
Kalau isteri ambil gambar dengan keluarga dia muka happy je. Bila dengan saya, muka masam. Dah takde nak senyum, mesej rindu pada saya. Dah setahun saya tak menyentuh isteri tapi saya tak menjadikan alasan ini untuk saya berlaku curang.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Saya Atan, berasal dari Selatan Tanah Air, merupakan seorang suami kepada isteri saya yang berasal daripada Pantai Timur. Usia perkahwinan kami alhamdulillah setahun lebih dah, dan kami dikurniakan rezeki cahayamata dengan cepat. Alhamdulillah.
Kami berkenalan melalui program dan isteri yang memulakan langkah berkenalan dengan saya melalui pencarian di FB. Lalu, sang isteri mengajak untuk memulakan perhubungan dengan serius selama 3 tahun setengah. Saya menerima pelawaan tersebut dan kemudian kami melangsungkan perhubungan ik4tan perkahwinan.
Semasa awal perhubungan, segalanya manis kerana kemesraaan dan peribadi yang ditunjukkan isteri. Terlalu ambil berat, pagi – pagi sudah ada whatsapp yang menanyakan aktiviti – aktiviti saya. Dengan sikap yang ditunjukkan selama 3 tahun setengah, saya yakin dialah permata hati saya yang saya idamkan selama ini.
Kalau whatsapp, memang tiada kesudahan cerita kami. Memang akan ada cerita kami. Hehehe. Kami menjadi suami isteri serta faktor pekerjaan kami terp4ksa PJJ. Hal ini mendapat persetujuan kami kerana ini telah dibincangkan sebelum pada perkahwinan lagi.
Isteri mengandung di sana dan saya berpeluang balik sekali sebulan untuk menjenguk isteri. Isteri mengalami alahan yang teruk semasa mengandung dan alhamdulillah kami mula menjadi ayah dan ibu secara pantas kerana anak dilahirkan tidak cukup bulan namun sihat tubuh badan dan comel.
Walaupun saya merasakan saya bukanlah suami yang terbaik yang setiap masa ada bersama isteri namun saya berusaha menjadi ayah yang terbaik dengan menyediakan kelengkapan semampu mungkin. Namun sejak kelahiran anak kami, per4ngai isteri mula berubah.
Air muka serta tutur katanya tidak lagi kelihatan manis seperti dulu. Dalam sehari nak melihatkan isteri tersenyum di hadapan suami agak sukar kelihatan. Saya menyedari perubahan isteri secara awal namun berusaha untuk bercakap dengan baik dengan beliau. Tetapi dengan alasan beliau keletihan dan kepenatan. Saya menerima dengan hati yang berat.
Isteri boleh bergambar secara keriangan bersama keluarga tetapi bila diajak bergambar bertiga bersama anak, pasti akan akan mimik muka yang taw4r dalam foto. Ada satu moment di mana saya bertolak ke tempat kerja pada hari Ahad, namun tiada telefon / whatapps yang menanyakan saya sudah sampai atau tidak.
Sehingga saya berfikir, jikalau saya m4ti kemaIangan, isteri sampai sudah akan lambat tahu. Saya cukup terasa apabila isteri memaniskan muka di hadapan adik beradik dan ibu bapa tetapi apabila saya mula bercakap dengannya, perwatakan beliau berubah menjadi taw4r seribu kelat.
Semasa berada di perantauan, saya selalu menggunakan VC sebagai perhubungan saya dan anak isteri. Namun apabila peluang saya VC, hanya gambar anak sahaja kelihatan. Hal ini berbeza apabila saya melihat sendiri isteri VC dengan ibu dan ayahnya dengan nada gurau yang manis. Muka penuh keriangan serta berbeza sungguh apabila saya menghubungi isteri.
Saya rasa sungguh terkilan. Saya faham ibu dan ayah merupakan tempat istimewa di hati isteri tetapi saya suami yang seharusnya mendapat perhatian dan kasih sayang. Tidaklah demand tetapi cukup untuk menenangkan jiwa ini. Bak kata pepatah, “isteri peyejuk di mata, penenang di hati”. Kedua ciri ini tiada lagi ditunjukkan oleh isteri saya.
Semenjak isteri melahirkan anak, hampir setahun saya tidak menyentuh isteri. Ini kerana isteri merasakan s4kit di tempat ceaser dan saya menghorm4ti pandangan isteri. Namun, saya tidak menjadikan alasan ini untuk saya berlaku curang. Isteri juga sering menjadikan whatapps story untuk melepaskan rindu kepada kawan – kawan sekerja lama beliau. Ini kerana isteri dapat bertukar tempat kerja.
Saya sering bertanya dalam diri sendiri. Kenapa isteri sering menyatakan rindu kawan – kawan tetapi kepada suaminya tidak pernah menyatakan rindu semenjak kelahiran anak pertama. Pada akhirnya, sang isteri merasakan cucuk ubat perancang telah mengacau hormon beliau dan menjadikan beliau tidak selesa rapat dengan lelaki terutamanya saya.
Saya mencadangkan beliau ambil kawalan secara implant, tidak lagi mengambil perancang. Ini kerana perubahan hormon yang disyaki menjadikan kami taw4r dan h4mbar dalam pertuturan dalam rumahtangga. Beliau tidak mahu untuk mengambil cara lain dan selesa untuk dicucuk.
Jika diajak keluar, beribu alasan kepenatan dan banyak kerja yang perlu dikeluarkan. Jikalau berjalan sang isteri jauh kedepan berbanding suami. Tidak seperti dulu. Sehingga kini, saya merasakan seandainya saya balik ke rumah. Saya hanyalah housemate beliau.
Telefon sering isteri buka dan main, tetapi hanyalah share soal anak dan kerja di FB. Tidak mengambil ruang untuk dekat pada suami. Segala keputusan membabitkan soal pembelian tanah, pulang ke kampung tidak lagi menjadikan saya sebagai rujukan utama.
Saya sekadar hanya menurut sahaja. Dalam rumahtangga, salah seorang harus mejadi leader. Jikalau keduanya leader, it’s something wrong. Sehingga saya berkata. Mungkin saya kehilangan isteri tetapi saya ada seorang Mak kepada anak saya yang dijaga. Itu yang perlu saya tanggungjawabkan.
Akhirnya, tiap – tiap malam saya berdoa, supaya tidak marahkan isteri kerana saya khuatir akan meninggaI pada malam hari dalam keadaan tidak redha kepada isteri. Adakah saya salah membuat pilihan isteri? Adakah saya ditakdirkan tidak lagi merasakan kemanisan rumahtangga? Saya masih setia menunggu perwatakan isteri saya yang lama. – Atan, Johor Bahru (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nurul Husna : Bila sebut PJJ, dah agak confession mcm mana akan keluar. Bro, banyak dah orang bahas cabaran PJJ ni. Kau bincang la macam mana pun sebelum kahwin, reality nak kena hadap tu selepas kahwin. Suruh isteri berhenti kerja dan duduk sama – sama.
Urus anak sama – sama, urus rumah sama – sama. Btw, banyak perempuan acah – acah semua boleh sebelum kahwin, tapi bila dah lalui baru tahu langit tinggi ke rendah. Suka atau tak, isteri kau tengah mer0yan. Bukan senang mengandung, check up dan urus anak sorang – sorang.
Kau tanya la mana – mana perempuan yang pernah mengandung, mesti sama je dengan aku cakap ni. Aku dulu pun hampir mer0yan sebab penat sangat ulang alik klinik, anak prolonged jaundice, lahir premature. Mujur suami ada dekat sebelah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.