Kawan suami banyak kahwin dua senyap-senyap. Suami nak tunjuk hero, nak kahwin lagi dengan guru kafa, tudung labuh, kenal dekat OMI

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Waktu aku dekat saloon, esok nak balik raya. Tiba – tiba no suami hantar gambar, gambar pin tudung. Aku tahan, pakai topeng tebalkan muka macam tak ada apa, sambut raya sampai habis cuti. Lepas tu…

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku anak bongsu yang terabai dari kecil disuruh duduk dengan nenek. Sampai masuk alam sekolah baru keluarga ambil aku semula. Biasalah, kena buIi abang akak cakap aku anak pungut. Mak pun tak pernah sebelahkan aku. Ayah je yang selalu pujuk aku bawa naik motor, makan ice cream, tengok laut.

Tapi entah m4kin bertambah umur aku sem4kin tak rapat dengan ayah. Banyak benda kes ayah yang aku rasa tak nak cerita kat sini. Dekat sekolah rendah aku top student. Tiap kali ambil report card, orang lain mak bapak sikit punya bangga kalau anak dia score.

Beza mak ayah aku. Mak akan burukkan aku depan cikgu. Samalah bila depan kawan – kawan dia dan makcik – makcik aku. Waktu kecil aku pujuk hati cakap mungkin mak nak merendah diri. Tapi tipu kalau cakap aku tak terasa. Apa – apa mak akan lebihkan abang. Manja tak bertempat.

Sampai ke tua orang tu kena bela dengan mak ayah lagi. Sekarang dalam pusat, lega lah sikit mak ayah, esok keluar pusat kecoh lagi rumah. Lepas terasa dengan mak banyak benda, aku dah tak rasa nak belajar. Masa tu lah mak p4ksa aku masuk matrikulasi. G4duh besar mak ayah dengan aku.

Bila dah tak ada minat, belajar ala kadar. Result pun setakat lulus je. Aku sambung belajar uni. Kali ni ssngaja aku apply jauh. Cuti sem pun aku tak balik. Zaman akak aku, mak beri duit jajan, jahitkan baju kurung. Kalau ikut logik anak bongsu dah tak ada tanggungan lagi sepatutnya ada banyak boleh dibelanjakan untuk aku. Tapi haremm. Nasib kampus aku boleh pakai baju casual.

Aku ambil ptptn. Tu je lah untuk bayar semua benda. Sekali pun diorang tak pernah datang jenguk aku. Aku konvo pun tak datang. Serius macam bukan anak. Habis belajar tak sempat kerja proper aku dah kahwin. Berangan dah jumpa peneman hidup. Tapi keluar mulut naga, masuk mulut singa.

Mentua tak suka aku. Suami tua 9 tahun dari aku. Ingatkan lelaki berumur matang sikit. Silap. Umur tak menentukan kematangan. Kewangan suami boleh tahan tapi kedekut. Sebelum kahwin bincang keluarga, ayah tetapkan hantaran 10k. Sama macam akak – akak aku 10 tahun lepas.

Mentua senyap – senyap call ayah nego minta kurang. Aku tahu ni lepas majlis waktu aku duduk heart to heart dengan mak ayah sebab aku cakap sepanjang proses majlis tak ada siapa tolong aku pun. A to Z aku urus sorang. Panggil suami tolong tapi mentua cakap diorang kan tetamu. Suami tak datang.

10k tu aku buat bayar majlis. Duit salam kokot ada dalam 7k. Aku dan suami bagi mak ayah. Sebelah suami majlis 5k, suami bayar. Baju dan makeup aku cari sendiri bayar sendiri. Mentua yang dik4takan macam ‘rich’ sangat tu hakik4tnya b40 juga.

Ayah mentua berhutang hampir 1 juta, suami yang bayar atas alasan diorang dah invest belajar oversea dulu. Sikit tak kesian dekat kami yang baru nak mula hidup. Adik beradik lain yang eksyen kerja syarik4t oversea semua sorok. Sembang nak lebat tak nak kalah.

Dari awal kahwin, gangguan orang ketiga ni ada. Banyak benda b0doh aku buat bertahun – tahun ni. Salah satunya masih nak pertahankan rumahtangga aku. Atas sebab konon aku nak jaga hak aku selain aku tak nak akak aku ejek aku. Akak aku pelakor yang dah jadi 2nd wife. Pernah dia m4ki aku cakap satu hari nanti aku akan rasa.

Yang geramnya, akak aku cerai dulu pun sebab ex dia curang. Sekarang dia lah penyebab curang tu. Siapa tak marah. Itu cerita tahun – tahun lepas. Sekarang lantak dia lah. Hidup dia. Dia pun dah ada anak baru. Aku? 8tahun belum ada rezeki anak.

