Ayah dan mak buta huruf tapi anak ada 10 orang. Susu adik sepatutnya susu formula tapi tukar pakai susu manis je. Saya dan abang pun beberapa kali nak berhenti sekolah sebab malu cikgu asyik tanya pasal yuran bila nak bayar. Saya pelik ibu bapa zaman sekarang, merungut nak bayar itu ini sedangkan kereta setiap tahun tukar baru..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Ibu 5 orang anak. Umur awal 50 an. Berkerja dalam industri profesional. Dalam waktu sama, saya terlibat dengan NGO bagi kerja kemasyarakatan terutama melibatkan kerja membangunkan pendidikan di kalangan anak miskin dan B40.
Apabila terlibat dengan kerja ini banyak saya jumpa ibubapa yang kurang berkemampuan tapi berusaha untuk beri terbaik pada anak. Ada mereka hanya gaji hari, kerja buruh, penjaja dan jual pasar malam tapi hati mereka besar untuk sekolahkan anak tanpa berkira.
Pengalaman hidup lalu membesar sebagai anak penjaja sebenarnya banyak membawa saya dekat dengan golongan ini. Ibu bapa saya buta huruf, adik beradik 10 orang. Ayah hanya penjaja ikan, dapat duit makan hari sahaja. Mak hari – hari renyah dengan anak – anak. Tak berkerja.
Jangan sebut hal keperluan hidup sentiasa tak cukup, makan minum dicatu, ayah dan mak selalu lari bila nampak tuan rumah. Malu sewa tertangguh berbulan. Manakan susu adik sepatutnya susu formula ditukar dengan susu pekat sahaja.
Kami memang tak ada kemampuan untuk semuanya. Cukup itu sahaja gambaran saya beri tentang kisah hidup lama saya. Tapi satu yang saya kagum dengan mak dan ayah. Kesungguhan dan gigih mereka dalam ambil berat hal sekolah kami.
Saya dan abang pernah beberapa kali nak berhenti sekolah. Malu bila ditanya cikgu acapkali tentang yuran sekolah yang tertangguh. Belum lagi budak – budak kampung yang kerap memperlekehkan kami anak orang susah. Tapi mak dan ayah selalu menghalang, beri kami semangat dan ada waktu mereka tegas bila kami mula malas ke sekolah.
Macam mana susah tak cukup sekali pun, tak pernah kami tak ada duit saku sekolah. Sentiasa ada. Barang sekolah tetap diusahakan, yuran tetap berbayar juga biar hampir cuti hujung tahun. Ayah cakap sahaja ke mana hal sekolah, dia akan hantar dengan honda cup lamanya.
Hampir mereput motor itu. Itu sahaja aset kami ada. Hari ini bila kawan – kawan pejabat ada yang mengeluh hal anak, saya diam, ada yang banyak bunyi sekolah minta itu ini bayar itu ini bunyi. Bagi saya sekolah minta buka saja saja untuk anak kita.
Pejam mata niat beri sedekah untuk anak. Yang banyak bunyi ni, saya tengok tukar kereta tiap tahun, baju jam tangan branded, tudung cap ‘itik’. Tapi bila hal sekolah belajar anak bunyi macam miskin sangat. Semua nak free semua nak dicatu.
Balik ke mak ayah kerja masyarakat saya terlibat, ada mereka bertungkus lumus cari duit untuk anak sekolah, boleh belajar macam anak orang lain. Jauh jika nak dibandingkan kita yang kerja dalam pejabat. Saya kagum pada mereka.
Bila kawan – kawan tanya macamana anak saya belajar. Saya jawab, macam anak u all lah. Tapi saya hanya jawab dalam hati, kalau kita nak sesuatu perlu banyak peng0rbanan. Nak anak menjadi perlulah banyak k0rban juga. Jadi janganlah banyak mengeluh hal anak.
K0rban masa, duit dan tenaga. Saya boleh kata, susah payah mak dan ayah adalah antara salah satu punca saya boleh duduk sama tinggi sama rendah dengan orang lain hari ini. Hari ini saya lakukan perkara sama pada anak – anak saya, biarpun mungkin anak anak saya lebih senang tapi ujian anak senang lain pula.
Anak saya sama nakal sama tak pandai macam anak orang lain. Tak kata semuanya bagus. Ada juga nakalnya. Jadi hal pelajaran, hal patuhi masa, disiplin dan gajet memang menguji. Saya imbangkan cara ketegasan mak ayah saya dulu dengan membesarkan anak – anak zaman sekarang.
Antara saya buat, untuk elak anak melekat dengan gajet. Saya peruntukan masa mereka ke tuisyen seminggu 2 kali. Selebihnya waktu dia main. Tuisyen bagi saya sekarang satu keperluan sebab anak sekarang, tak macam dulu.
Terluang sikit mesti nak buka handphone. Dengan waktu belajar khusus baru mereka akan buka buku. Waktu games saya bagi tapi hanya selepas belajar dan setelah mereka selesaikan urusan solat, mengaji dan chores. Makan malam kami perlu semua berkumpul.
