Anak – anak saya terlalu kurang ajar dengan suami saya. Sekalipun suami tak baIas. Suami saya dah keluar dari penjara tapi anak – anak masih anggap ayah mereka penjen4yah..
#Foto sekadar hiasan. Masa muda kita boleh jadi apa saja.. Bila m4kin tua, anak – anak saja la dunia kita. Sama jugak dengan kami. Sapa ja tak pernah buat salah. Suami masa muda kerja dengan ah l0ng. Senang cakap macam s4mseng la. Bila kahwin dengan saya, dapat anak sulung. Dia sangat gembira.
Anak sulung pulak lelaki lagi dia gembira. Selalu dia cerita impian dia nak anak berjaya. Dia tak izinkan saya pukuI anak. Kalau saya marah pun dia akan marah saya balik. Dia layan anak macam raja. Bila anak kian membesar, dia mula faham macam – macam. Anak – anak kami semua pandai – pandai. Cepat tangkap.
Anak sulung masa umur dia belasan tahun, dia dapat tahu ayah dia siapa. Mula la dia tak suka ayah dia. Suami sebenarnya sangat panas baran dengan semua orang kecuali dengan anak – anak. Boleh nampak betapa suami hormat anak – anak dia. Sepatah pun dia tak akan cakap bila anak soal – soal dia even sampai sekarang.
Tapi bila anak sulung m4kin tak suka ayah dia. Dia cakap nak sekolah asrama. Suami terp4ksa akur demi kebahgian anak walaupun suami nak anak depan mata. Anak selalu soal saya, kenapa ibu kahwin dengan ayah walaupun tahu ayah kerja apa sedangkan ibu belajar bagus.
Kenapa ibu b0doh sangat terima ayah. Dah tak de laki lain dah ke dan macam – macam lagi la soalan. Siap suruh saya bercerai dngan suami. Tapi di mata saya, dia la suami dan ayah yang sangat baik. Saya kenal dia luar dalam. Walaupun dia mungkin s4mseng, tapi di rumah hati dia sangat rapuh.
Biasanya, apa anak sulung buat, anak – anak lain akan ikut. Sebab abang ni contoh untuk adik – adik. So dua lagi anak saya, yang bongsu tu perempuan. Anak saya tiga ja semua mula menjauhkan diri dari ayah. Apa – apa ibu saja la. Nak mintak duit ke, kongsi apa berlaku kat sekolah ke. anak – anak hanya rapat dengan saya ja.
Kalau suami ada, masing – masing duduk dalam bilik. Keluar bila suami takde. Kecuali anak sulung. So suami nak anak – anak happy, dia jarang balik. Balik pun lewat malam lepas tu curi – curi pergi tengok anak masa budak – budak ni tido.
Anak – anak kalau ada, suami nak dekat dengan saya pun takut. Sebab ada sekali anak sulung macam pertikai pulak suami keluar dari bilik saya. Bagi anak sulung ni, tak payah dah tidur dengan ayah. Dia akan diam kalau tengok ayah dia tidur dekat sofa. Baru dia lega kot.
Kalau suami tidur kat bilik saya dia tak akan suka. Ada la apa – apa dia tak puas hati. Nak psik0 saya benci ayah dia kot. Katanya takut ibu mengandung. Ya Allah apa benda la budak ni. Dia rasa dia belajar tinggi sangat sampai ingat kami ni b0doh sangat? Kami ni tak fikir saya akan mengandung ke tak.
Rasa malu sangat dengan kata – kata anak. Kalau suami tak tido dengan saya nak tido dengan sapa. Tapi otak anak sulung ni lain macam. Dua lagi anak macam takut dengan ayah mereka. Tapi anak sulung kuat membantah ayah mereka.
Yang sulung ni sentiasa k0ndem ayah dia. Dia berani ja cakap depan – depan ayah dia apa pun dia tak puas hati. Sebab tahu kot suami tak akan buat apa – apa. Suami akan diam ja. Dah hilang rasa takut jauh sekali rasa hormat pada suami.
Senang cakap anak sulung m4kin kurang ajar dengan ayah dia. Dia rasa dia ja betul. Berlagak sangat dengan kerja dan pelajaran tinggi dia. Keadaan ni berterusan sangat lama. Anak – anak yang lain mula duduk asrama. Hubungan dah m4kin rengang dengan kami.