Bila deeptalk dengan suami, dia cakap dia tak kesah pun tak ada anak sebab dia pun tak ready lagi. Dia takut tengok perut perempuan mengandung. Dia ngeri tengok d4rah. Yada yada.. Entah lah. Aku ni penderma d4rah tegar. Pernah buat ujian kesuburan sorang – sorang. Period pun sentiasa teratur. Alhamdulillah semua sihat dari aku.

Aku tak tahu pula dari suami. Bukan nak tuduh dia. Aku rasa dia pun sihat. Memang ini jalan Allah nak bagi dekat aku. Tahun lepas tiba – tiba suami cakap nak kahwin lain. Jenis mudah terikut kawan. Kawan – kawan dia kebanyakan kahwin dua senyap – senyap. Dia lagak hero nak beritahu aku dengan harapan aku bagi green light. Tidak ye.

Aku mintak cerai. Naik turun mahkamah tak selesai sebab dia tak nak ceraikan aku. Sijil nikah dia sorok cakap dah hilang. Meng4amuk aku bukan kepalang. Tapi aku cuba tenang ubat hati sendiri. Perempuan tu guru kafa. Tudung labuh. Kenal dari omi. Jijik dan jauh dah diorang punya kes ni.

Suami bila dengan aku normal je. Tapi tiap kali perempuan ni kacau atau panggil jumpa, dia jadi lain. Selain mak aku, pernah ada orang tegur suruh kami berubat. Tapi aku bukan tak percaya benda – benda macamtu. Aku sendiri diberi kelebihan boleh baca energi orang. Sebab tu susah suami nak menipu, aku boleh tahu.

Mentua tuduh aku paranoid, aku check hp suami. Malas aku nak cakap. Cukup tahu aku orang luar dalam keluarga tu. Sebelum ni bincang bertiga dalam call, dia acah menangis apa bagai. Suami sebelah aku elok je peluk civm cuba pujuk aku. Aku cakap selesai dah tamat putuskan semuanya. Perempuan tu pun beriya janji nak block apa semua. Tup tup bulan puasa kantoi.

Waktu aku dekat saloon, esok nak balik raya. Tiba – tiba no suami hantar gambar see once, gambar pin tudung dan belakang badan suami. Kelakar sangat. Suami macam biasa lah tak mengaku. Balik dari kes tu per4ngai suami memang lain. Aku tahan, pakai topeng tebalkan muka macam tak ada apa, sambut raya sampai habis cuti.

Balik cuti, aku tenangkan hati, tidur. Bangun tidur aku macam diberi petunjuk untuk cari mak ayah dia. Aku post dekat 1 page daerah tempat tinggal dia dalam facebook guna anonymous. Awal – awal ada yang muncul. Aku direct dm minta no. Terang – terang diorang kawan perempuan tu. Terus aku kena kecam berjemaah dalam post tu.

Nasib admin side aku. Aku tak langgar peraturan. Aku cuma cari orang. Admin biarkan post aku tu dan suruh aku padam sendiri lepas aku dah jumpa. Aku akur. Dia cikgu. Mak ayah cikgu. Kampung dia kecil je. Mudah sangat nak jumpa. Keluarga baik – baik tak menjamin anak baik. Mentua aku pun baik – baik, suami pun dari sekolah asrama agama.

Mak ayah aku pun ahli masjid, aku tak lah jahiI sangat. Tapi semua tu tak menjamin apa pun. Ada rakan cikgu ayah dia bagi no mak dia. Direct aku terus call. Cerita semua. Sebelum aku call, dia ada guna fake account dm aku cakap jangan kacau dia dan keluarga dia.

Acah cakap tak nak ganggu aku dan suami lagi. Dia ingat aku nak percaya. Dia text suami mengadu aku cari mak bapak dia. Suami pula tengah nak outstation. Lepas tahu aku betul – betul cari mak bapak dia, suami tiba – tiba akur nak lepaskan aku dengan alasan aku yang nak sangat.

Aku dah ready juga sebenarnya kalau mak dia backup anak sebab aku dah pernah jumpa mak bapak jenis macam tu. Tapi aku cakap dengan sopan, kawal nada suara walaupun tengah marah. Aku pr hebat kot, masih boleh kawal emosi. Mak dia minta maaf. Siap cakap yang mak dia tak nak pun anak dia kahwin dengan lelaki per4ngai macam suami aku.

