Mertua suruh cari hotel nak sambut birthday ayah mertua, bila aku bagi cadangan dia jerkah balik

Aku memang terpengaruh dengan drama – drama yang mana menantu boleh sama – sama mesra dengan mertua. Masa harijadi mak mertua, aku gigih google resepi buat kek sedangkan aku langsung tak pernah buat kek. Masa aku buat supr1se, dia cakap sesuatu dan siap suruh aku bawak balik lagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga Facebook, terima kasih admin jika confessor saya ini diterima. Salam perkenalan, nama saya Liya seorang wanita berumur 27 tahun, menetap di ibu kota raya malaysia, kuala lumpur, seorang yang bekerjaya dan telah pun mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun.

Aku memang gemar lah, menonton apa – apa jenis drama yang disiarkan di televisyen terutama drama korea. Kebanyakan babak – babak kekeluargaan di dalam drama ni, macam comel saja. Kalau scene menantu dan mertua tu boleh bergurau bertepuk tampar konon akrab giIa – giIa lah kan.

Mertua yang sayang menantu macam anak sendiri, dan kadang – kadang tu lebih daripada anak sendiri. Aku tak nafikan dalam dunia ini, masih ada mertua yang berjiwa malaik4t dan kalau sesiapa yang dapat mertua macam ni, ya Allah bahagianya rasa, memang akan sayang sampai m4ti lah kan.

Tapi, kebanyakannya banyak yang makan hati sebabkan title menantu. Walaupun, kau cuba try hard macam mana pun kau tetap orang luar. Menantu takkan pernah dianggap sebagai anak sendiri. Sehingga aku berumah tangga ini, baru aku faham kenapa ada yang makan hati dengan mertua.

Sebelum kawin, expectation kita (sebab banyak sangat tengok drama kan), Expectation di dapur : Kononnya, ibu mertua dan menantu berpakat masak lauk hidangan bersama – sama. Sambil – sambil itu, mertua ajar menantu masakan kegemaran suami dan berborak borak mesra di dapur dengan keadaan yang penuh harmoni.

Tapi hakik4tnya, realiti di dapur : Mertua tak pernah nak ajak masak apa – apa juadah bersama. Menantu cuba ambil hati, ingin masak tengah hari, konon ingin membantu. Mertua suruh masak satu juadah sahaja, kerana takut suaminya tak suka apa yang menantu masak.

Juadah siap, ketika waktu makan tengah hari, yang santap masakan menantu cumalah si menantu dan suaminya. Orang lain macam geIi – geIi nak rasa. Waktu nak balik ke rumah sendiri, disuruhnya bawak balik lauk yang masak tengah hari tadi.

“Ni, bawaklah balik lauk tu, tak de sape nak makan”. Macam terhir1s – hir1s hati ceq waktu tu, hahaha… kita masak konon nak tambahkan kemesraan family tapi, dah lah tak de sape nak sentuh lepas tu suruh bawak balik lauk yang aku masak tu. Memang itu adalah kali terakhir aku masak rumah mertua aku.

Expectation : Sambutan hari jadi mertua, kononnya expectation nak buatkan kek harijadi istimewa untuk mertua. Acah – acah nak buat surpr1se lah konon bagi ibu mertua terharu dan sambutan hari jadi yang meriah walaupun sederhana.

Tapi hakik4tnya, yea still aku masih nak buatkan kek harijadi untuk mertua aku, walaupun aku tak pernah bake apa – apa jenis kek sebelum ni tapi gigihlah nak belajar buat kek. Taraa!! Jadilah sebiji kek chocolate moist.

Aku harapkan ucapan terima kasih, tapi yang aku dapat “kek ni, macam mendap, sebab apa eh”. Lepas tu, sebabkan kek tu aku buat untuk dia, dia makan lah sesudu dua. Orang lain, macam biasalah jijik nak sentuh air tangan aku.

Dan bila nak balik rumah, cam biasa lah suruh bawak balik semua kek yang aku buat untuk dia tadi. Kau tak rasa, kalau aku bawak balik kek tu rasa macam b0doh ke? Kau nak bagi kat orang, tiber kau bawak balik. Yeap, dan sejak dari hari tu memang aku semat dalam hati, aku tak ingin nak buat apa – apa dah untuk mertua aku.

