Anak-anak lelaki layan mak aku macam orang gaji. Mak dah umur lebih 60 tahun, tapi adik bradik lelaki aku semua buIi mak

Umur dah dekat 30 tahun tapi lagak seperti orang OKU. Muka tak malu spender pun mak basuhkan dan kakak lipatkan. Padahal dah beristeri. Pernah mak aku nak merajuk sebab…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku ni setiap hari bergelut dengan kesihatan mental. Bila mana badan penat dan perasaan amat jemu dah hadapi situasi rumah kotor tidak terurus SETIAP HARI. Aku kadang – kadang sambil mengemop rumah air mata berjurai. Aku tertekan.

Aku satu – satunya anak perempuan dalam rumah. Lain semua lelaki. Per4ngai pemalas pengotor dorang m4kin menjadi – jadi sejak kewujudan smart phone. Kalau dulu 10 tahun lepas ada la juga nampak dorang kemas bilik sendiri (sapu, vacum, lipat baju, buang barang tidak dipakai). Sekarang ni lebih – lebih lagi sejak zaman kovit kerjanya menghadap telefon 24 jam.

Hanya bangun untuk mandi dan makan kemudian sambung berlingkar atas katil / sofa main telefon. Sampaikan bantal dan tilam sendiri pun tak nak kemas lepas tidur. Kalau tidur di ruang tamu, bantal tilam tetap akan di situ kalau aku yang tak simpankan.

Lepas pakai baju, seluar, tuala, stokin main campak atas lantai. Kadang – kadang bubuh atas meja pun ada. Dalam bilik penuh cawan minuman bersepah, plastik biskut, sisa makanan atas lantai. Pakaian kotor penuh atas lantai dan merata – rata.

Bau tak usah cakap memang busuk lagi kepam. Bilik sekangkang kera yang kecil pun tak nak kemas apatah lagi nak tolong sapu ruang tamu. Mak dan aku yang anak perempuan inilah siang malam mengemas rumah. Baju dorang pun mak yang cucikan dan sidai.

Dah kering.. dorang biarkan aje terg4ntung takda usaha pun nak ambik lipat. Kalau terg4ntung seminggu maka seminggu la di situ. Langsung tak menolong buat kerja rumah ringankan beban. Ditambah pula dorang membela kucing 3 ekor dalam rumah.

Bulu – bulu terbang dan melekat merata – rata. Kucing pula suka ber4k k3ncing merata – rata macam bawah meja makan, bawah kerusi, tepi lorong dinding. Adik aku yang bawa kucing masuk tapi yang jadi m4ngsa mengemas aku dan mak juga.

Dia cuma buat b0doh bila kucing ber4k k3ncing. Kalau hancing 3 jam di situ maka hancinglah. Lepas mer0kok.. buang puntung atas meja, tepi tingkap. Puas tegur tapi degil. Dulu kucing takda, kemas rumah mungkin hanya 20 minit.

Sekarang tugas m4kin bertambah. Jadi rumit dan lambat kerana banyak yang perlu dibersihkan secara teliti. Mengemas rumah, dapur dan bilik air semuanya jadi 2 jam. Lepas dorang makan meja mesti kotor dan sinki akan tersumbat sisa makanan.

Asal makan biskut.. kerepek.. habis jatuh sisa makanan atas lantai. C4mpak ayam ikan atas lantai bagi kucing makan. Lantai kotor berminyak dan sisa ikan ayam jadi kering atas lantai. Aku yang kutip dan lap. Amat buang masa. Meletihkan mental fizikal.

Aku balik kerja 12 malam kadang – kadang bau hancing kucing k3ncing maka aku juga kena kemas dan cuci. Aku jadi kerap tidur lewat kerana mencuci rumah. Kulit pula dah bertahun alergik angkara hama binatang. Adik aku lepas tangan. Cuci kaki tangan aje. Umur dah dekat 30 tahun tapi lagak seperti orang OKU. Serba – serbi orang buatkan dan siapkan.

Mak aku pula tidak mahu menegur mereka. Seolah relakan saja perlakuan mereka. Hanya berani mengeluh di belakang. Anak lelaki semua dimanjakan. Apa jua kata anak lelaki dia setuju. Anak lelaki tengah buIi dia pun dia buat buat tak sedar.

Sejak kecik lagi tolong cucikan baju mereka, lipatkan, kutipkan sampai semua membesar jadi pemalas. Mak aku dah 60an bukan 40an lagi. Tapi mereka layan mak aku macam orang gaji. Takkan tak boleh fikir mak dah tak kuat macam orang muda. Langsung takda ihsan.

Dah kahwin pun per4ngai tetap tak berubah. Tetap sama pengotornya malah m4kin teruk jadi pemalas angkara jadi h4mba telefon. Muka tak malu spender pun mak basuhkan dan kakak lipatkan. Padahal dah beristeri. Hati aku bagai di si4t – si4t tiap kali balik rumah tengok rumah kotor bersepah dan tengok dorang selesa berbaring main telefon.

Nak bantu ringankan beban jauh sekali. Bumi ki4mat pun takkan berubah sikap sebab dah di manjakan dari kecil. Mer4na otak aku duduk sekali dengan dorang. Sampaikan pernah jumpa kaunseling di kIinik kesihatan. Aku sampai dah kena anxiety.

Sekian lama aku hadap isu kebersihan rumah ni dari tahun 2014. M4kin teruk sejak adik – adik aku sibuk layan smart phone sampai langsung tak peduli dah kebersihan rumah. Cuba nak keluar cari rumah sewa lain tapi banyak isu pula timbul.

Pernah mak aku nak merajuk bila aku kata nak keluar rumah sebab aku str3ss. Sampai bila aku nak hadap isu kebersihan rumah yang tiada jalan penghujung. Aku cuma mohon korang doakan aku tabah, kuat dan redha untuk melalui ujian ini. – Langit biru (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Shezz Fawaz : Pindah la. bukannya mak tu tinggal sorang. Ada anak jantan bersusun. Dah mak jadi enabler. Yang dah kawen tu bininya mana? Ada benda kita harus taat, tapi kalau mak ayah yang merosakkan anak, takkan anak lain nak menanggung akibat?

Siti Bear : Dah besar panjang. Kain baju diorang tu pergi m4mpus sane. Kau tak payah basuh. Bilik diorang kau tutup pintu. Gasak nak jadi tempat pelupusan sampah sekali pun. Apa diorang sepahkan kau humban masuk bilik diorang termasuk t4ik kucing dia.

Pinggan tak payah keluar banyak – banyak. Keluar untuk bilangan ahli dalam rumah sahaja. Sama gak dengan cawan. Tak basuh lepas makan, pandailah petik daun Pisang. Lebih elok kau tulis nama siap – siap kat pinggan cawan macam budak sekolah sebab b0doh sangat kan dah besar panjang pemalas pengotor lagi.

So kene layan macam budak tadika. Dan kalau tak jalan, keraskan hati untuk pindah keluar.. bawak mak kau tu. Salah dia merajakan anak jantan tak berguna. Dah tua jadi h4mba anak pon masih redha.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.