Aku baru je kena marah dengan boss, tengok HP kena m4ki dengan tunang plak. Aku jadi takut

Dalam mesej tu dia marah, m4ki aku dan tuduh aku menggatal dengan lelaki lain. Bila dia dah marah, aku jadi takut. Aku cepat – cepat start enjin kereta nak drive sampai ke rumah dan nak video call dia nak minta maaf. Tapi kereta aku tak boleh start! Aku panik…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, terima kasih admin jika approved. Aku sedih bila baca confession bila si isteri dalam dilema terp4ksa bertahan dalam perkahwinan yang t0ksik dan tak terk3jut pon kalau dah selalu sangat keluar cerita macam ni.

Pertama sekali, kita sebagai manusia kalau jumpa orang dalam masalah macam ni, kita janganlah terus c0ndemn. Jangan menghukvm yang bukan – bukan. Ya, memang satu keputvsan yang salah bila awak teruskan jugak kahwin dengan lelaki tersebut.

Tapi hakik4tnya cinta itu buta. BUTA tuan puan. Ya, aku pernah berada dalam situasi macam ni. Bercinta dengan orang yang panas baran, m4ki hamun, jenis dia saja yang betul, selalu overthinking, penuh dengan drama, kuat merajuk dan mengongkong.

Aku perhati biasa perempuan lah selalu yang ada per4ngai – per4ngai macam ni. Ni terbalik pulak. Aku bertahan. Sampailah kami bertunang. Aku wanita berkerjaya. Sebelum aku kenal dia pon, aku memang workah0lic.

Pantang ada waktu boleh buat OT, aku akan buat OT. Janji tak kacau bila ada plan nak bercuti, family day or me time. Yelah, daripada kau tak buat apa kat rumah tu bosan layan Netflix, baik buat OT. Kalau takde, aku offer diri dengan boss nak OT gantilah sape kawan – kawan yang tak nak OT.

Bila aku jumpa dia, berkawan lalu jatuh cinta. Mula – mula bercinta tu memang semua indah – indah belaka. Bagi orang yang tak pernah bercinta macam aku ni, ‘oh macam ni feeling orang bercinta ek’ haha.. seronoklah rasa dicintai gitu.

Bila aku dah start bercinta, kerja aku slow sikit. Kalau nak OT tu ikutlah kalau si dia kerja, aku akan OT. Kalau dia cuti, for sure aku tak ambik OT sebab kami akan dating. Kena bahagi masa. Sepanjang bercinta, semua OK.

Lepas saja kami bertunang, sikit – sikit per4ngai h4ntu dia keluar. Semuanya tiba – tiba. Tiba – tiba dia merajuk. Tiba – tiba nak marah. Sampai aku sendiri tak tahu mana silap aku. Aku ni jenis eg0 tinggi jugak tapi aku try cool down, sabar, diam, benda boleh bincang.

Aku malas nak bertik4m lidah. Bila dia dah baran, mula lah caci m4ki. Pertama kali dia m4ki aku tu, aku terk3jut jugak. Tapi aku jenis malas nak pikir lebih – lebih. Aku sabar jelah,diam. Mak aku pesan, kalau sorang api, sorang lagi kena jadi air. Makanya aku pon jadilah air.

Dalam hati memang geram rasa nak menjawab saja bila dia marah – marah tu. Yelah, dia tuduh yang bukan – bukan, kita tak buat pon benda tu, tapi disebabkan per4ngai overthinking b0doh dia tu, macam – macam dia tuduh aku.

Aku boleh bersabar dengan semua per4ngai dia, sampailah tahap dia kongkong kebebasan aku. Semua benda aku buat mesti minta izin dia. Kena video call setiap kali nak keluar, tunjuk muka kawan – kawan yang aku keluar bersama tu.

Kalau nak shopping online ke nak apa ke, kena minta izin dia jugak. Alasannya, dia tak nak lepas kahwin nanti aku boros, dia nak biasakan aku beli benda yang perlu. Aku jarang shopping online, sebab aku jenis kedekut.

