang ni takde harta. Sepatutnya diorang kena ada common sense.

Stop cari suami aku kalau nak apa – apa. Mertua aku siap beli kereta baru, emas kiri kanan atas bawah. Sampainya hati pergunakan suami aku. Tolonglah izinkan suami aku menyimpan duit dia. Suami aku memang. Dah simpan dah duit, kalau family nak memang dia korek balik saving tu.

Kadang – kadang ada bulan suami aku negative income. Orang takde duit ni moody lain maciam. Mulalah dia nak marahkan aku. Ada jer benda tak kena. Siap cakap awak ni kata nak hidup susah senang dengan saya, tapi duit awak berkira nak mamp0s. Hahaha.

Aku gelak dalam hati. Tak kuasa aku nak offer duit aku untuk tanggung negatif income dia. Sape suruh ada 50k, 50k ko habiskan sekelip mata (contoh). Benda boleh adjust, benda boleh susun, benda boleh buat budget, sape suruh ko lesapkan semuanya. Seolah – olah tiada hari esok.

Aku cakap kat suami aku, esok – esok awak m4ti mana duit nak uruskan jen4zah awak? Mana duit untuk anak – anak awak teruskan kehidupan? Korang boleh tolong aku tak macam mana aku nak nasihatkan / ajar suami aku supaya berhenti jadi pemurah tak bertempat? Maaf laa kalau confession aku ni panjang sangat. – Sara (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Nour RaieA’an Abd Jalil : Apa kata ko mintak suami ko test family dia. Cuti sebulan / 2 minggu dan balik kampung, cakap lah boss berhentikan kerja korang laki bini dah 2 – 3 bulan. Dah pergi cari kerja. Tapi belum rezeki lagi.

Jangan keluarkan duit walaupun 1 sen. Agak – agak laki ko dah mentaI dengan layanan family dia. Ko ajak dia balik rumah korang dan bincang semula. Bagi dia fikir selama ni apa yang dia dah k0rbankan. Berbaloi ke tidak. Lepas tu ko ajak laki ko pergi beli kereta / rumah cakap ni aset korang tapi rumah / kereta atas nama ko. Minta laki ko bayar tiap – tiap bulan.

Hilmi Haji Harun : Nak impress family sendiri tak bertempat. Adik beradik sekalipun kena set limit, ye betul masa kecil memang kita makan sepinggan, minum secawan. Tapi once dah berkeluarga, kena perlu set kan limit unless adik beradik memang dalam keadaan betul – betul memerIukan dan terdesak.

Dalam kes ni, dah macam mengada – ngada nak penuhi kehendak, bukan keperluan. Kena jadi bijak nak handle. Jangan sampai disoal hak isteri yang suami culas di “sana” nanti.

Azmah Ismail : Aku antara yang pernah terjebak. Konon nak jadi anak mithali pada ibu dalam masa yang sama timba d0sa pada bini. Tulah susah bila belajar ilmu sekerat jalan. Rela diri diperkudakan oleh adik beradik lain atas kebaikan @ keb0dohan, dah lama dah ku say goodbye. Tak guna diteruskan bahtera perkahwinan andai nakhodanya dan awak – awaknya bukan kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.