Bila abg curi duit aku, mak bapak aku rela tolong bayarkan sebab nak cover anak kesayangan

Bila duit aku hilang, aku jugak yang dipersalahkan sedangkan abang aku yang curi. Dia curi katanya sebab bisnes juta – juta dia jatuh. Sekali lagi aku disalahkan sebab tak nak bantu adik beradik. Sampai abang aku nak bunvh diri. Sekarang aku dah siap – siap hibahkan segala harta dan ambil khairat kem4tian..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ok. Berbalik pada tajuk asal confession ni. Kalau cerita pasal mak bapak, semua orang pun disuruh hargai mak bapak selagi hayat dikandung badan. Tapi secara peribadi, aku tak boleh nak bagi rasa kasih sayang dan hormat kat parents aku.

Ok aku tahu redha Allah datangnya dari redha ibu bapa. Pembaca mesti tertanya – tanya kenapa aku tak rasa nak sayang parents aku? Sebabnya.. aku ni boleh dianggap sebagai unwanted child. Parents aku ni nak anak lelaki, tapi dapat anak perempuan pula.

Dulu aku okay je time mak cerita yang bapak langsung tak nak cakap dengan mak walaupun aku dah umur seminggu masa tu. Bapak salahkan mak sebab beranakkan anak perempuan. Anak perempuan ni beban okay. Lama – lama cerita tu asyik di ulang siar, dia macam dah melekat dalam otak yang aku ni betul – betul unwanted child.

Perasaan unwanted m4kin kuat bila membesar, parents aku asyik bandingkan pencapaian akademik aku dengan adik beradik yang lain. Ya. Adik beradik lain ada degree, diploma. Aku taraf STPM je. Pointer pun atas pagar je. Kerja rumah memang semua hala kat aku sebab aku perempuan.

Kalau berg4duh pun aku jugaklah yang salah. Kena b4ntai pun aku jugak. Ada sekali aku meng4muk sebab duit RM800 kena curi. Sebelum pembaca pun nak salahkan aku, meh nak bagitau.. itu duit simpanan tabung warna. Duit hasil meniaga online.

Ingat senang ke nak dapat duit banyak tu. Sales aku takdelah kencang tapi Alhamdulillah sentiasa ada jualan walaupun kuantiti dia sikit. Parents aku bayarkan duit tu sebab nak cover orang yang mencuri, pasal orang tu anak lelaki dia yang ditimang – timang, yang paling disayangi sebab business dia untung besar ribu – ribu tu nak bunvh diri bila aku minta bayar balik duit dicuri tu.

Aku jugak yang salah sebab tak nak tolong adik beradik masa susah. Aku juga yang salah tinggal duit cash dalam rumah. Padahal aku tinggalkan dalam bilik kat tempat rahsia. Anak kesayangan dia orang yang selongkar satu bilik aku takpe. Tak salah pula.

Point kedua selain pencapaian akademik dan pencapaian hidup yang buat aku lagi terasa, aku ni sorang je perempuan tapi kalau nak ke mana – mana naiklah pengangkutan awam. Lesen? Tengah gigihlah ni nak kumpul duit ambil lesen.

Anak – anak lelaki fully sponsored. Aku ajar diri aku untuk berdikari. Oh iya.. kalau nak ke mana – mana nak mintak tolong hantarkan aku tetap kena bayar “upah dan tambang” ya. Kalau tak bayar upah dan tambang jangan haraplah ditolongnya.

Aku niaga pun macam tu. Start dari bawah. Kumpul duit untung untuk rolling modal niaga. Anak – anak lelaki niaga ada suntikan modal. Kalau barang jualan tak laku, parents akan beli dan bayar. Barang aku kalau tak laku jadilah barang sumbangan untuk kegunaan ahli keluarga.

Kalau aku s4kit, pergiIah kIinik / hospitaI sorang – sorang. Warded pun takdenya mak aku ambil cuti ke teman tido ke. Takdenya adik beradik nak datang melawat. Mula – mula terasa hati juga. Lama – lama dah boleh chill. Masuk wad pun rasa macam check in hotel.

Tak nak bagi tahu sesiapa. Takpelah takde family dan kawan datang melawat pun. Rehat jer. Layan netflix. Tipu sangatlah kalau tak rasa cemburu tengok orang lain. Bertabah je lah. Duit rawatan aku tak risau sebab aku ada medical card yang dibayar guna titik peluh aku sendiri.

Kalau aku eksiden pun aku harap aku m4ti terus, tak hidup c4cat sebab aku tak nak susahkan orang. Siapalah yang akan betul – betul ikhlas jaga aku tanpa rungutan. Sedangkan aku s4kit sekarang pun aku hadap sendiri. Minta tolong pun merungut.

