Sejak PKP tempat kerja suami dah tak ada OT. Gaji pun kurang dari 2k tapi mertua asyik minta duit untuk sara mertua, kakak – kakak dan abang ipar. Tak cukup duit gaji dan tabung simpanan akhir kami, duit i-sinar suami 10k habis bagi dekat mertua. Sangkaaan saya tepat duit tu masih tak cukup..
#Foto sekadar hiasan. Hi Assalamualaikum warga Facebook. Izinkan aku perkenalkan diri. Aku seorang ibu kepada 3 orang anak. Yang paling kecil baru berusia 2 tahun. Aku baru saja sambung belajar ijazah dalam bidang international business secara part time di salah sebuah IPTA.
Suami aku pula hanyalah seorang posmen. Ya. Dia hanya posmen. Namun dia seorang yang ringan tuIang. Bila minta tolong, tak pernah sekalipun dia menolak. Tambah pula dia seorang yang peramah. Orang – orang tua suka sangat kalau jumpa dia.
Berbalik kepada tajuk, kenapa aku kata “Berjumpa dengan lelaki yang tepat diwaktu yang salah”? Sebab dari mula aku kenal dia, selama 17 tahun, dia tak pernah culas bab menafkahi ibu bapa dia. Ya! Menafkahi ibu bapa. Sejak umur dia habis SPM lagi, dia bekerja.
Dari mula dia bekerja, sehinggalah jatuhnya tarikh pernikahan kami, dia sering kali serah bulat – bulat gaji dia kepada ibunya. Sehinggakan, waktu kami nak kahwin, duit dalam poket dia zero. Untuk pengetahuan pembaca, dia bukan anak sulong.
Dia anak kelima daripada tujuh adik beradik. Aku bukan tak tolak j0doh ni. Berbelas kali aku lari dari dia sebab aku tak yakin dia mampu jaga aku selepas aku lihat sendiri setiap peng0rbanan dan jasa dia dengan ibubapa dia.
Tapi, suami aku beria – ria nak memperisterikan aku. Dan akhirnya, kami sepakat berkahwin. Jadi, aku cerita serba sedikit mengenai latar belakang keluarga dia iaitu keluarga mertua aku. Keluarga suami aku bukan berasal dari malaysia.
Tapi, suami aku dan adik – adik dia sahaja yang lahir di Malaysia. Diorang berasal dari negara jiran yang sangat mementingkan adat. Bak kata pepatah, ‘biar m4ti anak, jangan m4ti adat’. Mula – mula aku susah nak adapt dengan adat diorang.
Tapi, aku abaikan saja. Sebab bagi aku, mereka dah sampai ke Malaysia, maka mereka lah yang kena follow budaya kita. Jadi, sebab aku tak ikut adat diorang, kelurga mertua aku tak berkenan dengan aku. Lagipun dalam adat diorang, perempuan akan beli si suami.
Keluarga mertua aku pun asyik ulang benda ni sampailah aku dah beranak pinak. Bagi aku, dalam al-quran dah susun cantik semuanya. Kenapa masih nak ikut adat yang kadang kala bertentangan dengan agama. Betul kan?
Ok. So, bila diorang merantau ke malaysia, mereka mulakan perniagaan. Berdasarkan daripada apa yang suami aku ceritakan, bapa dia dulu seorang jutawan. Duit berjuta atas usaha diorang berniaga sebelum ni. Lori ada 3 biji, van sebiji.
Kenderaan – kenderaan ni, masih ada sampai skarang. Jadi, dipendekkan cerita, tanah ada 1 ekar dekat kajang, rumah flat sebiji dan rumah atas tanah lot 2 pintu. Rumah flat tu, abang ipar aku duduk free sampai maintenance, bil api, bil air tertunggak malah mertua aku tak minta duit sewa.
