
Aku call suami nak bawak anak pergi klinik tapi dia kata, sibuk! Aku dah sampai tahap limit kesabaran. Aku pack barang – barang anak – anak. Aku pakai baby carrier, sambil sarat mengandung. Aku bawak anak – anak aku lari..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku rasa terpanggil nak reply pada kisah lelaki yang tulis pasal isteri nusyuz tu. Dan jugak post yang isterinya balas. Dan semalam aku ada bacakan kisah dorang ni.. dan aku rasa terpanggil sangat nak reply.
Sebelum tu nak clarify. Aku pun seorang isteri. Aku pun pernah berada dalam tempat isteri lelaki tu. Marriage kitorang sangatlah t0xic. Per4ngai laki aku sama dan sebiji macam lelaki yang cakap isteri dia nusyuz tu. Sebiji! T0xic, manipulative, ego.
Aku pun suri rumah. Suami aku bread winner. Sama macam isterinya. Aku pun dibiar berdikari urus anak – anak sorang. Berbeza dengan suami aku.. dia tak serahkan duit untuk uruskan bil – bil rumah. Dia uruskan semua. Tapi masa tu gaji suami aku kecil, baru 4k.
Bila aku minta belikan makanan sedap sikit pun dah merungut kasar dengan aku, cakap ‘takde duit’. Bila aku tanya tak kan tak ada duit sikit pun. Dia balas dengan kasar. “Takdelah, kita ni miskin tau! Miskin!” Aku terk3jut. Laki aku ni dah kenapa.
Mungkin dia rasa terbeban dengan gaji rendah. Duduk di bandar, masa tu anak dah 3 orang pun. Rapat – rapat. Tapi percayalah, kalau dia jawab lemah lembut. Aku akan faham je. Suami aku sama macam lelaki yang tuduh isterinya nusyuz tu.
Bila aku meluah apa – apa.. dia akan marah buat ayat sinis. Atau meIukakan hati aku balik. Aku basically tak dapat perhatian suami, perasaan aku suami tak cuba langsung fahami. Suami tak berlemah lembut dengan isteri. Bila isteri meluah tu.. cuba la suami ni tengok muka isteri tu.
Dengar dia nak luah apa. Ko cukup lah sekadar.. “Yeke sayang?”
“Kesian sayang kena handle anak sorang – sayang.”
“Terima kasih sayang bantu abang uruskan anak – anak dan rumah”
“Sayang harini dengan anak – anak buat apa?”
“Sayang penat ke, meh abang urut bahu”
Kemudian. Bila dia dalam kesusahan. Kau la orang pertama kena bergegas jadi hero untuk dia dan anak – anak. Ini tidak, isteri mengadu anxiety. Dik4tanya isteri tu attention seeker. Bia isteri tu minta tolong orang lain, orang lain jadi hero isteri dia. Ah sudah, isteri pula dik4tanya curang.
Berbalik pada cerita aku. Lama – lama, aku pun letih dengan suami macam ni. Nafkah zahir.. makanan tempat tinggal. Cukup. Tapi nafkah batin aku tak dapat. Yang atas katil tu bila dia nak jelah. Kalau tak, memang dia dengan hidup dia je. Apa benda aku cakap semua dia buat tak endah.
Lama – lama.. Aku fikir. Macam ni jelah hidup aku.. Allah nak uji aku dapat suami macam ni. Bersabar jela. Aku bertahan demi anak – anak dan aku tak kerja, jadi aku bertahan jela. Aku cari cara bahagia aku sendiri. Aku belajar benda baru kat rumah, aku belajar buat home play therapy untuk anak – anak. Aku belajar masak dessert. Aku layan movie, layan kdrama.
Aku stop cari attention suami aku. Aku cipta bahagia aku dengan anak – anak je. Sampai la satu hari.. Anak pertama aku demam panas, aku tengah pregnant tau masa ni. Perut dah besar. Aku tak boleh nak berfungsi weh.. anak memerap je dengan aku.
Aku tak boleh nak masak. Aku tak sempat nak makan pun. Aku call suami, minta EL. Sebab aku memang dah tak daya masa tu. Aku call, suami kata busy kerja. Lambat sikit. Aku ni dah lama bersabar dengan sikap dia yang ambil ringan pasal tanggung jawab aku dengan anak – anak. Selama ni check up anak, semua aku naik grab je.
Bila anak tak sihat macam ni. Aku pulak tengah sarat. Aku dah tak berdaya masa tu. Aku dah sampai tahap limit kesabaran. Aku rasa suami aku memang tak sayangkan aku. Dan tak pernah hargai aku. Aku meng4muk masa tu. Aku gagahkan pack barang – barang anak – anak.
Barang aku satu apa aku tak ambil. Sebab aku tak larat bawak semua. Aku pakai baby carrier, sambil sarat mengandung. Aku bawak anak – anak aku lari. Sebelum tu aku terbalikkan semua barang dalam rumah sebab aku terlalu geram. Aku naik grab.
Aku bawak anak pergi farmasi dengan barang – barang. Beli ubat demam. Terus check in hotel. Aku masa tu dah fikir nak call parents aku ambil aku dan anak – anak bawa balik. Aku dah tak nak hidup dengan suami macam ni. Suami aku? Dia terk3jut bila aku mesej.