Budak – budak balik masa cuti. Cuti pun banyak dihabiskan tingal dengan nenek mereka. Suami pernah cakap dekat anak sulung, zaman tu bukan mudah nak tinggal dunia tu. Tambah – tambah ada keluarga. Suami kata satu kaki dah langkah, tak senang untuk tarik keluar.
Tapi usia anak yang muda tak mampu faham semua tu. Mula la memandang suami macam orang jahat. Soalan – soalan dia kenapa tak macam tu, kenapa tak macam ni tak mampu suami jawab. Sebab bukan semudah tu untuk tinggal dunia tu.
Tapi sekarang dah lama dah suami tinggal dunia tu. Dah pernah masuk penjara pun. Suami pun dan umur 53 dah. Suami kerja sendiri sekarang ni. Anak – anak pun dah besar. Semua dah berjaya. Pelajaran bagus. Kerja elok – elok.
Tapi masih lagi pandang suami macam penjen4yah walaupun suami dah pernah mintak maaf. Oh ya, kan saya cakap anak – anak akan balik rumah nenek kan. Nenek tu ibu kepada suami saya. Bila mak mertua m4kin tak sihat.. anak – anak lain tak nak jaga. Sebab mak mertua dah nyanyuk.
Tapi suami nak ja jaga walaupun mula – mula cakap rotation. Sebab anak sulung beriya nak bawak jaga. Anak sulung sangat sayang nenek. Tapi anak jarang – anak ada rumah. Mak mertua nyanyuk m4kin teruk. Selalu buat benda – benda tak masuk akal. Contoh macam pergi basuh muka dengan air kotor dalam besen.
Tak nak mandi. Makan tak nak basuh tangan. Pergi gali – gali sampah. So suami akan tegur. Tapi suami kan baran.. Nada dia akan keras. Kalau tak mak dia tak nak dengar. Mak basuh tangan dulu sebelum makan. Mak air tu kotor kan.. Mak dah berapa hari tak nak mandi ni.. Mak jangan sentuh benda – benda kotor.
Nada teguran dia yang keras tu anak – anak tak suka. Bagi anak sulung, suami ni tak hormat mak dia. Tak reti cakap elok – elok. Anak selalu cakap jangan jadi s4mseng dalam rumah ni pulak. Sebenarnya ikutkan hati nak ja saya t4mpar anak saya.. Hanya kerana patuh pada suami saya terp4ksa diam.
Dan telan segala pengh1naan tu. Suami akan cakap, betul la apa anak cakap.. Anak tak salah. Dia yang salah. Tapi bagi saya anak m4kin melampau. Lupa agaknya siapa yang besarkan dia jadi jantan berjaya sekarang. Apa – apa kita cakap, dia akan bongkak cakap berapa dia perlu bayar upah besarkan dia dan adik – adik. Ya Allah s4kit sangat hati ni. Sombong sangat – sangat.
Saya tahu anak sulung sangat sayang nenek. Tapi dia balik sesekali ja. Dia tak jaga sepenuhnya macam kami. Jaga orang tua nyanyuk ni sangat sukar. Bila cucu balik, si nenek mengadu dekat cucu. Ayah kau pukuI nenek. Ayah kau marah nenek. Padahal suami tak pernah pukuI pun.
So anak sulung m4kin benci ayah dia. Mak mertua pun dah lama meninggaI. Anak sulung dah 28 tahun ni. Semalam hari jadi saya.. Anak sulung nak bawak kami makan kat luar. Saya cakap kalau ayah tak ikut ibu pun tak akan ikut. Sebab memang selama ni diorang ni tak akan ajak pun ayah diorang.
Ayah pun tak akan ikut. Tahu budak – budak ni tak selesa. Anak – anak memang baik jaga saya. Sayang saya. Belikan itu ini.. Saya ni dah pernah pergi macam – macam negara anak bawak. Tapi anak – anak tak pernah faham saya tak bahagia tanpa suami di sisi.
Saya lagi gembira pergi makan w4rung depan ni ja kalau tu dengan suami. Tapi bagi anak – anak, saya mungkin terp4ksa kahwin dengan dia. Tapi anak – anak tak faham saya cintakan suami. Bukan saya terp4ksa. Apa pun kita pujuk, budak – budak akan cakap. Ayah tak selesa tak payah bawak ayah.
