“Kau susukan Farisha tu lagi kenapa?! Tu susu adik dia! Nanti dia jadi s4kit cacing, muka pucat lesu kalau dia minum susu adik dia!! Kau makan maajun tu banyak-banyak!”
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Acu, berumur 30 tahun. Tahun 2017 aku kahwin tapi baru tahun lepas 2022 aku bersalin anak sulung. Nama anak aku Farisha, sekarang dah 1 tahun 4 bulan. Selepas 6 tahun, 3 kali keguguran baru aku dikurniakan cahaya mata pertama.
Farisha sangat cerdik, sihat, comel. Setiap orang yang jumpa dengan farisha mesti nak dukung dan bergambar. Ada orang cakap muka Farisha macam anak muabellaz. Alhamdulillah.. Kami tinggal dengan ibu sebab ibu tinggal sorang.
Tapi semua perbelanjaan rumah diuruskan oleh suami aku dari A sampai Z. Bil, barang dapur, makan pakai kami dan ibu semua suami yang tanggung. Berbalik kepada tajuk aku tulis tu. Minggu lepas aku test UPT sebab aku perasan perut buncit plus bulan ramadhan haritu aku tak period. Dan result UPT tu double line.
Orang pertama tahu berita ni mestilah suami aku. Dia happy cuma sedikit risau kesihatan aku. Lepas seminggu, aku beranikan diri nak sampaikan berita ni kepada ibu. Sebab aku takut ibu marah sebab banyak kali ibu warning aku jangan mengandung sampai Farisha besar di.
Namun, sangkaan aku betul. Muka ibu masam dan merah. Kata – kata pertama yang keluar dari mulut ibu, “huh malas makan maajun, memanglah lekat!” Aku diam, sedang susukan Farisha (susu badan), nak tidurkan dia.
Lima minit lepastu ibu sambung lagi, “orang lain kalau tak period seminggu dah risau! Kau sebulan tak period buat tak tahu je! Lain kali makan la maajun tu! Kalau anak dah besar tak pelah!” “Kau susukan Farisha tu lagi kenapa?! Tu susu adik dia! Nanti dia jadi s4kit cacing, muka pucat lesu kalau dia minum susu adik dia!!”
Aku diam dan hadam apa yang ibu cakap. Fikir betul ke apa yang ibu cakap tu? Kalini ibu sambung lagi, dengan muka masam serius lagi. Dan kali ni aku terkejut dengan apa yang ibu cakap, “Kau ambik maajun tu makan banyak – banyak!” ..
Aku jawab, “Buat apa makan tu? Nak bagi jatuh (gugur) ke?” Mak jawab, “Benda tu d4rah je. Tak de masalah nak makan maajun tu!” Aku tamatkan perbualan tu dengan bangun dan duduk dalam bilik sampailah suami aku balik kerja.
Aku cerita kat kawan aku sebab dia ada pengalaman (mengandung anak kedua semasa anak sulung dia 6 bulan). Kawan aku terkejut dengar cerita aku. Suami aku tak tahu pasal ni. Aku takut suami terasa hati lagi. Sebenarnya dah banyak kali suami ajak pindah sebab terasa hati dengan ibu.
Tapi aku tak sampai hati nak biar ibu tinggal sorang. Korang, apa perlu aku buat? Aku buntu. Patut ke aku ‘BUANG’ anak aku? Aku sedih dengan respond ibu. Aku bukan macam typical anak bongsu yang bermanja dengan ibu. Aku ialah anak yang hidup tak ubah seperti anak angkat. – Acu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sya Nurhaneyz : Tips melayan orang tua:-
1) Tak payah bercakap banyak sebab takde keperluan langsung nak bercakap banyak – banyak
2) tanya sepatah jawab sepatah
3) kalau dia cakap meny4kitkan hati, masuk telinga kanan keluar telinga kiri
4) tengah s4kit hati sila senyum dan mulut diam, sabarrrrr
5) kalau panas hati sampai tak boleh bertembung juz kurung diri dalam bilik
6) kalau hari – hari dia carik pasal dah boleh angkat kaki dan pindah rumah
Orang tua ni senang je nak hukvm dorang, tegur baik – baik perkara yang dia buat kita kecewa dan hukvm dengan ignorance. Buat tak tahu je biarkan dia muhasabah diri dia betul ke tak ape yang dia buat.. tak payah peduli dia nak buat ape pun butakn mata pekakan telinga, mengelak diri selalu.
Yang lagi baik lepas tegur tu setahun tak payah balik jenguk. Kalau balik dia masih lagi carik pasal tak reti layan baik – baik nak tarik muka dan cakap bukan – bukan, buat benda yang sama ignore dia.. orang tua ni kalau kene ignore selalu lama – lama nanti dorang pandai sedar diri baru nak elok sikit per4ngai.
Ismi RaSyidah : Senang je. Islam ajar jangan patuh arahan ibu yang meIanggar syariat Allah.. terang – terang apa yang mak suruh buat tu salah.. so jangan ler patuh.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.