Banyak duit aku gunakan untuk pergi bercuti dan makan. Sesekali nak shopping online beli beg ke baju ke tapi dia tak izinkan memang aku merajuklah. Dan dia sendiri tahu yang aku jarang shopping online. Dia pernah mintak nak pegang kad bank aku. Aku tak izinkan.

Dia merajuk, block whatssap terus. Aku pon diam jelah. Nak pujuk, dah semua sosiaI media dia block. Aku jenis malas nak overthinking. Akhirnya, dia cari aku sebab nak bincang hal nikah. Selain dari tu, aku mula nampak dia tak boleh bila aku lebih dari dia.

Lebih – lebih lagi dari segi karier. Aku pernah dapat anugerah Employee of the Month, start dari tu dia rendahkan aku. Dia perkecilkan usaha aku, dia rendah – rendahkan semangat aku, bila waktu kerja saja, mulalah dia kacau aku, bila aku tak layan dia merajuk dan merajuk buat diam.

Aku ni bila dah sayang, aku pujuk dia, cari dia, selalu mintak cuti, mc tipu lah semata – mata nak keluar dengan dia, semata – mata nak pujuk dia. Sampailah performance kerja aku drop. Boss dan teammates dah complain. Aku hilang fokus. 24 jam nak kena jaga hati dia.

Aku jadi b0doh, selalu mengaku salah atas kesalahan yang aku sendiri tak tahu. Aku selalu mengalah, diamkan diri bila dim4ki, diherdik. Sebab aku jenis malas panjangkan cerita. Aku banyak berdepan dengan teammates yang majority lelaki.

Dan aku tahu dia kuat cemburu, overthinking. Bila aku tau per4ngai dia ni, jadi aku pun kena berhati – hati. Jangan buat benda yang trigger dia untuk marah, cemburu dan overthinking. Jadi, aku tunaikan semua yang dia nak supaya dia tak overthinking.

Aku tak letak password fon aku. Aku biarkan dia baca semua chat whatsapp aku. Bagi semua password sosiaI media aku. Aku share jadual kerja aku. Apa yang dia nak semua aku bagi. Aku tak nak dia overthinking. Tapi, kami berg4duh jugak sebab dia tak nak aku whatsapp dengan lelaki.

Aku jelaskan dengan dia, itu semua atas urusan kerja, aku tak ada bff laki – laki. Dia sendiri boleh baca satu – satu, sebijik – sebijik chat aku tu. Alasannya, aku boleh padam chat. Aku ni tak suka bazir masa untuk benda – benda remeh ni.

Curang tu menyusahkan. Nak kena selalu berhati – hati. Tahap overthinking dia memang teruk. Sepanjang aku dengan dia aku tak bahagia pon. Aku lebihkan kebahagiaan dia. Asalkan dia happy. Kadang – kadang terasa b0doh pon ada.

Tak apa, janji dia happy. Sampai satu hari tu, dia m4ki aku sebab tak angkat call dia. Aku baru habis meeting, baru habis kena m4ki dengan boss, lepas tu dia pulak m4ki aku. Aku serabut. Dengan kerja, dengan dia, semua benda tak kena.

Balik kerja tu hujan lebat sangat. Aku tunggu hujan teduh sikit sebab aku parking jauh and tak bawak payung. Sementara tunggu hujan teduh tu, aku solat asar. Aku silent fon. Selesai solat, aku tengok fon. 15 missed call. And 1 message. Dia message aku.

“Woi betina, kau tak reti nak angkat call ke? Apa guna beli iphone mahal – mahal kalau tak reti guna? Still kat office? Saje nak borak lama – lama dengan jantan2 kat office tu ke? Lagi best kan borak dengan diorang sampai taknak angkat call aku?”.

Bila dia dah marah, aku jadi takut. Aku lari ke kereta, basah kuyup. Aku cepat – cepat start enjin kereta nak drive sampai ke rumah dan nak video call dia nak minta maaf. Tapi kereta aku tak boleh start! Aku panik and serabut!

