Ayah kahwin lain sbb xtahan dgn sikap ibu, ibu angkat sump4h ambil semua harta ayah

Ibu senyap – senyap beli perabot dekat rumah secara hutang. Ayah marah tapi ayah terp4ksa juga bagi duit dekat ibu untuk bayar. Tiba – tiba tauke kedai call bagitahu ada hutang tertunggak. Bila tak ada duit, ibu pernah ‘jual’ adik pada jiran. Ayah tanya ibu, ibu meng4muk marah – marah. Ibu doa ayah m4ti eksiden..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku anak ke 2 dari 6 orang Adik beradik. 3 perempuan 3 lelaki. Perkahwinan antara ibubapa aku adalah sebab ibu berhutang banyak duit terhadap ayah. Jadi sebagai membayar hutang, ayah minta ibu jadi isteri.

Ibu berhijrah ke bandar dan sering meminjam duit ayah yang tinggal di bandar. Jadi apabila hutang sem4kin bertambah sehingga mencecah ratusan ringgit. Ayah tawarkan Ibu untuk berkahwin dengan dia bagi melangsaikan hutang.

Advertisements

Lagipun ibu SINGLE time tu. Setiba hari hendak merisik MAK ibu tak bagi kahwin sebab kebetulan masa tu gaji ayah kecil. Ibu masih merahsiakan tentang hutang itu daripada pengetahuan keluarga ibu. Ayah ber4ng dan pasrah.

Advertisements

Hutang? Cuma ayah dan ibu yang tahu. Keluarga ke dua beIah pihak tak tahu hal ini. Maka bermulalah episod ayah angau nak kahwin dengan ibu. Sebab ibu memang dah janji nak kahwin untuk langsaikan hutang.

Ibu pun akhirnya tunaikan janji. Tetap kahwin dengan ayah sehingga senyap – senyap buat personal loan. Personal loan sebagai duit belanja kahwin. Kerana ketika itu ayah belum cukup duit. Ayah minta masa untuk kumpul duit kahwin.

Advertisements

Tapi ibu tak nak, Ibu nak yang terbaik yang majlis perkahwinannya. Personal loan ni ayah tak tau. Lepas kahwin baru tahu ini duit PL (personal loan). Ayah ingatkan ini duit simpanan ibu. Keluarga sebeIah ibu cakap ayah angau terhadap Ibu sebab nak kahwin.

Manakala keluarga sebeIah ayah beranggapan ibu calon yang terbaik disebabkan lembut tutur kata dan sangat menutup aur4t. Tapi cuma ibu dan ayah yang tahu hal sebenar. Ya, bila orang tua kita tak izin kahwin. Memang hidup tak bahagia.

Advertisements

Lepas berkahwin. Ada pasang surut. Terserlah sikap masing – masing. Perg4duhan pertama tercetus ketika baru berpindah rumah. Ibu senyap – senyap tanpa pengetahuan ayah ke kedai perabot dan beli secara hutang bayar bulan – bulan semua barang – barang dalam rumah.

Macam Tv, peti ais, mesin basuh, kerusi, meja makan dan lain – lain. Ayah ber4ng sebab ibu beli tanpa berbincang. Ibu meng4muk dan pecahkan barang – barang dalam rumah. Ayah akur dan bagi duit pada ibu untuk Ibu bayar bulan – bulan.

Ayah masih gaji kecil tapi ibu tak faham. Namun, ibu tak amanah. Ibu ambik duit. Tapi tak bayar hutang. Sebab tauke kedai datang jumpa ayah minta selesaikan baki yang tertunggak atau diorang tarik balik barang – barang.

Sejak itu ayah sudah tak percayakan ibu. Bila ayah tanya soal duit ibu akan meng4muk dan pecahkan barang – barang dalam rumah. Ataupun ibu akan baIing semua barang kepada ayah. Sem4kin hari sem4kin banyak per4ngai ibu.

Ayah masih bertahan dan bersabar. Ibu suka m4ki hamun ayah dengan sump4h ser4nah dan kata – kata kesat. Macam – macam kata m4kian ayah dapat. Terutama jika ibu badmood, PMS atau ada masalah dengan ayah.

