Gaji baru je minggu lepas tapi aku dah takde duit. Minggu lepas aku dah bank in RM500 untuk ayah tapi hari ni dia call kata duit dah habis. Mana aku nak cari duit? Kalau aku tak bagi, ayah pergi meminjam dekat kedai, hutang. Aku malu..
#Foto sekadaar hiasan. Demi Allah, harini aku letih sangat. Ada program di tempat kerja. Suami 1 malam bermalam di luar pun atas urusan kerja, jadi tengahari ni dia balik malam aku ingat aku pass la anak – anak pada dia sebab aku nak tidur awal.
Balik ja dia dari solat isya, terus aku masuk bilik rebahkan badan. Tiba – tiba henfon berdering, tertera nama ayah. Aku pun jawab la mana tahu ada apa – apa penting malam – malam gini. Ternyata bukan. Ayah pesan hujung minggu ni bawak balik duit lebih sebab banyak nak guna, nak bayar elektrik, gas habis dan ntah apa lagi aku pun tak ingat.
Terus hilang mengantuk aku. Lalu air mata pun merembes laju. Dalam akaun aku cuma tinggal RM105.80 guys. Cash dalam tangan ada la tak sampai RM100. Gaji baru minggu lepas, nak tunggu next gaji 19 Disember nanti.
Dugaan ekonomi sekarang memang berat, semua barang pun mahal. Dan ya, aku antara yang terkesan tu. Minggu lepas, kira – kira baru 6 hari aku ada bank in RM300 pada ayah, RM200 pada kakak untuk siapkan makan ayah. Harini ayah bagitau RM300 tu dah habis.
Selalunya memang macamtu, dalam sebulan beransur – ansur aku bagi bukan seketul. Bulan ni aku budget lagi 2 minggu nak bagi la RM300 lagi. So kiranya RM800 la sebulan. Ada sebab tak boleh bagi seketul duit pada ayah, nanti korang akan tahu.
Ayah pun ada income lain sikit lebih kurang RM200 – RM400 duit sewa kedai. Aku tahu, barang sekarang semua mahal tapi, kalaulah ayah tahu, berapa sen yang tinggal dalam akaun aku. Hmm. Menangis aku berlapikkan bantal tak tahu nak mengadu pada siapa.
Ayah aku tengah tak sihat sebenarnya. Dah lebih kurang 8 bulan mungkin. Masalah mental. Keturunan ya. Dan tak mungkin boleh diubati. Aku sedar – sedar dia ada s4kit ni dari aku tingkatan 1, sekarang umur aku dah 35.
Kalau lebih awal dari tu aku pun tak pasti. S4kit dia ni datang 2 ke 3 tahun sekali. Kalau semua elok, that mean, ekonomi dia, sekeliling dia, bertahan la dia sihat 4 ke 5 tahun. Guys, bila s4kit dia ni datang, dia totally jadi orang lain ya.
Kalau dia sihat, Ya Rabbi dia sangat baik. Kalini dia tak sihat lama sangat, selalunya jadi dalam 4 ke 6 bulan saja dan aku rasa dia tak kan sihat sepenuhnya lagi dah kali ni. Dengan umur yang lanjut, dia akan terus dengan s4kit ni. Rindunya ayah yang dulu, Allah ja tahu.
Guys, dulu tiap bulan aku hanya bagi dalam RM600 ja sebulan pada ayah. Aku bagi seketul, cukup ka tak pandai – pandai la dia urus, dengan income lain dan adik ada hulur sikit. Sekarang tak dah guys. Bila dia s4kit, aku sangat – sangat terkesan.
Aku tak boleh kata tidak, tak da duit. Sebab bila kata tidak, dia akan minta pada orang lain ya. Minta pinjam pada jiran yang sewa tanah bendang dia. Kiranya minta sewa pendahuluan. Tanah bendang dia bukan la banyak sangat pun. Sewa pun tak banyak sangat.
Agak – agak kalau tiap bulan mintak, orang tak kata apa ke? Malu la aku anaknya ni. Gi kedai pun dia boleh berhutang ya. Serupa anak tak peduli. Makan pagi kat gerai hutang, gi kedai beli barang hutang. Aku bagi ja dia duit Cuma dia tengah s4kit mental.
Baru ni bocor rahsia bila ada duit di tangan, dia sedekah pada orang. Betul guys, orang mental tak sihat ni, bila ada duit dia akan habiskan semuanya. Sedekah tak kisah la sikit – sikit, ni sedekah sampai habis, minta lagi pada kita, kita pun tak da duit. Dan kita tak boleh say no!
Dia akan str3ss dan mental dia akan jadi lagi teruk. Dia halusinasi dan sebagainya. Ayah aku kategori yang elok sikit dari yang merayau tepi jalan tu. Dia tak seteruk tu. Dia ada rumah, dia ada anak – anak jaga. Tapi percakapan dia kalau 100%, mungkin 30% saja yang logik.
Sabarnya aku menunggu dia sihat, tapi Nampak gaya kali ni macam dah tak da harapan. Aku ada ja adik beradik semua. Haritu ada borak – borak konon katanya sapala antara kami yang w4risi gen mak. Arw4h mak aku meninggaI usia muda, 47 tahun asbab d4rah tinggi dan masalah jantung, pembuluh d4rah pecah.
Nampak gaya macam abang sulung aku yang berat ke arah tu. Dia kata kalau ikut mak, dah hujung – hujung usia dah di ani, umur pun dah 48 tahun ni. Sama s4kit macam mak. Untung tak da sesapa yang w4risi s4kit ayah.
Malam tu aku termenung sendiri. Sebenarnya dalam ramai – ramai kami, aku la orang yang paling banyak w4risi gen ayah tu. Aku ada anx1ety yang sangat teruk, overthinking cuma baiknya aku tak giIa. Penat tau tak Iawan s4kit ni.
Hingga akhirnya aku sendiri sedar, dalaman aku teruk. Aku memang macam ni disebabkan keturunan. Tok wan aku sendiri sama s4kit macam ayah aku. Bapa sed4ra dan mak sed4ra pun ada ala – ala tu. Baru – baru ni suami jual kereta dia, dengan harapan ekonomi keluarga kami akan bertambah baik.
Bulanan kereta dia RM900 sebulan dapat la salurkan ke keluarga kecil kami. Suami sedang downgradekan hidup kami. Tinggal la sebijik kereta myvi aku yang dah habis bayar dan sebuah motor untuk kami guna. Tentang downgrade hidup ni, suami ok, aku ok, anak pun ok. Yang tak oknya orang sekeliling.
Masyaallah. Str3ssnya hidup. Aku dan suami kerja 1 jalan, sbelum ni memang guna 1 kereta ja. That why tak membebankan. Cuma bila sed4ra terdekat tahu kita jual kereta yang elok, tinggal myvi yang buruk tu, mula la persoalkan itu ini.
Aku boleh buat b0doh pekakkan telinga, tapi overthinking aku ni sangat memenatkan. Ibarat orang lain fikir 10%, datang pada aku, aku terpikir 150%. Gitu. Letih sangat guys. Korang jangan ajar aku abaikan. Aku dah cuba but ini melibatkan mental aku yang tak berapa sihat. Jangan hujung – hujung aku jadi giIa jugak.
Adakah suami memahami s4kit aku? Jawapannya tidak! Adakah aku perlu mendidik dia untuk faham s4kit aku? Jawapannya aku dah cuba dan ia tidak berhasil untuk seorang lelaki yang memandang remeh semua hal. Gaji aku dengan suami total RM13k sebulan. Ya lah, dah lama kerja, 12 tahun dah.
Dengar macam banyak kan? Tapi demi Allah aku cakap, hanya cukup – cukup makan. Alhamdulillah, aku bersyukur. Kami tak susah, tapi tak senang. Syukurlah, dalam suasana ekonomi yang serba menc4bar ini. Masih punya gaji.
Orang susah macam aku dan suami memang kenal erti bersyukur. Suami anak pen0reh, aku anak pesawah. Sekarang ni aku tengah overthinking nak hadap keluarga sebeIah suami pasal kes suami jual kereta tu. Otak aku merayap – rayap fikir mesti diorang tengah kata aku isteri yang tak pandai handle kewangan keluarga, boros dan sebagainya.
Sebenarnya suami datang dalam hidup aku dengan keadaan diri dia yang dah ada personal loan. 100k ya sebelum kahwin. Dulu ik4t 20 tahun, tahun 2012 mungkin loan tu, atau 2013. Tahun ni semak, ada berbaki 11 tahun lagi loan 80k something.
Oh giIaaa, penangan pkp moratorium punya pasal. Aku dengan suami posting kerja tahun 2012. Tahun tu banyak sangat kawan yang kena macam suami. MLM. Haha. Dulu fesbuk tak macam sekarang, kita dah ada banyak kesed4ran.
MLM ni dia t4rget kakitangan kerajaan yang baru posting tau. Suami aku ni dia mengaku dia b0doh sikit bab – bab duit ni, tu pasal kena pedajaI kawan. Dah tua – tua ni baru dia mengaku dulu dia kena sc4m MLM. Hahaha.
Kalau tak, mampus tak mengaku. Dia buat loan 60k untuk bisnes tu, habuk pun tak da. Time tu famous la dengan bisnes korset mahal tu, nasib baik aku tak terjebak. Ada kawan yang berhenti kerja tau time tu, sekarang ni jual la ch*cojar tu di fb.
Ampunnn, maafkan aku kalau ada yang terasa. Ni memang betul. Kawan tempat kerja aku dapat 24 set korset harga 2k+- untuk dijual. Kena dia pulak obesity, sampai sekarang 10 taun tak berjaya kurus pun. Ngek betul. Dia pun loan RM69k.
Tak berjaya jual, last – last dia buat jadi cabutan bertuah majlis tempat kerja aku. Aku tak tau apa jadi dengan korset – korset dia sekarang. Yang aku tau, dia tetap gemuk jugak. Macam aku la, pun gemuk. Kah3. Adoi.
Aku kenal suami lepas kes tu, 2013. Kalau tak, memang dah kena sekolahkan kaw – kaw. Yang tak boleh tahannya, orang yang sc4m dia tu datang pulak cari suami aku 3 – 4 taun lepas tu nak ajak buat saham pulak. Pergh, menyirap aku.
Aku sekolahkan laki sampai dia tak da ayat nak baIas. Geram betul. Itulah punca kesusahan suami aku hingga sekarang. Sedih kan? Dia macam ni guys, bila di awal kita dah tersilap Langkah, bukan kita tak boleh betulkan.
Boleh, kalau ada income luar keja hakiki. Tapi tidak bagi kami sebab kami tak da kepakaran. Kami dah cuba cari side income lain, dapat la sikit tapi serius tak dapat memadam kesalahan 100k hutang tu. Kesannya, setelah 10 tahun bayar, hutangnya hanya susut 20k. Penangan hutang 20 tahun dan moratorium.
Eh yaduhi betul hampa. Keluarga mertua selalu kata disetiap kali pertemuan, rumah kami beli ni tak sesuai untuk kami, terlalu membebankan. Sebab tu kami susah. Demi Allah, tak. Kami susah sebab percaturan kewangan suami salah langkah di awal usia. Rumah kami duduk sekarang aku yang bayar.
Barang – barang basah rumah aku yang sediakan. Pakaian anak aku urus. Tetap aku nampak boros dan menyusahkan suami. Sedangkan mereka lupa aku juga punya gaji yang sama dengan suami. Ibarat macam ni, aku yang bayar itu ini, suami yang nampak susah jual kereta bagai. Ha gitu.
Mental aku jadi sem4kin teruk bila anak – anak aku dijaga kakak ipar di rumah aku. Mula suami memang tak setuju idea kakak dia tapi bila fikir semula, daripada kita tolong orang luar (bayar pengasuh) lebih baik tolong d4rah daging sendiri.
Anak aku dua orang kecik rapat – rapat umur 2 dan 3 tahun. Fasa melasak. RM800 kami bayar dia. Awal dia datang, jam 6 pagi dah sampai rumah aku. Kami keluar kerja jam 6. 30 pagi. Memang mudah sebab anak membesar di rumah kita sendiri. Nak sepah rosak barang pun barang kita, tak da masalah.
Yang jadi masalah, dia balik petang rumah dia lambat. Dia kena tunggu suami dia habis kerja kadang – kadang ada sampai jam 6. Kami ni pukuI 3 dah dekat rumah. Kalau hari awal, 2.30 dah terpacak. Aku yang s4kit ala – ala bapak aku ni jadi tak senang duduk.
Korang tak kan faham tau. Suami aku pun dia tak faham. Aku jadi tak boleh duduk, tiap kali balik nak beli benda makan. Rumah ni, tiap malam masyaallah, penatnya nak mengemas semula. Ya lah, anak 2 3 tahun punya kerja faham – fahamlah. Tengah fasa nak bermain.
Tiap malam penatnya nak kemas rumah, kalau malam tak siap, dia jadi tak boleh lena malam tau. Susah hati takut esok pagi terjaga lambat tak sempat kemas. Malu. Korang tak boleh kata, ala biarlah. Tak boleh. Sebab ni sejenis peny4kit untuk orang yang mental macam aku.
Dia tak sama macam orang normal. Penat sangat. Kat tempat kerja pun 1 hal. Aku ni memang suka bekerja. Kalau ada program apa – apa, orang suka bagi aku tugas pengacara majlis dan buat buku program. Alhamdulillah, ada kepakaran sikit bidang tu.
Orang kata, alaaaa, kau cakap ja itu ini sekian – sekian, senang ja. Masalahnya mental aku ni kadang – kadang tak boleh tidur malam tau. Duk buat teks, belek canva bagai. Hasil memang tip top tapi orang tak tau aku bawak kerja handle kat rumah macam mana.
Suami perasan, setiap kali aku dapat job macam tu, aku jadi pemarah sangat. Anak – anak tak sempat peduli dan sebagainya. Dia nasihat ja jangan perform sangat nanti kena buIi tapi dia tak faham, ni bukan masalah buIi. Ni masalah mental aku yang terpesong sikit dari orang normal.
Banyak lagi nak cerita tapi cukuplah dulu, kang biul pulak hampa macam aku. Keh3. Aku pun rasa macam dah ok sikit ni. Nak try tidur pulak kejap lagi. Kakak, kalau h4ng baca ni. Ya memang aku yang tulis. Aku sedih sangat bila pak call minta duit tadi. Dia tengah bercuti, tak mau la ganggu.
Selalu dengan dia la aku chat mengutuk itu ini. Lusa aku nak balik jenguk ayah di kampung. Nak cash outkan sikit spaylater untuk bagi kat ayah. Korang doakan ayah aku sihat semula. Doakan aku dan keluarga kuat support misi downgrade hidup plan by laki aku ni. – Singa (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ummu Hanif : Makcik pes4kit mental dah diagnos 10 tahun dan masih dapatkan rawatan. Tt mesti cuba dapatkan diagnos tepat di KIinik Pakar Psiki4tri hospitaI kerajaan. Tt dan Ayah 2/2 perIukan rawatan sebelum melarat dan tak terkawal.
Suami tak nak faham tak apa, nanti doktor tolong terangkan. Daripada tulisan tt, makcik rasa suami tu ok, ada sifat tanggungjawab dan usaha nak downgrade lifestyle. Semoga Allah permudah. Insya-Allah. Aamiin.
Miszz Mulia : TT dan ayah kena pergi hospitaI dan dapatkan rawatan. Jaga pemakanan dan ubah cara hidup. S4kit mental ni berkaitan juga dengan s4kit kronik yang lain macam d4rah tinggi, gerd, jantung, buah pinggang etc.
Huhu saya cakap berdasarkan pengalaman menjaga pes4kit mental keturunan seperti ayah tt, kita boleh kawal tapi takde ubat pun. Siapa yang hadap je faham, jadi kena usahakan diri sendiri kena berubah. Saya doakan tt diberikan kelapangan hidup dan dipermudahkan urusan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.