
Aku tak bagi jajan dan tak letak garam dalam makanan anak bawah dua tahun. Baru – baru ni, ibu mertua datang ke rumah aku. Masa aku naik atas untuk mandi, dia bagi anak aku jajan dan gula – gula. Aku hilang sabar. Aku marah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Aku ada nak kongsi pengalaman yang dah lama aku pendam berkaitan ibu mentua. Aku mohon admin privatekan identiti aku ya. Terima kasih admin. Selepas sebulan berkahwin, aku disahkan mengandung.
Suami aku sangat teruja dan terus telefon ibu mertua untuk berkongsi berita gembira tu. Tapi respon pertama daripada ibu mertua cuma, “Bukan hari tu period ke?” seolah – olah mempertikaikan kandungan aku. Lepas tu, dia cakap, “Jangan bagitahu ayah.”
Mungkin dia syak aku mengandungkan anak luar nikah sebab terlalu awal. Kami pun merahsiakan kandungan tu sehingga perut aku dah besar dan ayah mertua nampak sendiri. Lepas sembilan bulan, aku selamat bersalin dan siap overdue lagi.
Sepanjang aku mengandung sampai dah sarat, tak pernah sekalipun ibu mertua tanya keadaan aku atau bayi yang aku kandung. Tak pernah. Nasihat pun tak ada untuk aku yang langsung tak ada pengalaman ni. Bila suami aku teruja bercerita pasal kami pergi scan dan macam – macam lagi, respon ibu mertua sangat h4mbar.
Suami aku pernah hantar gambar scan 3D bakal anak kami melalui WhatsApp. Respon dia cuma, “Ala, masa awak dulu tak ada pun scan scan semua ni.” Masa aku masih mengandung, ibu mertua pernah hantar mesej panjang berjela kepada suami aku tentang aku.
Punca utamanya cuma sebab mak aku bagi makanan kepada Mak Itam dia masa datang rumah mak aku. Mak aku bagi sebab aku memang tak nak makan. Tapi ibu mertua cakap dekat suami aku yang aku ni anak derh4ka dan macam – macam lagi. Sedangkan dia langsung tak tahu situasi sebenar.
Bila aku cerita dekat mak aku, mak aku cuma cakap, “Dorang tak faham tentang kita sebab cara kita tak sama.” Masa pergi rumah mak long, dorang bersembang pasal limau sambal. Aku memang tak tahu apa tu limau sambal dan aku tak pernah tengok. Dekat bandar mana ada orang tanam semua ni.
Lepas tu, ibu mertua cakap dekat mak long dan orang lain, “Ni la orang duduk bandar, semua benda tak tahu.” Aku diam walaupun maruah aku dijatuhkan depan orang ramai. Hakikatnya, limau sambal tu sebenarnya limau kasturi dan aku memang panggil limau kasturi.
Sepanjang aku berada di kampung, aku selalu diperlekeh macam – macam. Ada saja benda yang tak kena di mata ibu mertua. Tapi aku masih memilih untuk diam. Aku bersalin dua hari sebelum raya pada tahun 2024. Keluarga mertua datang melawat pada hari raya ketiga.
Anak aku menyusu badan sepenuhnya, kerap menyusu dan aku sendiri masih penat serta kurang rehat sebab berpantang sendirian. Pada hari keempat, anak aku menangis dan tiba – tiba ibu mertua bagi anak aku yang tak sampai seminggu minum air masak depan mata aku.
Aku menangis dalam diam dan dia nampak semua tu. Aku sedih sebab aku tahu bayi bawah enam bulan tak boleh minum air masak. Selepas dua minggu, ibu mertua hantar mesej panjang kepada suami aku. Dia cakap aku tak suka dia.
Katanya, aku menangis masa dia bagi air masak sebab aku anggap tangan dia kotor dan jijik sampai tak boleh pegang anak aku. Lepas tu, dia suruh suami aku balik kampung seorang saja dan tak perlu bawa aku. Sebagai seorang pesara jururawat yang bekerja lebih 22 tahun, sepatutnya dia lebih tahu daripada aku yang bayi bawah enam bulan tak boleh minum air masak. Tapi seperti biasa, aku juga yang dipersalahkan.
Bila balik kampung, setiap kali aku menyusukan anak, ibu mertua akan menjengah dan tengok. Kadang – kadang dia siap masuk bilik dan baring sekali dekat sebelah. Sekejap – sekejap langsir diselaknya. Malah dia pernah cakap supaya aku menyusukan anak di ruang tamu saja sebab bukan ada orang.
Aku tak suka dan tak setuju dengan perkara tu. Aku masih ada ayah mertua di rumah dan aku perlukan privasi walaupun tu bukan rumah aku. Setiap kali anak aku menangis, ibu mertua akan cakap anak aku lapar dan tak kenyang minum susu badan. Dengan bangga dia cerita yang suami aku dah diberi makan seawal umur 30 hari.
Aku tetap diam walaupun aku tak suka. Benda yang sama aku dengar setiap kali balik kampung sampai anak aku dah berumur empat bulan. Dia asyik suruh aku bagi anak aku makan sedangkan pada aku, bayi bawah enam bulan tak perlukan makanan lagi.
Masa pergi rumah mak andak, air muka aku dijatuhkan lagi depan tuan rumah. Mak andak hidangkan air dan pelawa makan nasi. Tapi ibu mertua pandai – pandai cakap aku tak minum air tu dan tak makan ikan yang dihidangkan. Bagi aku mudah saja. Kalau aku tak makan sesuatu pun, sekurang – kurangnya aku akan makan lauk lain atau jamah sedikit. Aku tetap cuba jaga hati tuan rumah.