Ayah masih sama. Tenangkan ibu dan buang jauh-jauh kata-kata ibu walaupun akhirnya ayah menangis senyap- kerana terasa hati dngn ibu. Ayah ingatkan per4ngai ibu yang suka m4ki hamun berhenti selepas ada anak.

Tapi ayah silap. Sem4kin menjadi – jadi per4ngai ibu. Anak yang masih kecil jadi tempat ibu lepaskan marah dan amvk. Pernah ayah balik kerja, pampers anak belum tukar dari pagi, anak – anak sama macam pagi tadi (tak mandi).

Makanan bersepah atas lantai. Rumah berselerak, baju tak basuh lagi, masak pun belum. Susu masih susu pagi tadi (sebab ayah rasa). Jadi ayah akur. Ayahlah yang mandikan anak bersihkan anak. Ibu? Ibu cakap dekat ayah ibu penat buat kerja rumah.

Ayah malas nak g4duh. Ayah tahu ibu tipu sebab ini bukan kali pertama. Memang Ibu malas sikit. Jadi sejak kecil aku dan adik beradik aku sudah biasa tengok ibu meng4muk baling barang sambil m4ki kata – kata kesat.

Dan ayah cuma diam, mengelak dari terkena barang atau tenangkan ibu. Sebab tu pinggan mangkuk rumah kami setiap bulan kena beli baru. Sejak kecil juga kami sudah terbiasa dengan kata – kata m4kian ibu. Ibu p4ntang anaknya buat salah.

Pasti buruk akibatnya. Ibu suka panggil kami anak – anaknya dengan panggiIan yang tak elok. Jika ada adik beradik aku yang meIawan cakap ibu, ibu akan cakap, “patutlah dulu abah suruh buang ja h4ng masa baby, sebab dah besar jadi anak tak guna, sepatutnya ibu buang ja h4ng dalam tong sampah macam duk jadi zaman la ni.”

Ha begitulah kata – kata ibu. Bila Kami tanya ayah, ayah geleng kepala dengan sikap ibu. Ayah nafikan kata – kata ibu. Ayah minta kami bersabar. Seterusnya, pernah masa kecil. Ibu serahkan adik pada jiran. Ada urusan jual beli sebab duit bertukar tangan.

Masa ini ayah belum gaji sebab hujung bulan dan ibu memang terdesak nak pakai duit. Bila ayah balik kerja ayah minta ibu ambil semula adik dan serahkan semula wang jiran. Ayah masih mampu sara anak. Ada pula kes ibu sump4h adik beradik aku.

Sebab tak ikut cakapnya. Hanya kerana ikut cakap ayah. Ibu doakan anak dia jadi batu macam tanggang lah tak halal air susu lah. Di mulut ibu sesiapa yang tak ikut kata ibu autom4tik jadi tanggang jadi anak derh4ka.

Banyak kali juga ibu sump4h kakak m4ti diIanggar lori lah jadi cac4t lah sebab kakak tegur sikap buruk ibu. Ibu memang tak boleh terima teguran. Bagi ibu, apa yang ibu cakap semua betul. Hasilnya? Adik beradik aku suka m4ki dan sump4h sesama sendiri.

Bila ibu dengar dan marah ibu akan cakap “keturunan ibu baik – baik tak berper4ngai macam hampalah, ini mesti ikut keturunan ayah hampa.” Padahal ayah sekali pun tak pernah m4ki anak. Ibu juga panas baran dan suka pukuI.

Bila pukuI anak. Mesti Iebam dan berp4rut. Jadi masa kecil bila lepas pukuI sesiapa ibu tak benarkan orang tu pergi sekolah atau tadika. Ibu takut orang tau. Jadi ibu cuma cakap anak tak sihat demam. Semua anak pernah kena pukuI kecuali anak kesayangan ibu.

Berg4duh? Ya ibu pernah g4duh dengan jiran dengan ahli keluarganya dengan orang sekeliIingnya. Ayah sering berpindah rumah dan bertukar jiran sebab salah satu ini lah sikap ibu. Ibu p4ntang orang tegur silap atau salah ibu.

