Anak aku baru 4 bulan tapi mak mertua suruh bagi minum teh O, tak bagi minum susu sebab mahal, menyusahkan anak dia. Pampers anak dia suruh basuh, jemur, pakai balik

Mak mertua selalu sindiri aku beranak rapat, tak kerja hanya susahkan anak dia je. Dia serius suruh aku basuh semula pampers anak yang dah kena t4hi, jemur dan pakai balik. Nak guna mesin basuh pun tak bagi, nanti elektrik tinggi…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku guna Facebook kawan sebab tak berani guna akaun sendiri. Aku baru kahwin masuk 3 tahun dan sampai sekarang aku simpan semua benda sorang – sorang. Hari ni aku dah tak tahu nak luah dekat siapa lagi, sebab hati aku dah terlalu penat.

Aku kahwin muda, masa umur aku baru 19 tahun. Suami aku pula masa tu umur dia 27 tahun. Alhamdulillah, hubungan aku dengan suami tak ada masalah besar. Dia jenis bertanggungjawab dan sayangkan keluarga. Cuma yang buat hidup aku selalu serabut ialah mak mentua aku.

Sekarang kami dah ada dua orang anak. Yang sulung baru setahun 4 bulan, manakala yang kecil baru berusia 3 bulan. Memang betul jarak anak aku rapat. Disebabkan aku beranak kerap, mak mentua aku selalu jadikan benda tu modal untuk maki dan sindir aku.

Dia selalu cakap aku sengaja menyusahkan anak dia. Katanya aku tak pandai merancang keluarga sampai anak rapat rapat. Padahal semua ni rezeki Allah. Aku tak pernah minta pun jadi macam ni, tapi setiap kali dia datang rumah, benda pertama yang dia ungkit memang pasal anak.

Lagi satu yang buat aku tergamam, dia selalu sindir jangan bagi anak minum susu botol sebab susu mahal. Dia suruh aku gantikan dengan teh O dan isi dalam botol susu. Bayangkanlah, budak baru umur setahun 4 bulan disuruh minum teh O macam tu.

Aku memang tak sanggup nak ikut cakap dia sebab aku tahu benda tu boleh memudaratkan anak. Bila aku tak ikut, dia mula cakap aku membazir. Katanya orang dulu dulu tak ada susu mahal pun, anak tetap membesar. Aku cuma diam sebab malas nak panjangkan cerita.

Dalam hati memang geram, tapi aku lebih fikirkan kesihatan anak daripada nak puaskan hati dia. Pasal lampin pakai buang pun sama. Dia marah aku sebab guna pampers. Katanya jangan guna pampers sebab nanti anak jalan kangkang. Dia suruh aku guna napkin kain je.

Aku faham kalau nak berjimat, tapi zaman sekarang bukan semua benda sama macam dulu. Yang paling buat aku terk3jut, pampers anak yang dah kena t4hi pun dia suruh basuh, jemur dan pakai semula. Aku ingat mula mula dia bergurau.

Rupanya dia memang serius. Dia siap cakap aku tak kerja, jadi tak ada alasan untuk malas membasuh. Masa dia cakap macam tu, aku terus rasa sebak. Aku ni suri rumah. Memang betul aku tak bekerja. Tapi bukan bermakna aku duduk goyang kaki dekat rumah.

Dari pagi sampai malam aku urus dua orang anak yang masih kecil, memasak, mengemas, membasuh, menyidai baju dan buat semua kerja rumah sendiri. Kadang – kadang aku tak sempat pun nak duduk berehat. Tapi dekat mata mak mentua aku, semua tu langsung tak ada nilai.

Dia selalu ulang ayat yang sama. Katanya aku hidup senang sebab kahwin dengan anak dia. Aku hanya menumpang kemewahan anak dia. Sedangkan sebelum kahwin pun aku tak pernah minta harta sesiapa. Baru – baru ni suami aku belikan aku seutas rantai sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.

Bukanlah rantai yang mahal sangat pun. Sekadar hadiah kecil daripada suami untuk isteri. Tapi bila mak mentua tahu, terus dia meng4muk. Dia cakap masa kahwin dulu hantaran RM13,000 pun masih tak cukup lagi ke. Dia tuduh aku nak menjah4namkan anak dia.

Aku memang terdiam. Sedangkan rantai tu suami aku beli dengan duit dia sendiri. Aku tak pernah p4ksa atau meminta. Lepas tu dia selalu datang rumah kami. Setiap kali datang mesti ada je benda yang dia tak puas hati. Dia akan cakap hidup aku senang sebab kahwin dengan anak dia. Katanya semua perabot dalam rumah lengkap sebab anak dia yang beli.

Kalau aku guna mesin basuh, dia marah. Dia kata basuh guna mesin tak bersih dan bil elektrik mahal. Dia suruh aku basuh semua baju guna tangan. Katanya aku tak kerja, jadi tak ada alasan nak guna mesin basuh. Peti ais besar pun jadi isu. Dia cakap peti ais besar buat bil elektrik melambung.

Semua benda yang ada dalam rumah seolah – olah salah di mata dia. Sampai aku rasa takut nak beli apa – apa sebab nanti mesti kena sindir. Kalau suami aku beli barang dapur lebih sikit pun dia marah. Dia kata membazir. Bila aku beli makanan anak yang lebih berkualiti, dia cakap tak perlu.

Katanya zaman dulu anak makan apa saja tetap sihat. Aku cuma mampu telan semua kata kata dia walaupun hati aku s4kit. Pernah sekali aku terlalu penat nak memasak. Hari tu anak kecil tak berhenti menangis, anak sulung pula meragam. Jadi aku ajak suami makan dekat kedai.

