Anak meninggaI masa umur 2 tahun akibat kemaIangan dan saya dah tak boleh mengandung. Suami curang dengan wanita muda

20 tahun saya hidup bersama suami, akhirnya saya perlu berkongsi kasih sayang. Saya memburukkan suami di hadapan keluarga saya dan adik beradik suami. Saya malu dengan tindakan suami, tua tidak sedar diri mahukan anak d4ra..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum, terima kasih kepada admin sekiranya menyiarkan kisah saya. Saya Puan Azura, (bukan nama sebenar) berusia 55 tahun, bekerja di sektor kerajaan, dan punya jawatan yang tinggi.

Mempunyai seorang suami yang muda setahun dari saya dan suami juga bekerja dalam sektor yang sama, tetapi berbeza jabatan. Juga punya jawatan yang tinggi. Saya diuji dengan kehadiran orang ketiga ketika usia kami di akhir 40-an.

Sedikit perjalanan cerita saya. Saya pernah dikurniakan anak namun, akibat kemaIangan anak kami meninggaI pada usia 2 tahun dan semenjak itu saya tidak dapat lagi melahirkan zuriat. Dikurniakan seorang suami yang begitu penyayang, yang bertanggungjawab.

Dalam tempoh saya mengalami kecac4tan akibat kemaIangan, suamilah yang menjaga saya, yang menghantar saya ke hospitaI. Berulang alik dari Tapah ke Kuala Lumpur setiap minggu, berlanjutan sehingga 5 – 6 tahun kerana saya perlukan rawatan susulan. Semuanya suami yang uruskan.

Benarlah, kita diuji apabila kita merasakan hidup kita sudah sempurna dan inilah milik kita. Saya pernah berbincang dengan suami berkenaan zuriat, suami mengatakan tidak apa, ada hikmah hidup berdua bersama. Saya pula ketika itu s4kit, begitu sayangkan suami tidak sanggup melepaskannya kepada sesiapa.

Tapi sekarang, saya sudah sihat. Boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak, bersesuaian dengan usia saya. Kisah bermula apabila saya mengetahui suami mempunyai hubungan di belakang saya bersama gadis yang pernah saya kenali. Saya kenalkan gadis itu sebagai Sara.

Hati saya sangat s4kit. Kemarahan saya memuncak apabila Sara meminta untuk menjadi yang kedua. Keadaan tidak terkawal, saya bertindak terburu – buru dengan memburukkan suami di hadapan keluarga saya dan adik beradik suami. (Ibubapa kami berdua sudah meninggaI).

Saya kesal kerana saya kenal gadis itu. Gadis yang saya kenal itu baik, berpewatakan menarik, bijak dan punya kerjaya sendiri. Itu yang membuatkan saya lagi marah. Apa yang diharapkan pada suami saya yang sudah meningkat usia? Saya keji Sara.

Saya jadi hilang pendirian saya. Tindakan saya drastik kepada suami. Saya mendesak dia buang Sara. Jangan berani contact Sara, block di semua media sosiaI. Saya jadi paran0id. Tidak boleh tengok suami pegang hp. GiIa. Saya hampir giIa.

Saya malu. Saya malu dengan tindakan suami, tua tidak sedar diri mahukan anak d4ra, dan Sara, seperti perempuan terdesak tergiIa – giIakan suami saya. Perasaan emosi saya berlanjutan hampir satu tahun. Saya dan suami dingin.

Walaupun suami berjanji tidak hubungi Sara, dan tidak memilih Sara membuatkan saya rasa suami hanya ingin meredakan keadaan. Tapi apa akhirnya yang saya dapat.

1. Petunjuk Allah. Saya sedar Allah jentik saya dengan ujian ini untuk saya mencari ALLAH. Saya berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH. Suami katakan dia akan mengahwini Sara sekiranya saya izinkan. Allah, 20 tahun saya hidup bersamanya, akhirnya saya perlu berkongsi kasih sayang.

Saya banyak muhasabah diri, saya dengar ceramah, pelbagai sumber saya dapatkan pandangan, lama tempoh saya untuk menerima hakik4t ini, saya mendiamkan diri – akhirnya petunjuk ALLAH ada mengizinkan suami saya mengahwini Sara. Kini usia perkahwinan sudah 4 tahun.