Next time, beli jelah senang, tak yah nak gigih sangat. Expectation pergi vacation dengan mertua : Mertua sporting dengan apa – apa cadangan dari menantu tetang vacation day. Tapi hakik4t realiti kehidupannya, mertua ajukan permintaan kepada menantu untuk cari tempat vacation yang seronok di samping boleh celebrate hari ulang tahun FIL.

Mertua kata, tak kisah di mana – mana mereka okay saja. Menantu yang baik hati ni, bersengkang mata lah dok mikir nak bawak family mertua pergi vacation dekat mana. Cadangkan tepi laut, tepi bandar dan lain – lain.

Cadangkan jugalah hotel yang selesa dari hotel 3 bintang sampai 5 bintang. Hentah apa yang dir4suk mertua tiba – tiba jerkah depan muka aku katanya, bukan nak bercuti, ni kita ni nak sambut hari ulang tahun FIL Aku macam terkedu lah jugakan, hari tu kata nak suruh cari tempat nak vacation ni tiba – tiba lain macemm pulak mertua aku ni.

Tambah dia lagi, “macam mana dengan hari jadi suami dia? Kalau nak celebrate beli kek dekat hotel saja, baik buat dekat rumah”. Tiba – tiba tup tup, mereka pergiIah vacation sekeluarga tanpa kami (aku dan suami). Terkebil – kebil aku rasa.

Part paling kelakar ialah, dorang beli kek sambut dalam bilik hotel, hari tu kemain jerkah aku kata, kalau setakat nak sambut dalam hotel baik sambut dekat rumah saja. Maka, sejak hari itu juga, aku memang malas masuk campur hal family depa.

Jangan nak suruh – suruh aku buat apa – apa lagi. fedup weh. Expectation: Suami outstation seminggu, menantu tinggal seorang di rumah, konon bayangkan mertua bertanya khabar, walaupun rumah cuma 15 minit saja jaraknya dari rumah mereka,

Tak mengharap pun datang singgah cuma harap kononnya mertua bertanya khabar keadaan menantu yang tinggal sorang – sorang di rumah. Tapi hakik4t realitinya, seminggu suami outstation sepatah h4ram tak de langsung mertua nak ambil peduli.

Mesti korang kata, kalau nak em0 – em0 kau sendiri je lah pergi rumah dorang, 15 minit je kan habis citer. Actually, aku kerja, lepas tu aku semacam janggal nak datang rumah mertua lepas macam – macam cara layanan yang aku dapat.

Aku cuma datang, bila ada suami saja. Aku memang dah cop dah aku ni orang luar pada depa, jadi aku malas nak amik peduli. Walaupun, sedih jugak lah kan, kita nak anggap depa macam family sendiri tapi depa langsung tak mau kita ni dalam family depa.

Expectation keluarga mertua yang friendly dan seronok untuk berborak, kononnya apa yang aku bayangkan dulu keluarga mertua yang friendly dan kita pun sentiasa rasa welcome saja bila nak datang rumah depa. Tapi hakik4tnya, hampir nak dekat setahun lebih aku kahwin dengan suami ni.

Tap kali aku balik rumah mertua, ipar duai memang asyik berkurung lah dalam bilik. Bila turun bawah, aku nak borak pun aku rasa tak kena, sepatah aku tanya sepatah dijawab lepas tu main fon. Hmmm memang aku dah sampai tahap, ikut korang lah.

Sump4h bosan giIa bila balik sana, 3 jam aku duduk kat sana, yang dengar cuma bunyi tv. Aku pernah tanya husband, memang you punya adik beradik memang diam ke? Dan husband pun kata, memang dorang macam tu. So, okay je lah.

Cuma yang aku rasa awkwardnya, kita cuba nak jadi diri sendiri lah kan. Konon nak rapat. Saje lah buat lawak tentang per4ngai suami. Tapi, ibu mertua kemain lah backup anak dia. Adeh, relaxlah. Tak perlu serius sangat.

Kalau family aku, kitorang chill saja kalau adik ipar aku melawak pasal adik aku siap kitorang gelak – gelak sekali. So, pelajaran aku kat sini, dalam family ni kau jangan sesekali lah nak melawak pasal anak dia. So, jadi lah aku batu tiap kali balik rumah mertua.

