Roomate asyik mengadu bilik busuk. Masa dia takde aku selongkar almari dia, bau busuk datang dari situ

Lepas seminggu duduk sebilik, Salwa asyik mengeluh bilik kami bau busuk. Dia siap tuduh aku tak buang sisa makanan. Peliknya memang ada makanan bawah katil aku, dah berair, ada yang dah berulat. Aku terp4ksa turun bawah buang. Sampai bawah aku terjumpa warden..

#Foto sekadar hiasan. Hari pertama menginap di asrama adalah satu pengalaman yang sangat meletihkan. Semua benda nak kena buat dalam masa satu hari. Daripada tukar cadar, cuci cadar, tepuk – tepuk tilam buang habuk sampailah ke kabinet.

Semua nak kena kemas. Belum lagi almari baju yang dah berapa orang tuan telah guna pakai. Alhamdulillah saya Allah SWT permudahkan urusan saya. Saya dapat katil yang bersih tidak berhabuk. Almari baju dan kabinet kecil tempat letak barang pun bersih dan masih elok.

“Lama ke tinggal sini?” Soal kawan sebilik yang baru saya kenali. Saya namakan dia sebagai Salwa bagi memudahkan saya bercerita.

“In Sha Allah dah gaji nanti rasanya nak duduk luar. Tengok lah dulu kalau ada member yang nak shared sewa…” Jawab saya pula. Salwa kembali ke katilnya yang agak bersepah itu. Duduk berteleku sambil memandang saya.

“Banyak nak kena buat ni. Untung awak dapat katil bersih dan gerobok yang molek…” Rungut Salwa.

“Siapa dulu dia yang punya lah…” Seloroh saya sambil ketawa perlahan.

“Tak pa… Nanti saya tolong awak kemas. Saya buat saya punya dulu yer…” Pujuk saya kembali bila melihat Salwa tersenyum kelat. Kerja kemas mengemas menjadi sangat pantas kerana dibantu oleh Salwa. Selesai mengemas di bahagian saya, giliran saya pula membantu Salwa mengemas.

Benar jangkaan kami, banyak benda perlu tukar dan buang, ia mengambil masa yang agak lama. Tilam, batal, kabinet kecil dan katil perlu di ganti dengan baru kerana semuanya sudah rosak dan di makan kulat. Mungkin penghuni lama tidak jaga dengan baik.

Buka sahaja almari, kelihatan baju – baju lusuh masih tersangkut pada ‘h4nger’. Dalam kabinet juga masih ada tinggal tin – tin sardin dan susu kotak yang sudah luput tarikh gunanya.

“Ishhh… Berapa lama dah bilik ni tak berpenghuni eh?” Rungut Salwa sambil tangannya ligat mengutip tin – tin dan kotak susu itu untuk dibuang.

“Baru dua minggu sebab tadi masa ambil kunci bilik, warden kata orang yang duduk sini baru keluar dua minggu lepas sebab dah habis kontrak…” Jawab saya yakin.

Seminggu duduk sebilik dengan Salwa, semuanya berjalan dengan sangat baik. Salwa merupakan seorang yang sangat pembersih dan cermat. Salwa juga seorang yang ringan tuIang kerana selalu tolong buangkan sampah jika saya terlupa untuk membuangnya.

“Dik… Jangan lah tinggal sisa makanan atas meja tu. busuk lah…” Awal pagi tu lain pula kisahnya. Salwa bising – bising menuduh saya yang meninggaIkan sisa makanan atas meja.

“Eh bukan saya lah yang makan tu. Saya makan luar tadi.. Balik kerja terus makan…” Jawab saya perlahan.

“Habis tu tak kan saya pulak yang makan…” Bising Salwa lagi. Oleh kerana saya tidak suka mendengar orang berleter, saya bangun untuk membawa sisa tersebut keluar.

“Eh dah berulat. Macam dah lama tinggal…” Bisik hati saya. Hati saya sudah mula bimbang jika ada sesuatu yang tidak kena dengan bilik kami.

“Dik… busuk lah bilik ni… Ada sampah yang tak buang ke?” Malam seterusnya juga begitu. Salwa melilau di sekitar bilik mencari punca bau tersebut.

“Mana ada.. Saya tak bau apa – apa pun…” Ujar saya sambil memerhatikan Salwa yang sibuk ke sana ke sini seperti mencari sesuatu yang hilang.

“Apa ni dik…? Makan buang macam ni jer? Janganlah malas sangat…” Tiba – tiba Salwa menarik bungkusan yang sudah berlendir daripada bawah katil saya.

