Umur kami dah nak masuk 50 tahun, terk3jut bila suami kata nak kahwin lagi satu. Alasannya bila bersama dengan wanita muda buatkan dia rasa muda dan ceria. Saya malas nak berg4duh dalam usia yang sebegini saya redha. Selepas 3 tahun berkahwin satu saja yang mampu saya ucap PADAN MUKA!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca setia. Saya sudah berkahwin ketika umur 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan. Dari awal perkahwinan segala ujian itu sudah menjadi perkara biasa, saya telan dan lalui dengan sabar. Ketika hidup susah, makan pakai serba tidak cukup, itu pun sudah berjaya dilalui dengan beribu – ribu kecekalan dalam hati. Biasalah sebab tiada satu pun pasangan di alam rumah tangga yang tidak diuji. Saya bertahan demi anak – anak.
Hati juga jadi kuat kerana anak – anak. Sehinggalah kini, alhamdulillah hidup mula berubah selesa, sudah senang dari hidup yang dahulu. Bila dah senang, dah selesa muncul orang ketiga, wanita yang lebih muda dan manja.
Saya tak nafikan pada awalnya memang berasa sangat sedih kecewa dan putvs asa. Tapi bila segala usaha untuk menghaIang hubungan mereka tidak berjaya, hati ni jadi semak1n rasa redha, semak1n tawar dan hanya nak fokus pada anak – anak. Saya pernah juga menasihati suami, anak – anak dah besar, semua berjaya melangkah kaki ke universiti. Alhamdulillah semua anak – anak baik sikap dan bahasa. Apa awak nak lagi. Dia hanya menjawap, “perempuan yang baru ni buat dia berasa muda dan ceria.”
Untuk pengetahuan semua suami memang menginginkan anak perempuan. Memandangkan anak dengan saya semuanya lelaki. isteri mana la yang tak sedih, dalam usia tua dimadukan dengan wanita yang jauh lebih cantik.. Tapi sebab saya malas nak memanjangkan masaIah, dan dengan usia menghampiri 50 tahun ni, bukan masa lagi untuk berduk4 Iara, jadi saya izinkan.
Anak – anak semua dah besar, suami pulak dah ada perempuan lain yang jaga. Alhamdulillah hidup saya terlalu banyak masa yang terluang. Banyak perkara berfaedah saya boleh buat, dari join kelas agama, kelas zumba dan boleh buat rawatan kulit dan muka. Sekarang dah hampir 3 tahun suami beristeri baru, hidup dia huru hara melayan kerenah isteri baru, berg4duh, serabut dengan anak – anak meragam, terp4ksa berjaga tengah malam.
Bayangkan kita usia setua itu sepatutnya dah dapat berehat dengan tenang, sekarang masih mengendong anak kecil. Melayan rajuk si muda yang manja. Bila tiba giliran balik ke rumah saya, suami mengadu, s4kit sana sini. Dalam hati saya bercakap, “PADAN MUKA!” Orang yang tak tahu bersyukur memang patut dapat baIasan.
Perkongsian yang dibuat oleh wanita ini mendapat pelbagai komen dan reaksi dari pembaca. Rata – rata agak terhibur dengan kisah ini namun dalam masa yang sama banyak pengajaran yang dapat diambil.
Komen Warganet :
Princess Raisya Rania : “Kesetiaan isteri diuji ketika suami tidak punya apa – apa dan kesetiaan suami di uji ketika dia memiliki segalanya.” Itulah pepatah. Bersusah – susah dulu dengan isteri, dah senang cari yang baru. Wahai lelaki spesis ini tolonglah hargai peng0rbanan isteri yang sanggup hadapi susah senang, bert4rung nyawa melahirkankan zuriat kamu, hadapi r1but t4ufan bersama kamu. Kalau kamu ingat ada perempuan yang muda terasa diri muda dan ceria. Habis tu kalau ada lelaki muda nak kan isteri kamu tak ke dia juga rasa muda dan ceria. Dah tua – tua lebih baik dekatkan diri dengan Allah sementara peluang masih ada. Jadi nakhoda kepada 2 kapal, kalau tak adil kat dunia menjawab la dekat akhir4t sana nanti.
Filz Filzah : Itu lah sepatutnya dah umur – umur begitu dah boleh honeymoon berdua dengan isteri, pergi masjid bersama, jalan – jalan, happy – happy berdua, sebab anak – anak dah besar, banyak masa untuk diluangkan bersama. Masa muda dulu sibuk kena kerja, dan anak – anak kecilkan. Sekarang, dia kena hadap balik masa anak dia kecik dulu. Yang bahagia dan happy, makcik. Well done makcik, fokus dengan keseronokan dan kebahagian sendiri. Kepada pakcik, PADAN MUKA! Sendiri carik peny4kit. Tanggunglah sendiri.
Kakju Mat Jusoh : Bagus la akak ni kuat sabar dan tabah. Memang betul apa yang akak buat waktu di usia ni patut rehat dan rapatkan dengan Allah. Anak – anak pun dah besar dan berjaya mereka akan jaga akak sebaik mungkin. Boleh enjoy dan buat apa yang akak rasa nak buat. Ayat PADAN MUKA memang sesuai sangat.. Ha ha.. Saya setuju dengan cara pemikiran akak.
Nur Fitrah : Sis saya faham perasaan sis sebab saya juga sedang mengalaminya sekarang. Jalan cerita sis ni macam jalan hidup saya. Saya saIute sis kerana sanggup membenarkan suami kahwin lain tapi saya tak sanggup sis. Saya tak nak hidup bermadu. Saya nak dia lepaskan saya kerana anak – anak dah besar – besar semuanya. Saya nak move on, saya harap sis tabah lalui hidup ke depan.
Rizal Rodzuan : BaIas kat suami, biasa la tu bang, kambing tua memang syok makan daun muda memang lembut dan sedap, tapi lepas tu sembeIit la pasal susah nak hadam kan. Abang pun hadam apa saya cakap. Takpa abang nanti bawa anak kecik jalan – jalan orang boleh cakap mudanya muka atok bawa cucu ni. Baru laki puan ada akal sikit.