Yela, anak kan. Nak tak nak, redha jela walaupun dalam hati marah. Masa ni mereka tengah kaya, kakak – kakak ipar dan abang ipar aku insan yang paling beruntung. Cakap saja nak apa, semua confirm dapat. Sampailah umur suami aku 16 tahun masa tu.
Mak ayah mertua aku dapat panggiIan menunaikan haji. Bermulalah episod duka keluarga suami aku. Pergi haji itu memang rezeki. Balik daripada haji, bisness mertua tiba – tiba aku jatuh. Jatuh bukan biasa – biasa ye. Jatuh sampai terduduk.
Segala duit yang ada, hilang entah ke mana (buat rolling balik bisnes tapi still rezeki tu tak datang). Ikut apa yang suami aku cerita, mertua aku ada berdoa depan kaabah sebab diorang nak bersihkan setiap harta – harta yang ada.
Sepanjang bisnes diorang berjalan sebelum pergi haji, mertua aku ada kenakan riba dekat pembeli – pembeli. Contohnya, si A beli barang secara hutang, Si B pula beli secara cash. Mertua aku akan kenakan double charge dekat B sebab nak cover hutang si A.
Balik saja dari haji, memang bisnes tak boleh nak jalan. Tukar bisnes pun masih rugi dan terus melinkup. Akhirnya, mereka terp4ksa berniaga di tepi jalan, buka tutup payung semula. Bermulalah episod suami aku menafkahi kedua ibu bapanya dan kadang kala, kakak – kakak serta abangnya.
Kenapa aku kata kakak – kakak serta abangnya? Sebab, setiap kali suami balik rumah, ibu dia akan mengadu kakak – kakak dan abang pinjam duit dari ibu dia. Kemudian, suami aku sampai berhutang dengan kawan – kawan, jual satu – satunya motor yang ada, beri duit gaji sepenuhnya kepada kedua orang tua serta menanggung segala kerosakan kenderaan yang keluarga diorang ada.
Disebabkan bebanan – bebanan yang suami aku tanggung, suami aku depr3ssion. Kadang – kadang dia akan bercakap sorang – sorang. Tu belum lagi part tekanan kerja yang dia hadapi sekarang. Jadi, aku pun berkahwin dengan dia dan aku ingat semua ni akan berakhir.
Tapi, tidak sama sekali! 3 bulan lepas kahwin, suami aku dapat panggiIan jadi posmen. Dia pun tukar kerja sebab kerja sebelum ni tak secure. Mertua aku pulak sem4kin berusia. Dah tak mampu nak berbisnes lagi. Bisnes pun on off ikut pada tahap kesihatan diorang.
Jadi, setiap kali balik rumah mertua, ibu mertua aku akan meratap merayu suruh hulur duit setiap bulan. Bila suami aku hulur RM50 atau RM100, ibu mertua aku akan buat muka dan cakap suruh bagi duit banyak – banyak.
Dan dari sini, mertua aku akan mula bandingkan dengan anak – anak sed4ra diorang yang lain. Gaji posmen, berapa la sangat. Sedangkan sekarang pun, setelah 9 tahun bekerja pun, masih tak cecah 2k. Ya, silap suami aku sebab memanjakan ibunya semasa bujang.
Jadi, bila kami dah kahwin, suami aku nak bayar rumah, barang dapur, suami aku juga nak tanggung perbelanjaan anak – anak aku. Dalam pada masa yang sama, suami aku kena tanggung kos penyelenggaraan kenderaan – kenderaan yang ada serta rumah.
Dan yang paling sad1s, bila kenderaan – kenderaan ni dah elok, ada di antara adik beradik husband aku akan ambil dan gunakan sampai la rosak semula. Bila rosak, kitaran akan mula semula, sekali lagi suami aku yang akan pergi baiki.
Selain tu juga, mertua aku kena tanggung sekali anak – anak perempuan dan cucu – cucu mereka. Sebab mereka ibu tunggal dan ada yang tidak bekerja. Tu belum part rumah yang mertuas aku dan adik beradik suami aku duduk.
