Anak comel, hidung mancung semua ikut pak dia, tapi bila anak kuat nangis, yang buruk ikut saya!

Dari awal lagi kak ipar nak kenalkan suami dengan calon perempuan yang lain tetapi suami pilih saya. Tak habis bab makanan, bab pakaian pun kena komplen. Bila anak masuk taska mereka sindir sebab tak masukkan anak ke taska Islam. Siap uji anak baca surah dah macam sesi ujian hafazan.

#Foto sekadar hiasan. Apabila kita memasuki sesebuah gerbang perkahwinan yang menggabungkan 2 keluarga besar, sama ada kita mahu atau tidak, diri kita secara tidak langsung menjadi bayangan atau igauan kepada ahli lain dalam keluarga – keluarga tersebut.

Igauan ini tidak kita rasakan pada awalnya, tetapi setelah mempunyai ahli keluarga baru, contohnya ada anak – anak dan sem4kin bertambah, maka secara tidak langsung samada suka atau pun tidak, diri kita akan menjadi bahan cerita, umpat keji atau pujian daripada anggota keluarga suami kita.

Tetapi anda perlu belajar demi mengekalkan rumahtangga anda. Paling utama kesabaran dan pekakkan telinga anda. `Supaya anda tidak keliru biarlah saya ceritakan tentang diri saya yang menjadi igauan dan lebih tepat jadi umpat keji keluarga suami saya, Azri, sejak mula kahwin.

Saya sedar perasaan kurang enak itu sebaik sahaja selepas bertunang. Saya sedar memang pada mulanya sata tidak berapa disukai oleh keluarga mertua khususnya kakak ipar saya bernama kak Ct. Emak ayah suami saya tidak ada bantahan mereka ikut saja pilihan Azri, tetapi apabila kak Ct sering “nyanyikan” benda – benda yang tak elok dan tak sempurna tentang diri saya, lama kelamaan tentu emak ayah ikut mempersoalkan saya.

Puncanya kak Ct dah lama merancang supaya Azri kahwin dengan adik suaminya. Macam – macam cara kak Ct buat supaya Azri boleh berkenalan lebih dekat dengan adik iparnya, tetapi Azri tak berminat. Katanya, “tak ada orang lain ke? Asyik nak masuk lubuk itu jugak. Cukuplah kakak sorang pilih orang sana”

Tapi kak Ct tak puas hati katanya “daripada lakukan dagangan orang lebih baik lakukan dagangan sendiri!” Tetapi kata Azri takkan bab nikah kahwin ini nak disamakan dengan orang berniaga. Harapan kak Ct supaya hubungan mereka lebih erat, sebab kak Ct pun kahwin dengan suaminya pangkat 2 pupu mereka.

Memang hubungan keluarga mereka erat. Tamat cerita pilih calon ini tamat apabila Azri buat keputvsan muktamat pilih saya. Namun saya dari awal lagi telah terima nasihat nenek saya, kata nenek, ‘Bab nikah kahwin ni bukan benda mudah, kalau diri kita orang perempuan ini tidak disukai oleh keluarga lelaki, lebih baik jangan kahwin, alamatnya jod0h tak panjang!

Sebab akan sentiasa berlaku rasa tidak puas hati emak bapak mertua terhadap isteri pilihan anaknya.’  Berpegang kepada nasihat nenek saya ingatkan Azri kalau saya tidak disukai oleh emak ayahnya, lebih baik kita lupakan soal kahwin.

Mungkin jod0h kita pada orang lain. Tetapi Azri beritahu emak ayahnya tak membantah. Jadi berpegang kepada kata – katanya saya sedia jadi isteri Azri, tetapi dia tak pulak beritahu hasrat kakaknya yang tinggi menggunung itu.

Pada awal perkahwinan lagi, saya jadi serba salah, pertama masakan yang saya masak semuanya tak sedap pada mereka. Saya mengaku, mungkin cara saya masak dan cara mereka masak berlainan. Tak habis bab masakan, cakap pulak pasal pakaian saya. Saya akur juga saya tak berani lagi pakai baju T dan seluar pajang kalau di rumah, saya berkain batik dan berbaju Kedah. Aman sekejap.

Namun rasa tak puas hati dan komen – komen kak Ct sentiasa membuat telinga saya panas. Tapi saya sabar sebab saya tak mahu cari pasal atau cari g4duh. Saya anggap apa juga komennya terhadap saya, akan saya usahakan jadi yang terbaik.

Yang penting mertua tak banyak soal. Kerana itu saya belajar pek4kkan telinga dan banyakkan bersabar. Hari berlalu amat pentas, telinga saya kurang s4kit sebab kami duduk berjauhan. Kalau jumpa dan disindir pun sekali sekala.