Jam 10.00 malam. Aktiviti games akan stop semua perlu tidur. Wifi akan saya off. Hujung minggu saya hantar ke kelas skill, lepas nya baru family bonding time. Boleh kata, kami suami isteri banyak peruntukkan duit untuk hal sekolah anak.
Saya dan suami kurang berbelanja untuk barang sendiri. Baju kami hanya musim raya kami belanja setahun sekali. Tidak ada istilah orang bekerja baju baru tukar sebulan sekali. Walaupun sebenarnya kami mampu. Kami fikir eloklah gunakan untuk anak – anak lebih dahulu.
Apabila mengetahui anak ingin menjadi pilot, saya mula menabung awal dari anak pertama di tingkatan 1 dan hantar dia ke tuisyen bagi membaiki subjek wajib kelulusan memohon masuk je kursus penerbangan. Saya rasa ramai tahu kos kursus ini sangat mahal.
Tak lama lagi dia akan tamatkan kursus ini dan bakal menjadi pilot. Anak kedua dan 3 sedang belajar di salah satu IPT, keempat dan ke lima masih sekolah. Saya beri peluang pada anak untuk bincang apa sahaja masalah dan minat mereka tapi tidaklah sepenuhnya saya lepaskan kerana mereka masih muda.
Nasihat dan guidance perlu diberi bagi mereka pilihan laluan atau buat keputvsan. Masa belajar dan keperluan belajar amat saya tegas. Semua anak kalau sebut hal sekolah, homework, tuisyen semua menolak kan. Anak saya sama seperti anak mak ayah lain.
Maka ketegasan ikut waktu main peranan. Kita mak ayah tidak perlu menekan sebaliknya bantu anak uruskan masa dengan efektif bukan lepas sahaja mereka buat bebas hati. Lama – lama anak akan mula ikut dan terdidik buat rutin mereka tanpa mengeluh.
Memang diakui saya dan suami penat urusan anak. Kami kadang kala tertidur dalam kereta tunggu anak habis kelas. Pernah berpusing pusing jam 12 tengah malam cari kedai bila anak minta barang projek sekolah waktu malam. Tapi bila terkenang mak ayah yang tak ada kemampuan boleh kenapa kami yang lebih senang ada kenderaan selesa kemampuan wang lebih mengeluh dari mereka.
Jadi penat macam mana pun, jauh macam mana pun, kami akan usaha penuhi untuk jadual anak. Itu sahaja mampu kami buat untuk anak – anak. Harap susah payah kami Allah Taala pandang dan buka laluan hidup anak lebih baik masa depan.
Adik beradik saya 10 orang semua menjadi. Mak ayah boleh hidup senang hari ini. 10 orang berkongsi hulur. Janganlah mengeluh hal anak dan sayangkan duit untuk melabur pada anak. Susah payah kita itulah Allah Taala akan reward suatu hari nanti. Tak ada anak akan berjaya tanpa sokongan mak ayah. – Mas (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nabihah Juhari : Semoga ramai parent ambil iktibar. Part buang masa tu sangat tepat. Pantang ada masa terluang je mula nak buat aktiviti pelik dan takde faedah. Itulah punca pengaruh buruk terutamanya dari rakan sebaya. Baik anto tusyen atau kelas tajwid ke kan. Mesti takde masa dah nak pikir buat keje lagho.
Emy Kyairi : Inspiring. Congrats puan! Saya dan suami lalui perkara yang sama. Berhabis demi hantar anak – anak ke kelas – kelas tambahan. Kami suami isteri lama dah ketepikan kejap keperluan sendiri demi anak – anak.
Seperti kata puan semoga dengan peng0rbanan ni Allah lorongkan laluan – laluan kejayaan untuk anak – anak kita. InsyaAllah aminn. Sebagai ibu bapa takde ape yang kita mahukan kecuali melihat anak – anak berjaya dunia akhir4t
Che Su : Confession yang bagus! Izinkan saya share buat pelajar – pelajar saya kisah ini agar sedikit sebanyak ia dapat memberi kesed4ran dan membina semangat agar mereka mampu harungi kesusahan dan mampu untuk berjaya seperti confessor kelak. Tahniah conffesor dan family..!
Shida Saleh : Tahniah puan. Puan ibu yang hebat. Saya juga ada hantar anak skills class untuk elakkan gajet dan tambah kemahiran. Selepas membaca perkongsian puan, membuatkan saya sedar tentang banyak perkara dalam menentukan halatuju dan masa depan anak.
Musafir Qun : Bagi saya, tuisyen tak perlu. Ianya hanyalah menambah tekanan bagi anak. Yang penting dia perlu fokus dalam kelas. Saya one of best student sekolah dahulu, tanpa pergi tuisyen melainkan sedikit yang dip4ksa cikgu.
Parents saya pun tak lah ada duit sangat nak hantar saya pergi tuisyen. Anyways, terpulang lah.. ni pendapat saya. Sama macam comments lain, this is good sharing.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.