Bagi cucu makan sebab ‘lapar’, anak usia 25 hari pergi selamanya. Saya tak dapat maafkan ibu mertua!

Suami janji nak bawa saya berpant4ng rumah mak saya tapi keluar hospitaI dia bawa balik rumah mentua. Anak asyik menangis sebab terganggu dengan keadaan yang sangat bising tapi mentua suruh bagi anak makan sebab baby ‘lapar’. Satu hari saya tertidur dan langsung tak sedar, bila bangun tengok anak dah tak ada, rupanya dengan ibu mentua. Saya menangis bila ibu mentua cakap dia bagi anak saya makan sebab anak asyik menangis…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, kisah ini sekadar perkongsian peristiwa yang terjadi pada diri sendiri.. Tanggal 20 April yang lalu saya telah seamat melahirkan anak secara czer sebab baby dah tertelan n4jis.

Dalam 20 hari baby saya duduk di wad dan terp4ksa on antibi0tik. Saya berpant4ng di rumah mentua. Pada awalnya semua berjalan lancar walaupun s4kit tetap gagah ulang alik ke hospitaI untuk susukan anak. Husband janji lepas anak keluar ward nak hantar saya berpant4ng rumah mak saya sebab saya tak selesa tinggal di rumah mentua dengan keadaan yang amat bsing.

Akhirnya anak alhamdulilah dapat keluar hospitaI, saya ingat husband akan terus hantar balik kampung, rupanya tak. Dia terus balik rumah mak dia, saya pujuk hati tak ape nanti mungkin dia akan hantar (rumah mak saya).

Seminggu anak balik macam – macam yang saya kena hadapi dengan keadaan rumah yang bising dengan anak – anak saud4ra dia yang terlalu buas sampai baby saya selalu menangis sebab tidur terganggu. Biasalah budak, kadang – kadang sengaja je mereka buat bising nak suruh baby saya bangun.

Masa ni em0si saya dah mula terganggu dengan tak tidur berjaga malam, anak asyik menangis dan part paling serabut ibu mentua dan ayah mentua dah mula bising suruh bagi anak makan, katanya anak menangis sebab lapar..

Baby saya baru berusia “25 HARI” besar mana perut? Mula – mula saya tak endah, tapi tiap kali baby nangis mereka p4ksa husband dan p4ksa saya suruh bagi anak makan. Husband tak layan begitu jugak dengan saya. Mula la mereka membebeI cakap saya ni tak nak dengar cakap.

Katanya orang dulu – dulu ok je bagi anak sekecil itu makan. Saya mula hampir – hampir mer0yan, suami dah kena pergi kerja, jadi saya kena hadap semua ni sendiri. Satu hari entah macam mana saya terlelap ibarat gunung berapi pon tak sedar sebab berhari – hari tak tidur tapi bila saya sedar tengok baby tak ada rupanya ada dengan ibu mentua, dia siap cakap.

“Ni anak ko dari tadi melalak sekarang dah kenyang. Itu la mak suruh bagi makan tak nak, tengok mak bagi molek je diam.” Perasaan saya waktu tu bagai nak luruh jantung, saya ambik baby dan dakap sambil nangis. 2 hari lepas tu baby asyik menangis dan demam.

Malam tu dia menangis tanpa henti muka dah kebiruan. Cepat – cepat kami bawa ke hospitaI, sampai sana (hospitaI) anak dah nyawa – nyawa ikan, mengucap panjang doktor bila tahu bayi seusia 25 HARI diberi makan dan akhirnya anak saya pergi untuk selamanya sejam kemudian.

Doktor cakap usus dan perut anak hampir pecah, disuap seakan nasi dan untuk pengetahuan semua, INI BUKAN KISAH REKAAN, INI YANG BARU TERJADI DALAM HIDUP SAYA! Hampir 6 bulan telah berlalu tapi terlalu sukar untuk saya maafkan ibu mentua, kej4mkah saya???

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata bersimpati dan kesal dengan apa yang berlaku. Kesilapan dan punca dari orang lain telah menyebaban si penulis kehilangan anak tersayang.

Pasti sukar nak digambarkan, semoga penulis terus kuat dan bersabar. Kisah ini sedikit sebanyak dapat dijadikan ikhtibar kepada masyarakat di luar sana. Ramai sebenarnya yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa. Lebih baik mencegah dari berlaku perkara yang tak diingini.

Komen Warganet :

Dhia Sofea : Saya pernah sekolahkan suami dan mak saya sendiri sebab disuruh anak yang usianya 2,3,4 bulan tu makan. Sebab katanya mak dulu – dulu bagi je makan elok smpai ke besar. Kenyang sikit, tidur lama, tak menangis.

Sekarang ni saya tak kira siapa, memang saya lazer je cakap. Peduli la nak kata apa pun, kalau mertua atau ipar cakap, senang saya nak cakap balik. Saya memang tegas bab – bab macam ni, kalau anak s4kit, saya yang susah, kena jaga tak tidur malam, diorang nak tolong jaga ke?? Kalau setakat tolong tengok je anak buat apa kan. Tak payah dengar cakap orang, buat je ikut keselesaan dan keseIamatan anak beranak.

Lynn Abd Rahman : Kalau aku, dengan laki sekali aku ungkit sampai bila – bila! Sebabkan sikap laki yang tuIi telinga, nyawa anak dah tergadai. Sebab mak mentua bod0h bang4ng abadi, nyawa anak aku tergadai. Memang aku dend4m sampai bila – bila, tengok lah.

Muka pun aku tak hingin nak tengok. Aku bukan manusia yang tak ada perasaan bukan jenis mudah pemaaf apatah lagi benda tu terang lagi bersuluh salah. Entah sampai bila boleh terawat s4kit hati tu

Amiera Faiqah : Tak dapat nak bayangkan. Anak duduk dalam kandungan selama 9 bulan. Tetiba dah keluar pergi macam tu je oleh sebab per4ngai ibu mertua. Kalau terjadi dekat diri sendiri tak tau lah tahap mer0yan macam mana. Semoga sis tabah dengan ujian Allah.

Nur Hamizah : Yang kej4m tu mungkin suami. Mak mertua tu dah tua mungkin dah nyanyuk, mungkin dah tak tau baik buruk. Si isteri pula tak ade kuasa nak bangkang kata suami. Si suami yang ada kuasa, waras, sihat kenapa tak guna akal yang ALLAH bagi untuk faham yang ibunya tu berkemungkinan akan bertindak tidak waras, dan sewajarnya tidak berpant4ng di rumah ibunya. Sedihnye, janagn pandang remeh bab – bab ni. Ini melibatkn nyawa anak tau.

Matahari Aisya : Tak faham kenapa ada manusia yang sibuk betul nak bagi anak orang makan. Tak kira la berapa pun umur anak tu. Bila dah jadi macam ni, boleh ganti balik ke anak orang tu. Eh geramnya dengan manusia macam ni. Sebab tu berpant4ng di rumah mak sendiri lebih bagus. Rehat pun cukup. Kalau ada rezeki lagi saya akan berpant4ng di rumah mak saya sendiri..

Flora Bndg : Sama kes ni dengan saya masa anak pertama. Mak mentua saya suruh bagi makan makan bubur bertapis masa umur baby baru 1 bulan. Macam tu juga alasan dia sebab anak saya selalu nangis kononnya lapar.

Hanya tuhan yang tau perasaan saya masa tu dan yang paling saya tidak boleh terima dia larang bagi susu badan sampai bengkak susu saya. Kalau bagi susu nanti s4kit perut baby tu sebab kita makan macam – macam. Punya koIot pemikiran macam ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.