Aku banyak berk0rban untuk keluarga isteri, bagi ipar duit, tumpangkan adik ipar 3 tahun. Pelik, kami jadi bahan h1naan, jatuh maruah..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Abang ipar ajak aku pergi makan dekat rumah dia. Bila aku dan isteri sampai, mereka langsung tak layan kami. Abang ipar langsung tak keluar bilik, isteri dia plak main handphone tak bertegur.. H1nanya rasa..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam. Nama diberi Mahmed. Sudah berkahwin. First of all, aku minta maaf kalau luahan aku ni, menyinggung mana – mana perasan korang. Aku tak dak niat pun. Yang baca sampai habis, aku ucap terima kasih sebab sudi baca. Yang komen murni – murni, pun aku ucap terima kasih juga.

Benda yang paling aku menyesal bila aku kahwin ialah aku baik sangat dengan ipar dan mertua aku dan akhirnya bila ipar layan aku dengan layanan yang tak elok, aku kena telan saja macam orang b0doh. Lepas tu mertua aku pula, akan buat – buat tak dengar luahan aku.

Pernah tau abang ipar aku, ajak aku mai rumah dia. Dia buat makan – makan sikit. Abang ipar aku tu, kerja dengan majlis agama okey. Bukan calang – calang. Orang pun panggil dia ustaz. Aku pun pergiIah sebab masa dia jemput aku, aku cakap inshaAllah. Insha Allah kan maksudnya berjanji.

Jadi aku pun pergiIah rumah dia. Dia buat nasi ayam. Nak tahu apa jadi masa aku sampai tu? Dia dengan isteri dia, tak layan pun aku dengan isteri. Aku dengan wife, dok layan diri makan nasi ayam. Wife abang ipar aku duduk dekat sofa sebelah dengan meja makan kami sambil main phone.

Abang ipar aku pula, tak keluar bilik pun layan kami. H1na weyh rasa masa tu. Kerja majlis agama saja, tapi tak tahu ka hukvm memuliakan tetamu? Takkan jahiI sangat. Kalau tak sudi nak terima tetamu, janganlah undang. Betul tak? Aku ingat weyh benda ni sampai bila – bila.

H1na weyh aku masa tu. Masa aku mengadu dekat mertua, nak tahu apa respons dia? Dia buat tak dengar ja. Hahahahaha.. Lawak kan? Pastu sekarang ni, mak mertua aku terkilan giIa aku tak pi rumah abang ipar aku. Mulalah dia salahkan aku dengan isteri.

Satu lagi, anak perempuan dia pernah tau ser4ng aku. Macam – macam weyh dia sembur aku. Tapi aku tak baIas pun. Malas layan. Aku tak hairan pun dia ser4ng aku macam tu, sebab dengan mak dia sendiri pun dia cakap benda pelik – pelik.

Pernah tau dia kata dekat mak mertua aku; “Sebab kau la main dengan bapak aku, tu yang kau dapat aku”. GiIa punya kurang ajar. So aku tak hairan pun dia kata dekat aku macam – macam sebab dia pernah kata dekat mak dia sendiri. Cuma aku ralat lah, bila aku mengadu dekat mertua, mertua cakap;

“Kakak tu dia tulis ja. Ada orang yang suruh dia tulis macam tu. Dia tak tahu apa pun…” GiIa weyh mertua aku back up anak dia. Takkanlah anak h4ng ni tak pikiaq dulu sebelum tulis? Perkara yang aku lagi ralat kan, anak kakak ipar aku nak sekolah, tapi tak dak duit nak beli uniform sekolah, aku yang suruh wife bank in duit dekat kak ipar untuk beli baju sekolah anak dia.

At last, aku juga yang jadi tempat dia m4ki hamun. Hahaha… Dia tak ucap terima kasih, tak pa lagi. Tak minta pun dibaIas. Cuma kalau h4ng dok makan jasa orang, lepas tu h4ng kutuk orang tu, bagi aku h4ng ni takdak maruahlah. Aku, kalau aku benci orang tu, aku malas dah nak minta tolong macam – macam.