Masa pergi rumah mak ngah, dia hidangkan air teh. Aku memang tak minum teh, tapi sebab fikir orang dah sediakan, aku tetap nak minum walaupun sikit. Belum sempat aku minum, ibu mertua terus cakap dengan nada tinggi, “Awak ni, minum la air tu. Orang dah hidang tak nak minum.” Sekali lagi, air muka aku jatuh depan orang lain.
Sepanjang berada di kampung, ibu mertua tak putus – putus cuba bagi anak aku macam – macam makanan. Sedangkan aku sendiri cuba beri yang terbaik untuk anak aku. Aku masak sendiri setiap hari walaupun bekerja. Aku tak bagi jajan dan tak letak garam dalam makanan anak bawah dua tahun.
Biasanya aku cuma geleng kepala dan cakap anak aku tak boleh makan macam tu. Masa aku bersalin, ibu mertua selalu tanya sama ada aku nak bekerja semula atau tak. Aku jawab yang aku tetap akan bekerja sebab aku memang tak pernah berhenti kerja.
Dia cakap, “Nanti kesiannya anak awak, siapa nak jaga?” Tapi beberapa bulan kemudian, aku dapat tahu dia cerita dekat orang yang dia risau kalau aku berhenti kerja sebab takut aku membebankan anak dia dan suami aku terp4ksa bekerja seorang.
Masa majlis marhaban di kampung, aku dapat tahu ibu mertua memburukkan aku depan orang ramai. Dia puji – puji menantu orang lain sampai orang yang mendengar bertanya apa masalah dia dengan menantu sendiri. Aku masih tahan sabar walaupun hati aku dah terlalu penat.
Hari raya sebelum ni, aku salam ibu mertua sambil ucap selamat hari raya dan minta maaf kalau ada salah silap. Tapi dia hanya diam tanpa sebarang respon. Aku rasa macam bercakap dengan dinding. Lepas tu, bila suami aku salam dia, terus dia balas ucapan dan minta maaf dengan penuh mesra. Jujur, aku terasa. Tapi aku masih bertahan dan tetap balik kampung seperti biasa.
Baru – baru ni, ibu mentua datang ke rumah aku. Masa aku naik atas untuk mandi, dia bagi anak aku jajan dan gula – gula, makanan yang pada aku tak sihat. Sedangkan aku sendiri tak pernah bagi anak aku makan makanan ringan. Bila aku turun dan nampak perkara tu, entah kenapa aku hilang sabar. Aku marah anak aku yang langsung tak bersalah.
Beberapa hari lepas, ibu mertua mesej suami aku dan cakap hati dia terluka serta sangat kecewa sebab aku marah apabila dia bagi jajan kepada anak aku. Dia cakap anak aku sepatutnya dah boleh makan macam – macam, bukannya nasi goreng dan ayam saja.
Dia turut pertikaikan cara aku menjaga anak. Katanya, kalau aku ni ibu yang baik, anak aku takkan sembelit. Sedangkan dia tak tahu apa yang aku buat untuk anak aku selama ni. Cuma suami aku yang tahu dan nampak semuanya. Dia juga cakap aku dah pisahkan kasih sayang dia dan ayah mertua terhadap cucu mereka.
Malah dia tanya, untuk apa suami aku balik kampung kalau dia pun tak boleh bagi anak aku makan apa – apa. Korang boleh bayangkan tak, sepanjang sembilan bulan aku mengandung, sedikit pun dia tak ambil tahu. Tapi bila anak aku dah besar sikit, dia sibuk nak suap macam – macam.
Selama dua tahun ni, setiap kali anak aku sihat dan kami balik kampung sehari dua, mesti anak aku batuk atau tak sihat. Bila ibu mertua batuk, dia tetap civm anak aku dan batuk depan anak aku tanpa rasa bersalah. Sejak anak aku kecil lagi, dia selalu bandingkan anak aku dengan anak orang lain yang lebih tua. Aku hanya diam walaupun hati aku s4kit.
Ada banyak lagi kalau nak cerita. Rasanya memang tak habis. Hujung minggu ni, suami aku macam biasa nak balik kampung. Tapi aku rasa aku dah tak nak balik kampung tu lagi. Tahap kesabaran aku dah habis. Dah tiga tahun aku bertahan dan aku rasa aku perlukan masa untuk diri sendiri. Siapa sebenarnya yang tak suka siapa? Dan siapa yang hadap semua ni selama bertahun tahun? Ada tak pendapat dan nasihat daripada pembaca semua?
Ulasan Pembaca:
Sally Sunny : Sabar, sabar dan sabar. Kekalkan rasa hormat kepada ibu mertua walaupun hati rasa s4kit. Istighfar sentiasa sebab dugaan yang diberi. Ada orang yang hadap perkara lebih dahsyat daripada ni sampai sukar diterima akal.
Annur Fia : Ni cerita daripada sebelah pihak menantu. Entah macam mana pula cerita daripada pihak mentua. Alangkah indahnya perkahwinan kalau menantu anggap mertua seperti mak kandung sendiri. Begitu juga mak mertua yang anggap menantu macam anak sendiri.
Saling bertolak ansur dan menerima kekurangan masing – masing. Kita sendiri pun ada kekurangan di mata mertua. Tapi kebanyakan menantu tak nampak kekurangan diri sendiri. Asyik nampak keburukan mertua saja. Takkan langsung tak ada kebaikan dalam diri mak mertua? Entahlah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.