Ayah kahwin baru, lari tinggalkan kami. Lepas ayah pencen, duit pencen pun habis, ayah cari kami balik. Aku baIas, sampai rasa menyesal

Masa tu ayah dah bersara. Ayah bukan kerja kerajaan, jadi takde pencen cuma ada KWSP saja. Duit tu pun habis tak sampai 1 tahun. Waktu tu saya dan adik – adik setiap bulan bagi ayah duit untuk dia hidup.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya harap kepada pembaca yang membaca semuanya sihat. Pertama sekali, maaf kalau ada ayat tunggang langgang dan mix english. Sebab dah terbiasa dengan percakapan harian.

Saya seorang isteri, ibu dan juga seorang anak. Masa saya tulis ni, saya baru je tengok video dekat tiktok POV : mengadu dekat ayah how’s life without him and the girl just duduk tepi kubvr and talk to her late father dan video tu guna sound andmesh – andainya kau datang kembali.

Masa saya tengok video walaupun hanya sekadar 20 saat, saya menangis. Tak nangis terlalu banyak tapi s4kit dan pedih sebab tak boleh nak cakap. Arw4h ayah saya meninggaI dunia pada tahun 2017, jadi dah 7 tahun berlalu.

Diringkaskan, saya sangat rapat dengan ayah. Sebab saya satu – satunya anak perempuan dan ada 2 adik lelaki. Sejak kecil, saya memang selalu berkepit dengan ayah, wajah kami pun sama, banyak perasaan antara kami.

Namun semuanya berubah masa saya form 4. Ayah ada perempuan lain dan dia sebenarnya dah nikah dengan perempuan tu. Sebaliknya, saya tak rapat dengan mak saya. Orang tua – tua kata panas. Cara kami berfikir tu tak sama, jadi saya selalu berg4duh dengan dia.

Lagipun mak saya ni agak garang, dia pernah marah saya dan suruh saya tidur luar rumah. Dekat luar ada macam sofa panjang, jadi saya pun keluar dan tertidur. Ayah saya balik tengah malam tu, nampak saya tertido dekat luar.

Ayah angkat saya dan marah mak kenapa biarkan saya dekat luar macam tu. Ayah angkat, selimutkan saya, letakkan saya perlahan – lahan. Saya tutup mata tapi semua tu saya sedar. Kejadian ni sangat berharga pada saya malah sehingga sekarang saya masih ingat detik itu.

Tak lama lepas ayah kahwin dua, saya selalu nampak mak sedih, menangis dan ayah dah jarang balik. Keluarga kami berantakan. Saya sebagai  anak yang sulung walaupun tak berapa rapat dengan mak, tapi mak takde pilihan lain selain luahkan rasa kecewa, sedih dia dekat saya.

Pada mulanya saya macam in denial, mungkin ayah ada alasan buat macam ni. Tak pelah ada peluang untuk bahagia macam dulu balik. Itu yang cuba saya tanamkan dalam otak saya. Tak lama lepas saya habis SPM, saya sambung belajar dekat college dan ayah belikan saya kereta untuk kemudahan.

Saya tak amik pinjaman belajar sebab ayah kata ayah nak support tapi tak lama lepas tu ayah m4kin culas bagi duit. Mungkin sebab dia dah kena tanggung 2 keluarga. Jadi saya start keje part time untuk tanggung diri sendiri semua.

Saya belajar jauh dari rumah, jadi saya tak berapa tahu apa yang terjadi dekat rumah. Tapi ada 1 kejadian yang adik cerita di mana masa tu bulan puasa, adik dan ibu tak ada makanan dekat rumah, berbuka milo dan biskut tawar.

Esoknya adik ke bandar, masa tu adik dah umur 17, boleh bawak motor, terjumpa ayah dengan isteri nombor 2 di bandar. Rasa disi4t – si4t hati ni bila tau. Lepas habis belajar, saya kerja dan dengan gaji yang tak berapa nak banyak, saya cuba support banu mak, dan adik – adik.

Sebab ayah dah m4kin jarang balik, adik nombor 2 masih belajar di college, duit m4kin berkurang dan mak dan adik – adik kena keluar rumah sebab culas bayar sewa. Saya waktu tu menyewa bilik KL. Saya cakap dengan mak, “ibu, along cari rumah la di selangor. Kita duduk sama – sama.”

