Ayah berg4duh dengan suami, sampai suami tak izinkan aku balik kampung. Satu hari, ayah kejar belakang kereta suami aku..

Depan tetamu ayah marah aku hingga keluarkan kata – kata kesat. Ayah kata aku anak derh4ka siap suruh tukar nama ‘bin’. Masa tu suami aku meIawan ayah hingga tercetusnya perg4duhan..

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera buat semua.. Peristiwa pahit dalam hidup ni, kalau boleh memang kita nak move on kan tapi ada masa teringat balik, pedih tak terkata. Aku berubah sekelip mata, dari anak kesayangan mak ayah hingga jadi anak terbuang, sebab aku jauhkan diri untuk jaga rumah tangga aku, hubungan halal yang awalnya direstui sendiri oleh wali aku.

Throwback sikit zaman bujang aku, aku rasa aku lah anak yang paling mengambil berat hal mak ayah sebab aku anak sulung perempuan yang dah bekerja dan berdikari. Aku selalu balik jenguk mak ayah hampir setiap bulan, bayarkan bil rumah dan belikan apa – apa barang yang mak inginkan, keperluan yang kurang macam mesin basuh, tv, motor.

Bukan niat nak mengungkit, aku cuma nak cerita sejauh mana aku berusaha nak gembirakan syurga dunia aku masa tu. Aku bawa mereka berjalan – jalan. Mak ayah memang happy kalau aku balik, aku pun jenis happening dengan keluarga.

Aku dah cuba jadi anak yang terbaik tapi selepas aku kahwin, segalanya berubah. Sejak dulu aku memang outspoken dengan bapa aku, apa yang salah aku tegur sebab bapa aku sejenis yang dominan dan mak terlalu pasif, aku kasihankan ibu.

Kerap juga berg4duh mulut dan aku lari dari rumah sebab tak tahan dim4ki. Tapi seteruk mana aku dih1na, aku tetap kembali ke pangkuan mereka. Selepas kahwin, first raya aku bawa balik suami ke rumah family aku. Waktu senja hampir maghrib tiba, ada seorang tetamu ayah aku datang berkunjung.

Kami sekeluarga masa tu tengah kepenatan dan bergegas untuk solat dan bersihkan diri tapi ibu aku diminta masakkan lauk untuk tetamu. Ya tetamu tu spesis tak solat, jadi tak hairanlah jika dia takde common sense pasal waktu maghrib ni.

Aku terus ke dapur bagitau ibu, pergiIah solat dulu, lepas solat kita masak sama – sama. Dia boleh tunggu sekejap, ibu aku akur dan naik ke rumah atas untuk solat. Masa aku kat dapur, ayah aku datang dan suruh aku layan tetamu.

Aku terus jawab, aku nak solat la dah lewat.. Tiba – tiba -tiba ayah aku melenting marahkan aku, cakap aku tak hormat tetamu dan sebagainya. Mula la dia keluarkan kata – kata kesat pada aku. Hati aku s4kit, itu kan tetamu dia, apa salahnya ayah aku attend dulu sementara kami bersiapkan.

Aku dah tak tahan dimaIukan depan keluarga dan tetamu, masuk bilik aku menangis depan suami. Tak pula aku tahu waktu tu aku baru mengandung beberapa minggu, mungkin sebab tu emosi agak sensitif. Aku cakap kat suami, aku nak balik kl malam itu juga, aku takut amarah ayah melarat hingga terbawa – bawa pada ibu dan adik beradik aku hingga merosakkan raya mereka.

Dan aku malu sebab merasakan aib keluarga dah terbuka depan suami. Bapa memang akan terus keluarkan kata – kata kesat sepanjang malam, kadang – kadang hingga ibu jadi m4ngsa fizikal. Aku nak elakkan hal macam tu berulang. Jadi kami berkemas dan aku bersalaman dengan ibu dan adik – adik aku.

Abang aku datang dan memujuk, sambil memeIuk aku. Aku meminta maaf pada mereka. Tiba giliran aku nak bersalam dengan ayah, dia enggan sambut salam aku. Terus terhambur kata – kata kesat lagi, mungkin kesal dan marah dengan tindakan drastik aku. Terkeluar la ayat ‘anak derh4ka’ dan ayah menyuruh aku tukar nama bapa.

Suami aku marahkan ayah, mungkin bagi dia keterlaluan apa yang keluar dari mulutnya, seolah – olah membuang anak sendiri. Berlaku pula perg4duhan antara suami dan ayah. Aku mengajak suami bertolak, dalam kepenatan dan pekat malam kami menyusuri perjalanan beratus – ratus KM.

