Ibu dah ada rumah besar, kereta, duit pun tiap hari ayah bagi, nak berjalan ke mana – mana pun ayah bawa. Apa lagi yang ibu tak puas hati tentang ayah? Aku korek rahsia dari ibu, rupanya ayah aku s4kit. Sebab tu ibu cari laki lain..
#Foto sekadar hiasan. Kisah ini bermula 6 tahun yang lepas. Ketika itu, aku baru sahaja mendirikan rumah tangga. Aku sungguh tidak menyangka yang perkara ini akan terjadi kepada keluarga aku sendiri. Ianya terjadi selepas ibu berjumpa semula dengan rakan sekolahnya.
Dan ibu sem4kin aktif mengikut segala aktiviti bersama rakan sekolah lamanya, terutama reunion sekolah. Sejujurnya apabila ibu mengikut semua aktiviti bersama rakan lamanya, aku tidak gemar dengan semua itu. Jauh di lubuk hati aku merasakan akan ada sesuatu perkara buruk yang akan terjadi.
Sem4kin lama, sem4kin menjadi – jadi per4ngai ibu. Kerap keluar malam dan lepak bersama rakan lamanya. Bercampur tak kira isteri orang mahupun suami orang. Mereka seperti tidak ada perasaan malu. Sem4kin meningkat usia, sem4kin menjadi – jadi.
Suatu hari, aku terbaca masej ibu bersama lelaki lain. Kalau isi kandungannya seperti borak biasa aku tidak kisah. Akan tetapi, isi kandungannya amat meny4kitkan hati aku. Lalu aku mencari tahu, siapa gerangan yang cuba mengganggu merosakkan ik4tan kekeluargaan kami.
Akhirnya aku jumpa siapa lelaki itu. Betul rupanya tekaan hatiku. Lelaki itu adalah salah seorang dari rakan lamanya. Aku tahu kenapa ibu begitu berani masej dengan lelaki lain. Ini kerana, ayah aku seorang buta huruf.
Ayah aku memang tidak reti untuk membaca lansung. Akan tetapi ayah seorang yang gagah mencari rezeki untuk membesarkan kami dan memberi kami kehidupan yang selesa. Berbalik pada kisah ibu. Suatu hari, ibu meminta kepada aku untuk membawanya pergi ke kedai rakan lamanya.
Dengan alasan untuk memberi jeruk yang dibuatnya kelmarin. Aku dengan hati yang gugup dan berdebar – debar menghantar ibu. Sewaktu itu aku merasakan dia lah lelaki yang cuba untuk mengganggu ik4tan kekeluargaan kami.
Aku tidak tahu mana untuk mendapatkan nombor lelaki itu. Dan tiba – tiba aku terpandang papan di kedainya yang mempunyai nombor telefon lelaki itu. Aku dengan segera mangambil gambar papan tanda yang mempunyai nombor telefon itu.
Pada keesokan harinya, aku cuba untuk memberanikan diri masej lelaki itu. Yela, aku anak yang sulung. Tiada abang mahupun kakak untuk aku berkongsi. Yang ada hanya adik 2 orang dan masih bersekolah. Aku terus masej lelaki itu, supaya jangan mengganggu ibu aku.
Selang beberapa hari, ibu aku marah, tengking dan herdik dengan nada suara yang amat tinggi. Aku merasakan seakan satu dunia mendengar suara ibu menjerit memarahi aku. Sungguh aku tak menyangka yang ibu memarahi aku gara – gara malu dengan rakan – rakannya.
Rupanya baru aku tahu yang lelaki itu memberi amaran kepada semua rakan lama ibu aku untuk berhati – hati kerana aku memerhati. Agak lama ibu memarahi aku dan tidak menegur aku. Aku hanya ada suami tempat aku mengadu.
Aku faham, suami tidak mahu mencampuri urusan kerana dia hanya menantu. Dan aku tidak menceritakan hal ini kepada ayah aku atas sebab aku tidak mahu ayah risau. Yang mengetahui hal ini hanyalah aku, suami dan adik – adik.
Selang setahun, ibu mula menegur aku semula. Itupun setelah puas aku cuba mngambil hatinya kembali dan memohon ampun. Aku fikir, keadaan kembali seperti biasa dan tidak akan ada apa – apa perkara buruk berlaku lagi.
Rupanya – rupanya, pisang berbuah dua kali. Sungguh aku tidak menyangka yang ibu aku curang untuk kali yang kedua, tapi bukan dengan lelaki yang sama. Aku seakan merasakan ada batu besar yang jatuh menimpa aku.
Dugaan apa lagi yang kau beri ya Allah. Mampukah aku menganggung semua masalah ini. Ibu mula buat hal, dengan tidak mengendahkan lagi ayah, sering meninggi suara kepada ayah. Kami sedih melihat ayah dimarahi oleh isteri sendiri yang sepatutnya dihorm4ti dan disayangi.
Sewaktu itu aku keliru sama ada aku ingin berkongsi cerita mengenai ibu kepada ayah atau pun hanya berdiam diri sahaja. Aku cuba untuk mengumpul bukti bahawa ibu berlaku curang. Kami membuat whatsapp web, kami “screen sh0t” segala perbualan ibu dengan lelaki durjana itu, serta kami mencari tahu siapa lelaki itu sebenarnya.
Setelah hampir setengah bulan aku mengumpul bukti dibantu oleh adik aku yang paling bongsu. Akhirnya aku dapat tahu lelaki itu adalah sepupu ibu sendiri. Sewaktu mereka diusia remaja, mereka adalah sepasang kekasih.
Mengapalah perlu ibu mengingati semula kisah silam antara mereka dan mengapa perlu jalin semula hubungan itu. Sedangkan lelaki durjana itu sudah beristeri dan beranak 5. Apa yang ibu kejar padanya, aku pun tidak mengerti.
Aku mula memberanikan diri untuk memberitahu pada ayah. Rupanya sudah lama ayah perasan dengan tindak tanduk ibu yang kian berubah. Sewaktu itu, aku sangat sedih melihat raut wajah ayah yang mula berubah apabila mendengar perbualan ibu dengan lelaki durjana itu setelah aku membacanya.
Bertapa remuk hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri yang disayangi dan dikasihi berlaku curang. Aku sangat berbangga dengan ayah, kerana ayah tidak cepat naik tangan pada ibu. Ayah cuba selesaikan dengan cara baik.
Pelbagai cara ayah cuba untuk selamatkan ik4tan perkahwinannya. Suatu hari di pagi 1 Syawal, kami seperti biasa menunggu ibu dan ayah untuk bersalaman memohon ampun. Tapi berbeza pagi ini, kami tunggu sangat lama.
Tiba – tiba ayah keluar dari bilik dan suruh kami salam dia. Kami tunggu ibu, ibu tidak keluar – keluar dari bilik. Kami bertanya kepada ayah, di mana ibu? Dan ayah memberitahu nanti ibu keluar. Lepas itu, ayah memberi tahu bahawa ibu meminta cerai kepadanya.
Kami berdiam diri, dan masing – masing menyeka air mata. Hati mana yang tak h4ncur, apabila dapat tahu ibu meminta cerai dengan ayah dipagi 1 Syawal. Ketika itu, kami terus gerak ke rumah atok dan bersalaman seperti biasa dan membuat seperti tidak ada apa – apa yang berlaku.
Waktu itu pun raya PKP, jadi lepas balik dari rumah atok kami terus pulang ke rumah masing – masing. M4kin hari keadaan sem4kin teruk. Ayah seperti biasa cuba menegakkan semula dan memperbaiki tiang yang hampir r0boh.
Akan tetapi ibu tetap berdegil meminta dirinya dilepaskan. Pada suatu hari, ibu meminta aku untuk menghantarnya ke mahkamah. Tetapi, suami aku melarang untuk menghantar ibu. Suami aku berkata jika ibu ingin meminta tolong yang bukan dari hal rumahtangga ibu, suami aku benarkan.
Tetapi jika melibatkan rumahtangga ibu, suami aku melarang sama sekali. Ibu aku kerap meminta aku untuk menghantarnya ke kIinik. Ibu sering mengatakan yang ibu sudah tiada hati pada ayah bukan sebab lelaki lain, tapi sebab ayah buat ibu s4kit.
Pada mulanya aku tidak mengerti apa yang ibu perkatakan. Dan ibu terus menerangkan kepada aku. Yang ibu s4kit disebabkan ayah yang ada peny4kit k3ncing manis. Aku seperti percaya dan tidak. Aku mula selidik dan bertanya kepada yang lebih arif.
Mereka mengatakan yang ianya tiada kaitan dan dari situ aku fikir ibu hanya cari alasan untuk dilepaskan. Ibu sering tabur fitnah tentang ayah kepada orang lain. Ibu sering bercerita masalah dirinya kepada orang lain untuk meminta simpati.
Aku sendiri tidak faham dengan per4ngai ibu. Ibu pernah lari rumah, balik rumah atok. Dan sewaktu ayah tiada di rumah, ibu cuba mengambil barang – barang bawa kerumah atok. Aku tidak faham mengapa ayah masih mempert4hankan perkahwinannya, sedangkan ibu dah buat macam – macam untuk meny4kitkan hati ayah.
Akhirnya aku berfikir, ayah buat semua ini mungkin sebab terlalu sayangkan ibu. Ayah pujuk ibu, dan bawa ibu pulang ke rumah. Apa yang aku perasan, ayah melayan ibu dengan lebih perhatian. Apa yang ibu inginkan ayah beri.
Ibu ingin berjalan ayah bawa. Segala apa yang ibu mahukan, ayah akan tunaikan. Kadang – kadang kami kesian dengan ayah. Mengikut sahaja telunjuk isteri asalkan isteri bersamanya. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya ayah kuat untuk melayan kerenah ibu.
Akhirnya aku nampak ibu sedikit berubah. Hari demi hari pun berlalu, dan alhamdulillah ibu sem4kin okay. Baru – baru ini ada kenduri di rumah saud4ra kami. Tiba – tiba, kakak sepupu aku bertanyakan tentang ibu. Ibu menceritakan kisah dirinya yang katanya “terani4ya” oleh sang suami.
Aku terk3jut kenapa ibu bercerita tentang itu kepada sepupu kami? Adakah untuk mendapatkan simpati kembali? Adakah untuk memberitahu bahawa ayah kami ni jahat? Mengapa ibu perlu buka aib sendiri? Aku bukan lah nak mempersoalkan ibadah ibu.
Tapi apa guna ibu beribadah, sedangkan menderh4kai suami sendiri! Aku kesal dengan sikap ibu yang masih tidak berubah. Tidak bersyukur dengan apa yang ibu sudah ada sekarang ni. Ibu dah ada rumah besar, kereta, duit pun tiap hari ayah bagi, nak berjalan ke mana – mana pun ayah bawa. Apa lagi yang ibu tak puas hati tentang ayah?
Aku pun menerangkan dari awal masalah keluarga kami supaya sepupu kami tidak salah faham. Aku bersyukur sepupu aku bukan hanya mendengar dari sebeIah pihak. Jujur aku mengatakan bahawa perasaan sayang aku pada ibu sem4kin hilang, hati aku kepada ibu sem4kin kosong.
Aku berdoa supaya jauhkan sifat benci dari dalam hati aku. Kini, aku hanya mampu berdoa supaya ayah aku lebih kuat. Sepatutnya dari awal aku berkahwin ibu perlu memberi contoh yang baik kepada aku tentang hal rumahtangga.
Akan tetapi aku hanya nampak yang negatif. Aku bernasib baik sebab dikurniakan suami yang baik, dan juga menjadi tuIang belakang aku untuk dorang aku menjadi seorang anak yang lebih kuat. Dari aku kecil aku mengagungkan ibuku, menjadikan ibu sebagai idolaku. Akan tetapi, sem4kin aku meningkat dewasa aku merasa IBU BUKAN LAGI IDOLA YANG AKU AGUNGKAN! – Jasmine (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Shikin Ilyas : Ibu kata dia s4kit sebab ayah k3ncing manis, rasa terani4ya, ayah enggan lepaskan ibu walau apapun. K3ncing manis boleh menyebabkan m4ti pucuk tau. Walaupun sebagai anak, ada hal yang tetap tak boleh dikongsikan.
Better jangan masuk campur supaya tak hilang rasa hormat pada ibu bapa. Dan jangan mengidolakan sesiapa lagi – lagi yang masih hidup kerana manusia tak pernah sempurna.
NurAz Wan : Jika mengikut firasat saya, biasanya lelaki yang ada kencing manis serius gagal dalam s3ks. Ntah berapa lama, mereka saja yang tahu. Mungkin ibu awak masih mempunyai hasrat wanita yang biasa. Orang saja yang selalu sangka bila dah 50an wanita takde keinginan, sedangkan perkara itu tak betul.
Mungkin ada yang menurun keinginnnya, tapi bukan hilang terus, dan ada pula yang maintain saja. Kalau ada pula kawan – kawan lelaki yang tahu, dan ada yang fikirannya kurang baik. Mereka memang cuba ambil kesempatan.
Biasalah, perkara macam ni. Mungkin awak boleh bawa bapa berubat, kalau masih baru, mudah sembuh, tapi kalau dah lama, dan k3ncing manis serius pula. Memang tipis harapn untuk sembuh. Begitulah setakat yang saya tahu.. wallahua’lam.
Rainbow Sunshine : Syukur kamu pandai menilai mana idola yang patut dicontohi. Teruslah berbuat baik pada ibu ayah dan doakan mereka, bab d0sa kejahiIan dan kejahatan ni kadangkala orang lain tak dapat nak ubah bantu melainkan hidayah dariNya.
Andai cerai mungkin yang terbaik terp4ksa akur demi d0sa tidak merebak. Masing – masingmungkin ada salah dan silap. Memaafkan bukan mudah namun andai tahu besarnya kebaikan dari memaafkan, nanti menyesal.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.