Masa tu saya dah mula rapat dengan ibu. Walaupun ada je berbeza pendapat dan cara berbeza tu masih ada cuma saya rasa kesian dekat dia atas apa yang dia lalui dengan ayah. Jadi saya ajak dia duduk sama – sama, ajak adik duduk sama sekali dan kerja di selangor.

Berhijrah la kami sekeluarga. Ayah? Masa kami pindah bawak keluar barang – barang, terp4ksa keluar rumah, ayah tak ada pun. Semua buat sendiri. Saya teruskan hidup macam biasa, hubungan dengan ayah m4kin renggang sebab jarang berjumpa.

Akhirnya saya bagitahu dekat mak, “ibu, cerailah dengan ayah. Inilah masanya.“ sSebab masa tu hubungan diorang macam g4ntung tak bertali. Dia di negeri lain, saya, mak dan adik – adik di selangor. Akhirnya mereka pun bercerai.

Tak lama lepas tu. Saya bawak my boyfriend (now my husband) jumpa ayah sebab kami dah plan untuk berkahwin. My husband lagi banyak cakap dari saya masa tu sampai la saya bagitahu segala kisah yang saya dah tak rapat dengan ayah. Jumpa pun jarang dan dah janggal.

Tak lama selepas itu, saya dengar ayah dengan isteri kedua dia tu ada issue dan dalam proses bercerai. Dia pun nak pindah selangor sebab kebanyakan adik beradik dia pun dekat sini. Masa tu dia dah bersara. Ayah bukan kerja kerajaan, jadi takde pencen cuma ada KWSP saja. Duit tu pun habis tak sampai 1 tahun.

Waktu tu saya dan adik – adik setiap bulan bagi ayah duit untuk dia hidup. Dalam 2 minggu sekali, kami akan datang jumpa ayah bawak makan sama – sama ke mana – mana kedai hanya untuk bertanya khabar. Adik – adik lelaki masih boleh macam biasa dengan ayah tapi bukan saya.

Lepas apa yang dah jadi, dia hilang lama dari hidup saya. Untuk harapkan balik hubungan dia dengan saya kembali rapat macam mana dulu – dulu, tak mungkin benda tu akan berlaku. Saya berjumpa dengan dia dengan adik – adik, bawa suami sekali dengan anak tapi saya tak bercakap dengan dia sangat.

Dia hanya akan main dengan cucu dia dan adakala bila dia cuba nak berborak, sangat h4mbar baIasan dari saya. Dia tanya dah makan ke, saya cakap, “dah.” Dia tanya sekarang busy ke kerja, saya jawab, “boleh la.” Hubungan akrab bersama dengan ayah dulu dah takde, dah h4ncur, berkecai tak mungkin dapat dipulihkan kembali.

Itu adalah harga yang ayah kena bayar atas apa yang dia dah buat dulu. My husband pun kadang – kadang cakap, “kenapa tak cakap banyak dengan ayah. Ayah nampak nak borak banyak dengan you.” saya hanya diam. Setahun selepas tu, saya bersalin anak perempuan dekat kampung suami.

Kira agak jauh jugak la. Walaupun saya agak janggal nak berbual dengan ayah, tapi saya selalu je whatsapp untuk tanya khabar dia, ingatkan ayah untuk makan dan sebagainya. Tapi biasalah ayah kan orang tua, akan reply pun pendek – pendek je.

Jadi, pada hari saya bersalin tu, memang saya ada bagitahu ayah dan saya cakap akan balik lagi beberapa hari. Mungkin dalam minggu depan tu saya akan bawa balik cucu nombor dua ni untuk jumpa ayah. Saya masih ingat dengan jelas ye, ayah baIas mesej saya.

Kali ni mesej tu agak panjang. Dia cakap, dia tak sabar nak jumpa cucu nombor 2, dia kata dia sayangkan saya, sentiasa doakan baik – baik untuk saya dan keluarga. Saya mula rasa pelik macam, oh panjang message dia kali ni. tak macam selalu, ‘ok along.’

Hari sabtu minggu selepas tu, memang saya plan nak lawat dia, tapi hari jumaat tu dapat panggiIan dari makcik yang ayah pengsan. Kedua – dua adik lelaki saya terus gerak tengok ayah dan tak lama selepas itu, mereka call bagitahu yang ayah dah meninggaI.

Saya macam kaku kejap, dah la tengah berpantang, tak tau nak rasa apa. Dalam setengah jam jugak, baru datang perasaan s4kit tu dan saya nangis tanpa henti. Saya menangis sebab saya sayang sangat ayah saya sebelum ni. Ya sebelum ini, sebelum kejadian tu berlaku. Saya masih sayangkan ayah tapi tak sedalam dulu. Dah tak sama.

Setelah apa yang jadi, hati saya kosong. Saya sayang dia tapi hanya sebab dia adalah ayah saya. Saya kadang – kadang marah dengan diri sendiri, “tak boleh lupa ke apa dia buat? Tak boleh ke cuba untuk pura – pura dan buat je yang kau ok dan boleh borak and rapat macam dulu.”

Saya kecewa dengan diri sendiri tapi tak kira berapa banyak kali saya cuba untuk lupakan, saya akan teringat yang dia tinggalkan saya, satu – satunya anak perempuan dia. Dia tinggalkan family dia dan saya tak boleh terima.

Yang tambahkan sedih, tak lama lepas dia meninggaI, kami ada cek hp ayah dan dia ada simpan album gambar saya, gambar adik – adik saya. Apa yang paling saya sedih dan tak sangka, ayah simpan nama saya sebagai ‘my baby girl’.

Baru saya sedar, sayang dia pada saya tak pernah berubah. Ayah masih anggap saya ‘baby girl’ dia yang dulu. Tapi kenapa sayang saya yang berubah. Kekecewaan tak dapat nak berbaik balik macam dulu sampai la ke akhir hayat dia, sangat meny4kitkan.

Saya tak boleh nak relate dengan that girl dalam video tiktok yang bercerita tentang kehidupan dia dekat kubvr ayah dia. Saya mungkin boleh buat benda yang sama kalau ayah tak khi4nati kami dulu. Saya ada cakap tentang perkara ni dengan suami, “islam tak larang poligami, saya pun tak tentang poligami, tapi kalaulah ditakdirkan satu hari nanti takdir saya berpoligami, buat la dengan cara yang betul.

Dan sebelum nak berpoligami, fikirlah sedalamnya tambah lagi kesan yang akan diterima oleh anak perempuan kami. Kalau ditakdir kami berpisah, saya mungkin akan dapat suami baru tapi bagi anak perempuan kita, ayah mereka adalah cinta pertama mereka.

Awak nampak sendiri apa yang terjadi antara saya dan ayah. Saya dah cuba sedaya upaya nak sayang ayah macam dulu tapi saya tak mampu. Jadi fikirlah dlu sebelum buat apa – apa keputusan.”

Saya harap suami, ayah dekat luar sana faham kesan implikasi apa yang korang buat dekat anak – anak korang. Dalam keluarga yang berpcah beIah, selalunya anak – anak perempuan liar, sebab hilangnya figura seorang ayah dalam keluarga.

Jadi mereka mencari lelaki lain di luar sana. Don’t break your little princess heart sebab you tak tahu sampai bila dia akan memendam rasa.. Saya rasa tu je lah yang saya nak cakap. Assalamualaikum. – Puan S (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ameera Aqeela Salleh Huddin : Ntah la, to me di saat terjadinya poligami, bukan isteri je berkongsi kasih, anak – anak pun sama.. tak dapat jumpa ayahnya setiap hari.. lagi buat parah, bila nafkah mula culas, kesian juga anak terbabit sama. Bukan menentang poligami cuma poligami ni bukan untuk semua sebab nak penuhi syarat mampu dan adil tu payah.

Addi Azuandi : Tulisan ni buatkan saya tertanya – tanya adakah kakak saya juga merasai perkara yang sama puan rasa, seorang anak perempuan yang kehilangan father figure dalam hidupnya. Bezanya ayah saya masih lagi hidup.

Hopefully, segalanya akan berakhir dengan damai suatu hari nanti. Saya sendiri juga sedang berdamai dengan takdir dan selalu berpesan dalam diri, baik atau buruk. Itulah satu – satunya ibu dan bapa yang kita ada. Mungkin saya lelaki, kuat sikit. Berbakti ketika ada, berdoa ketika tiada.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.