Hampir setahun lamanya saya membuat keputusan, kerana ini melibatkan hati saya. Ke mana akhirnya nanti hidup kita sebenarnya. Saya ketika itu pun sudah akhir 40-an. Saya fikir ALLAH jentik ujian ini untuk saya kembali kepada Dia. Saya banyakkan istikharah, inilah yang saya buat.

Selebihnya saya berserah. Saya juga tidak mahu suami tertekan dan hidup saya tertekan. Saya nak cari bahagia. Dan cari bahagia adalah dengan cari pentunjuk dari ALLAH. Akhirnya hati menerima Sara.

2. Lebih bahagia – Kali pertama saya melihat Sara, sungguh r0bek hati saya diIukakan oleh gadis muda. Seolah – olah dia inilah per0sak rumahtangga saya. Saya benci. Namun, sikap Sara. Sikap dia yang merendah diri dan pandai bawah diri bahawa dia akan menjadi nombor dua menyenangkan saya.

Sara mengandung selepas setahun suami berkahwin. Allah. Saya menangis, menangis saya rupa – rupanya kerana saya gembira suami saya dikurniakan zuriat dari d4rah dagingnya sendiri. Kerana saya tidak lagi mampu berikan dia zuriat.

Saya bahagia menumpang kebahagiaan si cilik, Aiman. Biarpun orang kata seperti cucu, namun kehadiran Aiman dalam rumah kami merubah segalanya. Aiman juga panggil saya ibu, Sara mummy. Kini Aiman sudah 3 tahun.

Bagaimana hidup poligami? Berat pada mulanya, tapi senang kerana sikap Sara yang banyak mengalah dan suami yang bertanggungjawab. Sara tinggal jauh. Atas persetujuan untuk berkahwin, suami akan tinggal dengan saya, dan suami akan jumpa Sara apabila cuti sahaja.

Tapi, bila orang banyak mengalah dengan kita, saya juga jadi banyak mengalah dengan Sara, terutamanya ketika dia mengandungkan Aiman. Lagipun bila giliran di sana, saya lebih santai di rumah, dan kuranglah tanggungjawab untuk sediakan makanan dan sebagainya. Banyak saya meluangkan masa untuk diri saya. Yang selama ni, tidak pun saya fikir.

3. Kasih sayang suami m4kin erat – Dalam pada hidup bermadu, percayalah suami masih sayangkan kita. Apabila giliran suami di rumah Sara, saya rasa begitu rindu dengan dia. Tidak sabar menanti kehadiran dia. Walaupun usia begini, malu nak cerita, tapi saya tidak sangka berjauhan membuatkan lebih rindu.

Dan apabila saya sendirian, sepenuhnya saya gunakan masa untuk saya, bersama adik beradik, kawan – kawan. Macam orang muda. hihi. Seronok ada masa sendiri rupanya. Dan bila ada suami, seronok menyambut kepulangan suami.

Walaupun kadang – kadang 3 hari, 4 hari tidak berjumpa. Kami solat bersama, melakukan aktiviti riadah bersama. Dan masa ini baru saya sedar, kami berdua masih perlukan antara satu sama lain. Ini rupanya rahmat yang ALLAH titipkan pada saya.

Perasaan erat dalam rumahtangga. Dan sekarang bila Aiman dah besar, tidak menyusu lagi, sekiranya suami ingin membawa Aiman datang, dia akan tanya saya sama ada saya setuju atau tidak. Siapa tak suka budak pandai tu. Saya pun kadang – kadang bawa Aiman menemani saya ke pejabat. Allah pinjamkan Aiman kepada saya untuk menjadi seorang ibu.

4. Hikmah – Hikmah yang tak pernah saya terfikir adalah hubungan silaturahim antara keluarga kami bertiga. Keluarga Sara begitu profesional. Ibunya juga pada peringkat awal tidak bersetuju Sara menjadi isteri kedua.

Namun setelah saya mengizinkan, ibunya menerima. Hubungan kami sem4kin erat. Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempoh 4 tahun hidup bermadu. Tapi kerana silaturahim yang ada, banyak urusan dipermudah. Sikap suami yang begitu mudah disenangi orang sekeliling banyak membantu saya dan Sara dalam kehidupan.