Disebabkan rumah tu dibina di atas tanah gambut, rumah tu tenggelam ke dalam. Nak masuk kena turun paras atas lutut. Bila hujan sikit, rumah akan banjir. So, dipendekkan cerita, suami aku jugalah yang hulur duit bagi kos – kos pembaikan walaupun waktu tu, dia dah berkahwin dan ada anak – anak.
Sampaikan ada satu tahap, suami aku dah tertekan sangat sebab mertua selalu sangat mengadu rumah rosak. Suami aku bawa tabung sebesar tong minyak yang besar tu, kemudian buka depan mertua aku. Dengan harapan diorang akan faham bahawa inilah duit simpanan terakhir yang ada.
Dan masa pun terus berlalu. Pandemik pun dah mula hadir. Aku pula bersalin anak yang ketiga ketika awal pandemik. Jadi, m4kin bertambah lah tanggungjawab suami aku. Nak dijadikan cerita, selepas daripada MCO yang pertama, keadaan semasa pos malaysia m4kin merudum.
Ot pun dah tak ada. Kami meneruskan hidup dengan gaji basic suami dan gaji aku sahaja. Gaji suami aku sekarang kurang dari 2k. Gaji aku? Dalam 4k++. Sebelum ni aku boleh je menyimpan. Tapi, sekarang tidak lagi kini.
Anak pula m4kin membesar. Tahun ni tambah lagi seorang dah nak mula sekolah. Jadi, sekarang, aku pula yang menjadi tulang belakang keluarga. Dan sesungguhnya, aku ikhlas bantu suami aku. Sebab sebelum ni pun, suami aku tak pernah berkira dengan aku.
Jadi, keutamaan aku, semestinya anak – anak dan suami aku. Suami aku dah explain kepada orang tua dia yang dia tak dapat lagi membantu. Dan aku fikir, keluarga dia akan faham. Rupanya tidak! Mertua aku asyik p4ksa suami aku sampai tahap husband aku depr3ssed dan mer0kok.
Husband aku jadi pemarah, m0ody, dan cepat letih. Ditambah pula dengan tekanan kerja yang dia hadapi. Gaji pun sekadar basic. Ya Allah, waktu ni, aku pun ikut depr3ssed sekali. Sebab apa, sebab aku bekerja, aku sedang belajar, aku yang urus anak – anak dan rumahtangga dari memasak, mengemas dan lain – lain.
Sebelum ni, aku ada suami aku untuk membantu aku dalam urusan rumah dan anak – anak. Disebabkan pandemik, aku buat keputvsan untuk sambung belajar. Tapi, aku tak sangka pula situasi kami jadi separah ni. Mertua aku pulak dah bising – bising suruh betulkan kenderaan yang ada di samping kena hulur duit belanja pada mereka.
Kalau korang tengok, keadaan lori – lori tu, korang akan cakap, jual besi buruk jela. Memang barai habis. Tak berjaga langsung. Memang harapkan suami aku jela yang jaga. Suami aku pun keluarkan i-sinar sebab mertua dah bising – bising.
Masa suami aku keluarkan i-sinar, aku tanya suami aku, apa back up plan dia kalau 10k ni tak cukup nak hidupkan lori – lori yang ada. Suami aku marah aku, katanya aku tak faham dia. Ya Allah, sedihnya, tuhan saja yang tahu.
Dan ternyata, sangkaan aku tepat. Duit 10k tu tak cukup sebab nak kena welding parts yang dah reput, pastu nak tukar kayu – kayu body lagi, nak repair enjin lagi, nak kena inspection puspakom lagi dan seterusnya. Besar sungguh peng0rbanan suami aku.
Tapi, tetap tak dihargai. Bila aku balik rumah mertua, dorang sindir – sindir aku dengan ayat ni, ‘awak tu isteri dia, kena la bantu dia bila dia susah. Zaman awak dah senang, anak pakai pampers, susu pun bancuh saja susu tepung, anak dijaga pengasuh lagi’.
