Aku rasa menyesal jadi perempuan dan isteri. Kenapa aku tak jadi lelaki? Senang sikit. Boleh lepak ikut suka hati. Boleh suruh bini jadi kuIi tak bergaji. Salah ke tolong vacuum rumah, mop lantai, bantu isteri apa yang patut..
#Foto sekadar hiasan. Hai. Nama aku Fify. Aku sudah hampir 2 tahun berkahwin. Masih belum mempunyai zuriat. Dan itu bukan masalah besar untuk aku. Suami aku kerja biasa saja. Pendapatan 1.8k sebulan. Kadang – kadang lebih kadang – kadang kurang.
Aku pula kerja kerani di sebuah company kecik. Waktu pagi aku akan buat kerja sambilan seperti berniaga sarapan atau mengambil upah hantar budak ke sekolah. Bermula pukuI 6 pagi. Siapkan sarapan, bekal suami, teruslah aku mulakan pagi dengan kerja sambilan.
PukuI 10 aku masuk ke office dan kerja aku berakhir waktu 7 malam. Sampai rumah kadang – kadang 7. 30 atau 8 malam. Sampai je dekat rumah terus aku baring untuk setengah jam sebab pinggang aku s4kit sangat. Lepastu bermula pulak kerja aku di rumah, masak untuk makan malam. Kemas rumah dan settle apa yang patut.
PukuI 11 malam barulah aku dapat berehat, dan waktu tu jugalah suami minta untuk melayan dia. Ya aku tahu, itu tanggungjawab aku. Wajib untuk layan suami. Tapi aku penat. Dah habis tenaga. Lebih 12 jam badan aku dah di pakai.
Suami aku pulak, bukannya nak membantu sangat dengan kerja rumah. Ikut suka hati dia lah nak tolong atau tak. Seolah dia sajaIah penat bekerja. Sudahlah aku kerja sebab nak cukupkan apa yang tidak cukup. Gaji dia apa saja yang boleh dibuat.
Sewa rumah sudah 800. Bil api air. Duit kereta. Nafkah anak dia dengan bini pertama. Sebab tu aku bekerja untuk cukupkan apa yang tak cukup. Tapi dia tak hargai aku langsung. Bila aku terlampau penat untuk melayan dia, mulalah dia ungkit pasal d0sa, malaik4t Iaknat sampai ke pagi, dan setiap kali tu jugak la aku simpan d3ndam dalam hati.
Dia senang letakkan aku dalam ner4ka sedangkan aku tak pulak meletakkan dia dalam situasi macam tu bila dia tak mampu tunaikan nafkah sepenuhnya. Aku jadi benci bila orang cakap layan suami seperti raja sebab bagi aku, kalau mahu dilayan seperti raja, kenapa tak layan isteri seperti permaisuri? Dilayan isteri seperti orang gaji.
Aku s4kit, aku lapar semua tak ambik peduli. Tapi giliran dia s4kit, atas katil aku suapkan nasi. Aku cuba cakap dengan dia aku letih buat semua kerja tu, tapi dia tak pernah kisah. Badan aku bertambah penat bila aku period ambil masa yang lama dan banyak d4rah yang keluar.
Ni juga salah satu punca aku selalu penat atau cepat penat. Ulang alik hospitaI tak ada jawapan. Setiap urusan hospitaI juga aku uruskan sendiri. Macam tak da beza waktu aku bujang atau dah kawen. Kadang – kadang aku masak, aku buat kerja rumah sambil menangis. Aku penat. Sampai aku nak ced3rakan diri sendiri.
Sampai satu hari, aku terkena pannic att4ck waktu memandu. Tangan menggigil. Jantung laju, berpeluh, sesak nafas. Selamat hospitaI dekat. Aku terus ke hospitaI. Hasilnya aku ada depr3ssi, str3ss yang berpanjangan. Aku dah mula kena makan ubat. Mula – mula sebiji sekarang dos dah naik 2 biji.
Aku dah hilang diri aku lepas kawen. Sebelum kawen aku suka berjalan dekat mall, suka lepak. Lepas kawen aku hilang semua kawan. Aku dah tak da minat macam dulu. Kalau ada masa, aku hanya nak tidur sahaja. Ubat yang dibekalkan pun memang kesannya buat aku tidur.
Aku rasa menyesal jadi perempuan dan isteri. Rasa macam memperh4mbakan diri untuk lelaki yang tak kenang budi. Kenapa aku tak jadi lelaki? Senang sikit. Boleh lepak dengan kawan ikut suka hati. Bila marah boleh keluar rumah ikut suka hati. Boleh suruh bini jadi kuli tak bergaji. Semua benda memihak kepada lelaki lah.
Kenapa lelaki hanya tanam dalam otak ‘d0sa besar bini tak layan suami’ tapi lupa tanam dalam otak kemas rumah, nafkah, itu semua tugas suami. Allah dah jadikan elok, tugas isteri layan suami. Jadinya isteri tak letih nak melayan.