Aku rasa nak menangis, takut, kemudian aku tumbvk stereng dan menjerit sekuat hati aku dalam kereta tu. Sebijik macam dalam drama. Nasib baik hujan lebat, orang tak boleh dengar. Aku menjerit lagi dan lagi. Dah penat, aku diam. Aku menangis.

Macam mana ‘lebat hujan’ kat luar, macam tu lah ‘lebat hujan’ dalam kereta. Waktu tu, seolah – olah Tuhan nak aku muhasabah diri. Fikir dalam – dalam. Berbaloi kah semua ni. Semua kesalahannya aku butakan. Dia ‘pijak’ aku semahunya.

Semua yang aku buat, semua salah di matanya. Lama aku fikir. Diam dalam kereta. Hujan m4kin lebat. Dia terus menerus call, aku tak angkat. Message aku dengan m4kiannya, aku tak reply. Aku try start enjin kereta. Hidup!

Adakah ini petanda Tuhan nak beri aku masa untuk aku fikir sedalamnya? Aku drive slowly balik rumah, aku berfikir lagi, dan lagi sepanjang jalan. Sampai saja rumah, aku tenang – tenang, mandi, bersihkan diri. Makan, lepak – lepak tengok TV dulu.

Malam tu sebelum tido baru aku buka fon. Macam biasa, 27 missed calls, 5 messages, panjang – panjang. Caci m4ki macam biasa. Biasanya kalau dalam situasi macam ni, aku yang mengalah, minta maaf, pujuk dia. Tapi kali ni lain sikit. Aku tunjuk per4ngai sebenar aku.

Dia b4bikan aku, aku b4bikan dia balik. Dia p*kim4kkan aku, aku p*kim4kkan dia balik. Dia panggil aku betina, aku panggil dia jantan. SiaI, h4nat, peIacur semua aku baIas balik weh! Puas memang puas! Dia terk3jut. Dia cakap macam ni ke nak jadi bini dia?

Boleh pergi jahanam kau sana. Kau dah buat aku macam alas kaki lagi mau sembang pasal hormat. Aku jenis kalau orang treat aku baik – baik, yes aku layan balik baik – baik. Kalau orang layan aku buruk, aku cool dulu boleh sabar, tapi sampai masa dah tak boleh sabar aku baIas balik.

Dia call aku. Aku get ready nak confront malam tu. Dia tengking aku. Aku tengking balik. Hambik kau semua benda kami ungkit. End up, putvs tunang. Yeay!!! Aku tak sedih langsung. Ya Allah, rasa bahagia sangat – sangat!!

Lepas putvs tunang tu aku hidup macam biasa. Sebab aku bukan jenis nak meratap, menangis – nangis dah. Entah dari mana kekuatan tu datang. Aku move on. Happykan diri aku. Aku minta maaf kat diri aku. Aku dah zaIimi diri aku ni.

Dibiarkan orang pijak – pijak aku. Aku biarkan orang yang aku sayang tak hargai aku. Aku biarkan orang fikir aku jahat, asalkan orang tu bahagia. I am truly sorry, my dear self. Dia masih cari aku. Call aku. Message aku. Sikit pon aku tak layan.

Aku terus block. Buat semak hidup aku saja. Jadi, korang kalau boleh selamatkan relationship korang, tak kiralah masih couple, bertunang walaupun dah kahwin, go for it. Cuba selamatkan. Berbincang elok – elok. Kalau dah tak boleh selamatkan, kesihatan mentaI terganggu, lebih baik angkat kaki, jalan terus.

Hargailah diri korang tu dulu. Tak gunalah kau k0rbankan kebahagiaan kau untuk orang yang tak hargai peng0rbanan kau tu. Kalau belum kahwin, better fikir panjang. Kau mampu ke bertahan untuk jangka masa panjang selepas nikah nanti? Jangan salahkan takdir.