Peristiwa ini lah titik tolak di mana suami aku enggan pulang, malah melarang aku balik ke kampung. Selepas setahun, aku pujuk suami untuk membenarkan aku balik kampung, berjumpa ibu dan adik – adik. Suami bersetuju tetapi menghantar aku menaiki kereta, dia akan menginap di hotel untuk elak dari berjumpa ayah.

Namun dalam perjalanan mengambil aku semula untuk balik kl, ayah mengejar belakang kereta suami seolah – olah seorang g4ngster. Dia menahan kereta suami dan menengking suami. Aku memang tak sangka dia akan bertindak melulu sebegitu rupa hingga menggugvt suami.

Suami terus menarik aku dan anak menaiki kereta dan kami memecut pulang ke KL. Dalam perjalanan kami berg4duh besar. Kejadian tadi betul – betul memberi kesan dalam hubungan kami hingga suami aku suruh aku memilih antara dia dan keluarga aku.

Aku hanya diamkan diri, berharap keadaan dan marahnya beransur hilang.. aku meminta maaf pada suami atas tindakan ayah, aku tak boleh kawal keadaan. Aku merayu ibu slow talk pada ayah, tolong hentikan ugvtan pada suami aku, tak must4hil kami akan bercerai jika masalah ini berterusan.

Bagi aku, suami seorang yang tak pernah mengabaikan tanggungjawab pada aku dan anak. Malah menjaga kami dengan baik. Tahun berikutnya, ibu minta aku balik lagi, kerana rindukan cucu. Aku dah jarang menelefon ibu.

Kalau dulu selang 3 hari aku akan menelefon, aku tak tahan dengan desakan ibu untuk minta aku pulang dan untuk suami aku minta maaf pada ayah. Kali ini aku berbincang dengan suami agar membenarkan aku dan anak pulang sendiri bersama adik perempuan aku yang akan menemani dan dia bersetuju, tapi hati aku tak pernah rasa seronok lagi untuk balik.

Sekarang, aku hanya balik untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak.. Sedangkan terp4ksa meninggaIkan sebahagian jiwa aku seorang diri di sini. Bila balik kampung, pilu hati melihat abang dan adik aku bahagia bersama pasangan, ayah dan ibu malayan mereka dengan baik.

Sedangkan aku berkejaran menjaga anak seorang diri, rindukan kehadiran dan sokongan suami. Berkali – kali aku tertanya pada diri, aku anak yang jahatkah? Aku menyusahkan ibu ayah kah? Apa kurang aku sebagai anak hingga dilakukan begini.

Berat sungguh ujian ini, aku diuji dengan orang yang paling aku sayang. Mak, ayah dan suami. Banyak kali aku cuba muhasabah diri, berdoa agar kebaikan aku pada mereka dulu tak berubah menjadi debu yang sia – sia, akibat dari melayan rasa, dan agar aku tidak menjadi isteri derh4ka. Tolong doakan hubungan suami dan keluarga aku pulih kembali ya. Terima kasih. – Mrs A (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zaini Za : Ini pendapat saya. Berhenti berharap kat ayah dan mak awak. Perbuatan ayah awak memang melampau dan saya tak hairan langsung kalau suami awak larang awak balik. Saya memang hangin la baca awal – awal lagi sibuk utamakan tetamu yang jenis tak solat tu.

Bang4ng ke apa? Sepatutnya ayah awak ajak orang tu solat dulu, bukannya sibuk nak layan dan hidang makanan bagai. Apa prioriti ayah awak? Nak sama kutip d0sa dengan tetamu tu ke? Kalau saya, maaf la nak balik kampung selepas layanan teruk sedemikian.

Siap kejar macam g4ngster ?? Apa jenis ayah macam tu ? Lebih baik awak tumpukan perhatian kepada keluarga kecil awak sendiri dan baiki hubungan dengan suami. Cuma, jangan terputus terus hubungan dengan ibu dan adik beradik awak.

Hubungi juga mereka tanya khabar. Kalau nak hantar duit belanja tu, ikut awak la tapi kalau saya, saya bagi seminima mungkin je. Silap haribulan, tak bagi terus. Duit belanja tu ihsan je, bukan wajib.

Ain Fathihah Fhm : Bagus lah h4ng ada suami bagus macam tu. Berusaha melindungi isteri. Ka h4ng nak jadi macam mak h4ng, dah tua – tua pun kena pukuI lagi.. bapak h4ng tu pelik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.