Esoknya entah macam mana mak mentua aku tahu. Terus dia heboh satu rumah cakap aku pemalas dan suka makan luar sebab nak hidup senang. Lepas tu setiap kali aku beli apa – apa, dia mesti tanya harga. Kalau aku jawab, dia akan cakap mahalnya. Sampai aku sendiri rasa serba salah nak beli barang keperluan rumah. Sedangkan semua tu memang benda yang kami perlukan.

Masa hari raya pun aku tak terlepas daripada mulut dia. Aku pakai barang kemas yang suami belikan. Dia terus cakap aku jangan pakai emas sebab nanti orang ragut. Padahal aku pakai dalam rumah je sebab ramai saud4ra mara datang beraya.

Bila aku pakai baju raya yang cantik sikit, dia sindir lagi. Katanya pakai lawa – lawa pun akhirnya kena basuh pinggan juga. Siap dia gulungkan lengan baju aku depan semua orang supaya senang buat kerja dapur. Aku malu sangat masa tu, tapi aku tahan sebab tak nak rosakkan suasana hari raya.

Yang paling aku terasa, aku rasa dia memang benci sebab aku suri rumah. Dia selalu sebut anak dia bergaji RM5,000. Hari – hari dia ulang ayat yang sama. Katanya aku hidup mewah sebab kahwin dengan anak dia yang bergaji besar. Padahal aku tak pernah bermewah pun.

Aku berjimat mana yang boleh. Baju aku pun pakai yang sama bertahun – tahun. Kalau nak beli barang untuk diri sendiri pun aku fikir banyak kali. Aku lebih utamakan anak – anak daripada diri sendiri. Yang buat aku sedih, kalau menantu lelaki belikan apa – apa untuk anak perempuan dia, mak mentua aku senyum sampai ke telinga. Tak ada pula dia cakap membazir.

Tapi bila anak dia sendiri belikan sesuatu untuk aku atau cucu dia, semua benda jadi salah. Aku pernah cuba pertahankan diri sekali. Masa tu aku dah tak tahan sangat. Terus dia halau aku keluar dari rumah dia. Dia suruh aku balik rumah mak aku kalau tak suka dengan cara dia. Sejak hari tu aku memang makin jauh hati.

Balik rumah aku menangis depan suami. Aku luahkan semua yang aku pendam selama ni. Tapi suami cuma mampu cakap, sabar. Dia kata tu ibu dia dan dia tak boleh meIawan. Aku faham kedudukan dia, tapi dalam masa yang sama aku juga manusia yang ada hati dan perasaan.

Kadang – kadang aku rasa penat sangat. Aku bukan nak suami buang mak dia. Aku cuma nak dia lebih tegas bila mak dia dah melampau. Aku nak hidup aman dengan keluarga kecil aku tanpa perlu rasa takut setiap kali mak mentua datang rumah.

Untuk pengetahuan semua, suami aku ialah anak sulung daripada tujuh beradik. Aku pula menantu pertama dalam keluarga tu. Mungkin sebab tu aku selalu dijadikan tempat dia melepaskan rasa tak puas hati. Entahlah, aku sendiri tak pasti.

Aku nak tanya, ada ke orang yang anggap bagi anak minum susu formula, guna pampers dan pakai mesin basuh tu dikira membazir? Salah ke seorang isteri terima hadiah daripada suami sendiri? Salah ke kalau sekali sekala makan dekat kedai sebab terlalu penat menguruskan anak kecil?

Aku juga nak minta pendapat. Pernah terlintas dalam fikiran aku nak minta cerai sebab dah tak tahan dengan per4ngai mak mentua. Tapi bila fikir balik, suami aku sebenarnya tak pernah abaikan aku atau anak – anak. Yang bermasalah cuma mak mentua aku.

Sekarang aku cuma berharap satu hari nanti mak mentua aku boleh terima aku seadanya. Kalau tak boleh pun, cukuplah dia berhenti mengawal hidup rumah tangga kami. Aku cuma nak hidup tenang, besarkan anak – anak dengan baik dan jadi isteri yang terbaik untuk suami. Itu je harapan aku.

Ulasan Pembaca :

Chef Mickeypinky : Mak mertua awak ni tak tahu halal h4ram. Kalau dia tahu dia tak buat macam tu dan dia akan bangga sebab anak dia boleh tunaikan tanggungjawab dari segi nafkah semua. Tak payahlah minta cerai, tapi sabar. Orang yang sabar insyaAllah Allah kurniakan kebaikan di penghujung cerita. Suami awak memang tak salah. Dia suruh sabar sebab nama pun ibu dia. Tak boleh Iawan. Bukan tinggal sekali pun. Sekali sekala je jumpa.

Nabella J Sangkuai : Saya jawab soalan terakhir yang macam hilang akal tu. TAK PAYAH MINTA CERAI. Awak rasa, awak nak minta cerai tu daripada siapa? Awak kahwin dengan suami atau kahwin dengan mak mentua. Memanglah ada kata kata perumpamaan yang cakap, kahwin dengan keluarganya sekali.

Tapi dalam kes mak mentua jenis toxic macam ni, baik awak abaikan dia. Jarakkan diri daripada dia. Jauhkan diri supaya sikap buruk dia tak bawa kesan kepada awak. Ingat satu je, yang bermasalah tu mak mertua awak, bukan suami awak. Jadi, awak jaga elok – elok je hubungan awak dan suami awak. Cukup.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :