Anak saya pernah nampak suami peIuk adik saya. Jiran nampak suami dan adik saya bermesraan. Suami datang hospital untuk ceraikan saya

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ada gambar mereka berdua dalam telefon, ada mesej tak esnonoh, ada baju dalam kecil tertinggal dalam lori suami. Saya tunjuk bukti dekat keluarga saya tapi mereka salahkan saya, jeles adik lagi cantik..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin, tolong sembunyikan profil saya ya. Ini saya pinjam akaun kawan sebab saya masih belum bersedia nak tunjuk muka sendiri. H4ncurnya hati seorang isteri bila dapat tahu suami sendiri curang. Tapi yang paling meny4kitkan, dia bukan curang dengan orang lain, tapi dengan adik kandung saya sendiri.

Ya, adik saya. D4rah daging saya. Orang yang selama ini jadi tempat saya mengadu, jadi tempat saya bergurau, tempat saya menangis bila tertekan. Tapi rupanya dalam diam dia khi4nat saya. Mereka dah jalinkan hubungan lebih daripada tiga bulan.

Tapi bukan sekadar berkepit atau bergurau manja sahaja, mereka siap tidur bersama. Ya Allah, luluh hati saya. Suami saya bekerja sebagai pemandu lori trailer. Dalam seminggu, dia hanya dapat balik dua atau tiga kali sahaja. Kadang – kadang seminggu terus tak balik.

Dulu saya tak kisah sangat sebab saya percaya pada dia. Saya fikir dia keluar cari rezeki. Tapi rupanya dia keluar cari peluang buat d0sa. Nak saya kenalkan sedikit tentang suami saya. Dulu dia seorang suami yang baik. Gaji semua dia serahkan kepada saya untuk saya uruskan.

Kalau ada lebih, dia akan belikan barang untuk anak – anak. Tapi sejak dia terlibat dengan adik saya sendiri, duit belanja bulanan m4kin berkurang. Kadang – kadang saya terp4ksa korek simpanan untuk beli susu anak, beli barang dapur. Dia pun dah m4kin jarang balik rumah.

Kalau balik pun, sekejap sahaja. Lepas itu terus keluar entah ke mana. Dia m4kin menjauh. M4kin dingin. Saya tahu, tapi saya pura – pura tidak tahu sebab saya masih sayangkan rumah tangga ini. Awal bulan hari itu, dia kena buang kerja sebab ada masalah disiplin. Saya sedih tapi saya kuatkan hati.

Saya ajak dia duduk berbincang. Dia kata nak balik kampung dan tinggal dengan mak bawa anak – anak sebab katanya dia nak bantu jaga anak sementara saya sibuk berniaga di pasar raya. Saya pun setuju, sebab saya fikir bagus juga ada orang tengok – tengokkan anak – anak.

Rupa – rupanya itu hanya helah mereka. Mereka ambil peluang tinggal serumah, buat maksi4t depan anak – anak saya sendiri, di rumah ibu saya. Sampai hati. Saya betul – betul tak sangka. Semua terbongkar masa anak kelima saya s4kit dan terp4ksa dimasukkan ke hospital.

Sepanjang anak saya terlantar dalam wad, suami saya langsung tak bertanya khabar. Saya telefon pun dia tak angkat. Bila saya minta tolong datang melawat, dia marah – marah dan kata saya menyusahkan. Saya terp4ksa berjaga siang malam di hospital.

Tak cukup tidur, tak cukup makan, mental dan fizikal betul – betul letih. Tapi saya masih cuba fahamkan suami. Saya masih harap dia akan berubah dan datang ziarah anak. Tapi yang saya dapat, dia datang bawa berita yang paling meny4kitkan sepanjang hidup saya.

Dia datang ke hospital dan terus beritahu dia nak ceraikan saya. Sebab katanya, dia terlalu sayangkan adik saya. Dia sanggup lepaskan saya demi perempuan yang saya percaya selama ini. Saya hanya tunduk, tak mampu kata apa. Air mata saya masa itu bukan setakat mengalir, tapi macam banjir. Hati saya seperti dih4ncurkan depan – depan.

Dia mengaku sendiri dia dah terlanjur dengan adik saya. Dia cakap dia minta maaf, tapi hati dia tetap memilih adik saya. Saya tanya kenapa sanggup buat macam itu. Dia jawab, semuanya berlaku tanpa dirancang. Hati saya m4kin h4ncur bila adik saya sendiri boleh menafikan semuanya. Tapi Allah Maha Adil.

Beberapa hari selepas itu, Allah tunjukkan bukti satu persatu. Ada gambar mereka berdua dalam telefon, ada mesej – mesej Iucah, ada baju dalam kecil tertinggal dalam lori suami. Anak sulung saya sendiri nampak mereka berdua berpeIukan dalam rumah masa saya tiada. Dan beberapa jiran kampung juga ada terserempak mereka bermesra di beranda rumah ibu.

Hari ini saya kuatkan diri dan pergi ke pejabat agama untuk failkan penceraian. Suami saya setuju untuk lepaskan saya. Dia akui dia memang sudah tiada hati pada saya. Tapi yang paling menyedihkan, keluarga saya tak percaya. Mereka tuduh saya reka cerita. Kata saya cemburu sebab adik saya lebih cantik dan lebih muda.

Saya dah serahkan semua bukti. Pengakuan daripada suami pun saya rakam. Tapi tetap juga saya disalahkan. Saya dituduh sebagai isteri yang tak pandai jaga suami. Kononnya sebab saya terlalu sibuk berniaga, suami cari orang lain. Saya mohon doa daripada kalian semua. Doakan saya terus kuat.

Saya tahu jalan saya selepas ini bukan mudah, tapi saya percaya Allah ada. Saya percaya ada hikmah besar di sebalik semua yang terjadi. Saya nak bangkit semula demi lima orang anak saya yang masih kecil dan perIukan kasih sayang. Buat adik saya, walau apa pun yang terjadi, kau tetap d4rah daging aku.

Aku maafkan kau, bukan sebab kau layak dimaafkan, tapi sebab aku nak tenang. Aku nak terus hidup. Terima kasih sebab buat aku bertukar status, dari isteri orang kepada ibu tunggal. Moga Allah balas semua perbuatan kamu dengan cara yang paling adil.

Dan buat para wanita di luar sana, jangan butakan mata hanya kerana sayang. Jangan bisukan mulut hanya kerana takut kehilangan. Sayangi diri sendiri, dan jangan pernah rasa bersalah bila memilih untuk keluar dari hubungan yang menyakitkan.

Komen netizen :

Akashira : Pesalah sebenarnya adalah suami awak. Dia yang sepatutnya menasihatkan adik awak supaya tidak berkelakuan bagitu. Oleh kerana per4ngai suami tu tidak molek, ada miang sikit maka dia merestuinya. Adik awak tak akan bahagia.

Hari ini dia boleh buat pada awak, hari lain orang buat dekat dia pulak. Kau bercerai je lah dengan suami tu. Ambil fasakh di pejabat kadi. Buat laporan kejadian, kes ini akan cepat selesainya. Awak tak perlu risau sebab awak ada anak – anakkan. Semoga awak terus kuat.

Mumy Jum Taim : Tak apa lah, masing – masing rasa suami yang tak bertangungjawab tu. Kalau hari ini, hari kakak, esok lusa hari adiknya pulak. Allah tu maha mengetahui. Akak yang kena cerai, bangkit kembali demi anak – anak.

Tak usahlah nak sedih dengan lelaki yang tak menghargai.. Dalam hal macam ni sepatutnya ahli keluarga yang lain jangan nak tuduh meIulu hanya kerana nak sokong terus cerita si adik. Itu akak dan adik, anak kandung jadi kena lah siasatlah, siapa yang betul dan siapa yang salah. Semoga kuat. ramai lagi lelaki hati yang baik.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.