Macam – macam lagi la. Suami pulak akan pujuk saya.. Pergi la dengan anak – anak. Bagi budak – budak happy. Nanti kita pergi berdua pulak. Macam tu la dia pujuk. Akhirnya saya terp4ksa ikut kata suami. Saya tak pernah merasa makan sekali semua sekeluarga sebagaimana orang lain. Sedangkan tu yang saya nak.
Tapi bagi suami kebahagian anak – anak ja utama, bagi anak – anak pulak kebahagian mereka yang utama. Tapi kebahagian saya, siapa pun tak pernah fikir. So kali ni saya keras, kalau ayah tak ikut tak payah ikut. So akhirnya anak – anak ni diam ja la kata ok.
Tu pun suami tak nak. Pujuk punya pujuk suami setuju la. Tapi dia cakap dekat – dekat dah la. So pergi la satu kedai makan ni. Dalam kereta ada la suami tanya anak pasal kereta. Ye la, anak pakai kereta mahal. Anak cuma jawab sepatah – sepatah ja. Tak tahu la kekok ke apa ke. Last – last masing diam.
Masa makan biasa la, anak perempuan bawak kek suruh p0tong. Rasa la jugak bahagia sekejap. Suap kek dekat anak – anak dan suami. Anak selfie ada semua orang. Tu la kot gambar pertama kami 5 orang ada sekali. Sebab tak pernah ada gambar sekeluarga.
Lepas makan, suami tegur satu makcik ni. Suami tanya dah makan ke makcik. Lepas tu anak sulung marah. Dia kata mak sendiri tak pernah tanya makan ke tak. Tapi sibuk nak tanya orang lain. Suami diam ja la. Saya tak tahu la sampai bila nak macam ni. Saya nak keluarga saya bahagia macam orang lain.
Baik suami mahupun anak – anak, masing baik – baik dengan saya. Tetapi sesama mereka, tak boleh nak ngam. Suami saya dah menyesal dengan past dia. Tapi anak – anak ni tak nak faham. Tak tahu la budak – budak ni fikir apa.
Saya fikir macam keadaan suami kalau saya ni pergi dulu. Suami melawak kata anak – anak tak mungkin nak jaga abang. “Biar abang dok rumah orang tua la. Lepas tu dia diam. Dia cakap salah yang kita buat masa hidup ni macam bayang – bayang. Sampai m4ti akan ikut kita. Menyesal pun tak guna. Abang ada anak – anak pun macam tak de jugak.
Abang cuma ada sayang ja. Kalau sayang pun dah takde. Hidup abang dah takde makna.. Abang selalu harap abang yang pergi dulu. Sebab tak tahu dah macam mana nak hidup kalau sayang pun dah takde.” Tapi saya cuma harap biarlah kami berdua pergi sama – sama. Tanpa suami saya jugak tak bahagia. anak – anak akan ada kehidupan mereka sendiri. – Sal (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shayna : Allah bagi rezeki berilmu, ada kerja yang baik, tapi adab sangat kurang. Ayah tu dah tak buat lagi dah kerja tu. Kira settled dah la. Manusia ni kadang suka menghukvm orang lain lebih daripada Tuhan. Sudahlah Ayah sendiri. Melampau betul.
Kalau saya jadi tt, dah lama saya bertegas tentang layanan mereka kepada suami. Tak perlu sampai memukuI tapi kalau kerap tegur insyaAllah tidaklah anak – anak tu jadi benci sangat. Ini dah besar panjang memang payah dah la.
Salina Gunawi : Astaghfirullahalazim… zaIimnya anak – anak itu. Sedih sungguh saya membaca. Kenapa mereka tidak terfikir betapa sayangnya ayah mereka terhadap mereka. Sanggup telan semua cemuhan dan perlakuan tidak sopan mereka.
Siapa pun ayah dan ibu kita dari merekalah kita lahir. Kemewahan yang kita kecapi hari ini adalah hasil dari kesungguhan mereka membesarkan kita. Mereka lupa jika nenek yang mereka sayang menjaga ayah mereka dengan sebaik baiknya mesti ayah mereka tidak pergi jauh dari landasan.
K3jamnya mereka bila sanggup hanya bawa ibu berjalan dan makan – makan sedangkan ayah dibiarkan keseorangan. Saya doakan agar anak – anak Sal cepat sedar akan kesilapan mereka. Hidup kita ni tidak menongkat langit jadi saya harap mereka insaf sebelum terlambat.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.