Ayah belikan 3 rumah untuk kami adik beradik. Lepas ayah meninggaI, atok nenek, adik beradik ayah datang tuntut sedangkan mereka kaya

Sepanjang proses itu, tok, tok wan, makcik aku telah meninggaI dunia. Aku jadi saksi, satu sen pun dorang tak merasa harta ayah. Kini, Pak Ngah satu – satunya yang tinggal. Kaki masjid, geng tabligh, solat sampai hitam dahi tapi berebut harta…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dah hai para pembaca. Nama aku Jojo. Aku merupakan anak sulung dan aku telah kehilangan ayah pada tahun 2017 (tahun akhir pengajian). Dipendekkan cerita ayah aku s4kit (thyroid) dari tahun 2015.

Pada tahun 2016 kesihatan ayah aku sem4kin merosot. Dari seorang yang sangat suka bekerja menjadi diri yang lain. Ayah aku diagnose menghadapi depr3ssion. Akibat tidak patuh kepada pengambilan ubat, ayah aku hilang upaya untuk menguruskan diri.

Sepanjang tempoh itu, ibu lah yang menguruskan ayah aku bersama adik – adik aku di rumah. Keluarga ayah pulak jarang bertanya khabar ibu dan adik – adik aku. Ayah aku dari dulu bijak menabung. Membeli aset seperti rumah dan tanah untuk anak – anak. Ayah juga merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik.

Ayah selalu berpesan pada kami, rumah – rumah ni untuk anak – anak abah. Nanti bila abah dah tidak ada, anak – anak abah dah ada rumah masing – masing. Abah tidak pernah mengharapkan harta tok dan tok wan untuk anak – anaknya.

Tapi sayang, Allah lebih sayangkan abah aku. Tapi yang paling aku salute adalah ibu aku. Menjaga ayah aku selama 1 bulan di hospitaI sendirian. Itu pon masih difitnah oleh keluarga abah kerana ibu ada pulang ke rumah sekejapppp untuk mengambil pakaian di rumah dan sewaktu lawatan keluarga sebeIah abah aku di hospitaI, ibu aku tiada di sisi abah.

Keluarga abah bukanlah orang susah. Tok dan tok wan aku banyak harta. Tapi harta mereka untuk anak – anak yang lain. Bukanlah untuk abah aku dan kami anak – anaknya. Setelah abah aku meninggaI pada tahun 2017, bermulalah pend3ritaan ibu aku.

Mereka marah kerana ibu aku mendapat pamp4san insurance 100k sedangkan mereka hanya mendapat 14k. Tetapi mereka sekalipun tak pernah tanya makan minum kami setelah abah tiada. Pelajaran kami, bil – bil dan hutang – hutang abah.

Ibu aku menggunakan khidmat lawyer untuk menguruskan harta sepencarian dan faraid kerana sudah nampak tanda – tanda mereka ni susah untuk berbincang. Mereka fitnah ibu mengatakan ibu aku saman mereka kerana notis panggiIan untuk ke mahkamah syariah adalah saman ke mahkamah.

Kami dipulaukan oleh keluarga abah. Mereka fitnah ibu kepada kaum kerabat mereka. Mereka susahkan urusan tuntutan  ibu aku. Abah aku banyak hutang kerana semua aset di beli dengan pinjaman bank. Tapi soal hutang tiada seorang pun yang bertanya.

Ibu aku terp4ksa membayar beberapa hutang ayah aku sendirian kerana bunga sem4kin bertambah mengikut tahun. Perjanjian demi perjanjian di buat. Akhirnya ibu aku berjaya dengan tuntutan harta sepencarian dengan syarat, mereka (keluarga abah) mendapat sebuah rumah dan mereka menolak semua tuntutan kereta (3 biji) kepada ibu aku.

Berbaki 3 buah rumah untuk di faraid, mereka masih menyulitkan urusan ibu aku. Sewaktu itu adik bongsu aku berumur 10 tahun dan adik aku yang kedua berumur 17 tahun. Hari demi hari dan bertukar tahun, sepanjang proses itu tok, tok wan, dan mak cik aku telah meninggaI dunia.

Disaat aku melihat di mana keadilan buat kami sebagai anak yatim. Maha suci Allah, setiap dari mereka tidak sempat merasa walau 1 sen pon dari harta anak yatim yang direbutkan. Sekarang di peringkat akhir untuk faraid abah aku, pak ngah aku pula yang menyulitkan.

Dia adalah baki terakhir dari keluarga ayah aku. Telah dipersetujui bahawa ibu aku akan membayar duit untuk nilai bahagian faraid yang pak ngah aku akan dapat. Di saat akhir, pak ngah aku cakap dia tidak bersetuju kerana nanti semua harta ayah aku akan dapat kepada ibu aku dan dia tidak akan mendapat bahagian.

Selama 8 tahun ayah aku meninggaI dunia, tidak pernah dia bertanya khabar kami. Makan minum kami. Pak ngah aku bukan sebarangan orang. Kaki masjid, geng tabligh, solat sampai hitam dahi. Tapi tidak pernah pikul tanggungjawab.

Masih serakah seperti tok dan tok wan aku merebut bahagian harta anak yatim. Sekarang aku juga sudah masuk 30an. Tetapi masih belum berkahwin kerana bagi aku tiada guna berkahwin sekiranya mempunyai keluarga mertua seperti ner4ka.

Tidak m4ti seorang perempuan itu kerana tidak berkahwinkan. Aku susah tidak percaya kepada perkahwinan. Aku cuma berharap dapat bahagiakan ibu kerana terlalu banyak yang ibu aku tanggung sendirian. Kepada semua pembaca doakan perjuangan ibu aku.

Janganlah kita merebut harta anak yatim. Hidup perlu ada tanggungjawab. Tidak guna kita solat hingga hitam dahi tapi hati kita masih hitam. Sekian.. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini. – Jojo (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurul Mohd : Mendengar kawan – kawan balu berkongsi cerita tentang faraid dan harta, memang you will surprise lah. Sebuah kem4tian mengubah segalanya. Yang kamu rasa baik sewaktu arw4h masih ada. Rupanya bertukar watak hanya kerana harta. Dan jika arw4h yang tiada harta… *fill in the blank*

Salina Gunawi : Ramai orang seperti ini Jojo. Tanya dia kalau dia mengumpul harta untuk siapa? Mestilah untuk keluarga dia sendiri. Tapi yang direbut harta adik beradiknya. Jijik saya dengan per4ngai orang begitu.

Sedangkan kebajikan keluarga sim4ti tidak dipeduli. Memang mereka muka tak malu sebenarnya. Kebanyakannya akibat ajaran mak bapak yang suka mempergunakan anak – anak yang menguntungkan mereka. Anak – anak kesayangan mereka hanya pandai mengambil kesempatan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.