Biarpun macam – macam tohmahan, tetapi biarlah saya dan Sara sahaja yang mengetahui. Silaturahim saya dengan Sara. Tak mudah saya nak menerima Sara. Tapi kerana saya percaya ALLAH hadirkan Sara pasti ada sebabnya.

Kini Sara menjadi orang kepercayaan saya. Dan lebih mudah nak tahu pasal suami, sebab ada g3ng. Nampaknya suami kami tidak lagi boleh macam – macam, sebab saya dan Sara sudah jadi bestfriend. Sara juga banyak bertanya pendapat soal kerja, soal kehidupan, dan saya menerimanya sebagai seorang adik.

Apabila giliran bercuti saya dan suami, suami akan memberikan duit untuk Sara bercuti bersama keluarga, apabila tiba giliran Sara bercuti dengan suami, suami memberikan duit kepada saya dan adik beradik. Syukur, suami saya bertanggungjawab.

Kerana itu, saya ingatkan diri saya. jangan kerana tamakkan kasih sayang manusia, saya biarkan suami berd0sa. Saya nak suami adil kepada dua – dua, sebab hidup matlamat kami nanti SYURGA di sana. Aamiin.

Di usia begini, tidak perlu lagi fikirkan tekanan cinta manusia. Sampai bila ingin paran0id. Istikharah, cari petunjuk. Berbincang dengan suami. Buatlah perjanjian yang mana boleh membahagiakan kita. Sekali kita berserah kepada ALLAH, dugaan dan ujian apa pun yang datang, insyaALLAH kita redha.

Cari kebahagiaan kita. Dan kebahagiaan saya, yang saya sendiri tidak terfikir adalah kebahagiaan bersama suami, Sara dan Aiman. Saya rasa kehidupan saya cukup sempurna lebih sempurna dari dulu. Untuk pembaca, selagi kalian tidak pernah berada di tempat kami, jangan cepat berpra sangka.

Apa kata sekarang cek pasangan masing – masing. Buat para isteri, muhasabah diri. Baiki mana yang kita lemah. Perlu sedar, andai kita ada kekurangan, jangan kerana sombong kita, malu dengan orang, kita menolak sesutau dalam syarak.

Buat para suami, jika kalian rasa kalian layak dan mampu, inginkan berpoligami, berlaku jujurlah dengan isteri. Tiada siapa dalam dunia ini suka penipuan. Hati isteri terIuka kerana perbuatan curang dan penipuan di belakang.

Itu sebenarnya yang membuatkan kami isteri yang dicurang begitu kecewa, patah hati, retak. Jujurlah dengan isteri. Jujur. Jaga dan peliharalah maruah dua wanita yang kamu sendiri pilih. Jangan kerana seorang, kamu abaikan yang lagi seorang.

Jangan buat d0sa bersambung. Adil lah dalam tanggungjawab. Bertaubat lah kerana kamu telah berlaku curang kepada isteri. Jangan terlalu ikutkan nafsu dan perasaan. Usia kita kalau panjang alhamdulillah, kalau singkat?

Bertaubatlah akan segala d0sa. Semoga ALLAH tunjukkan jalan mana yang terbaik untuk rumahtangga kalian. Usia kita sudah sampai ke pengakhirannya – adakah kita masih mengharapkan cinta manusia semata – mata? Wasalam, – Puan Azura (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Qila Hanisab : Speechless sangat baca confession puan. Sesungguhnya puan sudah berjaya mengharungi dugaan Allah berikan, hikmahnya Allah tambahkan kasih sayang, kemesraan di antara puan dan suami. Sara tu pon memang seorang yang pandai bertolak ansur, tolerate dengan puan.

She understand that u need ur husband and how big ur s4crifices. Allah temukan yang terbaik dan Allah satukan 3 orang insan yang baik akhlaknya dan kuat iman dan ketaqwaan pd Dia. Akhirnya insya allah, Dia akan kurniakan segala kebahagian utk puan, husband dan Sara. Aminn

Nuha Jasmine : Saya bukan menafikan hukvm Allah menghalalkan poligami tapi tidak mampu menerimanya kerana lemah dan hati ni tidak kuat tapi saya kagum dengan puan. Bicara indah dan penuh kesantunan.

Menunjukkan tingginya nilai dan keperibadian. Saya doakan agar puan diberi ketenangan serta nikmat kehidupan dan merasai manisnya ujian. Salam sayang buat puan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.