Konklusinya daripada aku, kalau korang ada family in law yang rasa macam banyak makan hati. Chill jelah sebab korang tak keseorangan haha. Tak pelik pun sebab menantukan orang luar. Yang peliknya kalau dapat mertua yang baik berhati malaik4t, jagalah elok – elok mertua anda, sayangiIah depa.

Macam kita ni, kita cuba lah nak sayang jugakkan kita punya in law tapi, hentahlah perasaan tu tak sampai lagi, jadi let it be jelah. Macam lah depa nak sayang kita jugakkan. Orang kata, bila kita berkawin, selain jaga hati suami kena jaga hati mertua juga.

Lepast u, kita yang makan hati. Bagi aku, aku akan pr0tect family aku ja, keluarga mertua tu buat biasa – biasa saja tak perlu nak beria sangat. Orang tak sudi buat apa nak terhegeh kan? Haa gittew. So chin up. Brace yourself and lets enjoy our life! – Liya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Liamsi Anazir : Ikut flow je dik. Alhamdulillah mentua akak sangat baik. Tapi bila dekat rumah mereka akak ikut je lah flow mereka. Tak pernah tunjuk bakat memasak. Sebab mak mertua ada style masak sendiri. Lain – lain hal family, kalau anak depa tak sibuk, kita tak payah jadi penyibuk.

Contoh family mertua tak pernah buat kenduri doa selamat atau aqiqah cucu, so saya nak buat kenduri kecil – kecil aqiqah ke apa, saya cari family Saya. Sebab keluarga saya suka buat kenduri.

Orked Lee : Aku pon ada masalah sama. tapi aku buat tak tahu je. Lagi lah dalam family suami aku je orang luar. Aku orang kl.. suami orang pantai timur. Bila berkumpul aku rasa macam dipinggirkan je. Cuba nak join tapi dorang macam tak berapa kenan nak borak dengan aku. haha!

So apa buat? Aku akan mengemas dapur stiap kali balik ramai – ramai. Sebab dorang ni kategori malas mengemas dan aku jenis sangat tak suka kotor. Aku akan kutip pinggan mangkuk, periuk belanga untuk dicuci! Lap apa patut. Dah setel aku masuk bilik! Setakat ni ya aku surv1ve!

Na Rai Na : Bab masak, mertua saya terer. Saya kureng sket, takat boleh masak ikut tekak sendiri. Jadi ada la dia ajar beberapa resepi dia yang suami suka makan. Kita pun buat – buat b0do tak reti apa angguk – angguk je la.

Layankan je. Bila balik rumah sendiri, try buat menjadi. Suami puji. Nak jadi cerita, satu kali raya haji tu, semua adik beradik suami tak balik kampung. Sebab raya jatuh tengah minggu. Cuti pun sehari. Tak berbaloi nak hadap jem.

Jadi saya pun masak la lauk – lauk raya yang mertua ajar pagi raya tu. Sekali adik ipar call mertua, puji saya masak sebijik sama macam dia masak. Terubat rindu. Saya tak sangka pulak dia takleh terima orang puji saya berjaya replicate resepi dia.

Sejak dari tu, kalau tanya pasal masak, dia dah taknak ajar. Pernah dia sabotaj saya masak. Saya dah sukat air untuk tanak nasi, bila tinggal je dapur, dia gi tambah lagi air. Sudahnya nasi tu jadi lembik melekat macam nasi impit.

FIL pulak terus k0ndem sape tak reti masak nasi ni. Mertua terus buat – buat tanya saya, letak air banyak mana tadi sampai nasi jadi macam ni. Saya speechless. Suami pun pelik, biasa ok je masak nasi, kenapa tiberr tak menjadi.

Lepas tu adik ipar bagitau suami, dia nampak mak dia tambah air dalam periuk lepas saya keluar dapur. Sejak tu, saya dah takde join dia masak. Saya masak kat rumah, bawa yang dah siap je. Tu pun kena cakap lauk beli, baru dia makan. Kalau tak, memang dia jeling – jeling buat muka je kat lauk tu. Kesian lauk.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?