Dia tak. Tak dak maruah weyh. Minta pinjam duit apa semua, tapi h1na kami macam – macam. Tak ke b0doh? Satu lagi kan, masa mak mertua aku mai bandar, dia akan stay rumah aku lama – lama. Ada la 2 – 3 bulan. Lama kan? Rumah anak dia yang kerja majlis agama tu, dia mai sehari dua ja. Tu pun time weekend ja.

Weekend pun bukan setiap weekend, tapi ada selang selilah. Kalau dia mai dari kampung, tambang kapal terbang, wife aku bayar. Tambang grab dia dari airport pun wife aku bayar. Untuk pengetahuan korang, wife aku housewife ja. So kalau pakai duit dia tu, means duit aku lah. Aku tak kisah pun bab tu.

Masa mak mertua aku balik pun, aku juga yang hantar dia ke airport. Anak jantan dia pi mana? Entahlah, aku pun tak tahu. Tapi yang sedihnya masa raya puasa baru – baru ni, turn balik kampung belah aku. Mak aku pula masuk wad. Mak aku masuk wad dekat 2 minggu.

So aku dengan wife dok di kampung lama lah. Nak tahu apa mak mertua aku sindir wife aku, bila dia tahu kami nak balik bandar selepas 10 hari dekat kampung; Dia kata; “Laaa, nak balik dah ka? Duduk lah lama sikit nak jaga mertua..” GiIa weyh mulut dia. Punya kurang ajar. Dia lupa kot dia mai bandar, aku yang dok jaga dia.

Walhal dia ada anak lelaki yang duduk dekat bandar juga. Dan nak tahu tak, anak dia (adik wife) duduk sekali dengan aku tau. Dah 3 tahun dah tumpang rumah aku. Dari dok belajar, sampai dah kerja masih duduk dengan aku. Adik beradik aku yang lain pun, tak dak mai tumpang macam ni.

Adik ipar aku tu dah lama dah nak pindah. Tapi mak mertua aku larang. Dia suruh duduk sekali. Tapi tulah, masa aku balik kampung belah aku lama sikit, dia pula tak puas hati. Padahal banyak kot jasa aku dekat family dia. Macam aku cakap tadi, aku tak minta pun dia balas. Bahkan ucapan terima kasih pun aku tak minta.

Cuma dok makan jasa aku, tapi mulut dok kata aku macam – macam tu dah kenapa? Kalau benci, tak payahlah dok makan jasa kita, kan? Jujur aku cakap, aku dah bahagia dengan wife. Tapi bila pihak lain duduk tumpang hidup kami, lepas tu h1na kami macam aku, aku jadi serabut.

Wife aku pun menyesal sebab banyak berk0rban dekat family dia sebab at last, salah sikit (balik rumah mak aku lama sikit sebab mak aku s4kit) dah jadi isu. So nasihat aku dekat orang yang baru kahwin, berpada – padalah baik dengan ipar dan mertua. Jangan berk0rban sangat. Nanti bila timbul konflik, h4ng jugalah yang tak betul. – Mahmed (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Beralah je pasal tu.. Cuma tak payahlah nak minta tolong pada mereka lagi macam kau buat tu. Sebenarnya nampak t0xic jugak circle family tu. Lagi satu, Insyaallah tu maksudnya kalau diizinkan Allah, kalau Dia kehendaki. Tu bukan maksudnya berjanji.

Nora Osman : Lama nau sampai berbulan duk umah menantu.. Pahtu per4ngai cam h4ntu.. tak sedar diri. Wife pun.. tegurlah sket per4ngai tak semenggah mak tu. Hmmm.. btw, memang ada manusia yang serba susah, dibantu, pahtu tak kenang budi.. malahan merajuk / marah pada orang yang banyak membantu dia.. sebab tu ‘sempit’ je idop dia.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.