Walaupun ibu mengaji salah jangan tegur. Kalau tegur berbirat belakang, Iebam muka dan berp4rut betis. Banyak kali ibu g4duh dengan jiran – jiran. Hatta jiran itu tak senyum masa jumpa ibu pun ibu sangka buruk dan benci.

Ibu akan meng4muk kalau jiran tak jemput makan kenduri atau jika anak jiran terbuat anak – anaknya. Berg4duh mulut dengan jiran depan rumah pun pernah. Sampai ayah tenangkan ibu. Sebab ibu simbah air depan rumah jiran lalu jiran marah.

Ibu marah jiran sebab katanya s4kitkan hati ibu. Pernah ibu meng4muk nak balik raya. Tapi tahun tu ayah tak cukup duit nak balik kampung di negeri timur. Lalu ibu meng4muk tengah malam itu. Ibu c4mpak semua beg pakaian anak – anak ke luar dan haIau ayah serta adik beradik aku keluar rumah.

Semua jiran – jiran cuma minta ayah sabar. Ayah tak tahu apa masalah sebenar ibu. Ibu cukup tak faham jika ayah cakap tak ada duit. Bagi ibu ayah banyak duit dan kaya. Selain itu, apabila ayah bagi wang belanja dapur dan sekolah anak.

Ibu mampu habiskan dalam masa yang singkat. Barang dapur ibu cuma beli itu itu je. Wang saku adik beradik selalu tak cukup. Jadi bila anak – anak minta duit pada ayah. Ayah terk3jut. Ayah bagi duit pada ibu dalam jumlah yang besar.

Akhirnya ayahlah yang beli barang dapur dan bagi duit sekolah anak. Ayah g4duh lagi dengan ibu sebab hal ini. Kadang – kadang ayah pelik. Bagaimana ibu mampu habiskan wang dalam masa yang singkat. Keperluan ibu?

Alhamdulillah semua cukup. Bajunya, tudungnya, alatan makeup nya dan macam – macamlah. Pulang beraya adalah perkara paling p3rit bagi ayah. Ibu tak nak tolak ansur langsung dengan ayah. Setiap tahun pulang beraya ke kampung ibu saja.

Sejak kahwin dengan ibu boleh kira berapa kali pulang ke kampung ayah. Hal ini akan jadi perg4duhan dahsyat kalau ayah nyatakan hasrat untuk pulang ke kampung ayah. Ayah terp4ksa akur sebab jaga hati ibu.

Hubungan ibu dengan mentua pun tak okey. Ibu suka marah ayah depan ibu ayah. Jadi mentua macam tak suka ibu. Apabila pulang beraya mentualah akan singgah ke kampung ibu semata – mata untuk bertemu ayah.

Selalunya ibu tak nak pulang rumah mentua sebab bagi ibu mentua jahat dan rumah berh4ntu. Ibu nak mentua layan semua anak – anak ibu. Ibu tak suka mentua layan anak menantu lain. Kalau masak ibu suka mentua masakkan untuk ibu dulu.

Pernah masa kecil mentua (tok) cakap dengan adik aku jangan makan lagi cucur goreng ni panas. Ibu terdengar lalu meng4muk dan ajak ayah pulang. Sedangkan baru sampai rumah mentua ketika itu. Ibu putar beIitkan cerita kata mak ayah tak bagi adik makan cucur.

Ayah tahu ibu bohong sebab apabila pulang walau sekejap ke rumah mak ayah. Ibu akan cipta alasan. Saya sebagai anak pun tak faham sikap ibu. Ibu suka cakap perIi – perIi terhadap mentuanya. Mentua ibu sudah tua. Jadi dia cuma diam saja.

Oleh itu, ayah ambil keputvsan untuk kahwin lain. Ayah tak tahan dengan sikap ibu. Ayah cakap ayah dah terlalu lama bagi peluang kepada ibu. Bila ayah kahwin lain ibu meng4muk. Mula – mula ibu bertahan. Lama – lama ibu failkan fasakh dan tuntut cerai.