Aku tahu, ayat ni merujuk agar aku bantu sekali keluarga mereka. Habis tu, anak – anak aku macam mana? Aku tambah sedih, em0si aku kacau bilau bila tengok keadaan suami aku. Aku sampai rasa, aku harung rumahtangga ni sorang – sorang.
Sebab suami aku terlalu fokus dengan tanggungjawab dia. Sampaikan anak – anak aku cakap, ‘ayah asyik dengan lori saja. Tak ada masa pun dengan kitorang.’ LagiIah meruntun hati aku dengar. Banyak yang aku nak luah dekat suami aku.
Tapi, aku tak sekuat dulu. Serious talk, suami aku pun dah macam orang tak betul. Sebab tu, aku tulis tajuk, “Berjumpa dengan lelaki yang tepat diwaktu yang salah”. Sebab aku rasa, kalau dapat diundurkan masa, aku tak patut setuju nak berkahwin dengan suami aku.
Sepatutnya aku kena encourage dia untuk bantu family dia dulu then bila dah selesai semua, barulah fikir pasal kahwin. Kepada semua lelaki dan wanita di luar sana yang masih single, aku nasihatkan, selidik lah latar belakang keluarga bakal suami atau isteri kita dulu dan bukan hanya bakal suami atau isteri kita sahaja.
Sebab semua ni memainkan peranan penting dan berkait rapat. Kalau family bakal suami tu susah, lebih baik jangan ambil risik0. Malah, please enc0urage them to help their family first dan sampailah dia sendiri dah stabil dari segala segi. Ampun maaf jika terdapat bahasa yang bercampur dan sukar untuk difahami. – Puan A (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Cili Padi : Dalam Islam, turutan nafkah adalah diri sendiri, isteri, anak – anak, bapa, ibu. Tapi tu la, Puan A pun kata keluarga suami sangat mengikut adat diorang. Maaf Puan A, saya tak setuju Puan katakan suami kena selesaikan hal keluarga dia lepas tu baru akan kahwin.
Saya rasa langsung tak kahwin pun lagi bagus tapi masa yang lepas tidak boleh dikembalikan. Suami Puan memang tak akan berubah langsung nampak gayanya. Dia anak baik tapi tak bertegas sehingga orang boleh pijak – pijak kepala dia. Saya berharap Puan dapat selesaikan isu berat ni. T0ksik sangat dah situasi ni. Semoga dipermudahkan segalanya dan ada jalan keluar dari masalah ni. Pening aku baca.
Pippa Jo Jnf : Saya simpati dengan nasib puan. Dah jadi begini, hanya kekuatan dari kedua pihak untuk bertegas, pasal circle ni sampai sed4ra maranya pun jenis kuat berg4ntung tak reti berusaha, ni jenis pattern lemah berfikir taknak bangkit sendiri, pola pikirannya asyik nak ambik kesempatan je.
Saya rasa puan jangan tambah anak lagi, apa – apa jadi mudah puan nak uruskan diri dan langkah to move on. Moga puan sekeluarga diberi kekuatan dan jalan keluar untuk mengadapi c4baran hidup puan.
Nabilah Zaki : Kesiannya. Saya pernah tengok orang yang kehilangan segala – galanya sebab nak tolong family (parents + adik beradik) dan end up tak dihargai pun. Sampai akhir hayatnya. Nasihat saya, kalau awak sayangkan suami dan family awak, selamatkan suami awak.
Kalau mampu, jauhkan diri dari keluarga dia. Cut all connections with them. Bawak family awak lari jauh – jauh. Family macam ni t0xic. Takkan berubah. It will cost you and your family a lot. Silap – silap punah rumahtangga dan keluarga awak sebab mereka. Lari. Jauh dari mereka. Please.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.