Entah kenapa aku tersentak. Habis aku? Ingat mak bapak aku nak ke anak dia dalam keadaan macamni? Aku ni kerja tak lah hebat mana. Kerja flaxi dari rumah bergaji kecil. Seribu lebih dari gaji aku khas bayar kereta dan belanja dapur rumah mak aku. Ada baki buat topup barang dapur kadang – kadang suami tak bagi duit. Tak lah kosong sangat.

Suami jaja dekat keluarga dia aku tak bekerja dan semua dia tanggung. Tiap kali balik dia merungut lagak dia bayar semua. Aku diamkan je. Suami beri duit bulanan ikut dia dan ikut bila dia suka. Gaji suami 10k. Sara aku sorang mampu sangat. Rumah tak ada. Kami masih menyewa.

Beri aku 1k ikut nasib kadang – kadang 500. Duit tu aku rolling beli lauk, beli sabun beli makanan kucing, beli barang kereta dia. Aku rasa lebih lagi guna duit aku. Bertahun balik kampung tak ada kereta, aku beli kereta tapi deal guna nama akak aku. Kongsi bayar dengan akak.

Aku setahun boleh kira berapa minggu je balik. Esok dah habis bayar, tengok lah anak akak aku pakai atau aku ambil. Tak decide lagi. Bila dah ada kereta ni aku ingat mudahkan kami bergerak. Tapi entahlah, aku rasa suami pergunakan aku je.

Bila belah mak dia bukan main lama bawa keluarga dia, sikit aku tak berkira. Belah aku kalau boleh dia nak cepat – cepat. Mak ayah aku jenis punctual. Orang lambat ni tinggal je. Sebab tu juga dia sentiasa berkurung dalam bilik bila balik rumah mak ayah aku.

Dari sebab kes perempuan ni, aku nekad kali ni. Suami tak sayangkan aku pun. Kena bawa sedar diri. T0ksik sangat dah kehidupan aku ni. Aku kena keluar. Aku bersyukur juga ada chatgpt sebab aku mengadu semua dan dia bantu aku step by step. Walaupun macam berat rasa sorang – sorang tapi entahlah chatgpt ni buat aku rasa macam ada backup.

Kadang – kadang bukan tak nampak jalan keluar tu, aku cuma nak bercakap dengan sorang yang tak bias. Bantu aku fikir tanpa emosi. Takut nak share masalah dekat keluarga sendiri confirm kena judge, keluarga mentua kena kecam tak side aku orang luar kan, dekat kawan lagi lah tak ada yang boleh percaya.

Sebelum ni aku google, tapi tak jelas sangat kena cari satu – satu. Chatgpt ni bagitau je dia terus beri steps dan links yang berkait. Mudah betul. Aku tulis panjang ni sebab tengah tunggu giliran nak hantar borang tuntutan cerai. Aku dah reprint sijil nikah baru.

Bukan aku tak nak tulis dekat buku journal, aku tak nak orang baca tulisan aku. Kalau kat sini one off je tempat meluah. Nasib lah kalau ada ipar, sed4ra atau sesiapa yang macam kenal aku kat sini. Doakan aku ya. Aku betul – betul cuma nak hidup tenang. Lepas ni banyak lagi aku kena hadap sorang – sorang. Mana doa yang baik – baik semoga kembali buat korang juga. Salam. – Aku (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Kird Ree : Tu ujian hidup kau jugakla walaupun aku pun tak pasti apa problem parents kau tu. Pasal majlis kahwin tu, aku pun taktau kenapa buat besar – besar sampai membazir last – last berhutang. Seronok agaknya. Hidup berumahtangga tu yang lagi penting nanti. Kita ni sentiasa di medan ujian selagi masih hidup. Tapi selalu lah bersyukur kalau kita stay atas landasan agama yang betul walaupun hadap pelbagai ujian. Tu baru kuat dan berjaya insyaallah.

Rainbow Sunshine : Jika melihat sudut sedih, buruk, gagal boleh down. Jika lihat sudut baik, kelebihan dan kejayaan… Rasa syukur.. Di sebalik rasa terpaling teruk lihat ada yang diuji lagi teruk, bila rasa terpaling begus ada je yang lagi bagus.

Bukan untuk meremehkan diri tapi sedar kehidupan sementara ni ujian. Kena banyak bertenang, berdoa dan cari jalan.. Adakah orang yang miliki segala nikmat dunia ni yang paling Allah redha. Adakah mereka yang diuji dengan dugaan berat tu Allah murka..

Renungi kehidupan di Gaza. Keluarga sendiri memulau Keluarga mentua memalu Hidup sendiri agaknya lebih tenang… Jadilah muslimah solehah. Semoga akan hadir hari yang indah, insan yang sayang. Bisik dengan Allah apa impianmu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.