
Aku ada anak yang baru berumur 3 tahun 9 bulan. Masih kecil, tapi per4ngai dia sangat biadap. Anak langsung tak takut dengan aku. Bila anak biadap dengan aku, suami aku boleh senyum je, anak m4kin menjadi – jadi..
#Foto sekadar hiasan. Aku ada seorang anak yang baru berumur 3 tahun 9 bulan. Masih kecil, tapi per4ngai dia sangat biadap. Aku sendiri pun sudah tidak tahu macam mana nak didik dia lagi. Aku sudah cuba berkeras, sudah cuba lembut, tapi anak aku langsung tidak takut dengan aku.
Buatlah apa pun, dia tetap berani. Yang peliknya, dia lebih takut dengan bapa dia berbanding aku, ibunya sendiri. Bapa dia terlalu manjakan dia. Apa saja yang anak aku nak, mesti dapat. Tapi kalau bab mendidik atau nak berkeras dengan anak, memang langsung tidak ada.
Melainkan bila anak main – main muka bapa dia, terIempang kuat muka bapa dia, masa itu baru dia tahu nak marah. Itu pun sekali – sekala sahaja. Tapi bila anak aku kurang ajar dengan aku, dia bukan nak tegur, dia boleh senyum – senyum pula.
Anak aku bila nampak bapa dia senyum, dia pun ikut ketawa, jadi m4kinlah dia berani dengan aku. Sepatutnya suami aku gunakanlah ketegasan dia tu untuk tegur anak, sebab anak memang lebih takut dengan dia. Umur baru 3 tahun 9 bulan, tapi ya Allah, anak aku langsung tidak hormat aku sebagai ibunya.
Bukan mulut sahaja yang kurang ajar, tangan pun sama. Kadang – kadang dia suka naik tangan dekat aku ikut suka hati. Bila aku marah dan naik tangan dekat dia, dia boleh balas balik. Sumpah, aku rasa macam gagal mendidik anak sendiri.
Suami aku pula memang tidak main peranan langsung. Apa yang anak buat dekat aku, dia langsung tidak ambil peduli. Sebab dia terlalu manjakan anak, anak m4kin naik kepala. Aku betul – betul buntu. Nak dijadikan cerita, tadi masa pergi beli barang, aku singgah surau sekejap untuk solat.
Anak aku ikut sekali sebab dia memang nak ikut. Masa tunggu nak masuk waktu Isyak, tiba – tiba tanpa angin tanpa ribut, anak aku ketuk kepala aku. Masa tu aku betul – betul malu sebab dekat sebelah aku ada dua orang perempuan. Lepas masuk kereta, memang aku lepaskanlah marah.
Aku marah dia, tapi dia menjawab pula. Aku yang sudah geram tu pun jentik mulut dia. Dia menangis. Yang buat aku s4kit hati, suami aku bukan nak sokong aku. Dia pula yang m4ki aku, dia kata aku b0doh. Dia cakap “b0doh ke buat anak, anak tu kecil lagi”.
Ya memang anak tu kecil lagi, tapi sebab dia kecil lah kena ajar dari sekarang. Kalau dah besar m4kin biadap, lagi susah nak ajar. Tapi suami aku buat tidak tahu sahaja, langsung tidak hiraukan apa aku cakap. Yang aku pelik, suami aku susah betul nak marah anak atau tegur anak, tapi anak tetap lebih takut dekat dia.
Bila dengan aku, anak langsung tidak takut, walaupun aku dah berkeras. Aku betul – betul dah tidak tahu nak buat macam mana. Kalau suami aku main peranan dan sama – sama tegur anak, aku rasa anak aku takkan jadi biadap macam ni. Aku rasa gagal sangat sebagai seorang ibu.
Aku tidak mahu per4ngai biadap anak aku tu terbawa sampai dia besar. Tapi ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa. Pernah sekali aku biarkan saja anak dengan bapanya, sebab aku penat sangat nak layan per4ngai anak. Masa tu aku keluar sekejap pergi kedai, tinggalkan anak dengan suami. Baru setengah jam aku balik, rumah dah tunggang – langgang.
Anak menangis meraung, suami aku pun terjerit – jerit sebab tak boleh kawal anak. Masa tu baru dia tahu susahnya nak layan anak kalau tak kena cara. Tapi peliknya, selepas tu pun dia tetap tak belajar. Dia tetap manjakan anak macam biasa.
Lagi satu, aku pernah cuba cara lembut dengan anak. Aku ajak dia baca doa sama – sama sebelum tidur, aku belikan buku cerita kanak – kanak, aku nyanyi lagu untuk dia. Ada masa dia ikut, tapi bila bapa dia ada, semua usaha aku h4ncur. Sebab bapa dia suka mengacau dengan gurau kasar, jadi anak pun tak ambil serius apa aku ajar.
Paling aku tak sangka, pernah sekali anak aku jatuh dekat tangga rumah sebab berlari – lari. Masa tu bapa dia nampak sendiri anak menangis teruk. Tiba – tiba masa tu lah bapa dia boleh jadi panik, terus salahkan aku kononnya aku tak jaga.
Padahal aku dah berkali – kali pesan jangan dimanjakan sangat, jangan biar anak buat ikut suka. Lepas kejadian tu, aku sangka suami aku akan berubah dan mula tegas. Tapi ternyata aku salah. Dia tetap sama, tetap salahkan aku bila anak buat hal.
Kadang – kadang aku termenung sendiri, aku rasa macam aku seorang sahaja yang cuba bentuk anak. Suami aku macam lepas tangan, tapi bila ada apa – apa masalah, aku juga yang dipersalahkan. Aku penat sangat. Aku tahu anak masih kecil, umur baru nak masuk 4 tahun.
Tapi kalau dari kecil tidak dibentuk, macam mana bila besar nanti? Aku tak mahu anak aku kurang ajar sampai ke tua. Cuma aku sedih bila aku terp4ksa hadap seorang diri tanpa sokongan suami. Aku betul – betul harap suami aku terbuka hati untuk sama – sama didik anak, bukan hanya tahu manjakan sahaja. Sebab aku takut kalau keadaan ni berlarutan, anak m4kin teruk, dan aku sendiri m4kin tertekan sampai hilang sabar.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.