Awal-awal je aku ikhlas jaga mak. Bila dah penat, dengan mak terlantar, k3ncing bocor n4jis banyak aku dah mula naik tangan, m4ki mak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Satu hari tu mak call aku, nada suara mak cemas. Mak suruh aku balik cepat sebab dia tak larat. Aku ingat mak mengada – ngada, aku tak balik pun. Aku buat tak tahu. Sampai dekat rumah, mak aku terlantar

#Foto sekadar hiasan / AI. Arw4h ibu saya menghidap k3ncing manis dan perlu follow up di klinik kerajaan, tapi ibu saya tak pernah dengar cakap doktor untuk jaga makan. Malah ubat pun sangat jarang makan. Mulanya saya teman ibu setiap kali ke klinik tapi disebabkan sikap ibu, saya cakap tak perlulah pergi lagi. Bukannya ibu dengar cakap doktor pun. Pergi untuk apa?

Mulanya saya sering jaga ubat ibu, p4ksa dia makan tapi lama – lama saya kesian. Saya terfikir, dalam waktu saya bertekak dengan ibu tentang jaga makan dan makan ubat, bagaimana kalau tiba – tiba ibu meninggaI dan memori terakhir saya adalah pert3ngkaran dengan ibu hanya sebab ibu tak nak makan ubat.

Maka, saya berhenti p4ksa ibu. Malah saya mula tak kisah kalau ibu tak nak makan ubat dan saya juga masak dan belikan apa saja yang ibu nak termasuk makanan manis. Saya nak ibu gembira. Saya nak penuhi semua kehendak ibu. Ibu masih ke klinik tapi saya dah malas nak temankan ibu sebab saya rasa membuang masa kalau ibu abaikan nasihat doktor dan tak mau makan ubat. Akhirnya ibu pergi seorang.

Selalu ibu minta saya teman tapi saya bagi alasan sibuk dengan kerja. Memang saya sibuk kerja tapi hakik4tnya, saya masih boleh curi masa untuk teman ibu. Saya sudah mula jadi anak derh4ka. Satu petang, ibu telefon saya suruh balik cepat sebab dia rasa lain macam.

Tapi sebab ibu selalu saja telefon dengan “alasan” begini, saya tak endahkan. Bila saya fikir balik, suara ibu waktu tu agak cemas berbanding biasa tapi saya tetap teruskan kerja dan buat tak endah. Saya telah jadi anak derh4ka. Petang itu bila habis kerja, barulah saya balik tengok ibu. Waktu itu, ibu sudah kena str0k akibat gula yang tinggi. Saya anak paling derhaka.

Akhirnya ibu turut disahkan menghidap dementia. Pada awalnya keadaan ibu masih baik walaupun terkena str0k dan dementia. Ibu masih boleh berjalan, senyum dan faham percakapan orang. Namun, disebabkan faktor kewangan, saya terp4ksa tamatkan sesi fisio ibu dan berniat untuk melakukannya sendiri.

Awalnya saya layan ibu dengan baik, sedikit pun saya tak merungut bila ibu k3ncing bocor, atau n4jisnya banyak. Saya tahu ibu jadi begini kerana saya. Sepatutnya ini kesempatan saya untuk menebus d0sa tapi… selepas berbulan menjaga ibu, kesabaran saya mula diuji.

Akibat perlu menjaga ibu setiap masa, saya tak lagi boleh bekerja. Maka, kekangan kewangan mulai mengganggu mental saya. Saya sudah tak lagi membantu ibu buat fisio, malah saya biar ibu terlantar atas katil. Saya masih beri ibu makan tapi usaha saya untuk memulihkan ibu hampir tiada.

Saya obses mencari kerja untuk mencari wang dan sekali lagi, saya abaikan ibu. Saya anak paling derh4ka. Saya ada 10 orang adik beradik. Saya anak ke-8. Tapi sebab hanya saya saja yang belum berkahwin, tanggungjawab menjaga ibu ayah yang tua dan s4kit, jatuh ke bahu saya seorang.