“Eh… Saya….”

“Buang sekarang… busuk lah…” Salwa memintas percakapan saya sebelum sempat saya jelaskan bahawa bungkusan itu bukan saya yang punya. Memandangkan memang bungkusan itu berada di bawah katil saya, bermakna saya lah yang kena buangkan. Jam 2 pagi saya terp4ksa turun ke bawah untuk membuang bungkusan makanan yang sudah berlendir itu ke dalam tong sampah.

“Buat apa pagi buta kat bawah ni?” Warden yang entah daripada mana tiba – tiba muncul di hadapan saya.

“Buang ni…” Jawab saya pendek sambil mengangkat bungkusan itu.

“Jangan merayau, naik terus lepas ni.” Warden itu menghantar saya sampai ke lif untuk memastikan saya selamat. Saya hairan kenapa sejak akhir – akhir ini pelbagai perkara pelik berlaku di dalam bilik saya. Kenapa saya pula yang dituduh sebagai pengotor sedangkan sisa – sisa makanan itu bukanlah milik saya.

Tetapi tidak mungkin juga milik Salwa kerana kebiasaannya saya yang akan sampai dahulu sebelum Salwa. Suatu hari saya ambil keputvsan untuk ponteng kerja. Setelah melihat Salwa keluar, saya kembali ke bilik saya untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan bersih.

Setelah saya berpuas hati saya keluar semula dan duduk di kedai yang berhampiran untuk melihat sekiranya ada Salwa pulang sebelum saya. Bermula jam 8 pagi sampailah ke jam 12 tengahari saya duduk di situ, kelibat Salwa tidak kelihatan.

Saya merayau – rayau di kedai – kedai yang berhampiran sampailah jam 5 petang. Ternyata Salwa tidak pernah pulang sebelum saya. Rasa bersalah pula kerana tuduh Salwa yang bukan – bukan. Bila tiba masa balik, saya pun terus balik ke bilik.

Selang 30 minit, seperti biasa, Salwa pun tiba. Salwa masuk, meletakkan beg, senyum kepada saya lalu mencapai tuala dan keluar semula untuk mandi tanpa menegur saya sama seperti kebiasaan. Hampir 30 minit Salwa keluar, dia pun kembali ke bilik.

Masih tidak menegur saya. Saya hanya diam, menghorm4ti perasaan Salwa yang mungkin inginkan ruang setelah hampir seharian bekerja. Saya membuka novel melayan perasaan sambil menunggu sekiranya Salwa merungut jika ada tercium bau busuk seperti hari – hari yang lalu.

Melihat tidak ada sebarang masalah, saya pun mengambil keputvsan untuk keluar makan malam kerana saya sudah berjanji dengan kawan bilik sebeIah untuk makan malam bersama. “Saya keluar kejab yer. Nak pesan apa – apa tak?” Salwa menggelengkan kepalanya.

Setelah hampir 3 jam saya keluar, saya kembali ke bilik. Salwa tidak di dalam. Saya lega kerana malam itu saya tidak perlu mendengar Salwa berleter lagi. Tiba – tiba hidung saya pula yang terhidu bau busuk. Seperti ada makanan yang telah basi tersimpan lama.

Saya pula yang melilau mencari daripada mana punca bau tersebut. Semua tempat saya cari tapi masih tidak ketemu. Setelah penat mencari, saya duduk di katil memperhatikan tempat tidur Salwa. PerIukah saya memeriksa di kawasan tersebut sedangkan Salwa tidak ada di situ.

Saya perhatikan kawasan Salwa, kemas dan sedap mata memandang. Cadarnya yang tidak berkedut, baju yang tersusun rapi dan kabinet kecil yang berkilat kerana sentiasa di bersihkan. Walaupun saya juga rajin mengemas tetapi tidaklah serapi Salwa.

Bau tersebut sem4kin kuat dan meloyakan. Agaknya beginilah perasaan Salwa sebelum ini. Sambil mata saya melilau melihat tempat tidur Salwa, mata saya tertumpu pula kepada cermin muka di hujung kepala katil Salwa.

Tertutup dengan tuala. Seperti kebiasaan yang dilakukan sekiranya ada kem4tian berlaku, setiap cermin yang ada di dalam rumah akan ditutup dengan kain. Saya bangun perlahan menuju ke arah kepala katil Salwa.

Bau busuk itu sem4kin jelas masuk ke salur pernafasan saya seolah – olah datangnya daripada almari pakaian Salwa. Saya dekatkan hidung saya kepada pintu almari Salwa dan dapat saya rasakan seperti ada sesuatu di dalamnya.

Telinga saya mula menangkap bunyi seperti sesuatu sedang mengunyah makanan. Saya berundur ke katil saya sambil membaca ayat – ayat lazim dalam solat. Bau busuk itu sem4kin kuat menuusuk hidung. Tiba – tiba pintu bilik saya dibuka dan Salwa melangkah masuk sambil menjeling kearah saya.

Sebaik sahaja Salwa melangkah kaki masuk ke bilik, bunyi bising dalam almari pakaian Salwa dan bau busuk itu hilang serta merta.

“Belum tidur ke?” Soal Salwa.

“Belum… Dah makan?” Saya berbaIas soalan.

“Dah… Tidur lah… Esok kerja…” Kata Salwa sambil meletakkan kepalanya di bantal.

Saya akur kerana berasa lega Salwa sudah balik. Hilang sikit perasaan takut saya pada malam itu. Walaupun begitu mata saya tetap tidak mahu lelap. Saya menarik selimut menutupi seluruh badan saya kerana tidak mahu Salwa tahu yang saya masih berjaga dek kerana terganggu dengan bunyian dan bau busuk tadi.

Kreeeekkkkkk…. Pintu almari pakaian Salwa terbuka. Salwa bangun daripada perbaringan dan masuk ke dalam almari tersebut. Bulu roma saya berdiri tegak dan di dalam almari tersebut terdengar seperti sedang menahan s4kit.

Suara halus Salwa kedengaran begitu jelas. Saya hairan kenapa sebelum ini semuanya baik – baik sahaja dan kenapa tiba – tiba benda ini terjadi. Saya bangun dari katil dan beranikan diri membuka pintu almari tersebut… Saya mesti tolong Salwa.

Betapa terk3jutnya saya bila melihat Salwa lesu tidak bermaya. Tetapi Salwa hanya keseorangan tidak ada sesiapa atau sebarang makhluk pun bersama dia. Saya tarik Salwa keluar dan tiba – tiba tangan saya pula ditarik oleh sesuatu masuk dalam almari tersebut lalu tertutup pintunya.

Saya menjerit sekuat hati tetapi sayangnya suara saya hanya setakat dalam almari itu sahaja. Saya beranikan diri membaca Ayatul Qursi, saya azan , berzikir, bertahmid dan bertakbir di dalamnya. Walaupun almari itu kecil tetapi pada malam itu almari tersebut ibarat bilik yang gelap dan sangat luas.

Saya beranikan diri membuka mata. Jin tidak boleh membunvh manusia. Tugas mereka hanyalah menyesatkan umat manusia tetapi bukanlah membunvh… Saya tekad untuk meIawan. Bila saya buka mata, ada lembaga yang kurus, cengkung dan tinggi sedang berdiri di depan saya.

Dia merenung mata saya sambil menyeringai menunjukkan gigi yang panjang dan runcing. Saya berdiri menetapkan kaki dan mengucap 2 kalimah syahadah sekiranya saya tewas malam itu maka m4ti saya adalah sebagai umat Islam. Dia hanya diam dan terus ketawa seolah – olah bacaan ayat – ayat suci itu tidak mampu mengusir nya.

“Jika hanya menghafal tanpa tahu maksudnya… Ia tidak boleh membunvh… Apabila tahu maksudnya tetapi hati tidak tenang ia tidak mampu mengh4ncurkan…”

Teringat pesanan makhluk yang pernah bersama saya satu masa dulu, lantas saya menarik nafas perlahan. Saya tutup mata rapat serapat nya. Saya cuba mengawal perasaan takut dan em0si saya. Sekali lagi saya membaca Ayatul Qursi, berzikir dengan sangat tenang sehingga saya dapat mendengar bunyi air sungai mengalir dan desiran angin.

Makhluk itu lenyap bersama jeritan kemarahan yang sangat nyaring. Bila saya buka mata, saya sudah ada di dalam almari yang sempit dan padat. Saya memanggil Salwa supaya tolong buka pintu tersebut maIangnya tidak ada jawapan daripada luar. Lama saya tunggu akhirnya saya tertidur.

Tiba-tiba…

“Adik… Buat apa dalam tu? Macamana adik masuk pintu almari bermangga dari luar?” Setelah pintu almari dibuka, Salwa mengajukan soalan pelik terhadap saya.