Sebab semua yang berlaku atas pilihan kita juga. Aku bersyukur sangat Tuhan kuatkan aku untuk buat keputvsan ni. Sebab sebelum ni aku takut. Takut dengan dia. Takut kehilangan dia. Takut dia cari lain. Bila pikir balik, entah apa yang nak ditakutkan pon tak tahu.

Kalau betul la orang tu selayaknya untuk kau, dia tak sekat impian kau. Dia akan bebaskan kau asalkan kau pandai jaga diri. Pandai bahagikan masa antara kerja, family dan kawan – kawan. Dia tak m4tikan langkah kau untuk maju ke hadapan.

Dia selalu ada untuk sokong apa saja minat kau. Dia selalu bagi semangat untuk kau terus kuat dalam apa jua keadaan. Dia akan selalu percayakan kau, bersangka baik, tak m4ki dan h1na kau malah berlemah lembut dalam memberi nasihat.

Dia akan hormat pendirian kau. Untuk pengetahuan, aku buat semua yang di atas untuk aku jadikan diri aku layak untuk dia. Tapi sayang, dia pula sebaliknya. Akhirnya, babai lah. Aku rasa cukup dah tahap kesabaran aku.

Lepas putvs tunang tu dia mer0yan. Mungkin dia pikir balik semua kesalahan – kesalahan dia tu. Aku pulangkan semua barang – barang milik dia, tapi dia tak pulangkan pon barang – barang aku. Haha no more turning back.

Tapi aku masih doakan dia berubah dan dapat perempuan yang lebih penyabar dari aku. Sebab orang – orang nars1stik ni sesuai dengan orang – orang yang tinggi tahap kesabarannya. Goodluck la. Aku dah happy dengan diri aku yang sekarang. – Lufya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Najwa Mhsmdn : Jangan cari lelaki yang semua benda dia nak sekat sebelum kahwin. Kahwin tu bukan bermakna kebebasan diri sendiri kehendak diri dah takde. Perasan tak kenapa perempuan saja kena berk0rban untuk kebebasan diri dalam perkahwinan, sedangkan lelaki boleh pulak nak buat apa saja atas tiket dia tu ketua keluarga dan pencari nafkah.

Ingat ya, perhubungan yang sihat bukannya si lelaki bebas dan si perempuannya ibarat dirantai dan dip4ksa fokus kerja domestik seumur hidup. Mereka bukannya haiwan nak kurung di rumah. Mereka pun manusia macam lelaki. Usah kita kata perempuan happy jadi makhluk domestik.

Faranisyah Hakim : Bagus nak…bijak. Tuhan memang bagi petunjuk bila kereta takleh hidup tu.Kalau ikutkan kereta nak meragam, mesti sampai sudah tak hidup. Tapi Tuhan nak bagi awak bertenang dan berfikir. Macam mak awak pesan, kalau sorang api sorang air, Acik tak rasa dia include kan sekali dengan orang yang m4ki hamun.

Sebab normal la kalau pasangan berg4duh. Bila sorang tengah marah, sorang kena diam. Baru sejuk. Tapi kalau sampai tahap mem4ki jangan diam. Stand up for yourself. Sebab orang yang tahap mem4ki dan mencaci ni, bukan normal dah.

Dia akan membuat pasangannya jadi str3ss, rendah diri dan rasa tak berguna. Good for you. Acik doakan nanti awak jumpa seseorang yang baik dan menghargai awak. Ramai lagi orang baik – baik. InsyaAllah.

Aslina Majid : Tatau pasaipa puas hati baca confession ni. Mujur la confessor sedar awal – awal. Tapikan, laki camni la, bila dia nak umpan pompuan lain, dia confirm – confirm akan cerita macam – macam pasai confessor kat gelpren baru dia.

Good luck la gelpren baru dia tu. Orang camni takkan berubah. Once dia boleh control pompuan, sampai bila – bila dia akan control selagi pompuan tu stick dengan dia. Aje giIe belum kawen lagi dah sibuk nak pegang kad bank semua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?