Ayah akur walaupun masih sayangkan ibu. Untuk langkah selamat, ibu pergi angkat sump4h mengatakan semua harta ayah telah ayah serahkan pada ibu. Padahal ayah tak pernah angkat sump4h berkata begitu atau cakap mulut pada ibu.

Lepas bercerai, anak – anak jadi m4ngsa kemarahan ibu. Kami dibesarkan dengan kata – kata kesat dan jelik. Pernah ibu tak benarkan kami jumpa ayah. Berbulan – bulan. Akhirnya kami jumpa juga ayah senyap – senyap.

Sesiapa yang jumpa ayah, ibu akan m4ki dan pukuI. Ibu cakap kami anak derh4ka sebab jumpa ayah. Ibu suruh anggap ayah dah m4ti. Waktu sem4kin berlalu. Kami sem4kin membesar dan ibu sem4kin tua sekarang. Ibu sudah tidak pukuI kami.

Cuma baIing barang dan hamburkan kata – kata kesat saja. Kata – kata ibu meny4kitkan hati kami. Pernah adik cuba tik4m ibu ekoran marah terhadap mulut ibu. Ibu selalu kutuk – kutuk keluarga ayah dan keturunan ayah.

Ibu selalu banggakan keturunan ibu. Bagi ibu, keluarga ayah adalah keluarga paling jijik dan kuno. Semua buruk – buruk pasal keluarga ayah ibu ceritakan. Bila ada ahli keluarga ayah meninggaI, ibu happy sangat. Ibu selalu cakap ibu tak maafkan diorang sebab penyebab kemusn4han rumahtangga ibu.

Ibu asyik cakap semoga kubvr berasap dan jumpa di akhir4t. Sesiapa saja yang tegur ibu. Ibu akan m4ki hamun dan sump4h seranah atau perkecilkan. Atau sesiapa saja yang back up keluarga ayah pasti ibu meng4muk dan sump4h seranah.

Ibu selalu doa ayah m4ti eksiden. Kata ibu, ibu orang terani4ya jadi doa ibu mustajab. Pernah ada adik yang keluar berbuka puasa dengan ayah. Balik saja adik ke rumah ibu m4ki adik macam – macam. Ibu call kawan – kawan adik maklumkan adik ikut ayah tanpa izin ibu.

Ibu juga call jiran ayah. Semua kawan – kawan adik call adik aku dan marah – marah adik aku sebab keluar rumah tanpa izin ibu. Mereka tidak tahu hal sebenar. Bagi ibu sesiapa yang pergi jumpa ayah, ibu akan m4ki. Kalau tak nak kena m4ki kena minta duit dalam jumlah yang banyak kepada ayah dan serahkan pada ibu.

Dan jika ayah beli barang – barang dapur atau apa – apa barang kepada anak – anak. Ibu akan marah. Sebab ayah beli barang low class atau tak ada kualiti. Ibu akan bandingKan barang yang ibu beli dengan ayah beli. Apa saja ibu beli kena puji.

Sesiapa yang puji barang ayah akan disump4h seranah. Pernah ibu buang semua lauk pauk yang ayah belikan kepada anak. Ibu buang atau bagi kepada jiran – jiran. Dan ibu akan masak semula. Sesiapa yang makan makanan yang ayah bagi akan dimarah.

Dan ibu anggap anak – anak yang suka meIawan cakap ibu adalah kerana makan hasil duit ayah atau makanan ayah. Pernah ibu m4ki adik sebab cakap kebaikan ayah. Pada ibu, ayahlah manusia paling jahat. Ibu anggap ayah, “fir4un moden”.

Tapi per4ngai sebenar ayah sangatlah jauh beza dari ibu. Perwatakan ibu di luar rumah sangat berbeza dengan di dalam rumah. Di luar ibu seorang ibu yang baik dan penyanyang. Ibu ramah dengan sesiapa saja. Tapi di dalam rumah watak sebenar ibu terserlah.