“Malam tadi bukan ke…?”

“Ya Allah, dah 3 hari saya tak balik… Awak tak baca ke mesej saya? Nenek saya meninggaI dunia… Tu tengok saya tutup cermin sebab menghorm4ti arw4h nenek… Kenapa awak duduk dalam almari saya?”

Saya menceritakan apa yang saya alami kepada Salwa dan dia hanya ketawa bersahaja. Mungkin tidak percaya dengan apa yang telah saya lalui sepanjang 3 hari tinggal dengan makhluk yang menyerupai Salwa. Apabila ketawa Salwa reda barulah dia bercerita bahawa neneknya ada pendamping.

Mungkin makhluk itu sedang mencari pew4ris memandang kan Salwa adalah cucu tunggal perempuan mungkin dia terpilih. Tetapi Salwa tidak pernah sanggup untuk menjadi pew4ris pendamping tersebut. Patutlah cadar dan katil Salwa kelihatan sangat rapi sebab Salwa sudah 3 hari tidak balik dan bau busuk itu datangnya daripada makanan yang Salwa simpan di dalam kabinet terlupa nak buang sebelum balik ke kampung.

Salwa juga mengatakan dia tidak pernah guna almari tersebut untuk menyimpan pakaian memandangkan sewaktu mengemas dia terjumpa bungkusan – bungkusan tuala wanita yang tidak dicuci dalam almari tersebut. Busuk, hamis dan menjijikkan.

Jadi almari tersebut dibiarkan kosong. Cuma tadi ketika dia masuk ke bilik terdengar seperti orang berdengkur dalam almari sebab tu dia buka… Dengkuran yang comel yer.. Patutlah juga warden memandang saya dengan pandangan yang pelik kerana tidak ada bungkusan pun di tangan saya pada pagi itu sewaktu dia terserempak dengan saya di tingkat bawah untuk membuang sampah.

Sebelum saya tamatkan penceritaan saya, ingin saya berpesan kepada para pembaca, jangan sesekali membiarkan ada ruangan kosong dalam rumah kita walaupun ianya hanya seluas almari kerana makhluk halus akan sentiasa mencari ruang untuk menjadi penghuni, lebih – lebih lagi jika kawasan itu merupakan kawasan terbiar dan kotor..

Oleh sebab itu jugalah harus sentiasa menjaga kebersihan ruang di bawah katil, jangan dibiarkan berhabuk, bersawang dan terdapat sampah sarap yang dibawa oleh tikus atau binatang – binatang kecil yang lain kerana makhluk halus juga (jiin) sangat gemar menetap di tempat seperti itu

Seperti sedia maklum, apabila meninggaInya seorang pembela saaka, bermakna saaka dia telahpun melepaskan dia. Terpulang samada sudah ada pew4ris ataupun berlegar – legar mencari pew4ris yang baru (terlepas disebabkan perubatan Islam dan sebagainya).

Saaka ini akan menyerupai tuannya. Seperti orang dulu – dulu yang ada saaka. Dia gunakan saaka untuk bekerja, berper4ng dan sebagainya ibarat kata menggantikan kerjayanya yang berat manakala tuan saaka boleh berehat – rehat dan bersenang – lenang di rumah.

Jadi seperti kes Salwa, kemungkinan besar Salwa sudah pun mew4risi saaka arw4h neneknya tanpa dia sedar. Sebab benda tu dah berani menggantikan tempat Salwa pada mata saya. Saya tidak bertanya kepada rakan – rakan yang lain adakah mereka juga ‘nampak’ Salwa di sepanjang 3 hari itu bagi menghorm4ti perasaan Salwa dan demi menjaga aib dia. – Oleh Mayang Sari

Komen Warganet :

Noorihsham A Rahim : Pernah berlaku di tempat saya, anak tidak mahu menerima saaka ibunya selepas ibunya meninggaI dunia. Boleh dik4takan setiap malam, ada makhluk mengetuk pintu dan berdiri tegak di hadapan pintu rumah anaknya. Boleh dik4takan ramai yang nampak. Lama juga makhluk tu berkeliaran di kawasan kampung. Maka, apabila malam menjelang tiba.. sunyi sepi kampung

Ruhaiza Samsudin : Allah.. patut lah bilik stor dan bilik belakang kuarters kami tu sesuatu sangat… sebab jarang sangat – sangat masuk situ. Berdiri kat pintu je pun boleh rasa aura tak best. Saya rasa bila saya cakap je ni pun MS boleh tau dan rasa kan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.