Sekurang – kurangnya aku m4ti ada hibah untuk w4ris. Ada khairat kem4tian. Tak usik duit dia orang untuk uruskan jen4zah aku. Silap hari bulan kalau m4ti pun, hospitaI yang uruskan a to z. Hahaha. Kalau mak aku warded pulak, lain ceritanya.

Aku anak perempuankan. Jadi dah tentulah semua aku yang kena uruskan. Sudah tentulah aku kena teman tido dan menjaga mak sepanjang di hospitaI. Semua tanggungjawab aku. Kalau tak nanti parents aku tazkirah dan ratibkan aku tentang budi yang diberi sepanjang membesarkan aku. Aku keliru. Anak ni sebenarnya apa ya?

Melahirkan, membesarkan, beri kasih sayang, makan minum, pendidikan tu amanah dan tanggungjawab atau budi yang disemai dan perlu dibaIas? Anak ni instrumen pelaburan ke macam mana. Aku melabur banyak ni kat kau.. nanti kau kena bagi balik begitu begini. Biar lebih jangan kurang.

Jujur aku cakap, bila parents dan adik beradik aku selalu merungut, meratib, dan berkira dengan aku. Aku pun mula berkira. Aku dah mula tak ikhlas. Nak pula kalau keluar dengan family masing – masing semua simpan duit. Aku je yang keluar belanja walaupun dia orang tahu keadaan kewangan aku macam mana. Bagi duit bulanan lain.

Duit belanja keluar jalan – jalan lain. Kalau tak buat kerja rumah, dia orang cakap, orang lain kerja jugak, balik rumah boleh setel kerja rumah. Kalau balik tak nak buat kerja rumah pergi sewa rumah lain. Tak pun duduk sini, bayar sewa bilik kat diaorang.

Sedih aku weh. Ya duit bulanan aku bagi ikut kemampuan kadang – kadang mak, aku bagi RM100 kadang – kadang RM50. Bapak, aku tak bagi duit cash. RM100 setiap bulan buat bayar hutang dengan sesiapa yang bapak berhutang.

Aku bayarkan hutang sikit – sikit. Penapis air pun aku bayar. Aku pun ada hutang sendiri. Bayaran bulanan pinjam pun RM700. Gaji bukan besar mana pun. Itupun aku dik4takan berkira lagi. Aku nak belanja harian pun bajet – bajet.

Dia orang ni s4kit jenis clingy nak orang hadap, nak teman, ambilkan itu, buatkan ini. Kalau datang melawat kena bawa ole – ole. Nak bunga, nak buah, nak coklat.. macam – macamlah. Itu semua kos yang besar untuk aku. Aku sedih sebenarnya tapi takde tempat nak meluah. Jadi di sinilah aku menulis. – Izz (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noraziah Amdan : Diorang dah c4bar, jadi pindahlah. Simpan duit hanya untuk kos pengkebvmian. Tak perlu hibah insuran buat mereka. Biar mereka berputih mata. Hibah pada rumah anak – anak yatim. Pesan pada penjaga rumah anak yatim, tolong buat tahliI sikit.

Dapat juga doa dari anak – anak yatim. Kalau dapat kat keluarga tidak dihargai dan mereka joIi. Bukti waktu tt hidup pun tak dihargai. Lagipun waktu hidup tt dah menyumbang tenaga dan wang, juga terima pengh1naan dan pengabaian.

Aisyah Yacub : Izz kalau arw4h mak aku ada lagi sekarang ni memang dia bukak dua – dua tangannya tu untuk terima kau jadi anak dia Izz. Apa kan daya arw4h mak dah pergi tinggalkan aku. Ramai kawan – kawan aku dan kawan kakak abang aku yang jadi anak dia.

Kalau kau nak rasa kasih sayang. Dia lah orang yang sentiasa kasih dan sayang. 9 orang anak dia. Dia boleh panjangkan sayang kat anak – anak orang lain jugak. Semoga kau kuat Izz. Orang tak bagi kasih sayang takpe. Kau sebarkan kasih sayang. Semoga terus kuat.

Amir Rafal : Teringat dulu masa kecik aku selalu kena banding dengan adik beradik lelaki aku even result aku jauh lagi bagus. Dan kalau g4duh, semua aku yang salah. Rasa tersisih dengan family sendiri. So aku cuba untuk cari family di luar (kawan – kawan).

Aku ada ketumbuhan semua aku mengadu dengan kawan, bukan family. Sabarlah tt. Semua ni yang buat kita lagi kuat dan independent. Jangan ada d3ndam dengan family, sebab air dicinc4ng takkan putvs. Sekarang alhamdulillah family dah mula menghargai sebab bila aku jauh dari family.

Baru dorang rasa kehilangan aku sebab semua before ni sekecik kecik benda dekat rumah, aku yang kena settle kan. So bila aku takde, baru dorang rasa kehilangan aku, dan mula cari aku. Ingat, kuatkan diri, kuatkan hati. Jadilah perempuan yang kuat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?