Jadi apabila anak – anak cerita per4ngai ibu kepada kawan – kawan atau orang luar. Semua tak percayakan kami, cuma anak – anak dan ayah serta ahli keluarga rapat saja tahu per4ngai ibu. Dalam keluarga ada adik beradik aku yang pentingkan diri.

Kerja dan tanggung diri sendiri atau pasangan belum halal diorang. Rm50 / RM100 paling banyak dalam 2, 3 bulan boleh bagi kepada ibu. Aku tak marah diorang bersikap begini sebab diorang masih berdend4m dengan ibu.

Ibu buat macam – macam terhadap diorang masa kecil. Ibu marah adik beradik yang bagi duit sikit. Sebab bagi ibu dulu masa diorang kecil duit susu, pampers, pengasuh, peralatan baby, semua mahal. Tak ada percuma.

Jadi semua anak yang sudah kerja kena bayar penat leIah ibu. Bila adik beradik tak bagi duit ibu ungkit masa kecil orang ni lah banyak nangis banyak meragam asyik ber4k lah. Ibu ungkit penat ibu menyusu, jaga diorang masa kecil.

Jadi kalau masih belum bagi duit dalam jumlah yang ibu nak. Ibu akan call pejabat adik beradik yang kerja. Minta kerani atau sesiapa yang berkenaan nasihat adik beradik suruh bagi duit kepada ibu. Aku salah seorang anak yang masih tinggal dengan ibu.

Saban hari aku jadi benci kepada ibu. Aku selalu imagine aku bvnvh ibu. Tahap kesabaran aku sem4kin hari sem4kin kurang. Hari – hari ibu kutuk orang, m4ki orang dan bangga diri. Hari tu masa bulan puasa sikap ibu masih sama.

Bila aku back up ayah atau back up orang yang Ibu m4ki. Ibu anggap aku pert4hankan orang jahat. Ibu anggap aku mun4fik. Ibu seperti sehari tak m4ki hamun atau sump4h seranah orang Ibu tak boleh duduk. Ibu kena m4ki kena sump4h baru ibu rasa aman.

Bab solat ibu? Alhamdulillah hari – hari beribadat, solat hajat, bersedekah dan lain – lain. Tapi sikap ibu masih begini. Netizen dan para pembaca ada tips tak macam mana nak bertahan dengan sikap ibu??? – Cik Bunga kantan. (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Muhamad Hariz : Konfessor orang hebat dan Allah sayang, sebab tu dapat ujian begini (kata – kata ustaz Ebit). Memang ada orang begini, siang dia berpuasa, malam dia solat malam tetapi meny4kiti jiran. Amalan dia tidak bantu dia langsung.

Dan tempatnya di ner4ka. Ni berdasarkan satu hadis. Wallahualam. Confessor sebagai anak, tak ada pilihan lain selain bertutur kata baik kepada ibu. Memang susah nak nasihat manusia macam ni, cuma tunjuk akhlak yang baik mudah – mudahan terbuka hati dia bila tengok.

Jalankan tanggungjawab sebagai anak, jiran dan sebagainya terpulang lah kepada dia nak ikut atau tak. Kalau ada peluang kerja dan tinggal jauh, cubalah. Tapi jangan lupa hantar duit dan tanya kabar. Lebih baik kot dari tinggal sebumbung tapi rasa nak bvnvh ibu sendiri.

Doakan dia setiap kali lepas solat. Doakan dia berubah, sempat bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dis4kiti. Kasihan kalau m4ti dalam keadaan camtu. Untuk kita, sia – sia kita berdoa kalau tak doakan ibu bapa sekali. Dan doa yang kita doakan kepada orang lain malaik4t akan turut aminkan. Tu jelah pandangan saya.

Aisara Alias : Allah, ayah awak terbaik sebab boleh sabar. Ingatkan ayah awak stay, rupanya cerai gak. Kalau saya la, saya dah cerai lama dah mak awak. Awak yang masih kecik pon pandai dah nilai mak sendiri, tu maknanya mak awak memang teruk. Siapa yang bleh tahan. Kalau saya la, cabut ja pergi tinggal dengan ayah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.