Pada Hari Raya atau cuti sekolah. Pada saya itu semua rempah ratus kehidupan. Langsung tak jadi kud1s pada saya. Tetapi apabila anak sem4kin membesar dan bertambah ramai, kesabaran saya sem4kin tercab4r. Saya tak terasa hati kalau diri saya dipersoal, namun apabila bab anak – anak turut jadi m4ngsa umpat keji mereka saya dah mula hilang sabar tambahan pula saya dah lama berkahwin.

Dah ada keyakinan diri, dah berani bersuara sikit – sikit dan berani mematahkan cakap kak Ct. Sapa tak s4kit hati bila mereka tengok anak kecil kita mereka akan komen kata, “Amboi comei budak ni! Ikut pak dia! Tapi muka ikut sapa?

Hidung cantik ikut pak dia! Tapi budak ni suka menangis! Apasai? Ikut sapa per4ngai budak ni kuat nangis? His! s4kitnya hati, bab yang cantik lawa, mereka kata ikut adik beradik dia, yang buruk ikut saya. Memang berdesing telinga!

Sesekali bolehlah tahan, kalau selalu sangat s4kit hati jugak, tentu saya hilang sabar. Habis bab mengutuk memuji, mereka mula kata saya membazir beli pakaian anak – anak yang mahal – mahal. Sebenarnya bukan mahal pun, kita beli bila ada jualan murah.

Pada saya kalau beli yang mahal sepasang dua apa salahnya, kita pun paham anak cepat membesar tentu membazir. Tapi peliknya adik beradik mereka beli baju mahal tak pulak mereka kutuk tapi puji sakan! Konon pandai pilih pakaian sesuai.

Tapi kalau pakaian anak saya semuanya membazir. Kerana tak tahan sering disindir, saya mengadu pada Azri, tapi tak dapat layanan pun, katanya, biarlah mereka nak kata apa pun asalkan saya tak buat jangan ambil pusing.

Kerana dengar nasihat suami, saya sabar lagi, tahan telinga lagi, begitulah seterusnya sehingga saya dapat 3 orang anak, bab kena `sm4sh’ memang selalu. Yang tak tahan tu bila mertua ikut sama marahkan kita membeli pakaian mahal – mahal, terutama kalau tengok pakaian saya, semua pakat kata membazir.

Bila mak mertua masuk campur ni hati kita terIuka. Bila anak mula nak masuk sekolah cab4ran baru pulak datang, tuduhan pertama dilemparkan mengapa tak hantar anak masuk taska Islam? Alasan saya tadika tu jauh, saya lebih suka hantar yang dekat rumah pengasuh sebab senang nak ambil mereka bila habis sekolah.

Sepatutnya sebelum keluarkan perkataan yang s4kitkan telinga dan hati saya, tanya saya dulu, bukan memaIukan saya depan khalayak. Lepas tu disuruh anak – anak saya baca surah di hadapan mereka macam ada sesi ujian hafazan.

Bila anak – anak saya malu dan tergagap mereka mula nasihatkan saya supaya tukar tadika Islam. Kata mereka didik anak biar dari rebung, jangan biarkan mereka tak tentu hala. Ya Allah! macamkan saya tak tahu agama langsung.

Sebenarnya saya memang hantar anak – anak ke tadika biasa, tetapi ada didikan agama. Bila masuk tahun satu saya masukkan mereka ke sekolah agama pada sebeIah petangnya, malah mereka juga boleh menulis jawi dan saya memang bantu mereka menulis tulisan jawi, tetapi tidakkah sepandai anak – anak mereka yang lancar menghafal ayat – ayat lazim.

Keadaan berterusan hinggalah anak – anak kami meningkat remaja. Namun saya tetap balik ke kampung suami. Walaupun sesekali terdengar sindiran, tetapi saya sudah berani bersuara paling tidak menerangkan keadaan sebenar terutama bila bercakap dengan mertua.

Namun dengan kakak dan adik ipar saya rasa malas bercakap jika tidak ada keperluan, bukan somb0ng, tetapi lagi banyak bercakap lebih banyak saya buat d0sa. Tetapi jika ditanya saya jawab. Tetapi sejak anak – anak meningkat remaja saya perhatikan kak Ct kurang bercakap dengan saya, cuma adik adik ipar sahaja yang mahu berbual.

Saya tak tahu sebab sebenarnya, tetapi saya boleh jangka tentu masalah anak – anak. Kak Ct kecewa dengan per4ngai anak – anaknya, baik lelaki mahupun perempuan. Kak Ct berharap mereka dapat melanjutkan pelajaran hingga ke Mesir atau ke Yaman, tetapi tak kesampaian. Semuanya gagal.