Ya, adik beradik lain ada bantu dari segi kewangan tapi tetap tak memadai. Lama kelamaan saya mula hilang pertimbangan, hilang kesabaran. Saya mula naik tangan pada ibu. Saya mencaci ibu. Saya anak paling derh4ka yang layak dib4kar api ner4ka.

Apabila saya sedar mental saya yang teruk dan ibu menjadi m4ngsa, saya mohon pada adik beradik untuk ambil alih penjagaan ibu buat sementara. Paling kurang seminggu. Saya ingin ambil masa itu untuk muhasabah diri dan cari kekuatan dan kesabaran untuk kembali menjaga ibu sebaik – baiknya.

Tapi tiada siapa yang menyahut. Saya hampir giIa kerana mengingatkan d0sa yang bakal saya lakukan setiap kali saya hilang sabar dengan ibu. Ibu akan dipukuI lagi dan menjadi m4ngsa kezaIiman saya. Dalam menjaga ibu, saya juga perlu menjaga ayah saya yang turut mengalami masalah kesihatan dan sering dikejarkan ke hospitaI.

Namun, rayuan saya tetap tak diendahkan adik beradik lain dengan alasan mereka juga ada keluarga yang memerIukan mereka. Saya hilang arah tuju. Akhirnya, sekali lagi ibu diser4ng str0k dan selepas sebulan terlantar di hospital tak sedarkan diri, ibu dijemput ilahi.

Tak sempat saya memperbetulkan kesilapan. Tak sempat saya memohon ampun. Semuanya sudah terlambat. Sekarang, saya perlu berdepan dengan penyesalan yang tak tertanggung. Dulu bila mendengar kisah anak derh4ka, saya yakin saya tak akan jadi seperti mereka tapi jelas sekali, saya adalah anak derh4ka.

Dalam hati, ya, saya juga salahkan adik beradik saya tapi saya juga harus akui salah saya sendiri kerana tidak sabar dengan ujian Allah. Saya juga marah dengan Allah kerana tidak menyembuhkan ibu, tak beri peluang ibu untuk bahagia sekali lagi tapi akhirnya saya redha. Allah Maha Mengetahui.

Kini saya hidup dalam penyesalan dan d0sa besar. Hanya di pusara ibu saya memohon ampun. Hanya melalui Allah saja saya mampu memohon kemaafan yang saya tidak dapat mendengar jawapannya. Jadikan kisah ini peringatan. Sayangi ibu bapa anda saat mereka masih ada. – Hananda Awliya (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Salina Gunawi : Perkara telah berlaku… Sebenarnya adik beradik TT juga anak derh4ka. Jika tak dapat bantu dengan kudrat kenapa tak bantu dengan wang ringgit agar ringan sedikit bebanan TT. Salah TT sebab memarahi arw4h tetapi beban emosi TT memang terlalu berat dan saya faham. Doakan ibu TT disetiap waktu yang terluang dan semoga TT beroleh ketenangan selepas ini. Amiin…

Maya Mohd : Adik beradik memang tak guna, semua pentingkan diri sendiri. Saya anak ke 9 dari 10 beradik. Saya seorang saja yang tidak berkahwin dah tentulah penjagaan IBU jatuh ke atas bahu saya. Saya bekerja di KL IBU tinggal di negeri lain.

Berdekatan rumah IBU ada kakak sulung saya dan abang sulung saya di rumah mereka masing – masing. Setiap hari saya mendapat mesej m4ki hamun dari kakak sulung saya menyuruh saya berhenti kerja dan balik menjaga ibu. Macam – macam kata – kata nista dari dia setiap hari.

Dia tidak ada anak dan tinggal seorang tapi dia s4kit hati kena menjaga ibu. IBU saya menjadi m4ngsa m4ki hamun dan pukuIan, cubit, sep4k ter4jang dia. Dia betul – betul sy4itan bertopengkan manusia. Ibu saya meninggaI di bawah jagaannya.

Cuti – cuti saya semua saya guna untuk spent time dgn IBU. Tapi saya benci dengan pend3ra itu sejak saya kecil sehingga kini. Dia masih hidup pada usia 79 kini, per4ngai dia masih sama, panas baran, garang, benci pada adik – adik perempuan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.