“Dah, kau tak payah balik. Aku dah ber4mbus dari rumah.” Dia yang selama ni very cold dengan aku. Boleh pulak balik masa tu jugak cakap dengan bos dia. ‘Ada em3rgency’. Yang aku dok call sebelum – sebelum tu. Tak boleh pulak ye. Bila dia balik rumah, dia terk3jut rumah dah berselerak. Aku meng4muk sebelum aku keluar dari rumah.
Ni yang dari suami aku ceritakan balik. Masa tu baru dia tersedar, yang selama ni dia memang tak pedulikan perasaan aku. Bila aku dah tak ada, rumah dah kosong masa tu baru dia rasa kehilangan. Dia panik. Dia call aku berkali – kali. Dia fikirkan aku yang tengah sarat tu bawa lagi dua anak pergi mana entah. Dia contact aku tak dapat.
Berlari dia cari aku area sekitar tanya jiran – jiran ada nampak aku tak berjalan keluar. Guard kata, memang betul. Guard nampak wanita hamil keluar bawak beg galas, pimpin anak – anak. Aku sayangkan suami aku. Aku cintakan dia. Aku percaya, isteri yang dituduh nusyuz tu pun sangat cintakan suaminya. Walaupun dibiarkan berdikari seorang bertahun – tahun.
Aku macam manapun akhirnya angkat fon suami aku lepas dia merayu – rayu dekat whatsapp. Memang dia menangis – nangis. Selepas kejadian tu. Suami aku memang berubah. Dia kata, dia takut aku lari lagi. Dia sekarang jadi suami yang tak berkira langsung dengan aku.
Aku minta apa – apa, dia cuba tunaikan. Kalau dia tak cukup duit, dia akan explain dengan aku dengan lemah lembut. Tak lagi kasar macam dulu. Aku rasa baru sekarang aku dapat rasa kasih sayang dia. Suami aku akan selalu ajak solat jemaah sama – sama. Akan tolong aku kerja kerja rumah. Dia akan tolong aku uruskan anak – anak.
Dah tak keluar melepak. Banyak masa habiskan dengan anak – anak. Hujung minggu mesti bawa aku berjalan, setakat bawa pergi berkelah ke, makan – makan ke. Jalan – jalan ke. Bukan tempat mahal pun. Apa jadi lepas tu? Murah weh rezeki suami aku.
Sekarang dah 11 tahun pun kami kahwin. Selepas dia berubah tu. Aku rasa tangki emosi aku cukup. Suami aku? Murah rezeki! Dari gaji 4k dulu sekarang gaji dia 15k. Memang dia m4kin mewahkan aku macam – macam. Bawa jalan pun sekarang dah mampu tempat mahal – mahal.
Dia selalu peIuk aku, ucap terima kasih bersabar dengan dia. Terima kasih uruskan anak – anak dan rumah tangga. Aku? Bila suami penuhkan tangki emosi aku. Daripada aku depr3ss, aku jadi wanita paling bahagia. Aku bersyukur pada Allah atas ujian sebelum sebelum ni.
Bila suami dah happy kan isteri, aku pun jadi lagi semangat happy kan dia. Waktu bersama pun m4kin spicy. M4kin sama – sama jatuh cinta. Orang lain.. m4kin lama kahwin m4kin h4mbar. Kami.. m4kin lama m4kin spicy haha. Apa – apa pun..
Doa banyak – banyak pada Allah, agar lembutkan hati pasangan masing – masing. Lebih berterus terang… Aku harap lelaki yang tuduh isteri nusyuz tu, kau cuba ubah layanan pada isteri dulu sebab kau lah ketua keluarga. Kau yang corakkan perjalanan hidup keluarga korang. Isteri tu kan cerminan suami.
Ko bahagiakan dia. Dia pun akan bahagiakan kau. Bagi perhatian ko pada isteri dulu.. inshaalllah. Yang lain – lain tu menyusul. Minta pertolongan Allah, doa banyak – banyak. Tawakal. Untuk isteri yang dik4ta nusyuz tu. Doa pada Allah supaya hati suami tu Allah lembutkan, lebih memahami awak.
Doa isteri untuk suami tu mustajab. Saya dah cuba. Alhamdulillah. Yang penting kita sendiri kena fix hubungan dengan Allah. Lepas tu hubungan kita sesama manusia.. Allah akan jaga. – Taytay (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Sherry Na : Alhamdulillah suami insof lepas isteri nekad bawa lari anak – anak. Nak kena gitu dulu baru nak sedar yer. Takpelah at least dia sedar dan berubah jadi lebih baik. Ada je yang sampai sudah gitu ajelah per4ngainya even isteri dah buat macam – macam. Bersyukurlah rumahtangga kamu dapat diselamatkan.
Ada betulnya bab isteri cerminan suami tu. Saya dulu pun masa awal kahwin kasar orangnya. Bila dapat suami soft spoken dan layan dengan baik, lama – lama saya pun jadi lembut dan cool. Macam berjangkit pulak haha. Alhamdulillah dah 16 yearrs in marriage dan masih suka usik mengusik bergelak ketawa bersama. Anak – anak dah remaja meluat je tengok. Moga jadi contoh yang baik untuk anak – anak bila mereka dah berumahtangga nanti insyaallah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.