Mereka tidak ikut saluran yang ditentukan oleh kak Ct sebaliknya memilih jalan hidup yang berbeza. Ada yang berhenti di pertengahan jalan. Bukan Kak Ct tak bagi duit belanja tetapi mereka tolak untuk teruskan pengajian.

Ada yang pilih masuk sekolah menengah kebangsaan dan ada yang terus keluar dan bekerja sambilan, ikut langkah abangnya kerja di bengkel motor. Tingkah mereka merunsingkan kak Ct dan suami. Harapan mereka berkec4i.

Satu hari kak Ct mengeluh depan saya, dia luahkan isi hatinya, katanya anak – anaknya masuk sekolah biasa, tak mahu belajar agama. Ada yang kerja bengkel. Nasihat saya pada kak Ct biarlah anak buat pilihan, mungkin mereka merasa susah nak teruskan pengajian agama.

Tetapi mereka sudah ada kelebihan, mereka ada asas agama yang baik. Dan lebih penting asalkan mereka mahu belajar itu sudah baik, mugkin mereka boleh pergi jauh jika dinasihati dan dibimbing dengan baik tentang pilihan mereka itu. Jangan dibantah, ikut saja.

Pada yang suka kerja bengkel itu pun baik juga, jika itu pilihan mereka. Apa salah kerja bengkel, sapa tahu satu hari nanti mereka boleh buka bengkel motor atau membaiki mesin. Saya cadangkan kak Ct tanya mereka apakah mereka ingin belajar baiki motor cara yang betul, jika mahu cari tempat belajar yang sesuai.

Namun bekerja sambil belajar di bengkel pun banyak kelebihannya, cuma mereka tak ada sijil. Pandangan saya pada kak Ct ikhlas, ideanya datang sepontan. Dan saya berbangga kak Ct ikhlas bertanya. Pada saya ini kelebihannya yang tak ada pada orang lain.

Dia bersikap suka menegur orang dan dia juga sedia dirinya ditegur. Ini satu sikap yang terpuji. Walaupun satu ketika dulu kak Ct saya geruni dan saya benci tetapi sejak dia bertanyakan pandangan saya, hilang semua rasa marah saya terhadapnya selama ini.

Tiada dend4m di hati ini, malah saya bersedia bantu anak – anak kak Ct jika mereka mahu. Apa yang penting mereka ada minat untuk mengubah diri dan mahu berusaha untuk lebih maju. Saya bersyukur tindakan saya pek4kkan telinga, bisukan mulut dan bersikap tak ambil peduli atas apa juga sindiran terhadap saya bila masuk dalam keluarga ini dahulu akhirnya buahkan hasil yang baik.

Tetapi jika saya keras hati, kaki g4duh dan cepat ambil hati tentu hubungan kami sesame ipar duai tentu tidak baik. Mungkin terbawa – bawa dalam hubungan kami suami isteri, namun berkat kesabaran akhirnya saya diterima baik dan dijadikan tempat rujukan

Komen warganet :

Mohd Yunus : Jarang ada perempuan macam tt ni. Kalau isteri saya sendiri mungkin dah sound setepek. Nasib lah hubungan kami adik beradik tak rapat. Perempuan sorang je, so isteri memang tak ada nak jaga hati sesape. Abang – abang aku tak banyak cakap pun pasal isteri. Anak – anak kena ikut juga lah minat diorang, itupun kalau tak meIanggar syarak.

Tatie Tati : Aku selalu cakap kat laki aku. Haaa LA yang elok – elok yang cantik – cantik tu semuanya la ikut aku. Yang buruk – buruk tu yang h0doh – h0doh tu semua la ikut awak Aambik la.. pulun LA semua kat awak..

Mentang – mentanglah aku ni tak cantik kan. Aku sedar diri aku macam mana. Nada mesti dengan nada redo dan pasrah dan ada nada kesedihan kat situ. Percayalah dia akan dengar hat belakang tu ja. Yang depan dia tak dengar pun. Selalu dia akan jawap haaa tau pun sedar pun diri.

Wan Nafisah : Ending yang baik bila kita sabar. Sabar itu indah. Moga kekal begitu hingga ke jannah. Syabas sis.

Zaiton Mohd Akhir : Ikut acuan swndiri. Rumahtangga kita jangan bagi orang luar campor. Walaupun ipar duai. Kena tegas bersuara jangan bagi peluang campor. Biar depa marah, bahagia kita punya.

Sha Rizal : Hehe… Relax la sis. Buat pekak dan tak tau sudah la eh. Ambik port wat apa. Serabut kepala. Lantak Jerr. Semua tu lumrah la.. Bukan sis ja.. Lain – lain orang pon macam tu la termasok aku hahahaha

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.