Tapi bila suami tak nak paham tugas sendiri, isteri kena bantu, bila tenaga dah habis, isteri juga yang berd0sa… adil ke? Aku tak minta pun suami tolong masak ke apa. Tapi salah ke tolong vacuum rumah, mop lantai, bantu isteri apa yang patut.
Ni balik kerja hadaplah telefon tu. Pastu nak makan. Hisap r0kok. Masuk bilik nak layanan. Aku tak pernah halang hobi suami aku. Hobi dia mancing. Setiap hujung minggu aku akan bawa dia melayan hobi dia. Tapi lama – lama aku sendiri terpikir, mana hobi aku sendiri?
Hari sabtu kadang – kadang aku berniaga sarapan, aku bangun seawal 3 pagi siapkan barang jualan, lepastu berniaga sampai 12 tengah hari. Balik tu aku cuci perkakas masak dan selepas zohor aku akan tidur sekejap kerana penat.
Petang bangun siapkan apa yang patut dan selalunya kerana penat aku tak makan lagi dari pagi. Malam lepas maghrib aku ada ajak suami pergi makan, dan jawapan yang aku terima ‘makan jela apa yang ada’, dia tak larat nak keluar.
Air mata aku jatuh. Seharian aku tak makan, dan jawapan yang aku dapat tu sangat kecewa. Apa yang lagi kecewa, lepas setengah jam kawan suami call ajak lepak, terus suami aku siap dan keluar. Masa tu aku rasa baik la m4ti dari hidup..
Hari jadi aku? Tak pernah ingat. Keluar masuk wad tak pernah nak peduli. Ada satu petang tu, aku dapat hadiah kecil dari boss aku, berupa wang ringgit. Aku rancang nak keluar makan dengan suami. Aku ajak dia keluar. Dia menolak dan pilih untuk keluar mancing dengan kawan dia.
Petang tu jugak aku keluar dan tak pulang ke rumah untuk sehari. Aku terlampau kecewa. Dia tak pujuk mahupun cari. Tapi apa yang dia buat adalah update status menunjukkan aku ni seolah – olah isteri derh4ka dan tak guna.
PukuI 3 pagi dia hantar chat ‘kau tak reti nak balik ke’. Aku diam… tak membaIas. Esoknya aku buat kerja seperti biasa. Otak aku hati aku rasa nak meIetup. Aku tak pernah cerita hal buruk dia dekat keluarga aku. Sebab aku tak nak keluarga aku benci dia.
Aku pernah minta tolong dengan keluarga dia untuk nasihatkan dia, sebab aku nak dia berubah untuk rumah tangga ni, tapi dia cakap tak payah masuk campur urusan dia. Sejak dari tu, aku dah putus harapan. Aku penat.
Orang keliling anggap dia suami yang baik sebab pendiam. Ikut je rentak aku. ‘kononnya’, tapi dalam diam dia d3ra mental aku. Aku hanya mampu menangis. Minggu depan aku ada appoiment dengan psiki4trik, aku rasa macam nak minta masuk ward je untuk berehat.
Aku muak nak hadap semua benda ni. Dan sejujurnya aku rasa menyesal sebab permudahkan urusan kawen dulu. Hantaran sikit, barang hantaran pun sikit (aku yang sponsor semua). Aku ingat dia hargai lah semua peng0rbanan aku, tapi sikit pun tak pernah dia nak hargai. Susah senang sama – sama? Huh, aku susah sorang – sorang tapi masa aku senang dia ada sama – sama.. – Fify (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Siti Rahmah : Saya baca schedule sis pon rasa penat.. Apa kata selepas ni (buat sementara), berhenti ganti tempat suami untuk cari rezeki especially pagi – pagi tu. Bukan untuk selamanya, tapi cukup sekadar bagi peringatan pada suami, kalau dia nak layanan, sis kena rehat yang cukup.
Duit gaji sis, gunakan la untuk diri awak je. Takyah la nak belanja suami apa ke dulu. Takpon simpan sebagai simpanan kalau apa – apa jadi. Semoga sis dikuatkan semangat dan diberikan jalan keluar dari masalah yang ada.
Hajar Ibrahim : Tak payah dah buat keja part time tu. Sepatutnya laki awak yang usaha bagi banyak duit. Untuk cukupkan keperluan keluarga. Dah la guna duit bin tapi taknak bantu bini. Awak buat ja keja hakiki awak tu.
Tak payah tolong laki dah. Orang laki ney dah tahu bini lembek leher dengan dia. Lagi la dia nak buIi. Tanggungjawab bini ja yang dia tuntut. Yang tanggungjawab dia macam mana plak? Kalau dah tak tahan sangat, cerai ja la.sebab tu jugak kot dia bercerai dengan bini pertama. Jantan dayus perguna bini untuk senangkan diri.
Kamalya Desu : Entahlah. Kadang – kadang masalahnya nampak simple tapi kenapa banyak sangat perempuan kat Malaysia ni rela dilayan sebegini sampah. Korang tau tak nilai korang tinggi kenapa nak dilayan keji? Jangan letak harapan lelaki berubah kalau diri sendiri di takuk sama. Berubahlah ya. Be strong.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.